Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💞 Ep 70 💞

"Aleyah, kenapa ni sayang? Asyik keluar masuk toilet je abang tengok?" Fahrin semakin mula risau melihat Aleyah yang sedang memicit-micit kepalanya itu.

Aleyah duduk di birai katil. Penat sungguh rasa badannya. Sudahlah kelmarin mereka semua sibuk dengan majlis perkahwinan adik-adiknya. Memang naik migrain rasa kepalanya.

"Penatlah ... tak larat." balas Aleyah lemah.

Fahrin duduk di sisi Aleyah. Kepala Aleyah diletakan pada bahunya untuk bersandar.

"Jom kita pergi klinik ... Check up," ajak Fahrin.

"Malaslah ... tak larat nak keluar lagi. Saya rehat jelah. Nanti okaylah ni," Aleyah mengelak.

"Okay apa? Dari semalam abang tengok sayang keluar masuk toilet. Lepas tu pening-pening. Jomlah kita pergi check ... manalah tahu ada," pujuk Fahrin. Ayatnya digantung seketika. Senyum di bibir mula terukir.

Aleyah mengerutkan dahi, dia paling malas kalau kena paksa-paksa pergi check up. Entah kenapa sejak dulu dia memang anti nak jejak kaki ke klinik atau hospital. Kecuali parahlah.

"Ada apa? Malaslah ... I'm okay. Kejap je ni. Pening sebab banyak nak uruskan. Abang tahulah, dua orang adik saya kahwin sekali. Memang banyak nak kena urus." balas Aleyah lagi.

Fahrin mendakap kedua pipi Aleyah. Geram! Isterinya ini memang agak degil dan keras kepala sikit. Nasiblah.

"No. I want you to have check up. Aleyah tak sedar ke? Mana tahu Aleyah mengandung pula? Tak nak tahu?" ujar Fahrin lagi.

Aleyah mengangkat kepala.

"Mana ada saya masuk toilet pergi muntah-muntah. Saya buang air jelah ... Tak kot," bidas Aleyah.

"Siapa cakap muntah je tanda-tanda pregnant? Ada banyak lagi tau! Ni, kepala pening, muka dah pucat sikit, pergi toilet sebab buang air, lenguh-lenguh badan. Abang tahulah ... dulukan ... aarh!" Fahrin mengeluh seketika. Teringat pengalaman pertamanya dahulu.

Aleyah faham akan keluhan itu. Kesian sang suaminya ini. Terpaksa korek cerita lama untuk memujuknya.

"Yelah ... kita pergi klinik. Tapi, saya tak nak abang mengharap sangat," ujar Aleyah. Hampir tiga tahun mereka menunggu. Belum lagi dia diberikan rezeki untuk mengandung.

"Okay, jomlah. Abang tak mengharap. Tapi abang risau kalau Aleyah nampak tak sihat ni. You know what I mean ..." kata Fahrin.

Aleyah mengangguk. Dia tahu, Fahrin tak benarkan lagi dia mengabaikan kesihatan. Kalau boleh setiap ubat yang baik, Fahrin nak suruh Aleyah cuba. Pamoga. Jus Hidayah Gold. Produk d'Herbs ... dan macam-macam lagilah yang ada kat pasaran tu.

***

"Tahniah puan, encik ... Puan Aleyah mengandung enam minggu," ucap doktor wanita itu.

Aleyah dan Fahrin memanjatkan kesyukuran. Akhirnya doa mereka dimakbulkan juga. Syukur, ya Allah.

"Enam minggu, doktor? Tapi kenapa saya tak rasa apa-apa? Muntah pun tak ada ..." tanya Aleyah kembali.

"Setiap individu lain tanda-tandanya. Tak sama. Puan jangan risau, bukan sebab kandungan atau kesihatan puan tak baik, semuanya baik saja. Tak perlu fikir pasal tanda orang lain. Puan jaga kesihatan puan terus saja ..." jawab Doktor itu.

"Terima kasih, doktor," ucap Aleyah dan Fahrin sebelum keluar dari bilik rawatan itu.

"Sama-sama."

***

"Ya Allah, betul ke?" Puan Seri Jannah ialah orang yang paling teruja mendengar berita itu.

Pulang sahaja Fahrin dan Aleyah daripada klinik, terus Fahrin mengumumkan berita gembira. Alang-alang dah semua keluarga Aleyah juga di sini.

Imah memeluk tubuh Aleyah.

"Alhamdulillah, dah ada pun rezeki anak ibu ni," ucap Imah dengan ikhlas.

"Tahnialah bro," usik Syed Hafizi. Dah kena panggil bro, sebab isteri mereka adik-beradik.

"Apa? Kau nak minta turun ilmu ke apa ni?" tanya Fahrin. Saja nak mengusik pengantin baru.

"Eh, tak payah! Aku tahulah kerja aku ..." balas Syed Hafizi. Muka Ayda sudah membahang mendengarnya. Apalah.

"Yeah, lepas ni, Aiden dengan Syifa dah nak ada adik lagi ... Horayy," Aisyah membawa Syifa bersorak riang.

"Makin meriahlah keluarga kita ni," ucap Mansor.

"Macam nilah baru perfect. Amir pun tak sabarlah," kata Amir sambil mengusik isterinya.

Mira gigit bibir. 'Hurm, nakalnya suami dia ni? Tak sama dengan miss- eh ... puan Al yang tegas tu!'

"Kita doa sama-sama, semoga keluarga kita akan lebih diberkati selepas ini ... Dengan kehadiran ahli-ahli baru ni, dan masalah yang telah selesai ... Aleyah harap, kita semua sentiasa bersama dalam susah dan senang." ucap Aleyah.

"Aamiin ..." sahut ahli keluarganya.

Puan Seri Jannah kemudian meminta Amir membacakan doa kesyukuran keluarga.

Amir selaku imam muda keluarga itu terus menadah tangan dan membaca doanya.

" بسم الله الرحمن الرحيم

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

"Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (Q.S. An-Naml : 19)

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (Q.S. Al-Ahqaf : 15)." "Amiin~"

" Amiin ya rabbil alamin~" Akhiri semua ahli keluarganya.

***

Sejurus masuk ke dalam bilik, Fahrin memeluk erat pinggang Aleyah. Kepalanya diletak atas bahu isterinya itu. Sesekali dia mengusap perut Aleyah yang masih lagi tipis. Bahagia, sekali lagi dia diberi peluang merasai perasaan ini. Dan kali ini, dia rasa lebih bahagia kerana cintanya kepada Aleyah melebihi segalanya.

"Sudahlah tu ... lemaslah," Aleyah melerai pelukan. Dia tahu Fahrin sangat teruja dan rasa bahagia. Apa lagi dirinya? Memang inilah yang ditunggunya sejak dulu. Merasai pengalaman menjadi ibu sebenar. Mengandung dan kemudian melahirkan, Insyaallah.

"Terima kasih sangat-sangat ... Abang rasa terlalu bahagia. Aleyah dah bagi rasa sepenuhnya apa yang Aleyah ada. Abang rasa tak layak memilikinya, tapi abang nak juga. Abang jadi tamak demi cinta Aleyah," ucap Fahrin.

Pipi Aleyah didakap dengan tapak tangan kanannya. Mata Aleyah yang penuh sinar bahagia kini ditatap lama.

"I love you so much ..." ucapnya tulus.

"Dahlah, tiap-tiap hari nak cakap macam tu ke?" balas Aleyah. Bukan dia bosan mendengarnya. Tetapi setiap kali dia mendengar ungkapan itu, masih ada rasa bersalah yang Fahrin selitkan.

"Selagi hari-hari ada sayang di sisi, selagi itulah abang tetap akan cakap juga. Abang cintakan sayang ... dengan sepenuh hati, jiwa dan raga yang abang ada ni. I love you, love you until the end of my life. dan kalau boleh hingga ke syurga nanti," kata Fahrin lagi.

"Saya pun, cintakan abang sangat-sangat ... dari dalam-dalam hati ini yang dulunya terkubur kerana ego, terpudar kerana terluka, tergoyah kerana masa lalu ... Tapi sebab abang sudi kembali semula, dan benarkan saya berharap lagi, bersama mengubati hati saya, saya terima abang sepenuhnya ..." balas Aleyah.

"Maafkan abang kerana terlewat,"

"Everything has it's own time. Tak perlu lagi abang meminta maaf, semua saya dah maafkan dulu ... Saya harap lepas ni kita akan terus bahagia bersama, kala susah dan senang, suka dan duka, kaya dan miskin dan dari muda hingga ke tua kelak ..." ucap Aleyah.

"I promise you, my dear. Abang tak akan ulang lagi kesilapan lalu tu. Abang tak kan tinggalkan sayang lagi. Hanya maut sahaja yang boleh pisahkan kita," balas Fahrin.

Aleyah dan Fahrin berbalas renungan sambil senyum terukir di bibir masing-masing. Bahagia. Terima kasih, ya Allah. Hanya dialah yang dapat sempurnakan hidupku, dan hanya dia yang ku harapakan bersama di syurga nanti.

____________________________

😘 T A M A T 😘

Terima kasih kerana sudi membaca kisah ini hingga ke akhirnya. Segala komen dan vote yang diberi amatlah dihargai.

Terima Kasih. Komen. Vote.
_____________________________

Secebis Hati yang Terluka
By : @SilauunPurii

Start : 1 September 2017
End : 11 Oktober 2017

( 11 Oktober 2017 )
#8 in ROMANCE
👀 40.90K reads
⭐3.89K Votes
📚 71 Ep/Parts (Complete)
_____________________________

1292
End Edited,
9 January 2019
11:39

👀 606+K reads
⭐30+K Votes

#6 in Gerneral Fiction
#1 in Featured

____________________________

Thank you.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro