Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 69

2 Tahun kemudian ...

Villa Puan Seri Jannah riuh rendah dengan majlis hari itu. Majlis meraikan dua pasangan mempelai disambut sederhana dengan kehadiran sanak-saudara dan pekerja syarikat.

Aleyah mendukung anak kecil berusia dua tahun di tangan kirinya, sambil tangan kanannya memimpin Aiden yang kini berusia lima tahun.

"Syifa nak makan apa? Abang Aiden nak makan apa?" soalnya kepada dua anak kecil itu.

"Aiden nak ayam goreng je ..." jawab Aiden.

"Syifa nak ayam juga?" tanya Aleyah. Anak kecil itu mengangguk. Dua ketul ayam goreng diletakan pada pinggan kosong berasingan. Aleyah kemudiannya membawa kedua anak kecil itu duduk di dalam ruang tamu Villa tersebut.

"Ha'ih ... kat sini rupanya? Puas abang cari," tegur Fahrin. Dia kemudian duduk di sisi anak dan isterinya itu.

"Kenapa abang cari?" tanya Aleyah. Dia masih leka menyuapkan makanan kepada Syifa.

"Kita nak bergambarlah ... Family photo. Tu, empat pengantin tu dah ready dah. Tinggal sayang dengan anak-anak je." ujar Fahrin sambil menunjuk ke arah pelamin besar di laman luar rumah.

Hari ini ada dua sejarah besar buat keluarga Aleyah. Amir bertemu jodoh dengan PA kesayangan Aleyah, Mira.

Selepas kejadian lalu, Fahrin menyuruh Amir bekerja di syarikat keluarganya. Berkali-kali Amir menolak, kerana dia tiada kelayakan untuk bekerja di syarikat besar. Puas dipujuk, akhirnya jawatan pengawal sahajalah yang Amir sudi terima.

Aleyah pula, kini tidak lagi menyandang jawatan CEO itu. Mahu tidak mahu Fahrin mengambil juga jawatan itu. Dia tidak mahu Aleyah menguruskannya lagi selepas kemalangan itu. Dia mahu Aleyah menjadi suri rumah sahaja. Barulah kini masa Aleyah hanya untuknya sahaja.

Terkejut juga sesetengah pekerja setelah mengetahui hal sebenar yang Fahrin ialah pewaris sebenar syarikat itu. Dan ada juga yang malu-malu kerana selama ini ada yang selamba saja meluahkan perasaan mengenai isterinya, Aleyah. Tahu-tahu Fahrin dan Aleyah suami isteri.

Satu lagi pasangan ialah ... Jeng, jeng, jeng. Siapa sangka Ayda yang bersikap clumsy itu jatuh cinta pada sahabat baik Fahrin. Siapa lagi kalau bukan Syed Hafizi! Berani Ayda nak kenalkan dirinya pada lelaki itu.

Pada mulanya Syed Hafizi tidak mahu terima. Yelah, hati dia dulukan pada Aleyah. Namun melihat kesungguhan gadis itu, hatinya juga sedikit tercuit. Sikap Ayda lebih polos dan direct. Kalau suka, dia kata sukalah. Walaupun kena reject mula-mula. Perbezaan umur bukanlah penghalang buatnya. Kalau dia berusaha, dia pasti akan dapatkannya. Itu yang membuat Syed Hafizi tertarik pada Ayda.

Aleyah beriringan bersama Fahrin menuju ke arah pelamin. Sampai sahaja di pelamin, Aisyah mengambil Syifa dari tangannya.

"Anak mama dah makan ke ni?"

Syifa sekadar mengangguk. Aisyah sudah mula menjalani kehidupan barunya. Walaupun dilabel sebagai ibu tunggal tanpa suami, dia tetap tabah menjalani hidupnya. Biarlah dia menanggungnya sendiri. Lagipun, keluarga sentiasa di sisinya bersama di kala susah dan senangnya. Itu sudah cukup buatnya.

Selesai sesi fotografi dan bersalaman, Fahrin menuju ke konti karaoke yang mereka sewa khas.

"Erm ... Ehem-ehem. Lagu ni saya tujukan khas untuk ke-empat pasangan pengantin, sahabat baik saya ... adik-adik saya ... dan paling utama, kepada isteri saya yang tercinta," Fahrin memulakan intro.

"Wuuu ..." Semua mata tertumpu memandang Fahrin yang siap dengan mikrofon di tangan dan pada Aleyah yang sudah memerah menahan malu.

Alunan muzik dimainkan. Lagu yang dipilih Fahrin ialah, lelaki teragung nyanyian Dayang Nurfaizah.

'Boleh ke dia bawa key tinggi ni?' Desis hati Aleyah. Malulah dia kalau dengar suara suami yang tak seberapa itu nanti. Lepas tu lagu lelaki teragung? Lelaki? Kata khas untuknya? Macam pelik saja.

Ku sesali ...
Kerna pernah cuba
Sakiti hatimu
Sedang diri ini
Tidak mampu
Untuk hidup tanpa
Cintamu di sisi

Masuk sahaja rangkap pertama Aleyah terpana! Tak pernah dia tahu suara merdu Fahrin seperti ini. Mata-mata tetamu mula fokus mendengar nyanyian itu.

Cinta wanita teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Aik? Tukar lirik rupanya. Lelaki jadi wanita. Erm ... Aleyah mengangguk dan tersenyum sendiri.

Oh kekasih
Kembalikan
Cinta yang pernah ada
Dalam hatimu
Walau dirimu pernah terluka
Ku akui segalanya salahku

Fahrin berjalan menghampiri Aleyah yang lagi terpesona dengan suara nyanyiannya. Tangan Aleyah dicapai dan dibawa ke pentas nyanyian. Dia menyambung nyanyian sambil merenungi wajah Aleyah yang semakin merah padma kerana menahan malu.

Aleyah mengetap bibir bila tetamu melihatnya. Malunya. Ada yang sempat merakamkan video lagi.

Cinta wanita teragung
Membuat aku berbahagia
Kaulah kekasih di dunia
Dan di syurga

Meskipun kesetiaan
Yang selalu dipersia
Namun engkau tidak pernah lelah
Untuk bertahan
Ku mengerti kini semua
Demi cintamu kepadaku
Padaku

Kasih ...
Pabila bersama
Dunia terasa sempurna
Jangan tinggalkan diriku
Oh sayangku.

Aleyah terpesona akan setiap bait-bait lirik lagu tersebut. Memang dia pernah terluka, tetapi Fahrin jugalah yang menyembuhkannya dengan bahagia. Cinta dan kasih sayang dari Fahrin tak pernah kurang selepas ini. Kebahagian mula menjadi miliknya.

Cinta wanita teragung
Membuat aku berbahagia
Engkaulah kekasih di dunia
Dan di syurga
Kaulah kekasih di dunia dan di syurga ...

Fahrin mengakhiri nyanyiannya. Lantas memeluk erat tubuh Aleyah. Kesemua tetamu bertepuk tangan melihat adengan romantik itu. So sweet!

"Eh, dahlah tu woi! Macam korang pula pengantin baru. Eee ..." ejek Syed Hafizi dari kerusi pelaminnya.

Fahrin melepas pelukan dan mencebik ke arah sahabatnya.

"Jangan dengki lah!" balasnya bersama senyuman nakal. Aleyah semakin tersipu malu jadinya.

***

"Terima kasih sebab sudi tumpangkan rumah kak hajah pada saya untuk buat majlis anak-anak ni," ucap Imah kepada Puan Seri Jannah.

Puan Seri Jannah tersenyum kepada besannya ini. Syukurlah, dia sudah mengenali seluruh keluarga Aleyah. Dia menerima dengan hati terbuka keputusan Aleyah. Dan dia bangga akan Aleyah selama ini. Disebalik kekuatan ego Aleyah, terdapat dinding runtuh yang cuba dipertahankannya.

"Janganlah cakap macam tu, Imah. Kita dah jadi keluarga ... Malah saya tak kisah kalau keluarga Imah terus tinggal di sini. Saya tak ada sesiapa lagi selain Fahrin dan Aleyah," balas Puan Seri Jannah.

Sesungguhnya, pembahagian rezeki Allah itu maha adil. Imah punyai ramai anak walau tak punya banyak harta. Dia pula punyai harta tetapi hanya Fahrin sahaja anaknya. Dia bersyukur kerana Aleyah menjadi menantunya.

"Saya malulah nak tinggal di sini. Lagipun kami masih boleh sara hidup lagi. Biarlah kami tinggal sahaja di rumah lama tu," balas Imah.

Berkali sudah Puan Seri Jannah mengajak mereka pindah ke sana. Rumahnya besar, tetapi penghuninya sedikit. Berbeza dengan rumah keluarga Imah.

"Yelah, kalau dah itu kata Imah ... saya tak nak paksa. Tapi malam ni, tidurlah di sini dulu. Kita raikan bersama pengantin baru ni. Saya teruja betul, sebab masa Fahrin dan Aleyah dulu, tak ada majlis macam ini. Sudahlah hanya Fahrin sahaja anak yang saya ada." kata Puan Seri Jannah.

Pernikahan Fahrin dan Aleyah diraikan singkat. Tanpa majlis pun. Selepas itu, suaminya pula meninggal dunia. Dan kemudian Fahrin membawa diri ke Spain. Apabila Fahrin menikahi Sufyna, langsung dia tidak ke sana. Bukan dia benci pada Sufyna, tetapi ketika itu dia marahkan Fahrin kerana tinggalkan Aleyah.

"Ibu, umi ... Jomlah makan. Kenapa duduk di sini lagi?" sapa Aleyah.

Mereka serentak melihat Aleyah. Alhamdulillah, sempat juga mereka melihat wajah Aleyah yang kini semakin bahagia walaupun pernah terluka di masa lalu.

"Yelah.  Jom sama-sama ..." Ajak Puan Seri Jannah. Mereka kemudian beriringan menuju ke ruamg makan. Bersama menikmati bahagia khas untuk Aleyah.

*** 1153 ***
Edited,
9 January 2019
11:20
***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro