Part 23 🦋
HELP VOTE !!
ZAYDEN sedang berbaring di atas katil, kakinya melunjur sambil skroll TikTok. Fokusnya sepenuhnya pada telefon bimbitnya, sampai dia tidak perasan adiknya, Zulaikha, masuk ke dalam bilik. Dia menyanyi dengan lantang mengikuti irama sebuah lagu yang telah diubah suai liriknya.
"Ohh.... Kayla, di mana kini kau berada ,hilang arahku mencari mu , sampai kini tak kunjung berjumpaaaa, janji masih tergiang janji manis mu, yang kau janjikan kepadaku..."
Zulaikha berdiri di ambang pintu dengan dahi berkerut, bingung dengan nama "Kayla" yang disebut oleh abangnya. Dia tahu lirik asal lagu itu sepatutnya menyebut "Suci", bukan "Kayla".
"Abang, siapa Kayla?" tegur Zulaikha, suaranya memecah kesunyian.
Zayden terkejut, tersentak hingga hampir menjatuhkan telefon bimbitnya. Dia langsung tak perasan bila masa adiknya masuk ke dalam bilik.
"Eh, adik ! Bila masa adik masuk? Kenapa abang tak perasan?"
Zulaikha memandang abangnya dengan pandangan ingin tahu. "Abang, siapa Kayla? Adik dengar abang nyanyi tadi. Bukan Suci, tapi Kayla."
Terkebil-kebil, Zayden mencari alasan. "Err... takde sape lah. Adik salah dengar ni. Abang nyanyi 'Suci di mana kini kau berada', bukan Kayla."
Zulaikha mengangkat kening, tak percaya. "Yeke? Adik tak pekak lagi lah abang. Adik dengar jelas abang sebut Kayla, bukan Suci. Siapa Kayla?"
Zayden cuba mengalihkan perhatian. "Takde sape lah. Ni hah, adik masuk bilik abang ni nak apa? Tiba-tiba je muncul kat sini, dengan ketuk pun tidak."
Zulaikha tersenyum nakal. "Saje je nak kacau abang. Abang tak pernah cerita pasal Kayla pun kat adik. Ada apa-apa yang abang sembunyikan ke?"
Zayden menghela nafas panjang, tahu bahawa dia tidak dapat mengelak dari adiknya yang ingin tahu itu. "Takde apa-apa lah, dik. Abang cuma terkenang kawan lama je."
Zulaikha mendekati abangnya, duduk di tepi katil. "Kalau macam tu, kenapa abang tak jumpa dia balik? Adik boleh tolong cari kalau abang nak."
Zayden menggeleng. "Tak perlu lah, dik. Abang akan selesaikan sendiri. Terima kasih sebab ambil berat."
Zulaikha tersenyum dan menepuk bahu abangnya. "Baiklah, abang. Tapi kalau abang perlukan apa-apa, adik ada je kat sini. Jangan lupa tu."
Zayden mengangguk. "Terima kasih, Zulaikha. Abang hargai sangat."
Zulaikha tersenyum nakal dan berkata, "Abang, abang tahu tak ada sorang pekerja mummy. Cantik tau dia. Adik tengok sesuai dengan abang. Abang tak nak try mengorat ke? Abang pun single kan."
Zayden mengerutkan dahi, tertarik dengan apa yang dikatakan adiknya. "Siapa?"
"Entah tapi adik pasti dia pekerja mummy lah. Adik tak tahu nama dia apa sebab tak sempat nak tanya. Adik jumpa dia haritu masa pergi butik mummy."
Zayden menghela nafas panjang. "Oh, tak nak lah."
Zulaikha cuba memujuk. "Try lah abang. Adik tengok sesuai dia dengan abang. Dah lah cantik, peramah pula tu."
Zayden menggeleng dengan tegas. "Not interested!"
Zulaikha mengangkat bahu, menyerah kalah. "Baiklah, abang. Kalau abang berubah fikiran, adik boleh tolong carikan nombor telefon dia."
Zayden tersenyum tipis. "Tak perlu lah, dik. Abang ada hal lain yang lebih penting sekarang ni."
Zulaikha menghela nafas panjang, sedikit kecewa tetapi faham. "Okay, abang. Kalau macam tu, adik keluar dulu. Jangan stress sangat, ya."
Zayden mengangguk. "Thanks,adik . Abang appreciate."
Zulaikha meninggalkan bilik, meninggalkan Zayden sendirian dengan fikirannya. Dia kembali memikirkan Kayla, teringat semula tentang kek batik yang dibuat oleh pekerja mummy dia yang mungkin adalah Kayla.
Dengan semangat baru, Zayden bertekad untuk terus mencari jawapan dan berharap esok akan membawa lebih banyak peluang untuk menemukan Kayla.
AKU duduk di atas katil, layan K-drama kegemaran aku. Senyuman terukir di bibir, tak dapat tahan rasa seronok tengok hero dan heroin dalam cerita tu. Sesekali aku blushing sendiri, rasa macam aku pula yang jadi heroin cerita tu.
Kadang-kadang sampai berguling sambil peluk bantal sebab terlalu seronok. "Aish, aku pula yang over," kata Kayla sambil ketawa kecil.
Tapi tiba-tiba, fikiran aku melayang kepada Zayden. Kenangan bersama dia dulu kembali menghantui. Aku cuba buang perasaan tu, tapi susah.
Aku mengeluh, cuba fokus balik pada K-drama. "Fokus, Kayla, fokus. Jangan fikir pasal dia," Kayla cuba pujuk diri sendiri. Tapi dalam hati, dia tahu, perasaan rindu pada Zayden masih kuat.
Namun, aku tahu yang aku perlu kuatkan hati dan teruskan hidup. Jangan pernah ingat lagi pasal lelaki itu.
Setelah habis menonton K-drama, aku menutup laptop dan meletakkannya di sebelah. Aku mengikat rambutku tinggi, turun dari katil, dan menuju ke pintu bilik.
Ketika aku turun ke bawah, aku bau aroma makanan tengah hari yang menyelerakan. Mama, baru sahaja selesai memasak. Aku melihat mama di dapur, sibuk menghidangkan makanan.
Puan Hani memandang Kayla dan tersenyum. "Adik, jom makan. Mama dah siap masak makanan tengah hari."
Aku menghampiri meja makan sambil berkata, "Wah, sedapnya bau. Macam tahu je adik tengah lapar."
Puan Hani membalas dengan senyuman hangat, "Mama tahu sangatlah. Mama takkan pernah lupa waktu makan anak mama ni"
Puan Hani tersenyum sambil menyendukkan lauk ke dalam pinggan. "Duduklah, kita makan sama-sama."
Aku duduk di meja makan, menghirup aroma masakan mama. "Mama masak apa ni? Bau dia lain macam sedapnya."
Puan Hani meletakkan lauk terakhir di atas meja. "Mama masak ayam masak merah dengan sayur campur. Favorite adik kan?"
Aku tersenyum lebar. "Ya Allah, memang favorite adik ni. Terima kasih, mama."
Mereka berdua mula makan sambil berbual. "Macam mana kerja kat butik? Semua okay?" tanya Puan Hani.
Aku mengangguk sambil menyuap nasi. "Okay je, mama. Cuma kadang-kadang rasa penat sikit. Tapi bila balik rumah, makan masakan mama, hilang semua penat tu."
Puan Hani tersenyum bangga. "Mama gembira adik suka. Nanti kalau ada masa, mama ajar adik masak ni. Boleh buat sendiri kalau mama tak ada."
Aku ketawa kecil. "Boleh juga tu. Tak sabar nak belajar."
Sambil mengunyah makanan dengan penuh selera, aku bertanya, "Mama, papa pergi mana?"
Puan Hani menjawab sambil menghidangkan lauk tambahan, "Papa keluar jumpa kawan. Ada urusan sikit katanya."
Aku mengangguk. "Oh, yeke. Harap-harap urusan papa berjalan lancar."
Lepas makan, aku menolong mama membasuh pinggan. "Mama, adik tolong basuh pinggan ye. Mama rehat je."
Puan Hani tersenyum. "Terima kasih, adik. Memang anak mama rajin."
Selesai mengemas dapur, aku naik ke bilik untuk berehat sekejap. Aku buka telefon dan mula scroll TikTok. Banyak video-video yang menghiburkan dan membuatkan aku tersenyum dan ketawa sendiri. Tiba-tiba aku teringat sesuatu dan segera mencari akaun TikTok Zayden.
Namun, aku berhenti sejenak, berfikir sama ada patut atau tidak aku teruskan. Perasaan rindu yang mendalam membuatkan jari aku gatal untuk klik profil Zayden. Akhirnya, aku memutuskan untuk tidak melihat.
"Takpe lah, Kayla. Bukan masa yang sesuai untuk fikirkan pasal dia," bisiknya kepada diri sendiri.
Aku terus scroll video-video lain, cuba mengalihkan perhatian aku dari terus teringat pasal Zayden.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro