Part 14 🦋
VOTE DULU
RASA macam sudah lama aku tak balik ke kampung belah papa. Jadi hari ini aku buat keputusan untuk balik ke Kelantan. Nak ambil angin kampung sambil nak release stress, jauh dari kesibukan bandar. Lagipun dah lama aku tak jumpa dengan nenek aku.
Lepas solat subuh, aku terus mengemas barang-barang aku ke dalam bagasi. Selesai sahaja berkemas, segera aku masukkan ke dalam bonet kereta. Aku memilih untuk drive sendiri berbanding naik kapal terbang. Walaupun perjalanan mungkin memenatkan dan mengambil masa yang agak lama.
"Mama, adik gerak dulu tau." kata Kayla seraya berjalan ke arah Puan Hani.
Puan Hani mengangguk. "Yalah. Hati-hati bawa kereta tu. Jangan bawa laju sangat. Biarkan lambat asalkan selamat. Dengar tak ni?"
"Ya mama. Adik dengar" balas Kayla.
"Kalau penat berhenti dulu. Rehat ke makan ke baru jalan balik. Pintu kereta tu jangan lupa kunci. Seatbelt tu jangan lupa pakai. Ni hah kereta ni dah servis ke belum? Dah check semua dah?"
Banyak betul Puan Hani pesan. Dah banyak rap bunyinya. Senafas sahaja dia bercakap.
Aku hanya diam mendengar pesanan dari mama. Bukan main banyak dia pesan tu.
"Dengar tak?" soal Puan Hani.
"Dengar mama. Semua pesanan Puan saya dengar. Ada apa- apa lagi ke yang Puan nak pesan?" saja Kayla bertanya seolah-olah menyindir.
"Nanti dah sampai jangan lupa call mama."
Aku mengangguk kepala. Tangan Mama aku raih lalu dicium bertubi-tubi begitu juga dengan muka mama. Seluruh muka mama aku cium. Aku juga bersalaman dengan papa yang dari tadi lagi diam di sisi mama.
"Papa ada apa-apa juga ke nak pesan?" tanya Kayla sedar yang Encik Iskandar hanya diam sahaja dari tadi. Mungkin Papa nya juga mahu berpesan.
"Takde sebab semuanya Mama dah bagitahu. Jadi itu lah pesan Papa." ujar Encik Iskandar tersenyum.
Aku gelak kecil.
"Okaylah semua pesan mama papa adik dengar. Kalau macam tu adik gerak dulu lah." kata Kayla.
Aku berpelukan dengan mama dan papa sebelum menuju ke arah kereta. Pintu kereta dibuka, aku terus masuk ke dalam kereta. Sempat aku melambai tangan pada Mama Papa sebelum kereta aku mula bergerak.
Maka bermula lah perjalanan aku ke Kelantan. Jarak yang jauh tidak menjadi halangan untuk aku sebaliknya aku harap perjalanan ini selamat, dan beri aku ketenangan.
Beberapa jam memandu, aku mula memasuki kawasan kampung. Pemandangan di sekeliling ku berubah dari bangunan-bangunan tinggi dan jalan raya yang sibuk kepada rumah-rumah kayu tradisional dan jalan-jalan kecil yang dipenuhi pokok-pokok hijau. Hatiku sedikit lega melihat pemandangan sawah padi dan gunung-ganang yang menenangkan jiwa. Udara segar yang menyapa wajahku melalui tingkap kereta yang terbuka sedikit, membuatkan hatiku berasa tenang.
Setibanya di kampung, suasana tenang dan damai menyambutku. Rumah nenek di Kelantan tidak banyak berubah. Bau harum bunga melur dan bunyi kicauan burung membuatkan hatiku berasa tenang. Aku menarik nafas dalam-dalam, menikmati suasana kampung yang menyegarkan.
"Assalamualaikum Nek, Kayla dah sampai," panggil Kayla sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam. Sapa doh cucu aku ni. Lamo Nek tak jumpo nga Kayla." suara Nek kedengaran gembira. Dia memeluk erat tubuh Kayla, menumpahkan kerinduan pada cucunya.
Pekat kan Nenek aku cakap Kelantan. Dah dia asal sini mestilah dia cakap loghat Kelantan. Nasib lah aku faham kalau tak jenuh lah aku. Nenek aku duduk sorang diri sahaja di kampung selepas kematian Atuk aku. Puas Mama Papa pujuk suruh tinggal bersama dekat bandar tapi dia tolak. Katanya banyak kenangan dengan Atuk kat sini. Jadi nak taknak kami semua kenalah hormat keputusan Nenek.
Aku turut membalas pelukan Nek. Pelukan itu begitu nyaman, seperti pelukan yang sudah lama dia rindukan.
" Nek, Kayla lapar lah" ujar Kayla sambil elus perut nya yang sedang berbunyi minta diisi.
"Sian nyo lah ko cucu aku ni lapar. Mujur lah Nek ni sudoh masok doh. Mari lah makei." jawab Nek sambil berjalan ke dapur.
Aku mengikut nenek ke dapur. Setibanya di sana, mataku terbuka lebar melihat pelbagai hidangan yang disiapkan. Terdapat nasi putih yang panas , ikan selar singgang budu yang harum, sotong goreng yang rangup, dan sayur campur yang masih segar. Selain itu, ada juga kuih-muih tradisional yang disusun rapi di atas meja.
"Wow, nek! Banyaknya makanan! Semua nampak sedap!" Kayla berseru dengan penuh gembira.
"Nek tahu Kayla suko makei. Jadi Nek masok lah ko Kayla." Nek menjawab sambil tersenyum bangga.
Aku segera duduk di meja makan dan mula menikmati hidangan. Setiap suapan membawa kembali kenangan masa kecilku ketika aku sering berlari-lari di sekitar rumah nenek dan menikmati masakan nenek yang penuh kasih sayang. Rasa makanan itu membuatkan aku merasa kembali ke zaman ketika aku masih kecil.
"Nek, sedap nya Nek masak. Kalau hari-hari macam ni boleh gemuk lah Kayla. Masakan Nek memang terbaik lah." kata Kayla dengan mulut penuh makanan.
Nenek hanya tersenyum, melihat cucunya makan dengan lahap. Bagi nenek, kebahagiaan cucunya adalah segala-galanya.
Saat-saat ini, di rumah nenek yang tenang dan damai, aku merasa semua kekusutan dan kelelahan dari kota besar hilang seketika. Tenang sangat dekat kampung ni.
Setelah kenyang menikmati hidangan nenek yang lazat, aku merasakan tubuhku mulai lelah. Rasa macam nak tidur je. Bilik tidur dituju.
Bilik itu masih sama seperti dulu, penuh dengan kenangan masa kecilku. Poster-poster di dinding, buku-buku lama di rak, dan selimut tebal yang selalu memberikan kehangatan. Aku berbaring di atas katil dan menghela nafas panjang, merasa nyaman dengan suasana yang akrab ini.
Telefon dicapai dari beg tangan. Aku membuka aplikasi WhatsApp untuk memberi tahu mama bahwa aku sudah sampai dengan selamat.
"Mama, adik dah sampai rumah nenek. Semua ok di sini," tulis Kayla sebelum menekan tombol kirim.
Mesej dihantar dan telefon kembali diletakkan di sisi. Aku membiarkan diriku tenggelam dalam perasaan tenang yang menyelubungiku. Tanpa disedari, mataku mulai tertutup. Mungkin kerana keletihan bawa kereta sambil perut kenyang makan, fikirku.
Perlahan-lahan, aku tertidur dengan nyenyak, dikelilingi oleh aroma kayu lama dan bau masakan nenek yang masih tersisa di udara. Suara alam kampung yang damai menjadi lagu pengantar tidur yang menenangkan, membawaku ke dalam mimpi yang indah.
PETANG itu, aku duduk di bawah pokok mangga di halaman rumah nenek, menikmati angin sepoi-sepoi yang menyejukkan. Daun-daun pokok mangga bergoyang perlahan, menciptakan bayangan yang menenangkan di atas tanah. Sambil melihat sekeliling, aku mengingat masa-masa kecilku bermain di halaman ini.
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi, mengejutkan aku dari lamunan. Aku mengambil telefon dari poket baju cardigan dan melihat nama yang tertera di skrin.
"Aisya," bisik Kayla sambil tersenyum.
"Isya!" Kayla menjawab panggilan dengan nada ceria.
"Hai, Kayla! Kau kat mana sekarang? Aku call kau dari tadi tapi tak dapat-dapat," suara Aisya kedengaran riang di hujung talian.
"Aku kat rumah nenek kat kampung. Baru sampai tadi. Maaflah tak angkat, penat sangat sampai tertidur lepas makan," jawab Kayla sambil ketawa kecil.
"Oh, patutlah. Mesti seronok kat kampung kan? Tetiba pula aku macam rindu nak balik kampung aku juga," kata Aisya dengan nada cemburu.
"Memang seronok, tenang sangat kat sini. Tak ada bising-bising macam kat bandar," balas Kayla. "Eh, kau ada apa call aku ni? Mesti ada cerita menarik, kan?"
"Ada lah sikit. Aku nak bagitahu kau yang aku dah dapat kerja! Dekat syarikat yang aku apply tu," kata Aisya dengan gembira.
"Wah, tahniah Isya! Aku gembira sangat untuk kau. Macam mana boleh dapat? Ceritalah sikit," Kayla bertanya dengan penuh minat.
Aisya pun mula bercerita tentang proses permohonannya, dari interview hingga dia akhirnya mendapat tawaran pekerjaan. Aku mendengar dengan penuh perhatian, merasa bangga dan bahagia untuk sahabatnya.
Ketika mereka sedang berbual, aku melihat sekilas ke langit yang mulai berubah warna keemasan menjelang senja. Suasana kampung yang tenang dan percakapan dengan sahabat baikku membuatkan petang itu terasa begitu sempurna.
"Kau bila nak balik?" tanya Aisya di hujung perbualan mereka.
"Mungkin beberapa hari lagi. Aku nak habiskan masa dengan nenek dulu," jawab Kayla.
"Baiklah, jaga diri kat kampung tu. Nanti kita jumpa bila kau balik , okay?" kata Aisya.
"Okay, Isya. Jaga diri kau juga. " balas Kayla dengan senyuman.
Setelah menamatkan panggilan dengan Aisya, aku kembali merenung ke langit yang semakin berwarna keemasan. Senja di kampung selalu memancarkan keindahan yang sukar digambarkan. Aku bersandar ke batang pokok mangga, merasakan ketenangan yang mengalir melalui tubuhnya.
Suara burung yang berkicauan dan angin yang berdesir di antara daun-daun mangga membuatkan suasana petang itu terasa begitu damai. Aku menutup mata sejenak, menikmati momen-momen berharga ini. Tiba-tiba, bunyi langkah kaki yang lembut kedengaran mendekatiku.
"Dok sini ruponyo, patut lah Nek cari dale bilik takdok pun," suara neneknya memecah kesunyian.
Aku membuka mata dan tersenyum. "Nek tengoklah senja ni. Cantik sangat," katanya sambil menunjukkan ke arah langit.
Neneknya tersenyum dan duduk di sebelah Kayla. "Memey comei . Sebab tu Nek suko dok luar gini petei-petei." katanya dengan penuh kasih sayang.
"Nek, Aisya call tadi. Dia dapat kerja." Kayla berkongsi cerita dengan neneknya.
"Alhamdulillah. Baguh lah gitu. Suko Nek dengar." ujar sambil menatap cucunya.
Aku dan Nenek duduk berdua di bawah pokok mangga, menikmati saat-saat petang yang damai. Tidak lama kemudian, nenek mengajak aku masuk ke dalam rumah untuk minum petang. Di atas meja, sudah tersedia teh panas dan kuih-muih tradisional yang menggugah selera.
"Nenek memang terbaiklah. Tak pernah lupa minum petang dengan kuih-muih," kata Kayla sambil mengambil sepotong kuih seri muka yang lembut dan manis.
"Kalu cucu Nek ado gak mestilah Nek keno buat. Kayla kei suko makei kuih ni." nenek menjawab sambil menuang teh ke dalam cawan Kayla.
Aku berbual dan ketawa dengan Nenek, berbagi cerita dan kenangan. Saat-saat seperti ini membuat aku menyedari betapa pentingnya keluarga dan kasih sayang yang tulus. Segala masalah aku lesap. Tiada lagi pasal Zayden.
Ketika malam mulai menjelang, aku membantu nenek mengemas meja dan membersihkan dapur. Setelah semuanya selesai, aku duduk di ruang tamu, menikmati sisa-sisa kehangatan hari yang telah berlalu.
Malam itu, aku tidur dengan perasaan tenang dan bahagia, menyadari betapa berharganya saat-saat bersama orang yang dicintai. Di sini, di kampung nenek, aku menemukan kedamaian yang selalu dicari.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro