Part 2 🦋
PAGI ini cuaca begitu cerah, secerah hati aku saat ini. Tidak sabar betul aku mahu berjumpa dengan pujaan hati aku. Siapa lagi kalau bukan Zayden.
Tersengih aku dibuatnya apabila wajah lelaki pujaan aku menyapa pandangan mata aku. Mulakan pagi dengan benda yang manis. Pagi aku bermula dengan melihat wajah tampan Zayden. Lelaki itu segak walaupun hanya memakai baju tshirt Polo berwarna hitam dengan seluar berwarna cream.
"Ya Allah handsome sungguh ciptaan mu ini. Kenapalah handsome sangat si Zayden ni." desis aku dalam hati sambil tersenyum-senyum sendirian.
"Dah kenapa kau ni. Gila ke? Senyum sorang-sorang kat tengah jalan ni." sergah Aisya mengejut membuatkan lamunan aku terhenti.
"Ish kau ni kacau betul lah. Aku tengah menikmati keindahan ciptaan Allah ini." Mata aku masih memandang tepat ke arah Zayden yang sedang bercakap dengan kawan-kawan nya.
"Ha?" Berkerut dahi Aisya dibuatnya.
"Ish! Tu hah kau nampak tak kat depan tu siapa" ujar aku sambil tangan menunjukkan satu arah.
Aisya menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Kayla itu.
"Zayden?" Sebaris nama itu diluahkan oleh Aisya membuatkan bibir aku terus mengukir senyuman manis, semanis yang mungkin. Dan senyuman itu mempunyai makna.
"Kau ni betul-betul dah angau kat Zayden. Angau bukan biasa-biasa ni." Kayla hanya buat tak endah dengan bicara Aisya.
"Handsome sungguh dia. Tak sangka ada orang memiliki wajah yang begitu sempurna" gumam aku perlahan tetapi masih kedengaran.
Mendengar itu Aisya menjulingkan mata nya ke atas tanda menyampah. Tak habis-habis perempuan ni.
"Zayn, aku tengok dari tadi lagi si Kayla tu dok perhatikan kau." ujar Uwais. Kawan kepada Zayden.
"Ha? Kau cakap apa?" soal Zayden.
"Aku cakap si Kayla tu asyik pandang kau je. Dia ada kat belakang kau tu." Uwais memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah belakang.
Serta merta Zayden menoleh ke arah aku. Mata aku bertembung dengan mata blue milik nya. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Lama dia diam menilikku dari bawah ke atas. Aku menghadiahkan sebuah senyuman yang termanis yang aku ada pada dia. Dia tidak membalas senyuman aku. Aku juga melambaikan tangan ke arah nya.
Kemudian dia kembali menoleh ke arah Uwais dan berlalu pergi.
"Aaaaaaa, aku ter eye contact dengan dia. Ya ampun indahnya. Blushing aku dibuatnya. Tak payah susah-susah lagi aku nak pakai blusher lepasni." jerit aku gembira.
"Sakit bodoh telinga aku. Yang kau jerit pagi-pagi ni dah kenapa? Buat malu betul lah kau ni. Dah lah ramai orang ni." ujar Aisya geram. Malu dia apabila ramai student melihat mereka. Mana tak nya si Kayla ni tiba-tiba menjerit macam orang gila. Itu baru ter eye contact kalau si Zayden tu senyum kat dia entah apa yang dia buat. Aku rasa lebih dari ni dia buat.
"Kau tak nampak ke tadi? Lama Zayden tengok aku tau." ucap aku sambil menepuk nepuk bahu Aisya.
"Aduhh!! Boleh tak kau jangan nak tepuk-tepuk bahu aku." Aisya memegang bahu nya yang sakit itu.
"Eh sorry-sorry, tak sengaja." tersengih aku sambil mengusap bahu sahabatnya itu.
"Tak payah pegang-pegang aku." marah Aisya.
"Alah jangan lah marah-marah. Nanti cepat tua tau. Kau taknak tua kan?" kata aku selamba.
Aisya mengetap gigi. Sabar Aisya. Sabar. Nafas nya ditarik panjang sebelum dihela semula.
"Kau nak tercegat kat sini ke nak masuk kelas? Kau tahu tak yang kita ni dah lambat." bebel Aisya.
Aku menilik jam tanganku . Sudah menunjukkan jam 8:45 pagi. Itu tandanya aku sudah terlambat. Kelas pagi ni bermula jam 9:00 pagi.
"Weh tinggal lagi 15 minit. Kita dah lambat ni." kelam kabut aku dibuatnya. Zayden betul-betul membuatkan diri nya lalai.
Hampir sahaja Aisya ingin menghamburkan ketawanya melihat Kayla. Itu lah siapa suruh tengok anak teruna orang sampai tak ingat dunia.
Mereka berdua berlari anak menuju ke dewan kuliah. Tak pasal-pasal buat senaman pagi. Setiba di pintu dewan, mereka berdua saling berpandangan sesama sendiri seperti sedang bercakap dengan bahasa yang hanya mereka yang faham.
"Kau lah buka pintu ni." Aku menyuruh Aisya untuk membuka pintu dewan itu.
"Eh apasal pulak aku. Kau lah buka"
Masing-masing tak nak mengalah. Kayla suruh dia. Dia suruh Kayla.
"Macam ni lah kita main burung, batu, air nak. Siapa yang kalah dia kena bukakan pintu ni." cadang aku.
"Eh sempat lagi kau ajak main." Perghh sempat lagi si Kayla ni. Kesuntukkan masa pun ajak main."
"Cepatlah nak ke taknak." marah aku. Ei, lambat pula menjawab minah ni.
Nak taknak Aisya terpaksa lah setuju.
"Aish, yalah-yalah"
Aku memandang Aisya sebelum memulakan pengiraan aku. "Okay 1,2,3 osom!"
Aku membuat tanda batu manakala Aisya pula tanda air. Dan itu bermakna aku kalah dan Aisya menang. Jadi aku lah yang kena bukakan pintu ni.
"Ha aku menang, kau kalah. Itu lah silap orang kau ajak main. Aku ni pro bab bab main osom ni." bangga Aisya seketika.
Aku berdecit.
"Dengan lafaz bissmillah aku membuka pintu dewan itu. Bukan apa risau takut Prof. Madya dah sampai lebih awal dari aku dan Aisya."
Aku menghembukan nafas lega apabila melihat Prof. Madya belum tiba.
"Huish, nasib baik."
Dan mereka berjalan menuju ke meja. Masa mula mula masuk tadi semua pelajar memandang mereka namun mereka buat tak tahu. Cover malu.
Tak sampai sesaat kami duduk, Prof. Madya pun masuk dalam dewan. Ni betul-betul bernasib baik. Kalau mereka lambat seminit tadi confirm mereka berdua akan menjadi student femes. Kenapa student femes?
Siapa sahaja yang tak mengenali Profesor Dr. Madya. Seorang Prof yang tegas ketika mengajar, seorang yang pantang kalau pelajar-pelajar dia terlambat. Dan kalau ada pelajar terlambat dia akan menghukun dan membebel habis kesemua kampus ni dengar. Agaknya Prof ni tertelan speaker. Suara bukan main kuat lagi. Nasib baik tak pekak telinga pelajar-pelajar. Tetapi dalam ketegasan dia mengajar akan ada terselit nya sifat sayang , lembut dan keibuan kepada para pelajarnya.
"Good morning class" ucap Prof. Madya sebaik saja melangkah masuk ke dewan.
"Good morning Prof" semua pelajar berdiri dan menjawab secara serentak.
"I trust that everyone is well-rested and ready for today's lesson. So, hari ni kita akan membincangkan konsep komposisi dalam seni visual. Komposisi adalah cara untuk mengatur elemen-elemen seni visual seperti warna, bentuk dan garisan dengan satu sama lain sehingga memberikan kesan menarik kepada penonton."
"Prof. Boleh saya bertanya satu soalan tentang komposisi seni?" Aku mengangkat tangan dan berdiri.
"Yes, Kayla. Awak nak tanya apa?"
"Bagaimana saya boleh menggunakan komposisi yang tepat untuk menyampaikan mesej yang saya ingin beritahu dalam karya seni saya?" lembut aku bertanya.
"Awak boleh menggunakan teknik yang disebut sebagai komposisi simetri, komposisi persegi panjang emas, komposisi segi tiga, dan komposisi gaya bebas untuk membantu menyampaikan mesej awak. Namun, awak juga perlu mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti warna, bentuk, dan garisan untuk membantu menyampaikan mesej yang awak ingin beritahu." panjang penerangan Prof. Madya. Pelajar hanya diam mendengar.
"Mungkin boleh saya dapatkan beberapa contoh yang menggunakan teknik-teknik itu?"
"Ya, boleh. Mari kita lihat beberapa contoh karya seni terkenal yang menggunakan teknik-teknik tersebut. "The Scream" karya Edvard Munch menggunakan komposisi gaya bebas. "Passion Flower" oleh Georgia O'Keeffe menggunakan komposisi persegi panjang emas. "Guernica" karya Pablo Picasso menggunakan komposisi segi tiga. So, awak semua faham?" tanya Prof Madya tegas.
Semua pelajar mengangguk.
"Okay good. So, next time bila saya tanya awak semua boleh jawab ya. Saya taknak bila saya tanya awak tak boleh jawab, ada yang gagap lah." pesan Prof tegas.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro