Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 7

Aleyah memparkirkan kenderaannya di sekitar kawasan biasa. Hari ini dia terpaksa juga pergi ke Kedai Serbaneka berdekatan. Kerana tanpa dia sedari, banyak keperluan dapur dan rumah telah habis. Kebiasaannya setiap hujung bulan, Aleyah akan beringat untuk membeli segala keperluan tersebut. Oleh kerana dia terlalu sibuk sejak akhir-akhir ini, Aleyah terlupa untuk membelinya.

"Miss today we have promotion ... blah-blah-blah!"

Seorang jurujual cuba memberikan promosi produk kepada Aleyah.

"No, thanks!" Aleyah lantas menolak trolinya jauh dari jurujual tersebut.

Dia kemudian menuju ke arah ruangan untuk membeli keperluannya.
Beras, susu krimer, nescafe, gula, garam, roti, sabun cuci, ubat gigi. "Hmmm ... apa lagi, ya?" Aleyah menoleh kiri dan kanan rak di sekitarnya.

Tiba-tiba dengan tak semena-mena trolinya dilanggar seseorang!

"Ops ... I'm sorry," berderau wajah Aleyah saat terpandang wajah itu!

"Wow!" gadis yang terlanggar troli Aleyah menarik senyum sinis di bibirnya.

"Look who's face here? Macam pernah nampak. Tapi kat mana ... erk?" Sinis sindiran gadis tersebut.

Aleyah sengaja tidak menjawab. Terus sahaja dia menolak trolinya ke bahagian kaunter pembayaran. Selesai semuanya, dia terus memandu pulang tanpa berlengah.

.
Aisyah pulang dengan senyum meleret di bibir. Selepas balik dari Kedai Serbaneka bersama kekasihnya, terus sahaja dia meluru ke arah ibunya, Imah.

"Ibu, nak tahu berita gempak tak?" pantas sahaja Aisyah bercakap ingin memberitahu.

"Berita apa? Kau dah dapat kerja?" tanya Imah sambil melipat baju-baju jahitan upahan.

"Bukanlah! Tadi Aisyah ada nampak tau ... Aisyah nampak tadi ..."

"Kau nampak apa?" Imah jadi tak keruan mendengar kata-kata anak gadisnya ini. 'Apa lagi berita nak dibawanya ni?'

"Pe-rem-pu-an ja-lang!" Bisik Aisyah pada telinga Imah.

"Jadi ... kenapa?" Imah sengaja pura-pura tidak berminat dengan cerita yang dibawa Aisyah itu. Sedang dalam hati terjentik perasaan ingin tahu.

"Dia dah kaya, ibu. Baju dia semua nampak mahal-mahal. Gelang emas dia. Fuhh ... berat! Muka dia, pakai make-up. Terkejut Aisyah masa ternampak dia," terang Aisyah dengan penuh semangat.

Imah mengerutkan dahi. Sama ada hendak percaya atau tidak.

"Habis tu? Kau tak minta duit dia?" tanya Imah lagi.

"Ish! Tak nak lah duit haram dia tu. Entah dia jadi perempuan dato' mana ntah! Duit haram, jual diri. Tak kan Syah nak minta pula," balas Aisyah sambil mencebik bibir.

"Kak, siapa yang akak cakap jual diri ni? Tak habis-habis lagi ke kak Aisyah nak fitnah kak Leah?" Amir yang baru balik dari kedai buku terus saja menyampuk. Hatinya sangat tidak senang apabila mendengar kakak sulungnya terus-terus dihina.

"Eh, terkejut aku! Kau mana tahu cerita. Jangan menyampuklah," marah Aisyah. Dadanya diurut perlahan.

Imah sengaja buat-buat tidak peduli.

"Amir tahu, kak Aisyah mesti cakap pasal kak Leah lagi, kan? Sudahlah kak, biar dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Kita dah buang dia. Dah lama dah ... apa jadi dengan kak Leah, pandai-pandai dia lah. Kak Aisyah jangan asyik nak tuang minyak di api. Kita tak berhak ganggu hidup dia," bentak Amir dengan nada keras.

"Amir, kau jangan nak tunjuk baik pulak. Aku tampar kang mulut kau tu. Selama ni siapa yang tanggung korang lepas dia blah?" balas Aisyah. Amir memang sengaja menyakitkan hatinya.

"Ah, sudahlah! Apalah sangat pengorbanan kak Aisyah tu? Apa yang kak Leah buat sebelum tu lagi mulia tau tak." Amir masih ingin membela Aleyah.

"Amir! Berapa kali ibu nak cakap? Jangan kau sebut lagi nama dia tu. Ibu cukup bencikan dia. Baik kau bawa ayah kau tu keluar ambik angin. Jangan kau sengaja naikkan pulak angin aku ni!" marah Imah. Suaranya meninggi. Berdesing telinga mendengarnya.

Amir mengalah. Dia tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu. Tak seharusnya dia melawan. Seperti kebiasaannya, dia akan terlihat mulut Aisyah tersenyum kemenangan bersama kebencian ibunya terhadap Aleyah. Amir mengeluh sendirian.

.
"Mir, aya windu ngan ka Eya. Mir tak uba arik ia?" luah Mansor kepada Amir.

Amir mengeluh setiap kali soalan itu ditanyakan.

"Bukan Amir tak cari ... tapi Amir tak jumpa," ujar Amir. Sejujurnya, dia masih belum pasti akan gadis yang dia temui tempoh hari. Berhari-hari dia menantikan kelibat itu semula di hadapan kedai buku. Namun hampa. Sekalipun dia tidak bertemu lagi dengan gadis yang seiras kakak sulungnya itu.

"Yah nak inta a'af ada Eya," air mata Mansor mengalir. Mengenangkan kerana perbuatannya, Aleyah pula menerima balasan tidak adil daripada ibunya.

"Ayah sabarlah. Kita doakan semoga kak Leah baik-baik saja. Biarlah dia jauh dari kita. Asalkan dia bahagia dengan diri dia," Amir menyeka air mata tua Mansor. Hatinya turut jadi sebak. Mengenangkan sikap ibu dan Aisyah terhadap Aleyah, dia jadi tidak yakin jika Aleyah sudi memaafkan mereka semua.

***

"Kau nak apa lagi?"

Aleyah melepas keluh apabila terlihat figura Fahrin di hadapan pintu besar syarikat. Dia tidak mahu tergugat lagi kali ini.

"Aleyah buat apa kat ofis? Hari ni kan cuti," lembut sahaja Fahrin bertanyakan. Benar kata uminya. Walaupun hari ahad, Aleyah pasti akan ke pejabat dan menyelesaikan kerja-kerjanya sendirian.

Memandangkan tidak ramai perkerja yang turun 'overtime', Fahrin memberanikan diri bertemu Aleyah.

"Kau tak payah sibuk. Aku ada hidup aku sendiri," Aleyah berlalu tanpa menoleh.

"Aleyah," Fahrin sempat menarik lengan isterinya.

"Stop calling me 'Aleyah-Aleyah'! I hate it. And I even more hate it, when it's come from you!" Aleyah melepas lengannya kasar. Hatinya sudah benar-benar mati untuk lelaki ini. Lagipula dia tidak mahu menimbulkan masalah dengan madunya nanti.

"Aleyah ... saya nak minta maaf. Okay, please ... give me a second chance? Saya nak bina hidup baru dengan Aleyah. Saya nak lengkapkan keluarga kita," Fahrin cuba memujuk lagi.

"Second chance? Untuk apa? Untuk kau gantung aku lagi? Kali ni dengan tali betul-betul ... biar aku mati cepat!" marah Aleyah.

"Lagi satu, kau dah ada isteri lain, ada anak. Kau nak buat apa cari aku lagi? Nak lengkapkan keluarga kau ... oh, atau kau nak syarikat Tuan Seri ni semula? Boleh. Kau ceraikan aku. Aku boleh bagi balik semuanya. Satu sen pun aku tak akan ambil. Sumpah!" tangan kanan diangkat menghadap lelaki itu. Hati di dalam turut sama bergetar. Kali ini Aleyah benar-benar nekad dengan keputusannya. Perpisahan adalah jalan terbaik buat mereka bahagia.

Fahrin meraup wajahnya. Cuba bersabar sedaya upaya. Perpisahannya yang pertama sudah menjadikan dia seorang yang gagal. Hampir saja dia jadi gila. Kali ini, Aleyah juga mahukan perpisahan. Dia semakin bingung dan buntu.

"Aleyah ... saya, saya dah bercerai dengan mama Aiden. Saya dah tak bahagia dengan dia. Tolonglah, jangan minta perpisahan lagi. Saya dan Aiden, umi, perlukan awak. Saya nak rasai bahagia bila dengan awak. Saya pun bertangungjawab untuk bahagiakan awak. Saya tahu dulu saya silap. Tapi, takkan lah sampai macam ni sekali marah awak pada saya?" sekali lagi Fahrin mengharapkan kemaafan daripada isterinya itu.

"Hati aku ... dah tak ada untuk kebahagiaan. Aku harap kau buat keputusan tepat dan lepaskan aku. Hanya itu saja yang boleh bahagiakan semua orang." putus Aleyah.

Niat asal untuk membuat kerja terbatal. Terus saja dia masuk semula ke dalam kenderaannya dan memandu melintasi Fahrin yang berdiri bersama harapan yang punah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro