Part 18 🦋
Vote Dulu
ZAYDEN bermain telefon dalam biliknya, melayari media sosial dan memeriksa mesej yang masuk. Kedengaran pintu diketuk oleh adiknya, Zulaikha.
"Abang, mummy panggil turun makan," ujar Zulaikha dengan suara lembut.
Zayden mengeluh perlahan, mematikan telefon dan bangkit dari katil. "Okay, adik. Abang turun sekarang," jawabnya sambil membuka pintu.
Zulaikha tersenyum dan berlari turun ke bawah. Zayden melangkah perlahan ke ruang makan, fikirannya masih melayang-layang memikirkan banyak perkara, termasuk Kayla, bayangan Kayla masih sering muncul dalam fikirannya.
Di ruang makan, Puan Sri Zahra sudah duduk sambil menunggu.
"Zayn, cepatlah. Semua dah siap," panggil Puan Sri dengan nada sedikit tegas.
"Ya, mummy. Zayn dah turun," balas Zayden, mengambil tempat di meja makan.
Makan malam itu berlangsung dengan tenang. Zayden cuba fokus pada perbualan di meja, tetapi fikirannya sesekali kembali kepada Kayla. Dia rindu akan saat-saat itu.
Selepas makan, Zayden duduk di ruang tamu bersama keluarganya. Zulaikha menonton televisyen sementara mummy dan daddy berbual tentang hal-hal seharian. Zayden merasa sedikit terasing, namun dia berusaha untuk tidak menunjukkan perasaannya.
"Zayn, daddy nak kamu masuk kerja esok. Sampai bila kamu nak bekerja dengan kafe tu?" tanya Tan Sri Zahran dengan nada tegas.
Zayden terdiam seketika, cuba menyusun kata-kata. "Daddy, Zayn masih belajar banyak perkara di kafe tu. Ia memberikan Zayn pengalaman yang berharga," jawab Zayden, cuba mempertahankan pilihannya.
"Tapi, Zayn, kamu tahu daddy harap kamu boleh ambil alih syarikat suatu hari nanti. Kamu perlu belajar tentang perniagaan keluarga kita," ujar Tan Sri Zahran dengan nada yang lebih lembut, namun penuh harapan.
Zayden menghela nafas panjang. Dia faham tanggungjawab yang menanti, tetapi hatinya masih berat untuk meninggalkan kafe yang memberikannya ruang untuk mencari dirinya sendiri. Tempat yang banyak kenangan dia bersama Kayla. Namun, melihat pandangan daddy yang penuh harapan, dia akhirnya menyerah.
"Okay lah daddy. Esok Zayn ikut daddy pergi office," katanya, berkompromi.
Tan Sri Zahran tersenyum puas. "Terima kasih, Zayn. Daddy tahu kamu takkan kecewakan daddy."
Malam itu, selepas semua sudah masuk tidur, Zayden kembali ke biliknya. Dia membuka jendela dan memandang keluar, menghirup udara malam yang segar. Dalam keheningan malam, dia merenung nasib dan masa depannya. Dia tahu bahawa dia perlu mencari kekuatan untuk melangkah ke hadapan. Hidup tidak boleh terhenti hanya kerana satu peristiwa.
Zayden juga sedar bahawa daddy semakin berumur dan sudah tiba masanya dia mengambil alih syarikat keluarga. Daddy tidak boleh terus memikul beban tersebut sendirian. Dengan tekad yang baru, Zayden berjanji pada dirinya sendiri untuk melakukan yang terbaik demi keluarganya. Dia akan belajar segala yang diperlukan dan memastikan syarikat mereka terus berjaya, sambil mencari kebahagiaan yang sejati untuk dirinya sendiri.
PAGI itu Zayden bersiap dengan mengenakan kemeja putih berkot serta necktie , bersiap mahu ke pejabat. Minyak wangi disembur sedikit ke leher dan pergelangan tangan, menambahkan aura keyakinan pada dirinya. Dia memandang cermin sejenak, memastikan penampilannya kemas dan profesional.
Dengan langkah yang mantap, Zayden turun ke ruang makan. Aroma makanan pagi yang disediakan mummy memenuhi udara, membuat perutnya berbunyi. Mummy dan daddy sudah duduk di meja makan, sementara Zulaikha sibuk dengan telefon bimbitnya.
"Selamat pagi,Zayn. Handsome betul anak mummy hari ni," sapa Puan Sri sambil tersenyum.
"Selamat pagi, mummy. Selamat pagi, daddy. Thankyou mummy. balas Zayden, duduk di tempatnya.
Tan Sri Zahran memandang Zayden dengan mata penuh bangga. "Zayn, daddy gembira kamu buat keputusan untuk ikut daddy ke pejabat hari ini. Ini langkah yang besar untuk masa depan kita."
Zayden tersenyum, tetapi di dalam hatinya masih ada sedikit kegelisahan. "Terima kasih, daddy. Zayn akan buat yang terbaik."
Selesai sarapan, Zayden dan daddy bergerak menuju ke pejabat. Di dalam kereta, mereka berbual tentang apa yang akan Zayden pelajari hari ini. Tan Sri menjelaskan struktur syarikat, peranan penting yang perlu Zayden fahami, dan cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi.
Sampai di pejabat, Zayden merasa sedikit gugup tetapi lebih banyak bersemangat. Tan Sri memperkenalkan Zayden kepada para pekerja dan menunjukkan sekitar pejabat. Setiap orang menyambut Zayden dengan senyuman dan hormat, membuatkan dia merasa diterima.
"Kenalkan, Zayn Zayden, anak lelaki saya. Dia akan gantikan saya, Saya harap kamu semua dapat memberi sokongan dan tunjuk ajar kepadanya."kata Tan Sri dengan bangga.
Para pekerja mengangguk dan tersenyum, memberikan ucapan selamat kepada Zayden.
"Selamat datang, Encik Zayn ," kata salah seorang pekerja senior. "Kami semua akan bantu Encik sebaik mungkin."
Zayden merasa terharu dengan sambutan yang hangat itu. Dia tahu bahawa banyak yang perlu dia pelajari dan banyak tanggungjawab yang perlu dia pikul. Namun, dengan sokongan dari para pekerja dan bimbingan dari daddy, dia merasa lebih yakin untuk mengharungi perjalanan baru ini.
Di pejabat, Zayden diberi meja sendiri dengan pemandangan indah dari tingkat atas. Sebagai CEO muda, dia mula mengatur strateginya untuk membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi. Zayden bertekad untuk membuktikan dirinya, bukan hanya kepada keluarganya tetapi juga kepada dirinya sendiri.
Dengan semangat yang baru, Zayden membuka laptopnya dan mula menyelidiki laporan-laporan syarikat. Dia meneliti setiap perincian, memastikan dia memahami sepenuhnya keadaan semasa syarikat. Tan Sri masuk ke dalam pejabat Zayden, memberikan beberapa nasihat berharga.
"Zayn, ingatlah. Memimpin syarikat bukan hanya tentang keuntungan, tetapi juga tentang menjaga kebajikan pekerja dan membangun hubungan baik dengan semua pihak," kata Tan Sri dengan bijaksana.
Zayden mengangguk. "Zayn faham, daddy. Zayn akan lakukan yang terbaik."
Hari-hari Zayden sebagai CEO muda bermula dengan penuh cabaran dan tanggungjawab. Namun, dia yakin dengan kemampuannya dan bersedia menghadapi segala rintangan yang datang. Dengan tekad yang kuat, Zayden berjanji untuk membawa syarikat keluarganya ke puncak kejayaan, sambil mencari kebahagiaan dan kepuasan dalam perjalanan hidupnya yang baru.
Menjelang tengah hari, Zayden merasa sedikit penat dan memutuskan untuk keluar makan tengah hari. Pagi itu, dia sibuk menguruskan pelbagai dokumen dan menghadiri beberapa mesyuarat penting walaupun masih baru tapi hari ini dia terpaksa gantikan daddy nya.
Dia memilih sebuah kafe yang tidak jauh dari office nya, tempat yang agak tenang di mana dia boleh berehat sejenak dan memikirkan langkah-langkah seterusnya untuk syarikat. Sesampainya di kafe, Zayden memesan kopi hitam dan sandwich ayam panggang, makanan yang ringkas tetapi cukup untuk mengisi tenaga.
Sambil menunggu pesanan, Zayden melayari telefon bimbitnya, memeriksa emel dan mesej yang masuk. Dia juga sempat memikirkan tentang Kayla, teringat kembali kenangan-kenangan. Kayla belum munculkan dirinya. Gadis itu seakan hilang di telan bumi. Tiada langsung bayang Kayla. Sampai ke hari ini dia belum lagi berjumpa dengan gadis itu. Dia berharap sangat dapat berjumpa walaupun hanya seketika. Sungguh dia rindukan gadis itu.
Keluhan berat terlepas dari bibirnya.
"Puan Sri, saya nak keluar pergi beli makanan ni. Puan Sri ada nak apa-apa ke? Saya boleh belikan." tanya Kayla lembut.
"Takpa lah Anne. Saya nak keluar kejap lagi pergi meeting. Saya makan nanti habis meeting lah. Lagi pun saya dah makan pagi tadi dengan family saya. Terima kasih sebab tanya ya." balas Puan Sri sambil tersenyum.
Aku mengangguk kepala sambil senyum kembali. "Baik Puan Sri. Kalau ada apa-apa nanti, bagitahu je"
Aku kemudiannya keluar dari butik menuju ke sebuah kafe berdekatan. Kafe itu adalah tempat kegemaran aku untuk berehat dan menikmati kopi selepas seharian bekerja. Aku memesan secawan cappuccino dan duduk di sudut yang sunyi, tempat biasa dia menghabiskan waktu untuk menenangkan fikiran.
Sementara itu, Zayden sedang menikmati makan tengah harinya. Sesekali dia menoleh ke kerusi di belakangnya, ternampak seorang gadis yang duduk membelakangi dirinya. Namun, dia tidak menghiraukannya dan kembali memandang ke depan, fokus pada makanannya.
Selang lima minit, pesanan aku siap. Aku bangun menuju ke kaunter untuk membayar. Dengan langkah yang tenang, aku menghampiri kaunter.
"Berapa?" tanya Kayla.
Pelayan di kaunter memberikan senyuman sebelum menyebut jumlahnya. "Itu RM15, kak."
Aku mengeluarkan dompetku dan membayar dengan cepat. Sewaktu aku menunggu baki, aku merasa seolah-olah ada seseorang yang sedang memerhatikanku. Namun, aku mengabaikan perasaan itu, menganggap mungkin hanya perasaan semata-mata.
Setelah mendapatkan baki, aku berterima kasih dan mengambil pesanan aku lalu keluar dari kafe.
Mata Zayden laju mencari arah suara itu. Terhenti seketika suapannya sebaik sahaja mendengar suara gadis itu. Kelihatan seorang gadis yang baru sahaja selesai pembayaran dan berjalan keluar.
"Kayla?" bisik Zayden perlahan, lebih kepada dirinya sendiri.
Laju kaki Zayden mengejarnya. Namun langkah kaki gadis itu lagi laju. Dia kehilangan jejak gadis itu.
Sayu-sayu aku mendengar suara orang memanggil aku. Aku menoleh dan melihat sekeliling, namun tiada sesiapa. Mungkin hanya bayangan semata-mata, fikirku. Aku meneruskan langkahku, perasaan bercampur-baur antara harapan dan kebimbangan.
Zayden berhenti sejenak, menghela nafas panjang.
"Perasaan aku je kot. Takkan lah Kayla," kata Zayden pada dirinya sendiri.
Zayden memutuskan untuk kembali ke office nya. Hatinya berasa sedikit hampa kerana tidak sempat bertemu dengan gadis itu.
Sepanjang berjalan masuk ke dalam office , Zayden masih teringat-ingat akan hal di kafe tadi. Suara gadis itu terus kedengaran , membuatkan dia tidak fokus dengan sekeliling.
Pekerjanya mula memerhati dan berbisik sesama sendiri apabila melihat Zayden berjalan tanpa arah dan terus masuk ke biliknya tanpa menyapa sesiapa.
"Asal dengan Encik Zayn tu?" soal Umar, salah seorang pekerja, dengan dahi berkerut.
"Mana lah aku tahu, Mungkin ada masalah besar" jawab Lia sambil mengangkat bahu. "
Zayden masuk ke biliknya dan duduk di kerusi. Dia melepaskan nafas panjang, cuba menenangkan fikiran yang berkecamuk. Dia tidak dapat melupakan apa yang berlaku . Segalanya terasa begitu nyata, namun gadis itu hilang begitu cepat, seolah-olah mimpi yang tidak dapat digapai.
Dengan susah payah, Zayden cuba fokus pada kerja yang perlu diselesaikan. Dia tahu banyak tanggungjawab yang menantinya, lebih-lebih lagi sekarang dia sudah mula bekerja di syarikat keluarga. Dia perlu menunjukkan kemampuannya dan membuktikan kepada daddy yang dia mampu memikul tanggungjawab besar ini.
Tetapi, ingatan tentang gadis itu terus menghantuinya. Zayden membuka laptop dan mula meneliti dokumen-dokumen yang perlu disemak. Walau bagaimanapun, fikirannya terus melayang kembali ke kafe itu, memikirkan apa yang mungkin berlaku jika dia sempat mengejar gadis itu. Hati nya kuat mengatakan itu adalah Kayla. Suara gadis itu sama dengan suara Kayla.
Di luar biliknya, para pekerja masih berbual tentang keadaan Zayden yang kelihatan tidak seperti biasa.
"Encik Zayn nampak lain hari ini. Mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia," kata Farah, seorang lagi pekerja, dengan nada prihatin.
"Harap-harap apa pun masalah dia, cepat selesai. Kita semua perlukan dia dalam keadaan terbaik untuk uruskan projek besar ni," balas Umar sambil mengangguk.
Sementara itu, Zayden cuba sedaya upaya mengalihkan perhatiannya dengan kerja. Tetapi dia tahu, dalam hatinya, terus dan terus ingat gadis itu.
"Fokus, Zayden. Fokus," bisiknya kepada diri sendiri, memaksa dirinya untuk kembali ke realiti tugas-tugas yang menantinya. Tetapi jauh di sudut hati, dia berharap dapat bertemu dengan gadis itu.
"Awak kat mana, Kayla? Saya rindu awak" luah Zayden perlahan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro