Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10 🦋

VOTE PLEASE 😊

HARI konvokesyen telah pun tiba, dan aku sangatlah
gugup. Aku tahu hari ini akan menjadi hari yang indah dalam hidup aku. Sebab itu tandanya aku telah tamat berjuang dalam pendidikan. Mungkin lepas ini aku akan rindu dengan suasana belajar, riuh rendah student dalam dewan kuliah, makan di cafe kampus, kena marah dengan Prof bila masuk lambat.

Namun dalam indah nya hari ini terselit lah hari yang
aku takut dan yang paling penting. Akhirnya hari ini aku akan berterus terang kepada Zayden tentang perasaan hati aku.

"So, kau dah ready nak berterus terang?" tanya Aisya.

Aku menarik nafas lalu menghembus.

" Yes, i'm ready" balas Kayla yakin.

" Okay. Kau jujur dengan dia, luah apa yang kau
pendam selama ni. Ni je waktu yang paling tepat untuk kau terus terang. " ujar Aisya.

Aku mengangguk.

"Okay! Weh muka aku pucat tak?" tanya Kayla.
Aisya memandang wajah Kayla.

"Haah! Asal muka kau pucat? Takkan lah kau nervous kot. " Aisya menyoal.

"Nampak sangat ke pucat?" Kayla kembali menyoal.

"Kau jangan nak nervous sangat lah. Tadi masa naik
atas pentas takde pula kau nak nervous macam ni. Time nak jumpa Zayden bukan main pucat muka. Ni pakai sikit lipbalm baru kurang sikit pucat tu. Nampak lah sikit muka kau bernyawa tu. " balas Aisya.

Lipbalm perisa strawberi ditangan Aisya dihulurkan pada aku lantas aku mengambil lalu dipakai di bibir ku.

Entah kenapa aku berasa sangat gugup padahal ini
bukan kali pertama aku akan bercakap dengan Zayden. Mungkin disebabkan hari ni aku kena terus terang perasaan aku. Betul lah apa yang dikatakan Aisya itu, saat aku naik pentas tadi tidak segugup ini.

Mata aku mula melilau mencari sosok lelaki itu. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri, namun hampa tiada langsung kelibat dia. Malah bayang Uwais juga tidak kelihatan. Kemana kah jejaka itu pergi.

Aisya yang perasan Kayla seolah sedang mencari sesuatu, terus bertanya.

"Kau cari Zayden ke?"

Aku jatuhkan satu anggukan.

"Tadi aku nampak dia ada kat taman kampus. Kau try lah cari dia kat sana. " balas Aisya.

"Lah dia ada kat situ ke? Patut lah aku cari tak jumpa.
Buat apa dia kat situ?" bertubi-tubi soalan Kayla.

"Kamu nanya?" balas Aisya.

Tajam aku merenung Aisya. Orang tanya elok-elok dia balas macam tu pulak.

Aisya ketawa kecil melihat wajah Kayla.

" Aku gurau je lah. Mana lah aku tahu dia buat apa kat situ. Kau pergi lah tanya dia. "

Aku hela nafas.

"Jom lah teman aku pergi cari dia. " ajak Kayla.

"Aku juga kena teman kau. Asal tak ajak orang lain"

"Dah kau je kawan aku. Aku ajak lah kau. Takkan kau
nak suruh aku ajak Cik Ani pula teman aku."

Cik Ani merupakan cleaner yang bekerja di kampus itu. Sudah hampir 3 tahun juga dia bekerja disini. Aku dan Aisya rapat dengan Cik Ani. Setiap pagi kalau kami bertemu dengan Cik Ani dia pasti akan menegur kami. Begitu juga lah dengan aku dan Aisya. Aku selalu tanya adakah dia sudah makan atau belum. Kalau belum aku akan memberi sedikit makanan untuk nya. Lagi pun dia kurang kemampuan, jadi tak salah kalau aku tolong dia. Suami nya juga telah meninggal dunia,
hanya dia sahaja yang bekerja demi sesuap nasi untuk anak- anak nya yang masih kecil dan bersekolah.

"Eh tak salah kalau kau nak ajak Cik Ani teman kau.
Nanti kalau Si Zayden tu reject kau, kau suruh lah Cik Ani tu rodok dia pakai penyapu tak pun berus jamban. "gurau Aisya.

Terbahak-bahak aku ketawa. Sempat lagi Aisya ni buat lawak hambar dia tu.

"Dah jom lah teman aku. "

Aku terus menarik tangan Aisya untuk mengikut
aku mencari keberadaan Zayden.

Tak memerlukan masa yang lama untuk mencari
lelaki itu. Dari jauh aku dapat lihat sosok Zayden yang memakai jubah konvokesyen sedang duduk di taman
kampus. Nampak gaya macam sedang bercakap dengan seseorang di dalam telefon bimbit nya. Serius sahaja cara dia bercakap.

"Ha tu Zayden kau. Pergi lah kat dia. Aku tunggu kau kat sini. Goodluck my friend. You can do it!
Fighting!!"

Aisya memberi semangat pada aku. Aku angguk
kepala. Tarik nafas hembus nafas.

Aku berjalan ke arah Zayden, berusaha mengumpulkan keberanian untuk meluahkan. Wajah nya cukup menunjukkan ketegangan. Takut pula aku
nak menegur nya. Nanti tak pasal-pasal aku kena
marah. Risau takut menangis nanti. Aku dah lah manja, kena marah sikit mula lah mata berhabuk.

Di dalam hati, aku berharap Zayden akan menerima
perasaan aku tetapi pada masa yang sama, aku juga takut akan kemungkinan ditolak.

Sebaik sahaja aku betul-betul dekat dengan Zayden ,
paru-paru aku seperti terasa seperti mengecut. Dengan gugup berjalan memanggil nya , dan akhirnya duduk di sebelah Zayden. Zayden menoleh ke arah aku menatap dengan mata terkejut.

Mungkin terkejut dengan kehadiran aku yang secara
tiba-tiba ini. Jelas riak terkejut dia tu.

"Hi Zayden. Saya ganggu awak ke?" lembut suara Kayla bertanya.

Aku merasakan keringat dingin turun daripada dahi
tetapi aku terus tetap tersenyum.

"Hmm, kenapa?" sahut nya kembali. Telefon yang di
tekapkan di telinga kini berada di tangan nya.

Seketika tiada percakapan antara aku dan Zayden.
Keheningan mula terasa di sekitar. Aku akhirnya
memecahkan keheningan itu.

"Saya nak cakap something ni" perlahan saja suara
Kayla.

"Apadia?"

Aku mengambil nafas panjang sebelum melanjutkan.
"Sebenarnya.... From the first time moments we met, saya dah jatuh cinta dengan awak. Masa awak tolong saya bayarkan makanan saya. Jadi, adakah saya ada peluang?" luah Kayla akhirnya.

Tergamam Zayden dengan apa yang dia dengar. Jadi
betul lah apa yang dikatakan oleh Uwais selama ini. Kayla sukakan dia. Namun tidak disangka Kayla akan berterus terang.

Zayden masih berdiam diri. Tiada balasan darinya.
Melihat itu aku mula bersuara kembali. Aku berani
merenung mata blue nya.

"Saya tahu mungkin awak masih terkejutkan. Takpe kita boleh berkawan dulu lepastu baru.... " Laju Zayden memotong aku.

"Sorry Kayla. Buat masa sekarang saya tak pernah
terfikir pun tentang cinta. Lagi pun saya tak suka awak. "

Aku terbungkam mendengar. Masing-masing diam. Sungguh aku tidak tahu apa yang patut aku buat sekarang ni.

Malu? Ya aku malu saat ni. Terang-terang dia menolak aku.

Tapi aku masih cuba untuk berfikir positif. Mungkin masih terlalu awal bagi dia. Sebab tu lah dia menolak.

"Ke awak dah ada girlfriend?" tanya Kayla tiba-tiba.

Zayden menggeleng kepalanya.

Tersenyum aku melihat gelengan itu. Nampak macam aku ada peluang.

"Err... tapi kita boleh cuba kan. Saya tahu ni terlalu awal bagi awak. Kita berkawan dulu. " Kayla menyakinkan Zayden.

"No! Awak fokus dengan diri awak dulu. Lagi pun awak perempuan kan. Sepatutnya awak ada rasa malu dalam diri awak. Hari-hari awak ganggu saya. Saya rimas lah Kayla. Saya tak suka awak buat macam tu. Tolong jangan nampak macam awak desperate sangat. Terhegeh-hegeh dengan orang yang tak sudi. Jadi, awak simpan je lah cinta awak tu. Saya tak perlu pun."

"Awak dengar sini Kayla. Saya taknak lagi awak ganggu saya. Selama ni saya diam je sebab saya kesiankan awak. Tapi makin saya diam makin menjadi-jadi awak. Hari-hari awak datang cafe ganggu saya. Tolong jaga maruah awak sebagai perempuan. Saya tak suka awak . Dan takkan pernah suka awak." tambah Zayden lagi dengan nada serius. Tidak menghiraukan langsung perasaan Kayla.

Degg!!

Aku tersentak mendengar itu. Entah itu semua betul-betul dari hati lelaki itu atau hanya meniti di bibir nya. Tapi kata- kata nya itu sungguh membuatkan hati aku hancur berkecai.

Salah ke kalau aku nak pikat hati lelaki yang aku suka? Salah ke kalau aku macam perigi cari timba? Aku nampak macam desperate sangat ke? Aku sanggup jadi perempuan bodoh semata-mata nak pikat dia. Tapi itu yang keluar dari bibirnya.

Air muka aku terus berubah tika itu. Aku paksakan
untuk mengukir sebuah senyuman walaupun hakikat nya aku terasa dengan kata-kata nya.

Jadi dengan ini tamatlah perjuangan aku selama
dua bulan lebih demi memikat hati Zayden. Aku pun telah berterus terang tapi dia menolak. Taman ini lah berjadi saksi aku meluah dan aku ditolak dengan dia.

Dengan lafaz bissmillah aku lepaskan dan tutup pintu hati aku serta buang rasa cinta aku pada Zayn Zayden.

Pengorbanan aku selama ini hanya lah sia-sia. Sedikit
pun dia tidak nampak usaha aku. Bodoh kan aku.
Terhegeh dengan orang yang tak sudi. Sekarang ni kena reject.

"Terima kasih. Terima kasih untuk semuanya.
Mungkin salah saya sebab terlalu mencintai orang. I'm sorry Zayden. Cukup lah sampai disini saja usaha saya. Saya menyerah Zayden. Saya akan berhenti kejar awak. Awak jangan risau lepas ni saya takkan ganggu awak lagi. Dan saya akan pastikan ini kali terakhir kita berjumpa. Andai takdir mempertemukan kita, saya akan memilih untuk menjauhi dan saya akan buat seolah-olah itu kali pertama kita berjumpa. Saya doakan awak bahagia dengan perempuan yang menjadi pilihan hati awak. Maaf sekali lagi. "

Aku terus beredar dari situ. Air mata yang aku tahan
tadi akhirnya turun dengan laju. Tak kuat lagi aku
menahan nya.

Jika menyukai laut tidak harus menyelam begitu juga jika menyukai seseorang tidak harus memiliki.

Seketika aku teringat kata-kata dari Dilan 1991.

Carilah orang yang bersyukur memilikimu agar nanti
kamu tak perlu merayu untuk dihargai.

Zayden hanya terdiam melihat Kayla berlalu pergi. Entah kenapa kata-kata Kayla tadi menyentak perasaan nya. Dia seakan tidak senang mendengar itu. Hati nya juga mula terasa sakit, seolah-olah dia kehilangan gadis itu.

Dia keliru, keliru dengan perasaannya sendiri. Sepatutnya dia gembira sebab itu yang dia mahu kan. Kayla berhenti menganggu hidup nya.

Adakah kata-kata yang dilontarkan nya tadi terlalu
kejam?

Zayden mula meremas kasar rambut middle part milik
nya ke belakang. Kusut fikiran nya saat ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro