Part 19 🦋
JANGAN LUPA VOTE
ZAYDEN tengah fokus menghadap laptop, jari-jemarinya laju menaip laporan kewangan yang perlu disiapkan segera. Otaknya ligat berfikir, memproses data dan angka yang berserabut di skrin. Dalam kesibukannya, pintu pejabatnya diketuk perlahan.
"Masuk," kata Zayden tanpa mengalihkan pandangan dari skrin.
Pintu terbuka dan Melissa, pembantu peribadinya, melangkah masuk dengan fail di tangan.
"Encik Zayn, ada meeting dengan Dato' Hamdan dalam setengah jam lagi," beritahu Melissa.
Zayden berhenti menaip dan menghela nafas panjang. "Meeting apa ni, Melissa? Saya tak ingat ada dalam jadual."
"Memang tak ada dalam jadual asal, tapi Dato' Hamdan minta untuk berjumpa dengan segera. Katanya, ada perkara penting nak dibincangkan."
Zayden mengerutkan dahi. "Baiklah, siapkan bilik mesyuarat. Saya akan ke sana dalam lima belas minit."
Melissa mengangguk dan keluar dari bilik, meninggalkan Zayden yang kembali memandang skrin laptopnya. Dia tahu Dato' Hamdan seorang yang berpengaruh dan pertemuan ini mungkin membawa peluang besar. Namun, perasaan resah tetap menghantui fikirannya. Dia cepat-cepat menyelesaikan beberapa perkara penting sebelum bergerak ke bilik mesyuarat.
Setibanya di bilik mesyuarat, Zayden melihat Dato' Hamdan sudah menunggu. Mereka berjabat tangan dan duduk di meja panjang yang dikelilingi kerusi eksekutif.
"Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, Zayn," kata Dato' Hamdan dengan senyuman mesra.
"Tiada masalah, Dato'. Apa yang boleh saya bantu?" tanya Zayden sambil membuka fail yang dibawa oleh Melissa.
"Sebenarnya, saya ada satu projek besar yang memerlukan kerjasama syarikat awak. Projek ini melibatkan pembangunan hartanah dan saya rasa syarikat awak sesuai untuk mengendalikannya."
Zayden mendengar dengan teliti, memikirkan peluang besar yang mungkin akan datang dengan projek ini. Namun, sebelum dia sempat bertanya lanjut, pintu bilik mesyuarat terbuka sekali lagi. Kali ini, Melissa masuk bersama seseorang yang sangat dikenalinya.
Aisya.
Zayden terpempan melihat Aisya. Aisya kelihatan tenang dan profesional, memberikan senyuman kecil sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Dato' Hamdan.
"Zayn, kenalkan ini Aisya, konsultan projek kami. Dia akan bekerjasama rapat dengan awak sepanjang projek ini," kata Dato' Hamdan.
Zayden mengangguk perlahan, "Nice to meet you Cik Aisya" katanya dengan nada formal.
"Nice to meet you too Encik Zayn," balas Aisya dengan senyuman.
Dato' Hamdan kemudian berpaling dan memperkenalkan seorang wanita muda yang berdiri di sebelahnya. "Oh, dan ini anak saya, Sofia. Dia akan turut serta dalam projek ini untuk mendapatkan pengalaman."
Sofia berdiri dengan gaya yang sangat menarik perhatian, memakai pakaian yang agak seksi dan elegan. Senyumannya ceria, dan matanya bersinar penuh keyakinan.
"Hi Zayn ," Sofia berkata sambil menghulurkan tangan.
Zayden menyambut tangan Sofia, merasakan sentuhan lembutnya. "Hi."
Aisya memulakan pembentangan mengenai projek pembangunan hartanah yang dirancang. Dia berdiri dengan yakin, menayangkan slide yang penuh dengan butiran penting di skrin besar.
"Projek ini akan melibatkan pembangunan beberapa kompleks perumahan dan komersial di kawasan strategik. Kita akan menggunakan teknologi hijau dan bahan-bahan mesra alam untuk memastikan projek ini bukan sahaja menguntungkan, tetapi juga mampan dari segi alam sekitar," jelas Aisya dengan nada profesional.
Zayden mendengar dengan teliti, mencatat beberapa perkara penting dalam notepadnya. Dia kagum dengan kepakaran Aisya dan cara dia menyampaikan maklumat dengan jelas dan teratur. Namun, dia juga sedar akan kehadiran Sofia yang duduk di seberang meja.
Sofia tidak nampak berminat dengan pembentangan Aisya. Sebaliknya, dia terus memandang Zayden dengan pandangan yang penuh minat dan senyuman yang menggoda. Zayden cuba untuk tidak memberi perhatian, tetapi pandangan Sofia membuatnya merasa tidak selesa.
Aisya terus menerangkan rancangan terperinci projek tersebut, termasuk anggaran kos, jadual pelaksanaan, dan potensi pulangan pelaburan. Zayden cuba menumpukan perhatian sepenuhnya, tetapi kehadiran Sofia yang tidak henti-henti memandangnya membuatkan dia sukar untuk benar-benar fokus.
"Saya yakin dengan kerjasama antara syarikat kita, kita boleh menjayakan projek ini dengan cemerlang," kata Aisya sambil menutup pembentangan dengan slaid akhir.
Zayden mengangguk dan bertepuk tangan perlahan. "Terima kasih, Cik Aisya . Pembentangan yang sangat baik dan menyeluruh."
Aisya tersenyum dan duduk kembali di tempatnya. "Terima kasih, Encik Zayn. Saya harap kita dapat bekerjasama dengan baik dalam projek ini."
Dato' Hamdan juga kelihatan berpuas hati dengan pembentangan tersebut. "Saya setuju. Saya percaya projek ini akan berjaya dengan adanya kerjasama yang erat antara kita."
Namun, Sofia memecahkan suasana dengan suara yang manis, "Zayn, can I ask you something, will you be fully committed to this project?"
Zayden mengerutkan dahi, sedikit terkejut dengan soalan Sofia yang tidak berkaitan dengan projek. "Yes, I'll be fully committed. This project is very important for our company."
Sofia tersenyum lebih lebar. "Great. I hope we can work well together too."
Zayden mengangguk dengan sopan, tetapi dalam hatinya, dia merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia tahu dia perlu berhati-hati dengan Sofia, terutama sekali kerana dia adalah anak kepada Dato' Hamdan. Pertemuan ini menambah lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh Zayden, bukan sahaja dari segi profesional tetapi juga peribadi.
Setelah selesai perbincangan dan semua orang bersiap untuk meninggalkan bilik mesyuarat, Zayden memanggil Aisya.
"Aisya, tunggu sebentar. Saya nak cakap sesuatu dengan awak," kata Zayden sambil menghampiri Aisya.
Aisya berpaling dan mengangguk. "Baik, Encik Zayn. Encik nak bincang apa?"
Zayden menunggu hingga Sofia dan Dato' Hamdan sudah keluar dari bilik mesyuarat, lalu dia mendekati Aisya dengan ekspresi yang lebih santai.
"Aku ada satu soalan, sebenarnya," Zayden memulakan dengan nada yang berhati-hati. "Kau ada berita tentang Kayla tak?"
Aisya mengangguk perlahan, sedikit terkejut dengan soalan itu. Kenapa kau tanya? Ada sesuatu yang kau nak tahu?"
Tiada lagi panggilan formal antara mereka. Mereka hanya akan formal ketika bekerja sahaja.
Zayden tersenyum sedikit, namun kelihatan sedikit risau. "Aku cuma... tertanya-tanya macam mana dia sekarang. Aku mesej dia tapi dia block aku."
Aisya menarik nafas panjang. "Kayla? Dia okay je. Baru-baru ni dia ada cari kerja. Sekarang ni dia start kerja lah. Aku pun dah lama tak jumpa dia. Masing-masing sibuk kan. Lagipun dia cakap nak sibukkan diri biar senang sikit dia nak lupakan kau."
Zayden tersentak sedikit mendengar kata-kata itu. "Lupakan aku?"
Aisya mengangguk lagi. "Ya. Dia masih terasa dengan apa yang kau cakap hari tu. Aku dah try pujuk dia tapi hati dia keras betul. Aku harap kau bersabar je lah. Kalau betul kau nakkan dia, kau usaha lah. Sekeras-keras mana pun Kayla nanti, lambat -laun dia akan cair juga kalau kau betul-betul buktikan yang kau nakkan dia."
Zayden merasa berat hati mendengar berita itu. "Aku faham. Terima kasih, Aisya. Aku cuma nak pastikan dia baik-baik saja."
Aisya tersenyum dan memberikan sokongan sebelum meninggalkan bilik mesyuarat. Zayden duduk sejenak, termenung, merenungkan dengan apa yang Aisya katakan.
Keluar saja dari pejabat Zayden, Sofia terus mendekati Aisya dengan gaya yang gedik dan penuh rasa cemburu.
"Hei, kau cakap apa dengan Zayn tadi? Macam serius je aku tengok" tanya Sofia sambil mengangkat kening, menunjukkan rasa ingin tahunya.
Aisya menjeling sedikit pada Sofia, tidak berminat melayan sikapnya. "Oh, tak ada apa-apa yang penting pun. Kami cuma bincang pasal projek."
Sofia memandang Aisya dengan pandangan tak percaya. "Betul ke? Nampak macam kau berdua ada sesuatu je."
Aisya menghela nafas panjang, cuba mengawal sabarnya. "Up to you, Miss Sofia. Kalau tak percaya, itu terpulang pada awak."
Tanpa menunggu jawapan, Aisya terus melangkah pergi, meninggalkan Sofia yang masih terpinga-pinga. Sofia menghentak kaki ke lantai dengan kuat, tanda geramnya semakin memuncak.
"Geram betul aku dengan dia ni," Sofia mengomel sendiri sambil menatap belakang Aisya yang semakin jauh. Dia rasa tidak puas hati dan cemburu kerana tidak mendapat perhatian Zayden seperti yang dia harapkan.
Aisya memang tak suka dengan anak bosnya itu. Bagi Aisya, Sofia terlalu gedik dan suka menonjolkan diri. Keadaan ini membuatkan Aisya sering merasa tidak selesa setiap kali Sofia berada di sekelilingnya.
Sampai sahaj di office, Aisya menarik nafas dalam-dalam, cuba menghilangkan rasa tidak puas hatinya terhadap Sofia. Dia tahu, sebagai pekerja yang profesional, dia perlu mengawal emosinya. Namun, sikap Sofia yang suka menyibuk dan cemburu itu benar-benar menguji kesabarannya.
"Aku kena ingat tujuan aku kat sini," bisik Aisya pada dirinya sendiri sambil mula menumpukan perhatian pada kerjanya. Baginya, kejayaan projek ini lebih penting daripada melayan kerenah Sofia.
Tidak lama kemudian, Aisya mendapat panggilan daripada Kayla. Hatinya sedikit tenang mendengar suara sahabat baiknya itu.
"Isya, kau okay ke? Suara macam tension je," tanya Kayla dengan nada prihatin.
Aisya tersenyum kecil. "Aku okay je, Kayla. Cuma biasalah, kerja. Macam mana dengan kau?"
"Alhamdulillah, aku okay. Kalau ada apa-apa, jangan segan-segan cerita kat aku tau," ujar Kayla memberi semangat.
Perbualan singkat itu sedikit sebanyak membantu Aisya untuk kembali bersemangat. Bagi Aisya, mempunyai sahabat seperti Kayla adalah satu rahmat yang sangat berharga walaupun kadang-kadang menyakitkan hati.
"Eh, lupa pula aku nak cakap kat Kayla tadi pasal Zayden. Takpe, nanti lah aku bagitahu," Aisya berbisik pada dirinya sendiri. Dia kembali fokus pada kerjanya.
Petang itu, ketika hampir tamat waktu bekerja, Aisya mengambil kesempatan untuk menghantar mesej kepada Kayla.
Kayla:
"Aku ada benda nak cerita ni. Pasal Zayden. Call aku nanti bila kau free."
Aisya tahu berita ini mungkin akan mengejutkan Kayla, tetapi dia juga sedar ia adalah sesuatu yang perlu disampaikan. Dia berharap agar Kayla tidak terlalu terkejut dan dapat menerima berita itu dengan tenang.
Setelah menghantar mesej, Aisya menarik nafas lega dan bersiap-siap untuk pulang. Hari ini benar-benar meletihkan, kena layan kerenah anak boss dia lagi.
Ketika dalam perjalanan pulang, Aisya tidak dapat berhenti memikirkan bagaimana reaksi Kayla nanti.
"Harap-harap, dia okay," bisik Aisya dalam hati sambil memandu pulang.
Kayla membalas pesanan itu dengan ringkas, "Taknak. Aku busyyy." Sebenarnya, dia hanya mahu mengelak dari mendengar apa-apa tentang Zayden. Hatinya masih belum pulih sepenuhnya, dan dia tidak mahu mengingat kembali kenangan yang menyakitkan.
Aisya membaca balasan Kayla dengan sedikit kerisauan. Dia tahu Kayla sedang mengelak, tetapi dia juga tahu bahawa sahabatnya itu perlu tahu tentang pertemuan dengan Zayden. Aisya memutuskan untuk membiarkan sahaja buat sementara waktu dan menghormati keputusan Kayla.
Di seberang sana, Kayla meletakkan telefon bimbitnya dan menghela nafas panjang. Dia masih teringat betapa susahnya untuk melupakan Zayden.
"Kenapa mesti ada lagi cerita pasal dia?" bisik Kayla pada dirinya sendiri.
Untuk mengalih perhatian, Kayla membuka laptop dan menyambung kerja-kerja yang masih tertangguh. Dia cuba fokus, tetapi fikirannya sering melayang kembali kepada Zayden. Wajahnya, suaranya, semuanya masih segar dalam ingatan.
Kayla menggigit bibirnya, cuba menahan air mata yang hampir menitis.
"Aku kena kuat," bisik hatinya. "Aku tak boleh biarkan dia terus ganggu hidup aku."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro