Part 21 🦋
TAK MINTAK BANYAK MINTAK VOTE JE 🫶🏻
IRAMA lagu "Jomblo Happy" dari telefon bimbit milikku bergema di ruang dapur. Iramanya betul-betul mengasyikkan aku. Badan aku mula bergoyang mengikuti rentak lagu, sambil tangan terus sibuk mengadun bahan-bahan untuk membuat kek batik. Hari ini terasa nak makan kek batik, jadi aku putuskan untuk membuatnya sendiri. Lagipun, aku buat lebih sikit supaya boleh bagi kat Puan Sri Zahra nanti.
Aku buat kek batik ini pagi kerana hari ini aku masuk kerja tengah hari. Jadi, sempatlah aku siapkan semuanya. Sekarang jam baru pukul 10 pagi, dan aku masuk kerja pukul 12. Selepas siap buat kek, aku kemas dapur sebab kalau tak kemas nanti mama mesti mengamuk. Silap-silap boleh jadi singa.
Selepas siap kemas dapur, aku hias kek batik dengan lukisan mermaid yang comel. Kebiasaannya aku memang suka melukis macam tu setiap kali buat kek batik, nak bagi nampak cute. Siap menghias, aku simpan kek dalam peti sejuk dan naik ke bilik untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja.
Dalam masa 30 minit, aku sudah siap mandi dan turun semula ke dapur. Aku ambil kek batik dari dalam peti sejuk dan letakkannya dalam paperbag. Selepas itu, aku pergi ke ruang tamu untuk bagitahu mama yang aku nak pergi kerja. Kami bersalaman sebelum aku melangkah keluar.
"Mama, adik pergi dulu ya" kata Kayla sambil bersalaman dengan mamanya.
"Ya, hati-hati bawa kereta tu" pesan Puan Hani pada anaknya.
"Baik, mama" balas Kayla lalu berjalan ke garaj kereta.
Perjalanan ke butik mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja. Sampai di sana, aku terus ke bilik Puan Sri Zahra.
"Selamat tengah hari, Puan Sri,"sapa Kayla dengan senyuman.
"Selamat tengah hari, Anne." balas Puan Sri Zahra dengan mesra.
"Puan Sri, saya ada buat kek batik pagi tadi. Saya bawa lebih untuk Puan Sri. Harap Puan Sri suka," kata Kayla sambil menghulurkan paperbag berisi kek batik.
Puan Sri Zahra tersenyum lebar. "Terima kasih, Anne. Mesti sedap ni kek batik awak. Pandai awak buat," pujinya sambil sempat mata nya melirik ke arah paperbag yang berada di tangan Kayla.
"Sama-sama, Puan Sri. Saya simpan kek ini dalam peti sejuk pantry, ya?"
"Ya, silakan. Terima kasih lagi, Anne," kata Puan Sri Zahra dengan senyuman puas.
Aku mengangguk dan segera menuju ke pantry untuk menyimpan kek batik. Selepas itu, aku kembali ke ruang butik untuk meneruskan kerja. Setiap hari di butik ini adalah satu pengalaman baru, dan aku sentiasa bersyukur dapat bekerja di sini, di bawah bimbingan Puan Sri Zahra yang baik hati.
Aku meneruskan kerja di butik, memastikan setiap pelanggan yang datang mendapat layanan terbaik. Tanpa disedari, aku semakin lupa tentang Zayden dan lebih fokus pada kehidupanku yang sekarang. Kehidupan baru ini memberikan aku kepuasan dan kegembiraan yang aku perlukan.
---
Sementara itu, di office, Zayden sibuk menguruskan projek besar yang dibincangkan bersama Aisya tempoh hari. Namun, kali ini, dia perlu menerangkan butiran projek itu kepada Sofia. Di dalam bilik mesyuarat, Zayden cuba menjelaskan setiap perincian projek tersebut.
"Sofia, kita perlu pastikan semua dokumen ini lengkap sebelum mesyuarat kali kedua dengan daddy, you," kata Zayden sambil menunjukkan beberapa fail penting di hadapan Sofia.
Namun, Sofia hanya memandang Zayden dengan pandangan yang penuh makna, seolah-olah tidak begitu mengambil berat tentang apa yang Zayden katakan. Dia terlalu asyik menatap wajah Zayden, kerana sudah lama dia menyimpan perasaan terhadapnya.
"Zayn, dont worry . I akan uruskan semua ini," kata Sofia dengan senyuman manis, matanya masih terpaku pada Zayden.
Zayden merasa tidak selesa dengan tingkah laku Sofia. Sepatutnya, Aisya yang hadir dalam perbincangan ini, tetapi Sofia memberitahu bahawa Aisya tidak dapat datang. Zayden tahu ini semua adalah rancangan Sofia, tetapi dia malas mahu berbicara lebih lanjut tentang itu.
"Baiklah, pastikan semua berjalan lancar. Kalau ada apa-apa masalah, segera beritahu I" kata Zayden dengan nada tegas, cuba mengalihkan perhatiannya daripada pandangan Sofia.
Sofia cuba menarik perhatian Zayden dengan berbicara tentang perkara-perkara lain, tetapi Zayden tetap fokus pada tugasnya. Selepas selesai perbincangan, Sofia cuba mengambil kesempatan untuk lebih dekat dengan Zayden.
"Zayn, apa kata kita pergi lunch bersama? I tahu satu tempat yang menarik," Sofia beria-ia mengajak.
Zayden menolak dengan tegas. "Sorry, Sofia. I ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Mungkin lain kali. I have to go now" ujar Zayden lalu keluar dari bilik meninggalkan Sofia keseorangan.
Sofia nampak kecewa, tetapi Zayden tidak peduli. Dia tidak mahu memberi harapan palsu kepada Sofia. Selepas memastikan semua dokumen diserahkan kepada Sofia, Zayden meninggalkan bilik mesyuarat dan kembali ke biliknya.
Hilang sahaja kelibat Zayden, Sofia terus mencebik geram dengan sikap Zayden terhadap dirinya.
"Jual mahal betul. Takpe kau tunggu Zayn. Aku akan pastikan kau akan jatuh dalam genggaman aku." kata Sofia dengan yakin.
Zayden menarik nafas lega setelah keluar dari bilik mesyuarat. Dia tidak mahu terlibat dengan drama Sofia dan fokus sepenuhnya pada projek besar ini. Dia tahu betapa pentingnya projek ini untuk syarikat dan tidak mahu sebarang gangguan.
Sementara Zayden sibuk dengan kerjanya, di butik, Kayla terus memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan-pelanggan yang datang. Walaupun kedua-duanya sibuk dengan kehidupan masing-masing, takdir mungkin akan menemukan mereka kembali pada suatu hari nanti.
——
Tiba-tiba, tekak Zayden terasa ingin makan sesuatu yang manis. Dia berhenti bekerja di hadapan laptopnya dan turun ke tingkat bawah menuju ke ruang dapur. Membuka peti sejuk, matanya tertarik pada kek batik yang kelihatan menarik. Dia membawa keluar kek itu dan meletakkannya di atas meja.
"Mummy, kek batik ni siapa yang buat? Mummy buat ke beli?" tanya Zayden sambil menoleh ke arah Puan Sri Zahra yang sedang membaca di ruang tamu.
"Pekerja mummy yang buat. Zayn cuba lah. Tapi tinggal sikit kat mummy," jawab Puan Sri Zahra dengan senyuman.
"Okay," balas Zayden sambil mengambil pinggan dan memotong sepotong kek batik.
Dia menyuap kek itu ke dalam mulut. Rasanya begitu enak, membuat Zayden berhenti mengunyah sejenak. Kek ini terasa amat familiar, seolah-olah dia pernah merasainya sebelum ini. Dahi Zayden berkerut, cuba mengingat di mana dia pernah menikmati kek dengan rasa seperti ini. Tiba-tiba, ingatannya membawa dia kembali kepada masa lalu, ketika Kayla pernah membuat kek batik untuknya.
"Kayla," nama itu meniti di bibirnya tanpa disedari. Dengan cepat, dia memandang kembali kek itu. Ada lukisan mermaid yang comel di atasnya. Sah, memang Kayla yang buat kerana setiap kali Kayla membuat kek batik, dia akan melukis seperti ini.
Zayden segera memanggil mummy-nya. "Mummy, siapa nama pekerja mummy yang buat kek ini?"
Puan Sri Zahra menjawab, "Anne."
Namun, Zayden merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia bertekad untuk mencari tahu. "Mummy, esok Zayn nak ikut mummy pergi butik."
Puan Sri Zahra kelihatan terkejut. "Kenapa tiba-tiba nak ikut? Selalunya Zayn sibuk dengan kerja."
"Saja, lama tak pergi butik mummy," jawab Zayden, cuba menyembunyikan niat sebenarnya. Hakikatnya, dia ingin melihat pekerja mummy-nya yang membuat kek ini. Hati kecilnya kuat mengatakan ia adalah Kayla.
"Suka hati Zayn lah" balas Puan Sri Zahra. Pelik dengan anak lelaki dia ni tiba sahaja nak ke butiknya.
Keesokan harinya, Zayden bersiap lebih awal daripada biasa, lebih awal lagi dari mummy-nya. Dia sudah tercongok depan pintu, menunggu mummy-nya. Dia tidak sabar untuk menemani mummy-nya ke butik.
Puan Sri Zahra keluar dari bilik dengan sedikit terkejut. "Eh, awal Zayn bersiap..."
Zayden tersenyum. "Tak sabar nak ikut mummy ke butik."
Mereka pun berangkat ke butik bersama-sama. Sampai di butik, Mira, salah seorang pekerja Puan Sri Zahra, menyapa mereka berdua.
"Selamat pagi, Puan Sri. Selamat pagi, Encik Zayn."
"Selamat pagi, Mira," balas Puan Sri Zahra. "Anne dah sampai? Kalau dah, nanti suruh dia masuk bilik saya."
Zayden hanya mengangguk kepala dan tersenyum sebagai tanda membalas sapa Mira.
Namun, Mira menjawab, "Hari ini Anne cuti. Dia tak sihat. Dia cakap dia dah inform pada Puan Sri."
Puan Sri Zahra terkejut seketika. "Lah, yeke? Mungkin saya tak perasan. Patutlah saya tak nampak pun dia. Selalunya dia datang awal. Takpe lah kalau macam tu. Awak boleh sambung kerja."
Mira tunduk hormat dan sambung kerjanya. Puan Sri Zahra menoleh ke arah anaknya yang diam sejak tadi.
"Zayn... mummy ada kerja sikit ni. Zayn nak duduk kat sini ke dalam bilik mummy? Atau Zayn nak duduk kat tempat lain?" tanya Puan Sri Zahra.
Zayden cepat-cepat memberi alasan. "Err, takpe lah mummy. Zayn pun ada kerja yang perlu diuruskan. Zayn pergi dulu ya."
Padahal, Zayden berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan pekerja mummy-nya yang bernama Anne itu. Sebab itulah dia memberi alasan untuk pergi. Takkan dia nak tunjuk niat sebenar dia kepada mummy-nya.
"Erh, tadi beria-ria nak datang butik mummy, lepas tu ni cakap ada kerja pula. Mummy baru nak minta tolong Zayn."
"Lain kali Zayn tolong mummy, okay? Bye, mummy." Zayden salam dan mencium tangan mummy-nya sebelum beredar.
Puan Sri Zahra hanya menggeleng kepala melihat perangai anak lelakinya itu.
Zayden berjalan keluar dari butik dengan hati yang sedikit hampa. Namun, dia tekad untuk tidak menyerah begitu sahaja. Dia akan mencari cara lain untuk mengetahui tentang pekerja bernama Anne itu, yang hatinya yakin adalah Kayla.
Di sisi lain, aku hanya berbaring di atas katil, merasa lemah dan tidak berdaya. Aku tidak sihat kerana sedang datang bulan. Perutku berkeroncong dan badanku terasa lemah, membuatkan aku memutuskan untuk mengambil cuti hari ini.
Aku mengeluh perlahan sambil memegang perut"Aduh, sakitnya... Nasib baik hari ini aku ambil cuti," bisiknya pada diri sendiri.
Aku cuba mengalihkan perhatian dengan menonton televisyen, tetapi rasa tidak selesa membuatku sukar untuk menikmati apa-apa pun. Di sebelahku, telefon bimbit berbunyi, menandakan ada mesej masuk. Aku mengambil telefon dan melihat ada mesej daripada Mira.
"Anne, Puan Sri cari kau tadi. Aku dah beritahu Puan Sri yang kau cuti sebab tak sihat. Harap kau cepat sembuh ya."
Aku tersenyum kecil, menghargai mesej sokongan dari Mira. "Terima kasih, Mira. Aku harap esok boleh kerja macam biasa," balas Kayla dengan pantas.
Aku meletakkan telefon bimbitku di sebelah dan kembali memejamkan mata, cuba untuk berehat. Namun, fikiranku melayang, memikirkan kerja di butik dan apa yang mungkin sedang berlaku di sana tanpa kehadiran aku.
Sementara itu, Zayden, yang baru sahaja meninggalkan butik, memandu tanpa tujuan. Fikirannya masih berkisar tentang kek batik dan kemungkinan bahawa Anne adalah Kayla. Dia memutuskan untuk berhenti di sebuah kafe dan duduk seketika, memikirkan langkah seterusnya.
"Aku kena cari tahu lebih lanjut tentang pekerja mummy yang satu ni. Kalau betul itu Kayla, aku tak boleh lepaskan peluang ini," katanya dalam hati.
Dia mengeluarkan telefon bimbit dan cuba mencari cara untuk menghubungi Aisya, berharap mungkin Aisya tahu sesuatu tentang Kayla.
"Aisya, kita perlu jumpa. Ada benda penting nak bincang," taip Zayden sebelum menghantar mesej tersebut.
Kayla yang masih berbaring di atas katil, tidak tahu bahawa Zayden sedang berusaha untuk mencarinya. Sambil menunggu rasa sakit reda, dia berdoa agar esok keadaannya akan lebih baik dan dia boleh kembali bekerja seperti biasa.
Sementara kedua-dua mereka menjalani hari yang berbeza, takdir sedang merancang sesuatu yang mungkin akan mempertemukan mereka semula. Kayla dengan kekuatannya yang tenang, dan Zayden dengan tekadnya untuk memperbaiki segalanya, mereka tidak tahu bahawa jalan hidup mereka mungkin sedang bertemu semula.
---
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro