🌹Prolog🌹
I was so young,
You should have known,
Better than to lean on me...
You never thought of anyone else, you just saw your pain...
Bunyi air pancuran daripada bilik air semakin kuat kedengaran. Sengaja dia membuka luas paip air itu. Matanya termenung memandang air yang semakin bertakung di dalam tab. Sedikit demi sedikit kenangan luka bermain di mindanya.
***
"Sampai hati awak buat kami macam ni? Apa salah saya bang? Kenapa abang sanggup malukan saya!" Tangisan dan rengekan ibu didengar dengan air mata mengalir di pipi! Biar telinga sudah ditekup. Pekikan itu tetap jua kedengaran daripada biliknya yang bersebelahan bilik kedua ibu bapa mereka itu.
Pang! Bunyi tamparan demi tamparan dihadiahkan di pipi mulus ibu!
"Kau dah tak boleh layan aku macam dulu! Aku dah bosan dengan penyakit kau yang tak sudah-sudah ni! Tak guna aku ada isteri macam kau!"
"Ya Allah! Sampai hati abang! Saya ni kan tanggungjawab abang! Anak-anak kita macam mana?"
"Itu masalah kau semua! Aku dah tak sanggup nak tanggung kos rawatan kau! Anak-anak pun dah besar! Baik diorang cari laki! Tak payah lagi aku nak tanggung diorang!!"
"Astagfirullah al azim. Diorangkan masih sekolah! Masih tangungjawab kita!"
"Aku tak peduli! Sekarang ni, aku dah ada isteri baru. Anak-anak baru. Aku dah bosan nak menyara kamu. Aku nak berambos dari sini!" Langkah kaki si ayah menerobos laju ke ruang tamu. Aku dan adik-adikku tak mampu memandang pandangan maut ayah!
"Ada anak pun buat semak je!" Ujarnya sebelum berlalu pergi. Itulah kali terakhir aku melihat ayah. Sewaktu aku baru berusia dua belas tahun.
***
"Leah. Bila lagi kau nak habis belajar ni? Pergilah cari kerja! Penat ibu nak tanggung kos kamu dengan adik-adik. Tolong-tolonglah ..."
Tujuh tahun kemudian aku berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Kufikir, ibu akan gembira. Kerana aku bakal mengubah nasib keluarga yang ditinggalkan ayah! Kemiskinan ini akan terhapus. Taraf hidup kami bakal menjadi lebih baik. Sedari dulu itulah yang aku angankan demi keluarga ini.
"Kak, angah pun nak study ni! Carilah kerja. Macam mana nak hidup ni kalau semua nak study?" adik kedua ku turut sama menanam cita-cita. Aku sekadar tersenyum.
"Dah habis sem ni janganlah sambung ijazah lagi. Cari kerja. Tolong ibu cari makan. Takkan memanjang ibu nak sara kamu? Kalau tak, carilah jodoh. Kahwin. Mana tahu boleh selesai masalah!"
Hati ku mengeluh sendiri. Selesai ke masalah kalau kita berkahwin? Betul ke? Ibu tak serik ke dengan apa yang dilaluinya? Kenapa nak libatkan aku? Aku tak nak jadi macam ibu! Di tingalkan suami terkapai-kapai dengan anak berderet tujuh orang!
"Dengar tak ni?" bentak ibu.
"Ibu, Leah tak sedialah nak kahwin. Kalau boleh, Leah nak study lagi. Lepas dapat degree boleh cari kerja yang lebih mantap. Ni kan untuk kita semua! Sabarlah ibu. Tak lama...empat tahun lagi..ye? Lagipun, Leah kan buat kerja part time untuk belanja Leah study. Ibu tak payah risaulah. Kalau angah nak study juga, buatlah part time. Banyak tau student part time masa study, yelah. Kita bukan orang senang.." Jawabku. Berlembut pada ibu.
"Tak payah nak arah angah macam tu. Kamu tu sebagai anak sulung kena faham! Lepas ibu, adik-adik semua tangungjawab kamu. Kalau ibu kata berhenti, berhenti jelah!" Jerkahan ibu membuatkan hatiku terguris. Pedih! Namun aku diam.
***
"...and now I'm crying in the middle of the night. For the same damn thing! Because of you I never stray to far from the side road. Because of you I learn to play of the safe side so I don't get hurt. Because of you I'm ashamed of my life, beacause it's empty...because of you I am afraid...because of you...uuh..uhh...because of youu...wah.." Tangisan sayu mengalir bersama air pancuran. Tidak pasti. Air mata atau air paip yang mengalir. Dendangan lagu kegemaran juga turut terhenti.
***
Pang! Satu tamparan yang kuat tepat mengenai pipi kanan ku. Terasa pijar seperti terkena renjatan elektrik.
"Kurang ajar kau perempuan. Berani kau goda laki aku!" Datin Seri Rose melempang pipiku dengan kuat. Terasa seperti ada cecair pekat mengalir. Pastinya cincin berlian di tangannya yang mengores pipiku hingga terluka.
"Datin, maafkan saya ... tapi saya tak pernah goda Datuk. Sumpah!" Tangan kanan kuangkat dengan bersungguh. Benar, aku tidak pernah mengoda majikan sendiri.
"Penipu! Penggoda! Kau tak ada maruah ke? Nak goda bapak aku?" Anak Datin Seri Rose yang pernah aku minati dan cintai turut menuding jari.
"Afzhan, sumpah saya tak goda Datuk! Dia majikan saya sahaja. Saya tak pernah berniat untuk goda dia. Saya hormati Datuk macam orang tua saya," air mataku mengalir. Ah! Kenapalah aku lemah sangat ni?
Pang! Kali ini tamparan dari lelaki itu pula. Aku terkesima!
"Kau jangan sebut nama aku lah! Jijik aku dengar dari mulut kau tu. Dasar perempuan murah. Sanggup kau dengan bapak aku tu? Yelah sebab duit, kan?" Sinis sungguh percakapannya.
Aku menahan marah. Sebanyak manapun hinaan itu, aku harus bersabar. Dugaan ini hanya sementara. Yang penting, aku dapat membantu menyara keluarga ku.
Dengan tidak semena-mena Datin Seri Rose menghambur pula wang kertas entah berapa banyak ke muka ku! Perasaan ku jadi terkilan. Penghinaan ini sungguh memedihkan.
"Kau ambik duit ni. Kau berambos! Tak payah kerja lagi dekat sini. Aku tak nak tengok muka murahan kau ni lagi. Berambos!" arah Datin Seri Rose.
"Datin, ini semua salah faham. Datin tak patut tuduh saya, hina saya sampai macam ni. Sumpah, saya tak pernah goda suami Datin. Apa yang Datin nampak tu, saya cuma tolong Datuk bangun daripada terjatuh, itu saja." Aku cuba menjernihkan keadaan. Biar cerita sebenarnya jelas.
"Bukan tolong puaskan nafsu dia?" Afzhan semakin menuduh.
"Astagfirullah al azim! Saya bukan macam tu. Sumpah. Afzhan, awak percayalah saya," Rayuku.
Bukk. Tiba-tiba Afzhan menumbuk pula pipi kanan ku. Darah pekat terasa semakin mengalis hingga terkena baju kurung yang kupakai.
"Eh? Aku tak suka kau sebut nama aku. Kau tak dengar ke tadi? Hah, perempuan?!" Terhinjut bahuku dengan jerkahannya yang semakin menyinga. Air mata yang bertakung semakin berat.
"Dahlah ... baik kita balik je. Nanti papa nampak kita kat sini!" Pujuk Datin Seri Rose kepada anaknya.
"Nasib baik ada mama. Kalau tak, dah lunyai aku belasah kau!" Ucapan Afzhan semakin menakutkan.
"Lebih baik kau berambos dari sini. Awas, kalau aku nampak muka kau lagi esok!" Tangisan ku tak bersuara saat mendengar ucapan itu. Mengapa begitu perit ujian kali ini? Keluhan ku tak bernada lagi.
***
"Leah! Sejak bila kau pandai jual diri ni?" Soalan ibu membuat aku semakin terkejut beruk. Belum habis kisah di pejabat, sambung lagi di rumah?
"A-apa ibu cakap ni?" Suaraku terketar-ketar. Muka ku sudahlah masih perit.
"Ini gambar apa?" Ibu melayangkan pula gambar yang aku tidak tahu apa maksudnya.
"Kalau angah tak jenguk kau kat ofis tu, tak tahu lah ibu perangai jalang kau ni Leah!" Luruh habis jantung hatiku. Sampai hati ibu!
"Ke-kenapa ibu cakap Leah macam tu! Leah bekerja untuk tanggungjawab Leah pada ibu dan adik-adik. Sumpah Leah tak buat perangai. Ini semua salah faham. Fitnah." Aku cuba menerangkan pada ibu.
Pang! Hari ini pipiku adalah tempat bagi menumpahkan segala amarah manusia.
"Kau jangan nak bersumpah bagai! Kalau dah terang lagi bersuluh tak payah nak menafikan!" Tuduh ibu lagi.
"Sampai hati ibu tak percayakan Leah? Leah tak salah! Ini semua perangkap ibu. Fitnah!" Jeritku. Air mata semakin deras mengalir.
"Ibu perhati je perangai kau ni Leah! Semakin lama kau kerja, semakin lewat kau balik rumah! Lepas kerja tu kau pergi mana? Berjoli? Jual diri? Sebab tu gaji kau semakin naik? Macam tu?" Tuduh ibu lagi.
Ya Allah. Ibu jenis apakah ini? Tidak percayakan anak kandung sendiri? Sedangkan aku bekerja siang sebagai kerani di syarikat Datuk Seri Azhar. Malam pula aku part time di 7Eleven. Kalau nak harap satu gaji saja, mana cukup nak tanggung lagi enam orang adik yang masih sekolah! Ibu sekadar mengambil upah jahitan. Apalah sangat pendapatan ibu tu. Setakat boleh beli lauk pauk sahaja. Keperluan lain? Pakaian dan sebagainya?
"Sanggup ibu tuduh Leah macam tu? Sampai hati ibu! Ibu tak kesiankan Leah ke? Kerja siang malam untuk kita semua? Gaji Leah semuanya halal ibu. Leah masih waras!" Pujukku.
"Oh, jadi kau fikir kerja ibu tak halal, lah? Tak cukup, sampai kau nak jual diri?"
"Ibu! Leah tak sanggup ibu tuduh Leah macam tu! Leah ni anak kandung ibu! Kenapa tuduh Leah macam tu?" Tangis kusemakin deras.
"Angah, kau dah siapkan pakaian perempuan ni?" Aku jadi terpinga-pinga. Seketika kemudian adik perempuan ku membawakan beg besar ke hadapan.
"Kau berambos! Aku tak ada anak jalang macam ni. Keluar kau dari sini." Beg tersebut dicampak keluar pintu. Fahamlah aku. Pasti isinya ialah segala pakaian dan barangan milik aku.
"Sampai hati ibu, angah! Mana Leah nak tidur malam ni?" Soalku.
"Bukan masalah aku. Dah keluar!" Ibu tanpa rasa kasihan menolak diriku keluar. Lantas daun pintu di tutup rapat dan dikunci!
"Ibu, Ibu! Ampunkan Leah ibu. Leah tak salah. Ini semua fitnah. Ibu, bukaklah pintu ni. Mana Leah nak tidur? Ibu!" Jeritan dan ketukan pintu dariku tidak diendahkan. Sehinggalah larut malam aku di hadapan pintu.
Ya Allah. Apa salah aku? Kenapa hari ini ujian-Mu amat perit? Selama ini, pernah ke aku berbuat dosa besar pada-Mu? Aku sudah membuat segala suruhan-Mu dan meninggalkan segala larangan-Mu. Kenapa aku di beri ujian sebegini? Kenapa?
Hatiku terasa sungguh terluka. Air mata sudah semakin kering. entah jam berapa waktu ini aku tidak pasti. Perlahan-lahan aku berjalan juga meninggalkan rumah orang tua ku. Tak perlu aku menoleh. Kerana pasti tiada siapa yang akan menahan pemergianku ini. Malah semakin dihalau.
Nafas dalam ditarik dan dihembus. Baiklah, hari ini adalah hari terakhir buat aku yang bernama Aleyah Nurhani Binti Mansor.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro