Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 20 🦋

VOTE DULU 🫶🏻

PAGI itu, aku tiba di butik lebih awal daripada biasa. Seawal 7 pagi, aku sudah berada di hadapan butik, kunci dalam genggaman tangan. Hari ini, aku mahu memastikan segala-galanya bersih dan teratur sebelum Puan Sri Zahra sampai. Aku tahu betapa pentingnya penampilan butik ini baginya, dan aku mahu memastikan semuanya sempurna.

Aku mula dengan menyapu lantai, memastikan tiada habuk atau kotoran yang tertinggal. Setiap sudut aku periksa, tidak mahu ada sebarang kekurangan. Selepas itu, aku lap semua rak dan cermin, memastikan semuanya berkilat dan bersinar. Puan Sri Zahra sangat mementingkan kebersihan. Walaupun dia tidak menyuruh aku untuk melakukan ini semua tapi bagi aku itu merupakan salah satu dari tugas aku. Kalau bukan aku siapa lagi yang nak bersihkan.

Selepas semuanya bersih dan teratur, aku membuka pintu butik. Udara pagi yang segar menyambutku, memberikan semangat tambahan untuk menghadapi hari ini. Aku menyusun baju-baju di rak, memastikan semuanya berada dalam keadaan terbaik untuk pelanggan.

Tidak lama kemudian, loceng di pintu berbunyi, menandakan kedatangan seorang pelanggan. Aku menoleh dan melihat Datin Bella, pelanggan tetap Puan Sri Zahra, melangkah masuk. Wajahnya tersenyum, dan aku tahu hari ini dia datang dengan tujuan tertentu.

"Selamat pagi, Datin Bella. Apa khabar?" Kayla menyapanya dengan sopan.

"Selamat pagi, Anne . Saya baik-baik saja, terima kasih. Hari ini saya nak cari baju untuk birthday cucu saya," katanya dengan penuh semangat.

"Baiklah, Datin. Kami baru sahaja menerima koleksi baru, mungkin ada yang sesuai untuk cucu Datin," Kayla berkata sambil membawa Datin Bella ke bahagian koleksi kanak-kanak.

Datin Bella membelek-belek baju yang tergantung di rak, matanya berkilau dengan minat. Aku membantu menunjukkan beberapa pilihan yang mungkin sesuai. Setiap baju aku terangkan dengan terperinci, dari jenis kain hingga kepada rekaan yang istimewa.

"Anne, saya suka baju ini. Warna dan rekaannya sangat cantik," kata Datin Bella sambil memegang sehelai gaun berwarna merah jambu.

"Pilihan yang sangat baik, Datin. Saya yakin cucu Datin akan nampak sangat comel bila pakai baju ini," Kayla memuji dengan ikhlas.

Datin Bella tersenyum puas hati. "Terima kasih, Anne, Awak memang pandai membantu saya mencari yang terbaik. Untung Puan Sri Zahra dapat pekerja macam awak ni."

"Sama-sama, Datin. Kami di sini sentiasa sedia membantu," Kayla balas dengan senyuman.

Selepas membayar di kaunter, Datin Bella mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum meninggalkan butik. Aku merasa lega kerana dapat memberikan khidmat yang memuaskan. Butik kembali sunyi seketika. Aku duduk di kaunter, memeriksa stok dan merancang promosi untuk minggu hadapan.

Pintu butik terbuka sekali lagi. Kali ini, masuk seorang wanita muda, mungkin sebaya denganku. Wajahnya kelihatan risau.

"Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya bantu?" sapa Kayla mesra.

"Selamat pagi. Saya nak cari gaun untuk majlis makan malam rasmi. Saya tak pasti nak pilih yang mana," jawabnya.

"Tak apa, mari saya tunjuk. Nama saya Anne." Kayla memperkenalkan dirinya.

"Terima kasih, Anne . Nama saya Laila," katanya sambil tersenyum kecil.

Kami berjalan di sepanjang rak pakaian, melihat pelbagai gaun. Aku membantu Laila mencuba beberapa gaun, memberikan pendapat yang jujur dan memastikan dia merasa selesa. Akhirnya, dia memilih gaun berwarna merah yang elegan.

"Saya suka baju ini. Rekaannya sangat cantik dan nampak sesuai untuk majlis makan malam," katanya dengan senyuman.

"Gaun ini nampak cantik , Laila. Saya pasti awak nampak menawan di majlis nanti," kata Kayla ikhlas.

Gadis itu mengangguk dan terus membawa baju tersebut ke kaunter. " Terima kasih banyak, Anne. Awak sangat membantu. Saya rasa lebih yakin sekarang," balasnya.

"Memang tugas saya untuk membantu. Terima kasih kerana datang ke butik kami," Kayla berkata sambil memproses pembayarannya.

Selepas gadis itu selesai membayar, aku tersenyum dan berkata, "Datang lagi ya. Kami sentiasa sedia membantu."

Dia tersenyum kembali. "Pasti. Terima kasih sekali lagi."

Aku melihatnya melangkah keluar dengan rasa puas hati. Hari ini terasa begitu bermakna, dapat membantu pelanggan-pelanggan dengan keperluan mereka membuatkan aku merasa lebih dekat dengan mereka.

Aku melihat jam, sudah hampir tengah hari. Aku memutuskan untuk membuat secawan kopi dan berehat sebentar di bilik rehat.

Suara loceng pintu kedengaran lagi. Aku cepat-cepat menghabiskan kopi dan kembali ke depan butik. Hari ini, aku akan terus bekerja keras dan fokus pada masa depan. Zayden? Dia kini hanya kenangan yang semakin pudar di belakang.




SEMENTARA itu, Zayden memutuskan untuk mengunjungi kafe Uwais, satu tempat yang sudah lama dia tidak kunjungi. Biasanya dia hanya makan di kafe berhampiran office nya kerana lebih mudah dan cepat. Namun, hari ini dia rasa ingin berehat di tempat yang lebih tenang.

Kafe Uwais selalu memberikan suasana yang santai dan nyaman, sesuai untuk melarikan diri seketika dari kesibukan kerja. Tempat yang ada kenangan pasal Kayla. Zayden mengambil tempat duduk di sudut kafe, menghadap jendela yang memberikan pemandangan jalan yang sibuk di luar.

Tidak lama kemudian, Uwais sendiri datang menyapanya dengan membawa pesanan Zayden. "Zayn ! Lama tak nampak. Macam mana kerja? Best tak jadi CEO muda?" tanya Uwais dengan senyuman lebar.

Zayden ketawa kecil. "Kerja okay je, Uwais. Tapi biasalah, sibuk sangat. Dah lama tak ada masa nak datang sini."

"Biasalah tu, tanggungjawab besar kan. Tapi seronok tak?" Uwais menyoal lagi sambil meletakkan pesanan di atas meja.

"Boleh lah, tapi banyak cabaran. Kena sentiasa fikir langkah seterusnya. Kadang-kadang aku rasa macam cukup masa," jawab Zayden sambil menghirup kopi latte yang sejuk.

Uwais tersenyum dan menepuk bahu Zayden. "Faham. Kalau rasa nak berehat sekejap, datang je kat sini. Aku akan sentiasa sedia menyambut kau. Kalau kau nak aku sediakan karpet merah pun aku sudi"

Zayden tertawa "Banyak lah kau karpet merah"

"Hahaha CEO Z&Z Holding datang kafe aku mestilah aku kena sediakan karpet merah."

Zayden ketawa kecil lagi, Namun sejurus kemudian, Zayden melepaskan keluhan berat.

Uwais mengangkat kening. "Kau ada masalah? Pasal projek ke?"

Zayden menggeleng. " Tak! Bukan pasal projek"

"Habistu?" tanya Uwais dengan nada ingin tahu.

Zayden memandang Uwais dengan mata yang penuh kegelisahan. "Kayla."

"Kau tak jumpa lagi ke dengan dia? Aku rasa ni dah lebih sebulan dah. Takkan tak jumpa lagi," balas Uwais, terkejut.

"Tak. Aku langsung tak jumpa dengan dia. Dia macam hilang ditelan bumi weh. Instagram dia pun dah lama tak aktif. Selalunya dulu bukan main aktif dia," kata Zayden dengan nada kecewa.

Uwais memandang Zayden dengan rasa simpati. "Kau tak try tanya Aisya ke?"

"Dah. Aisya cakap kat aku sekarang ni Kayla kerja. Tapi aku tak tanya lah pula kerja kat mana," Zayden menjawab, menggelengkan kepalanya.

Uwais mengangguk memahami. " Yang kau tak tanya tu dah kenapa?"

Zayden mengeluh lagi, memandang keluar jendela. "Mana lah aku tahu. Aku tak boleh fikir masa tu. Aku cuma nak tahu Kayla okay ke tak."

Uwais menepuk bahu Zayden lagi dengan lembut. "Ermm kau tak payah risau, bro. Nanti kau jumpa lah tu dengan Kayla. Bukan nya dia pergi jauh pun. Dia ada je dekat-dekat sini. Cuma belum masa je kau dengan dia nak jumpa. Just give it time."

Zayden mengangguk lemah.

"Takpe lah aku minum lah dulu. Aku nak siapkan order customer jap." kata Uwais seraya berdiri.

Zayden hanya diam. Tidak membalas tidak juga menggeleng. Gelas didepannya dicapai laju. Mata nya memandang ke arah meja yang sering Kayla duduk setiap kali dia datang ke kafe ini.

Dia tersenyum seolah-olah nampak bayangan Kayla. Kayla yang suka mengganggu dia masa dia kerja kat sini.

Dalam ketenangan kafe itu, Zayden mula mengimbas kembali kenangan-kenangan manis Kayla. Dia mengingati betapa cerianya Kayla ketika dia datang ke kafe, bagaimana dia selalu memesan minuman kegemaran. Setiap detik apa yang Kayla lakukan dulu semata-mata nak dapatkan perhatian dia namun tidak pernah dia hargai sepenuhnya. Penyesalan makin timbul dalam dirinya. Andai boleh diundurkan masa dia takkan buat Kayla macam tu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro