Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 15 🦋

DI sebuah kedai makan sederhana yang terletak di pinggir bandar, Zayden dan Uwais duduk bersebelahan, menikmati hidangan yang telah mereka pesan. Waktu makan malam itu disinari lampu-lampu neon yang memberikan suasana tenang namun hidup.

Zayden hanya memandang makanannya, tanpa banyak berbicara. Uwais yang perasan dengan perubahan sahabatnya itu, memutuskan untuk bertanya.

"Zayn , kau nampak banyak diam je sekarang ni. Ada apa-apa yang kau fikirkan ke?" Uwais bertanya dengan nada prihatin.

Zayden mengangkat pandangannya perlahan, matanya sedikit kelam. Dia mengambil masa sebelum menjawab, seolah-olah mencari kata-kata yang sesuai.

"Entahlah, Uwais. Aku rasa macam... ada banyak benda yang bermain dalam fikiran aku sekarang," jawab Zayden akhirnya, suaranya perlahan tetapi sarat dengan perasaan.

Uwais mengerutkan dahinya. "Benda apa tu? Kau tahu kau boleh cerita dengan aku, kan?"

Zayden menghela nafas panjang, kemudian meletakkan sudu dan garpunya. "Aku rasa penat, Uwais. Penat dengan kerja, penat dengan tekanan, dan kadang-kadang rasa macam aku tak tahu apa yang aku buat dengan hidup aku."

Uwais memandang Zayden dengan penuh simpati. "Aku faham, Zayn. Hidup memang ada naik turun dia. Tapi kau jangan simpan sendiri. Kadang-kadang bercerita dengan orang boleh bantu ringankan beban."

Zayden mengangguk perlahan. "Aku tahu. Cuma... kadang-kadang susah nak luahkan. Aku takut orang tak faham atau lebih buruk lagi, menghakimi aku."

Uwais meletakkan tangannya di atas bahu Zayden, memberikan sokongan. "Aku takkan menghakimi kau. Kau sahabat aku, dan aku akan sentiasa ada untuk dengar apa saja yang kau nak cerita. Kau tak keseorangan dalam ni."

Zayden tersenyum sedikit, merasa terharu dengan kata-kata Uwais. "Terima kasih, Uwais. Aku rasa lega sikit lepas cakap dengan kau."

Uwais mengangguk, tetapi dia dapat melihat ada sesuatu yang lebih dalam yang mengganggu fikiran Zayden. "Ada lagi sesuatu yang kau fikirkan, kan?"

Zayden terdiam sejenak sebelum akhirnya membuka mulut. "Aku tengah fikirkan Kayla."

"Kayla? Lama aku tak dengar nama tu. Apa cerita dia sekarang? Kat cafe pun aku tak nampak langsung dia." tanya Uwais dengan penuh minat.

"Itulah masalahnya, Uwais. Dah lama sangat dia menghilang. Tak ada langsung bayang atau kehadirannya di kafe. Biasanya, aku selalu nampak dia datang minum kopi, duduk dan baca buku. Tapi sekarang, tiada langsung berita tentang dia," kata Zayden dengan nada cemas.

Uwais mengangguk faham. "Mungkin dia ada urusan keluarga atau pergi bercuti. Kau pernah cuba cari dia kat media sosial ke?"

"Aku dah cuba, tapi semua akaunnya senyap. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Rindu nak jumpa dia, dengar dia bercakap, ganggu aku buat kerja," Zayden mengakui dengan rasa hampa.

"Kau sukakan dia, kan?" tanya Uwais sambil tersenyum kecil.

Zayden hanya mengangguk, matanya menunjukkan perasaan yang mendalam. "Ya, Uwais. Aku sukakan dia. Dah lama aku suka dia tapi aku ego. Dia hilang baru aku sedar. Kau tahu tak masa hari kita konvo tu dia ada datang confess kat aku tapi masa tu aku tak terima. Aku reject dia. Kata-kata aku tempoh hari buat dia terluka. Aku tak sedar pun apa yang aku cakap kat dia. Dan sekarang ni dalam fikiran aku hanya satu. Minta maaf dengan Kayla dan jujur perasaan aku. Tapi aku tak tahu macam mana, dia tak ada di sini."

Uwais menepuk bahu Zayden dengan penuh semangat. "Jangan risau, bro. Kadang-kadang, orang yang kita rindukan akan muncul kembali bila kita tak sangka. Teruskan berdoa dan bersabar. Mungkin satu hari nanti, kau akan jumpa dia semula. Tapi kalau takdir temukan kau dengan dia, aku harap kau akan terima apa-apa yang bakal terjadi nanti. Perempuan akan kejam bila dah tawar hati."

Zayden menelan air liur dengan payah apabila mendengar kata-kata Uwais. Kenyataan itu menghantui fikirannya.

"Perempuan akan kejam bila dia tawar hati."

Adakah Kayla tawar hati dengan dia? Fikirannya berserabut. Dia mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang tidak pernah terlintas sebelum ini. Apakah benar Kayla sudah tawar hati? Jika ya, sanggupkah dia menerimanya?

Uwais yang melihat perubahan ekspresi di wajah Zayden, cuba menenangkan suasana. "Zayn, jangan terlalu fikir negatif. Kadang-kadang perempuan diam bukan sebab dia tawar hati, tapi mungkin ada perkara lain yang mengganggunya."

Zayden menghela nafas panjang. "Tapi, Uwais, aku tak boleh berhenti fikir tentang kemungkinan itu. Kalau benar dia dah tawar hati dengan aku, aku tak tahu macam mana nak hadapinya."

Uwais memandang sahabatnya dengan penuh simpati. "Zayn, dalam hubungan, kita perlu hadapi segala kemungkinan. Jika benar dia sudah tawar hati, mungkin lebih baik kau tahu sekarang daripada terus menunggu dalam ketidakpastian. Tapi jangan cepat buat kesimpulan."

Zayden mengangguk perlahan. Kata-kata Uwais ada benarnya. Dia tidak boleh terus hidup dalam ketidakpastian dan ketakutan. Dia perlu mencari jawapan, walaupun mungkin jawapan itu bukanlah yang dia harapkan.

"Terima kasih, Uwais. Aku akan cuba cari Kayla dan kalau betul dia tawar hati dengan aku, aku akan usaha untuk tawan balik hati dia walaupun susah . Aku tak boleh terus macam ni," kata Zayden dengan tekad yang baru.

Uwais tersenyum. "Itulah semangat yang aku nak dengar. Apa pun yang terjadi, aku ada di sini untuk sokong kau."

"Kau nak tahu tak apa yang aku cakap kat Kayla hari tu?" tiba Zayden berkata begitu.

"Apa?" balas Uwais ingin tahu.

Zayden tarik nafas dulu sebelum bersuara. "Hari tu aku cakap kat dia jangan tunjuk sangat yang dia ni desperate nak dekat aku."

Uwais hanya diam memberi ruang kepada Zayden untuk menghabiskan kata-katanya.

"Lepastu aku cakap kat dia yang aku ni tak suka dia dan takkan sukakan dia... Tapi tengok lah sekarang ni, kata-kata aku makan diri aku balik. Aku sukakan dia, Uwais. Aku sayang dan cinta dia tapi aku tahu dah terlambat." Sayu suara Zayden berkata.

"Perempuan ni kalau dia beria atau sukakan sorang laki ni memang akan nampak macam desperate. But once kau tak hargai dia, dia akan stop buat semua tu dan dia akan ignore kau macam kau tak pernah wujud lagi. Dan masa tu semua dah terlambat." kata Uwais serius.

Zayden pejam mata mendengar itu. Rasa menyesal kian menggunung mungkin lebih tinggi dari gunung Everest. Dia meraung dalam diam.

"Tapi kau jangan lah give up kalau kau betul nakkan Kayla kembali. Kau kena usaha raih kepercayaan dia walaupun hati dia keras nanti. Lambat-laun nanti lembut lah juga cuma ambil masa yang agak lama lah. Biasa lah kalau perempuan mati rasa kan memang susah ni nak tackle." ujar Uwais.

Malam itu, Zayden pulang dengan tekad baru di hatinya. Dia berjanji pada dirinya sendiri untuk mencari jawapan, tidak kira betapa pahit atau manisnya. Kayla mungkin adalah teka-teki terbesar dalam hidupnya, tetapi dia tahu dia perlu mencuba untuk menyelesaikannya. Apa pun yang berlaku, dia akan dapatkan Kayla dan menghadapi kenyataan dengan hati yang kuat.






KEESOKAN paginya, Zayden bangun lebih awal daripada biasa. Selepas mandi dan bersiap, dia menuju ke kafe untuk bekerja. Suasana kafe yang nyaman dan aroma kopi segar selalu membuatnya merasa sedikit lebih baik. Walaupun hatinya masih terasa berat dengan segala yang terjadi antara dia dan Kayla, dia berusaha untuk fokus pada pekerjaannya. Dia berharap mungkin hari ini Kayla akan muncul seperti biasa.

Setibanya di kafe, Zayden duduk di depan kaunter. Dia menunggu dengan sabar, matanya tertumpu pada pintu masuk kafe. Setiap kali pintu terbuka, dia mengharapkan untuk melihat wajah Kayla. Namun, jam demi jam berlalu dan tiada tanda-tanda Kayla akan muncul.

Zayden menghela nafas panjang, merasa sedikit kecewa. Tetapi dia tidak mahu berputus asa. Akhirnya dia memutuskan untuk menghubungi Aisya. Dia berharap Aisya mungkin tahu sesuatu tentang keberadaan Kayla.

"Assalamualaikum Aisya. Ini Zayden. kau sihat?," kata Zayden setelah panggilan dijawab.

"Waalaikumussalam Zayden. Ya, aku sihat. Ada apa kau call ni?" jawab Aisya dengan nada ceria.

"Aisya, aku nak tanya tentang Kayla. Dah lama aku tak nampak dia di kafe. Aku risau. Kau tahu ke dia ke mana?" tanya Zayden dengan nada penuh harap.

Aisya ketawa kecil sebelum menjawab, "Asal kau tiba-tiba tanya pasal Kayla ni? Selalunya kalau cakap pasal Kayla bukan main anti lagi kau." Sindir Aisya.

Zayden tergamam seketika, mencari kata-kata yang sesuai. "Aku... aku... aku"

Aisya terdiam sejenak sebelum bersuara dengan nada yang lebih serius. "Zayden, Kayla balik kampung beberapa hari lepas. Mungkin sebab tu dia tak ada kat sini."

Zayden merasa lega mendengar penjelasan Aisya. "Terima kasih, Aisya. Aku betul-betul risaukan dia."

Aisya menghela nafas panjang sebelum berkata, "Kalau kau benar-benar ikhlas nak tahu keadaan dia, aku bagi nombor telefon dia. Tapi jangan buat hal yang tak sepatutnya, Zayden."

Zayden mengangguk, berterima kasih. "Aku janji, Aisya. Aku cuma nak pastikan dia okay."

Aisya memberikan nombor Kayla dengan sedikit keraguan, namun dia berharap tindakan ini akan membawa kebaikan.

Aku duduk di bilik , memeriksa telefon bimbitku. Sebuah mesej dari nombor yang tidak dikenali muncul di skrin.

"Hai Kayla, Awak sihat?"

Aku terkejut. Aku mengerutkan dahi, nombor siapa yang mesej aku ni. Aku tertanya pada diri sendiri. Aku segera membalas, "Siapa ni?"

Balasan dari Zayden cepat tiba. "Ini Zayden. Saya minta nombor awak dari Aisya. Saya risaukan awak."

Aku terasa marah dan kecewa. Perasaan lama kembali menghantui. Kata-kata Zayden yang pernah melukakan hatiku masih jelas di ingatan. Tanpa membalas mesej tersebut, aku terus block dan menghapus nombor Zayden dari telefonku. Aku tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan lelaki itu.

Aku menghela nafas panjang, berusaha mengendalikan emosiku. Sekarang ni aku balik kampung sebab nak cari ketenangan dan bukan mengingat kembali kenangan pahit yang pernah dilalui bersama Zayden. Namun, di sebalik segala usaha, bayangan Zayden dan kata-katanya terus menghantui fikiranku.

Uwais yang sedang menyusun cawan di rak. Uwais menyedari kehadiran Zayden dan tersenyum.

"Hai, Zayn. Kau nampak lebih baik hari ni. Dah dapat jawapan yang kau cari ke?" tanya Uwais dengan nada bersahaja.

Zayden menghela nafas dan mengangguk perlahan. "Aku dah dapat nombor Kayla dari Aisya dan aku dah mesej dia. Tapi... Kayla tak balas. Aku rasa dia memang dah tawar hati dengan aku."

Uwais meletakkan cawan terakhir di rak dan memandang Zayden dengan penuh simpati. "Kadang-kadang kita tak boleh paksa orang untuk terima kita, Zayn. Mungkin dia perlukan masa untuk terima apa yang berlaku."

Zayden tersenyum hambar. "Aku faham, Uwais. Tapi susah juga nak terima kenyataan. Aku cuma harap aku boleh betulkan semua kesilapan aku."

Uwais menepuk bahu Zayden dengan lembut. "Kau buat apa yang kau boleh, Zayn. Sekarang, mari kita fokus pada kerja. Customer dah mula datang."

Zayden mengangguk dan mula bekerja di belakang kaunter. Dia melayani customer dengan senyuman walaupun hatinya masih berat. Setiap kali dia membuat secawan kopi, dia teringatkan Kayla yang selalu datang ke kafe, memesan kopi kegemarannya dan duduk membaca buku.

Hari itu berlalu dengan cepat. Kafe penuh dengan customer yang datang dan pergi, memesan kopi dan menikmati suasana. Namun, di sebalik semua kesibukan, fikiran Zayden masih terarah pada Kayla. Dia teringat saat-saat gadis itu menganggunya, tersenyum padanya, menanti dia sehingga habis kerja dan bagaimana semuanya berubah begitu cepat.

Setelah kafe tutup, Zayden kembali ke rumah. Dia merasa sedikit gementar tetapi bertekad untuk cuba lagi. Dia mengambil telefon bimbitnya dan mengirim mesej lagi kepada Kayla.

"Kayla, saya risaukan awak. Saya nak minta maaf dengan awak."

Namun, mesej itu hanya menunjukkan satu tanda tick. Zayden menghela nafas panjang, hatinya makin terasa berat. Dia sudah agak Kayla mesti telah block nombornya. Perasaan kecewa dan sedih memenuhi hatinya.

Dia duduk di tepi katil, memegang telefon bimbitnya dengan lemah. "Kenapa lah semua ni jadi? Semua ni salah kau lah." bisiknya kepada diri sendiri.

Zayden tahu dia perlu menerima kenyataan. Kayla mungkin sudah tawar hati dan tidak mahu ada apa-apa lagi kaitan dengannya. Dengan berat hati, dia menyimpan telefon bimbitnya dan berbaring di atas katil. Malam itu, Zayden berdoa agar masa dan jarak dapat menyembuhkan luka di hatinya. Dia tahu dia perlu kuat dan teruskan hidup, walaupun tanpa kehadiran Kayla.

Walau apa pun yang terjadi, Zayden bertekad untuk belajar dari kesilapannya dan menjadi seseorang yang lebih baik. Perjalanan ini mungkin sukar, tetapi dia yakin dia akan mampu menghadapinya dengan tabah. Di sebalik segala rasa sedih dan kecewa, dia masih menyimpan harapan untuk masa depan yang lebih cerah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro