Part 25 🦋
MULAKAN DENGAN VOTE DULU 🤣
"Okay, this one! Arkitek dah siapkan lakaran untuk binaan projek tu." Zayden menghulurkan iPad kepada Sofia.
Entah kenapa dia perlu berurusan dengan Sofia. Sepatutnya dengan Aisya sebagai konsultan projek ini. Mungkin sebab Sofia anak Dato Hamdan, jadi Zayden terima saja. Asalkan projek ini berjaya dengan lancar.
Sofia menyambut iPad itu, sengaja menyentuh tangan Zayden ketika mengambilnya. Zayden segera menarik tangannya.
"Perfect! I proceed," balas Sofia sambil tersenyum.
Zayden mengangguk faham dan mengambil semula iPad itu.
"Boleh I tanya satu soalan?" Zayden memulakan.
"Of course," jawab Sofia dengan nada lembut.
"Kenapa bukan Aisya yang handle projek ni?" tanya Zayden, wajahnya menunjukkan rasa ingin tahu.
Sofia segera berubah muka mendengar nama Aisya.
"Why you tanya? You tak suka ke I handle projek ni?" Sofia menyoal balik dengan nada yang agak tegang.
"Bukan macam tu. I tanya sebab Aisya kan tahu everything pasal projek ni. So, senang lah kalau I ada apa-apa soalan," jawab Zayden dengan tenang.
"Kalau you nak tanya apa-apa, you can ask me, Zayn, not Aisya," Sofia menegaskan.
Zayden malas nak panjangkan hal ini, jadi dia terus setuju. "Oh! Ok."
Sofia menatap Zayden dengan mata yang penuh kecurigaan. "You ada apa-apa hubungan ke dengan Aisya?"
Zayden mengangkat kening. "Why?"
"I tengok you dengan dia macam ada something je" Sofia cuba menduga.
"Takde lah. I dengan Aisya kawan je. Lagipun kitaorang belajar sekali masa di university," Zayden menjelaskan.
Sofia terdiam seketika sebelum mengeluh. "I just... I just want to make sure everything is professional."
Zayden tersenyum kecil, memahami perasaan Sofia. "Don't worry, Sofia. Everything is strictly professional."
Sofia tersenyum kembali, tetapi di dalam hatinya masih ada keraguan. Dia tahu Zayden jujur, tetapi dia tidak dapat menahan rasa cemburunya.
Namun, Sofia bertekad untuk memastikan projek ini berjalan lancar. "Alright then. Let's make this project a success."
Zayden mengangguk, mengakhiri perbualan dengan harapan segala urusan projek akan berjalan dengan baik.
Sofia cuba nasib lagi. Dia ajak Zayden keluar makan.
"Zayn, how about we go out for lunch? There's a new restaurant nearby that serves amazing food."
Nampak macam kesian, Zayden akhirnya terima. Sebab banyak kali dah Sofia ajak tapi dia tak layan. Hari ini dia ikutkan.
"Ok."
Senyum Sofia mengembang luas. Akhirnya, Zayden setuju.
"Jom," kata Sofia dengan gembira.
Zayden berdiri. Kot yang dipakainya dibuka lalu disangkutkan ke kepala kerusi.
Sofia mengikut dari belakang, sambil tersenyum lebar. Mereka berjalan keluar dari pejabat, menuju ke restoran yang dimaksudkan oleh Sofia. Sepanjang perjalanan, Sofia cuba memulakan perbualan.
"You pernah dengar pasal restoran ni? Ramai kata makanan dia sedap."
Zayden mengangguk perlahan. "Tak pernah lagi. Tapi kalau ramai kata sedap, mesti berbaloi untuk cuba."
Mereka sampai di restoran dan duduk di meja yang sudah ditempah oleh Sofia. Suasana restoran itu cukup eksklusif dengan dekorasi moden dan suasana yang tenang. Sofia tersenyum puas hati.
"Order apa-apa yang you suka, Zayn," Sofia berkata sambil memandang menu.
Zayden melihat menu, memilih makanan yang dirasakan sesuai. "I think I'll have the grilled salmon."
Sofia memilih pasta. Setelah membuat pesanan, mereka berbual-bual mengenai projek dan hal-hal kerja. Sofia cuba mencairkan suasana dengan jenaka dan cerita-cerita ringan. Zayden mendengar dengan sopan, walaupun hatinya lebih fokus kepada kerja.
"Zayn, you tak rasa penat ke kerja macam ni? I mean, you should take a break sometimes," Sofia berkata dengan nada prihatin.
Zayden tersenyum kecil. "Kerja is kerja. As long as it gets done, I'm happy."
Makanan mereka tiba, dan mereka mula makan. Sofia cuba untuk menikmati momen itu, walaupun dia tahu hati Zayden mungkin tidak sepenuhnya bersamanya.
Selepas makan, Sofia cuba mengajak Zayden untuk minum kopi di kafe berdekatan, tetapi Zayden menolak dengan sopan.
"Thanks for lunch, Sofia. Tapi I ada kerja yang perlu disiapkan. Maybe next time," kata Zayden.
Sofia mengangguk, walaupun ada sedikit kekecewaan di wajahnya. "Okay, Zayn. Thanks for coming with me. I really appreciate it."
Zayden hanya tersenyum dan mengangguk sebelum beredar kembali ke pejabat. Di dalam hati, dia tahu Sofia mempunyai niat lain, tetapi dia tetap menjaga profesionalisme dan batasan.
"Huh! Penatnya." Zayden menghempas badan atas katil. Dia baru balik kerja.
Dia pejam mata sekejap. Tiba-tiba dia dengar bunyi pintu bilik dia terbuka. Dia buka sebelah mata, mengintai. Nampak adik dia masuk.
Dia bangun dari pembaringan.
"Abang!" Zulaikha memanggil dengan ceria.
"Ermm," Zayden menjawab perlahan.
"Penat ke?" tanya Zulaikha.
"Penatlah juga. Nak apa masuk bilik ni?" Zayden bertanya dengan nada keletihan.
Tersenyum penuh makna, Zulaikha menyeluk poket baju pijamanya dan mengambil telefon. "Adik nak tunjuk gambar yang adik ambil dengan pekerja mummy tu lah. Abang dah janji nak tengok kan."
Zayden menghela nafas. Dia ada janji dengan adik dia hari tu. Tapi dia janji je sebab tak nak adik dia banyak cakap. Tak sangka pula adik dia ingat lagi.
"Lepas abang mandi, boleh? Badan abang melekit ni. Baru balik kan," kata Zayden sambil bangun dan menuju ke bilik air.
Zulaikha mengangguk, "Okay, abang. Cepat sikit tau."
Zayden senyum kecil dan masuk ke bilik air. Sementara itu, Zulaikha setia menanti di atas katil, membelek-belek gambar dalam telefon dia.
Beberapa minit kemudian, Zayden keluar dari bilik air dengan rambut masih basah, wajah kelihatan lebih segar. Dia mengambil tuala dan mengelap rambut sambil berjalan ke arah katil.
"Okey, sekarang tunjuklah gambar tu," kata Zayden sambil duduk di sebelah Zulaikha.
Sebelum menunjukkan gambar itu, Zulaikha bercerita terlebih dahulu tentang pekerja mummy mereka.
"Abang, pekerja mummy yang ni memang baik sangat. Dia selalu tolong adik masa adik pergi butik. Adik rasa abang mesti suka dia juga."
Zayden hanya mendengar sambil tersenyum kecil, keletihan masih jelas di wajahnya. Zulaikha terus bercerita, penuh semangat.
"Dia tu rajin sangat, abang. Hari tu adik tengok dia datang awal, bersih-bersih butik semua. Lagipun dia cantik, abang. Memang patutlah mummy suka sangat dia."
Zulaikha menyedari abang dia senyap saja. Tiada respon. Dia pun menoleh ke kanan dan melihat Zayden yang sudah terlena.
"Lah, tidur rupanya. Patutlah senyap je. Orang tak tunjuk lagi." Zulaikha mengomel sendirian.
Dia tarik selimut dan menutup badan Zayden dengan lembut. "Tak apa lah, nanti adik tunjuk. Abang penat sangat tu."
Zulaikha turun dari katil, memandang abang dia sejenak, kemudian membuka lampu tidur di tepi katil.
"Selamat malam, abang," bisik Zulaikha lembut.
Dia keluar dari bilik, menutup lampu bilik dan menutup pintu perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur abang dia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro