Part 11 🦋
VOTE PLEASE 🥺
AKU hanya berbaring diam di atas tilam sepanjang hari. Kepala aku berasa pening akibat terlalu banyak air mata aku turun dari kedua belah mataku. Aku tidak tahu berapa lama aku dalam keadaan begini.
Seharian suntuk aku memilih untuk berkurung di dalam bilik. Makanan pun belum aku jamah lagi. Tiada selera aku nak makan. Hilang terus rasa itu.
Aku menangis tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Aku turut menyalakan beberapa lagu di telefon dengan volume yang agak tinggi bagi menghalang Mama dan Papa daripada mendengar.
Tika itu kedengaran ketukan pintu dari arah luar bilik. Aku mengintip sedikit dari bawah selimut sebelum bersuara.
"Ya?" sahut Kayla dengan suara yang lemah.
"Adik tak sihat ke? Adik belum makan lagi hari ini. Mama risau lah."
Sayu-sayu kedengaran suara Mama di gegendang telinga aku.
"Adik okay mama. Adik tak lapar. Mama jangan risaukan adik." balas Kayla perlahan.
Mama menghela nafas.
"Seharian suntuk adik berkurung dalam bilik. Macam mana lah Mama tak risau."
Suara Mama seiring dengan ketukan pintu. Seakan meminta untuk dibukakan dari arah dalam bilik.
Nak taknak aku terpaksa lah mengalah. Aku taknak buat Mama risaukan aku lagi.
Akhirnya aku lepaskan selimut yang terbalut di badan. Bangun dari pembaringan, duduk beberapa saat mengumpulkan nyawa sebelum berjalan ke arah pintu bilik.
Sebelum ke pintu bilik, aku sempat menilik wajahku di cermin meja solek yang terletak di depan katilku. Jelas wajahku saat ini kelihatan pucat. Mata aku sembab dengan terdapat lingkaran hitam dibawah mata. Hidung sangat merah akibat terlalu banyak menangis. Bibirku juga turut kering.
Takkan aku nak keluar dengan muka macam ni kan. Nanti makin risau pula Mama.
Aku memilih untuk membersihkan diri terlebih dahulu biar segar badan.
"Adik nak mandi dulu Mama. Nanti adik turun" ujar Kayla dengan tangan sedang mengikat rambut kusut nya.
"Okay. Mama tunggu kat bawah ya." kata Puan Hani sebelum berlalu turun ke tingkat bawah.
Selesai mengikat rambut, bilik air terus dituju oleh aku. Tuala dicapai laju sebelum pintu bilik air ditutup rapat.
Puan Hani melepaskan nafas panjang. Hati nya tidak tenang melihat perubahan anak bongsu nya itu. Naluri seorang ibu sangat kuat mengatakan yang anaknya itu seakan mempunyai masalah.
Tak pernah-pernah anaknya itu tidak menjamah apa-apa pun makanan. Selalu nya kalau bab makanan Kayla laju sahaja. Berkurung itu normal bagi Puan Hani sebab Kayla memang suka berkurung lagi-lagi bila dia sedang membaca novel kesayangan nya itu.
Tapi kali ini sangat berbeza. Kayla berkurung dan tidak menjamah makanan langsung. Itu yang membuatkan hatinya risau. Ibu mana yang sanggup melihat anak yang selama ini selalu aktif, banyak mulut, banyak ragam tiba-tiba menjadi anak yang pendiam.
Apa yang membuatkan Kayla berubah?
"Adik macam mana?" tanya Encik Iskandar sebaik sahaja nampak isterinya yang turun dari tingkat atas.
"Saya risaulah abang. Adik tak pernah macam ni?" ujar Puan Hani seraya berjalan ke arah suaminya. Sofa kosong di samping suaminya diduduki.
"Abang pun risau juga. Tapi kita tunggu lah adik turun. Nanti kita tanya dia."
Encik Iskandar turut risau dengan Kayla. Lepas sahaja balik dari konvo, anaknya itu terus masuk dalam bilik dan berkurung sehinggalah hari ini.
Entah apa yang terjadi dihari konvo itu sehingga menyebabkan anaknya menjadi seperti itu.
Ingin sekali dia bertanya, namun dia tidak ingin memaksa anaknya itu. Biarlah Kayla sendiri yang berkongsi dengannya.
"Saya nak ke dapur dulu. Nak masak bubur untuk adik." kata Puan Hani lalu menuju ke dapur.
Encik Iskandar jatuhkan satu anggukkan.
Aku mencapai concealer lalu dipakai dibawah mata bagi menutup lingkaran hitam. Bedak dipakai sedikit tebal dimuka bagi menutup mata sembab. Tidak lupa juga aku oleskan lipbalm untuk bibirku yang kering.
Rambut panjang aku sanggul tinggi. Aku mengukir senyuman nipis didepan cermin sebelum berdiri. Tombol pintu dipegang, nafas ditarik dan dilepaskan. Pintu mula terbuka, aku keluar dari bilik lalu dengan perlahan pintu ditutup kembali.
Satu demi satu anak tangga aku turuni sehingga sampai ditingkat bawah. Kelihatan Papa duduk di ruang tamu sedang memegang sebuah buku. Entah buku apa yang dia baca tapi itulah seharian Papa kalau waktu petang.
Sebaik sahaja Papa nampak aku, terus dia tutup buku lalu diletakkan di tempat asal dan berjalan ke arah aku.
"Turun pun anak kesayangan Papa ni." ujar Encik Iskandar sambil mengusap lembut kepala Kayla.
Aku hanya tersenyum pada Papa.
"Mama mana Papa?" tanya Kayla.
"Mama ada kat dapur. Tengah masakkan bubur untuk adik." balas Encik Iskandar.
Aku menoleh ke arah dapur. Kelihatan Mama muncul dengan memegang semangkuk bubur di tangannya.
"Erh adik dah turun. Meh makan ni. Mama dah masak bubur untuk adik." ajak Puan Hani tersenyum.
Aku buka langkah ke meja makan. Kerusi ditarik lalu duduk di depan Mama.
Bubur itu masih jelas asap panasnya. Sudu diambil lalu aku memandang wajah Mama.
"Terima kasih Mama."
Puan Hani angguk kepala.
Ditiup dulu bubur itu sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Dengan bacaan doa, bubur selamat masuk dalam kerongkok. Terasa tersekat untuk aku menelan. Ingin memuntahkan kembali apa yang ditelan. Namun aku kuatkan untuk menelan. Mama sudah penat-penat masakkan untuk aku.
Aku paksakan untuk habiskan satu mangkuk bubur itu walaupun aku masih belum ada selera untuk makan. Aku taknak buat Mama dan Papa risaukan aku. Aku dapat nampak dengan jelas raut wajah mereka yang tergambar risau.
Mula terbit rasa bersalah yang menggunung di dalam hati aku. Tidak sepatutnya aku buat Mama Papa macam itu. Hanya disebabkan kecewa ditolak oleh Zayden, aku buat Mama Papa risaukan aku.
"Maafkan adik Mama. Maafkan adik Papa." gumam Kayla dalam hati.
"Kenapa adik taknak makan?" tanya Puan Hani.
"Adik dah kenyang. Semalam adik makan banyak lepas habis konvo" tipu Kayla terpaksa. Dia taknak lagi buat orang tuanya risaukan dia. Hakikatnya dia langsung tiada selera nak makan.
"Adik tak sihat ke? Mama tengok muka adik pucat." Sekali lagi Puan Hani bertanya.
"Adik pening kepala lah Mama. Rasa macam nak demam. Terik sangat matahari semalam." ujar Kayla jujur. Betul lah dia terasa sakit sangat kepala akibat terlampau menangis. Itu lah salah satu alasan kenapa dia berkurung sahaja. Penat nak keluar bilik rasa macam nak rehat sahaja.
"Lepas makan nanti, jangan lupa makan ubat ya. Nanti makin sakit pula kalau tak makan." nasihat Puan Hani. Risau betul dia tengok wajah pucat Kayla itu.
"Okay Mama"
"Adik menangis ke?" tiba-tiba Encik Iskandar bertanya soalan begitu. Hampir tersedak Kayla dibuatnya.
"Err... takde lah papa." Tergagap-gagap Kayla membalas.
"Mata adik bengkak, sembab lagi. Jelas nampak adik menangis."
Aku menggigit bibir bawahku. Nak jawab apa ini. Kosong fikiran aku dikala ini. Takkan aku nak jujur pula kan. Aku buntu.
"Adik baca novel. Sedih betul novel. Tu yang adik menangis sampai bengkak mata ni. Alah macam lah Papa dengan Mama tak tahu adik macam mana kan." tutur Kayla sambil buat-buat ketawa.
Puan Hani dan Encik Iskandar cuba mencari kebenaran kesebalik ketawa anaknya itu. Nampak macam Kayla berbohong sahaja. Tapi mereka bukanlah orang tua yang suka memaksa. Kalau anaknya tidak mahu bercerita, biar lah dia takkan memaksa untuk bercerita. Tunggu sahaja anaknya sendiri yang meluahkan.
"Takpe lah kalau macam tu. Bukan apa Papa dengan Mama cuma risaukan adik je." ucap Encik Iskandar lembut.
"Takde apa-apa lah. Papa dengan Mama jangan risaulah." balas Kayla manis.
Aku hela nafas lega. Nasib baik Mama Papa tak tanya banyak. Kalau tanya tidak tahu lah nak jawab apa nanti. Silap hari aku bagitahu semua nya.
Bila kenyang makan aku mula masuk ke dalam bilik. Nak rehatkan badan lagipun aku baru sahaja telan ubat.
Katil dituju dengan kasar aku hempaskan badan atas tilam. Kepala mendongak memandang kipas yang sedang berpusing itu. Tak semena-mena air mata aku menitis kembali. Laju aku mengelap air mata namun makin aku sapu makin deras turun di pipi.
Ya Allah kenapa murah sangat air mata aku mengalir ni. Kuatkan aku untuk tidak menangis hanya disebabkan hal bodoh.
Ya Allah maafkan hambamu ini yang menangis hanya disebabkan ajnabi. Sesungguhnya hambamu ini hanya insan yang lemah. Kuatkanlan aku Ya Allah.
Lama dalam keadaan begitu, entah bila aku tenggelam di alam mimpi. Mungkin juga kesan daripada ubat yang aku telan sekaligus akibat aku penat menangis.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro