Part 16 🦋
TAKNAK VOTE KE?! 🥺
CUKUP tiga hari aku berada di rumah nenek. Tibalah masa untuk aku balik ke bandar. Pagi itu, aku bangun awal untuk mengemas barang-barang. Suasana kampung yang tenang dan damai membuatkan hatiku terasa berat untuk meninggalkan tempat itu.
Setelah semua barang dikemas, aku duduk bersama nenek di ruang tamu. Aku berbual seketika, menghabiskan masa terakhir sebelum perpisahan.
"Nek, terima kasih sebab jaga Kayla dengan baik. Kayla akan rindu nenek dan suasana kampung ini," kata Kayla dengan suara yang sedikit sebak.
Nenek tersenyum dan memegang tangan Kayla dengan lembut. "Nek pun akei rindu Kayla. Jago diri molek lah nati. Kalu ado maso gak balik lah sini lagi"
Kayla mengangguk. "Insya-Allah, nek. Kayla akan selalu ingat pesan Nek."
Setelah mengucapkan selamat tinggal, aku memandu keluar dari kampung dengan perasaan bercampur baur. Di satu sisi, aku merasa sedih untuk meninggalkan nenek dan suasana kampung yang damai. Di sisi lain, aku tahu aku perlu kembali ke bandar dan meneruskan kehidupan yang sibuk di sana.
Di sepanjang perjalanan, aku tidak dapat mengelak daripada mengenang kembali peristiwa beberapa hari yang lepas. Mesej dari Zayden, yang tiba-tiba muncul kembali dalam hidupku, membuatkan hatiku terasa berbelah bagi. Walaupun aku telah memblok nombor Zayden, kenangan bersama lelaki itu masih menghantui fikiranku. Susah rupanya nak moveon ni.
Setibanya di bandar, aku kembali kepada rutin harian seperti biasa. Namun, bayangan kampung dan nenek tetap di hati. Aku tidak mahu melupakan kenangan indah di kampung.
"Erm.. tak sampai satu hari dah rindu Nek." keluh Kayla.
Sementara itu, di kafe, Zayden terus menjalani kehidupannya dengan penuh dedikasi. Setiap kali customer datang dan pergi, dia berusaha untuk memberikan layanan terbaik. Walaupun hatinya masih teringat dengan Kayla, dia tahu dia perlu teruskan hidup dan bekerja dengan baik.
Pada suatu hari, Zayden menerima pesanan dari seorang customer yang mengingatkannya pada Kayla. Customer itu memesan kopi kegemaran Kayla dan duduk di tempat yang selalu Kayla duduk. Hati Zayden berdegup kencang, berharap itu mungkin Kayla. Namun, ketika dia menghampiri meja tersebut, dia mendapati itu adalah orang lain.
Setelah menghantar pesanan, Zayden duduk di belakang kaunter, memandang ke arah customer yang asyik dengan buku yang dibacanya. Dia tahu dia perlu menerima kenyataan dan bergerak ke hadapan, walaupun sukar.
"Saya rindukan awak Kayla..." gumam Zayden lemah.
Aku menerima panggilan dari nenek. Aku berbual dengan mesra, dan nenek bertanya tentang kehidupanku di bandar.
"Kayla, Nek harap sangat Kayla molek-molek jah dok sano tu. Kalu ado gapo-gapo, jangei malu-malu nak balik kampung. Nek sokmo rindu. Jangei lupo kirim salam ko mama papa tu." kata neneknya dengan nada lembut.
Aku tersenyum. "Nek, jangan risau. Kayla okay. Tapi, Kayla memang rindu kampung dan nenek. Insya-Allah, nanti kalau ada masa, Kayla balik kampung lagi."
Selepas menamatkan panggilan, aku merasa sedikit tenang. Aku tahu, walaupun kehidupan di bandar sibuk dan penuh dengan cabaran, aku masih ada tempat yang damai dan orang yang menyayangiku di kampung.
Tamat saja panggilan, mama menghampiriku bertanya siapa yang telefon. Aku tersenyum dan menjawab, "Nenek yang telefon, mama. Nenek kirim salam mama."
Puan Hani tersenyum lembut dan duduk di sebelah Kayla. "Waalaikumussalam, Nek macam mana, sihat? Mama rindu nak balik kampung juga."
"Nenek sihat, alhamdulillah. Dia rindu kita semua. Kalau ada masa nanti, kita balik kampung bersama-sama, ya?" jawab Kayla sambil memegang tangan mamanya.
Puan Hani mengangguk setuju. "Insya-Allah, kita akan balik kampung bersama. Kampung memang tempat yang tenang dan damai, lain sangat dengan suasana bandar."
Aku hanya tersenyum, menyetujui kata-kata mama. Suasana kampung dan nenek memang sesuatu yang selalu dirindui. Namun, aku tahu tanggungjawab dan kehidupan di bandar juga memerlukan perhatian.
MALAM itu, selepas makan malam, aku duduk di bilik, termenung memikirkan segala yang telah berlaku. Pesanan Zayden, panggilan dari nenek. Aku sedar aku perlu membuat keputusan yang terbaik untuk diri sendiri.
Aku mengambil telefon bimbit dan melihat mesej terakhir dari Zayden yang aku tidak balas. Rasa bersalah menghantui, tetapi aku tahu keputusan untuk blok nombornya adalah demi kebaikan. Aku ingin memberi masa kepada diri sendiri untuk sembuh dan memahami perasaan sebenar.
"Kenapa baru sekarang kau cari aku? Masa aku dah tawar hati baru kau datang," serak saja suara Kayla bercakap, penuh dengan kekecewaan.
Malam itu, aku menatap telefon bimbitku yang penuh dengan mesej-mesej yang tidak dibalas, aku termenung sendirian di balkoni rumah. Angin malam yang sejuk menyapa kulitku, namun hatiku tetap panas dengan perasaan yang bercampur baur. Kenangan bersama Zayden berputar-putar di benakku membuatkan hatiku semakin berat.
Aku teringat saat-saat manis, tawa dan senyuman lelaki itu. Namun, semua itu terasa jauh kini, seperti mimpi yang telah lama berlalu.
Tiba-tiba telefonku berbunyi, memecahkan kesunyian malam. Nama Aisya tertera di skrin. Aku menjawab panggilan itu dengan suara yang sedikit serak.
"Isya?" sahut Kayla, cuba menyembunyikan perasaan sedihnya.
"Kayla, kau okay kan?" tanya Aisya risau.
"Aku okay. Kenapa?"soal Kayla kembali.
"Bukan apa aku cuma risaukan kau. Aku ada bagi nombor kau kat Zayden petang tadi. Dia sendiri yang call aku tanya pasal kau. " kata Aisya dengan suara yang lembut dan penuh simpati.
"Kenapa kau bagi?" tanya Kayla, suaranya penuh kekeliruan dan sedikit marah.
Aisya menghela nafas perlahan, cuba menjelaskan keputusannya. "Aku tahu kau marah. Aku pun tahu kau sedang cuba pulihkan diri. Aku tahu Zayden sakitkan hati kau. Tapi sekarang ni aku nampak dia betul-betul nak minta maaf dengan kau."
Aku terdiam, cuba mencerna kata-kata Aisya. Aku tahu Aisya mahukan yang terbaik untuk aku, tapi bagi nombor aku pada Zayden tanpa izin aku buatkan aku rasa marah dan terganggu. Mungkin dulu aku akan bersorak gembira namun kini tidak lagi. Hati aku kosong.
"Kenapa sekarang? Kenapa bila hati aku dah tawar baru dia nak minta maaf? Kenapa?" Aku bertanya, suaraku penuh dengan kekecewaan.
Aisya menggeleng perlahan, pandangannya penuh simpati. "Aku tak tahu, Kayla. Mungkin kadang-kadang orang tak sedar apa yang mereka miliki sampai mereka kehilangannya. Tapi aku rasa dia betul-betul menyesal. Dia berhak untuk minta maaf, dan kau berhak untuk mendengar atau tidak."
Aku menundukkan kepala, memikirkan kata-kata Aisya. Benar, mungkin Zayden berhak untuk menjelaskan, tapi adakah aku bersedia untuk mendengarnya? Aku masih ingat sakitnya, bagaimana aku terpaksa melalui hari-hari yang penuh kesedihan dan kekecewaan.
"Nanti lah aku fikir. Aku nak tidur dah ni. Bye." tipu Kayla. Dia tidak mahu lagi memanjangkan hal ini.
"Kau betul-betul dah menyerah ke?" soal Aisya perlahan.
"Ya. Asal kau tanya?" jawab Kayla laju. Tak jadi mahu mematikan panggilan.
"Yakin taknak kejar lagi?" sekali lagi Aisya menyoal hanya ingin kepastian.
"Tak sekarang ni asal kau tanya ni? Aku nampak kau macam tengah backup Zayden je ni. Bukan ke kau sendiri yang cakap baik aku kejar cinta Allah dulu baru kejar cinta manusia. Sekarang ni kau tanya soalan macam tu pula." bidas Kayla geram.
"Err... aku bukan apa. Saja tanya. Mana lah tahu kot-kot kau nak kejar dia balik ke. Nampak gaya macam ada chance je ni kalau kau kejar dia balik."
"Aku nak kejar dia macam mana lagi, Isya? Aku pernah tulus sayangkan dia tapi dia tak hargai. Aku cuba banyak cara nak pikat dia tapi dia tak hargai. Dia sendiri yang minta aku jangan ganggu dia, jadi buat apa lagi aku nak kejar dia kalau ending dia akan tetap sama. Menyakitkan. Terlalu menyakitkan." luah Kayla dengan suara seolah-olah menahan tangisan.
"Dah kalau kau cakap macam tu takpa lah. Aku tanya je tanya tu. Kau jangan marah tau. Okay, kita lupakan pasal hal ni. Tadi kau cakap nak tidur kan, pergi lah tidur. Bye. Goodnight." ujar Aisya hentikan topik ini.
Panggilan tamat. Aku memandang ke luar tingkap, merenung jauh ke dalam malam. Fikiranku berkecamuk. Adakah aku perlu beri Zayden peluang? Adakah hati aku cukup kuat nanti?
Tiba-tiba, kedengaran notifikasi dari Instagram aku. Aku terus melirik ke arah skrin telefon. Tertera nama username milik Zayden. Dia hantar mesej. Mungkin disebabkan aku blok nombor dia jadi dia mesej aku guna Instagram. Memandangkan aku follow dia punya account. Yalah dulu kan aku suka dia mestilah aku follow. Sekarang ni rasa macam nak unfollow je.
Dengan tangan yang sedikit bergetar, aku membuka mesej itu.
"Kayla, saya minta maaf kalau mesej ini mengganggu awak. Tapi saya betul-betul nak awak dengar penjelasan saya. Tolonglah, beri saya peluang. Kita jumpa sekali saja, lepas tu kalau awak tak nak jumpa lagi, saya akan hormati keputusan awak."
Aku teragak-agak, membaca mesej itu berulang kali. Kata-kata Zayden kelihatan tulus, tapi luka di hatiku masih belum sembuh sepenuhnya. Aku menutup mata sejenak, menarik nafas panjang.
Aku keraskan hati untuk tidak cair dengan kata-katanya. Aku hanya memilih untuk baca sahaja. Tiada niat mahu membalas.
Skrin yang cerah mula gelap. Aku matikan telefon. Memilih untuk tidur, berharap esok akan membawa ketenangan yang aku cari.
Namun, di dalam hati kecil ini, masih ada bayangan kata-kata Zayden yang mengganggu fikiran. Haruskah aku membuka kembali lembaran lama yang sudah aku tutup rapat? Atau teruskan langkah tanpa menoleh ke belakang?
Malam itu, aku tidur dengan fikiran yang bercelaru, berharap pagi yang datang akan memberi jawapan yang aku perlukan.
Di sisi lain, Zayden berdiri di luar balkoni biliknya. Memandang bintang dan bulan yang bersinar di langit. Dia mula teringat dengan suara, senyuman, dan tawa Kayla. Tak semena-mena terbit senyuman di bibirnya. Kenangan gadis itu jelas dalam ingatannya, seolah-olah baru semalam dia melihat Kayla.
Telefon dalam poket seluar diambil. Aplikasi Instagram dibuka. Keluhan berat dilepaskan. Sekali lagi Kayla tidak membalas mesejnya. Gadis itu hanya meninggalkan 'seen' sahaja. Sepatah kata pun tidak ditulis.
"Awak dah bencikan saya ke, Kayla?" Zayden berbicara pada dirinya sendiri.
Dia menutup aplikasi Instagram dan menatap kosong ke arah bintang-bintang di langit. Zayden tahu dia telah melakukan kesilapan besar dan mungkin sudah terlambat untuk memperbaikinya. Tapi di dalam hatinya, dia masih berharap agar ada sedikit ruang untuknya kembali ke dalam hidup Kayla.
Sementara itu, di bilik tidur, aku juga bergelut dengan perasaanku. . Aku merasa serba salah kerana tidak membalas mesej Zayden, tapi hatiku masih terluka. Aku mahu memberi peluang kepada diriku sendiri untuk sembuh sebelum membuka pintu hatiku semula.
"Dah kenapa pula aku fikir pasal laki tu. Dah lah Kayla, kau tak perlu nak rasa bersalah sangat. Memang patut pun kau buat dia macam tu." ujar Kayla menyakinkan diri sendiri.
Aku menarik nafas panjang dan cuba menenangkan diri. Aku paksakan juga mataku untuk tertutup, walaupun fikiran masih berputar dengan seribu satu persoalan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro