Ep 63
Imah termenung di dapur rumahnya. Suasana hujan renyai membasahi laman belakang rumah. Dia mengeluh lemah. Sesal akan tindakannya kepada Aleyah semalam.
'Ya Allah, kenapalah Aleyah harus merana seperti itu? Ditinggalkan suami selama tiga tahun, dipulaukan keluarga selama tujuh tahun. Kini? Entahlah, pada siapa dia harus percaya? Pada siapa dia harus salahkan?' Imah buntu.
Sedang dia membilas tangan, tanpa sengaja tangannya terguris pada mata pisau yang kebetulan diletakan berdiri di dalam raga sudu dan garfu.
"Aduh, ni mesti Airin yang letak pisau berdiri macam ini!" keluhnya. Anak bungsunya yang selalu mencuci pingan itu selalu ada saja silapnya.
* * *
"Kak Leah!"
Amir pantas berlari ke kawasan kejadian! Dia memang sudah tidak sedap hati bila Aleyah mendesak bertanyakan di mana tempat kerja Aisyah subuh tadi. Bukan dia tidak tahu masalah yang sedang melanda. Dia tahu memang Aisyah sengaja hendak mencanang dan memporak perandakan rumah tangga Aleyah. Oleh kerana perasaannya tidak enak, dia mengekori Aleyah ke sini. Tanpa diduga, kejadian yang tidak diingini itu berlaku di hadapan mata.
Jantung Aisyah berdegup kencang. Sepantas kilat kejadian itu bermain di minda. Tubuh Aleyah yang sudah terbaring lesu di atas jalan raya dengan darah merah mengalir pekat dipandang jeda. Takut! Ya, dia takut lantas duduk terjelupuk.
"S-syah," suara Aleyah terketar-ketar memangil namanya.
"Kak Leah! Ya, Allah, Kak Leah!" Amir pantas mencepung kepala Aleyah yang penuh darah. Bibirnya juga mengalirkan sungai merah.
Orang ramai berpusu-pusu mengelilingi kawasan kejadian. Ada yang sibuk mengambil gambar atau merakam video.
"Ambulans, Polis! Tolong, tolong ..." rayu Amir. Beberapa orang yang berada di sekitar itu mengangguk serta menekan punat skrin telefon pintar masing-masing.
Aisyah masih lagi terkaku di tempat duduknya. Air matanya mengalir deras! Sungguh dia tidak sengaja. Dadanya berombak kencang, bersama tangisan yang mencurah.
"Arghh!"
* * *
"Sayang, please jangan tinggalkan abang, Tolonglah, bukak mata!" jerit Fahrin.
Katil yang disorong oleh beberapa orang jururawat bergerak pantas. Fahrin turut berlari mengejar Aleyah bersama air mata.
"Maaf, encik tak dibenarkan masuk." kata seorang jururawat kepadanya.
Fahrin mengalah di hadapan pintu dewan bedah kecemasan yang telah ditutup rapat.
Dia kemudian menumbuk dinding simen hospital dengan tangannya!
"Shit!" jeritnya.
"Sabar Fahrin, sabar!" Syed Hafizi yang kebetulan bersamanya pagi itu lantas mengikutinya ke hospital sebaik menerima pangilan daripada Amir, adik Aleyah.
Dia juga turut terkesan akan kejadian itu. Walaupun cintanya tak berbalas dari Aleyah namun dia tetap menganggap Aleyah sebagai kawan rapatnya.
Aleyah terkulai lemah di atas katil. Hampir sembilan puluh peratus cadar putih hospital itu penuh dengan darah merah. Nafasnya jadi lemah. Kesakitan menguasai di kawasan ubun kepala. Pandagannya juga semakin kabur. Dia sudah tidak ingat mengapa dia di situ.
Beberapa orang jururawat sibuk memakaikan alat bantuan pernafasan. Kemudian tangannya terasa dicucuk-cucuk, pedih. Namun kesakitan itu lebih kecil berbanding apa yang dirasakan di ubun kepala.
"Nurse, tambah darah cepat!" arah seorang doktor.
Mata Aleyah disuluh dengan lampu khas. Stetoskop di leher dipakai ke telinga, kemudian kepala stetoskop dihala ke dada Aleyah. 1, 2, 3 detik dia meletakannya. Kepalanya digelengkan.
"What's her bp*?" tanya doktor itu.
"70/50 ... menurun, doktor," balas jururawat.
"We need defibrillator*!" tegas doktor itu lagi. Jururawat itu kemudian mengangguk laju.
* * *
Imah, Mansor dan ahli keluarganya berlari menuju ke dewan kecemasan. Dia terlihat Fahrin bertunduk di atas kerusi dengan tangan yang menekup muka.
Fahrin mengangkat wajah, dia melihat satu persatu wajah keluarga Aleyah di hadapannya. Entah kenapa perasaannya menjadi marah melihat mereka. 'Hipokrit!' desis hatinya.
"Ya Allah, abang ... macam mana ni?" Imah menyeka air matanya.
"Ini semua sebab Kak Aisyah." tunjuk Amir. Bajunya yang terkena darah Aleyah tidak diganti. Terus sahaja dia menjemput keluarganya menggunakan kereta sejurus menghantar Aleyah melalui ambulans.
Aisyah terpempam. Tanggannya masih mengeletar. Air matanya sudah kering. Takut, kerana semua mata tertumpu ke arahnya.
"Kalau Kak Syah tak buat fitnah pada Kak Leah, dia tak kan cari Kak Syah pagi tadi! Dan dia tak kan," ayat Amir tergantung. Dia meraup mukanya cuba meningati kejadian pantas tadi.
"Kau, berani kau tipu semua orang! Kau tengok apa kau dah buat? Kau nak sangat ke aku rogol kau ke depan keluarga kau ni? Hah?" Fahrin jadi berang. Tangan sasanya tanpa sengaja mencekik leher Aisyah.
Aisyah menahan nafas. Sakit benar cengkaman tangan Fahrin pada lehernya. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.
"Fahrin, istigfar, sabar! Jangan kau nak burukan keadaan lagi," Syed Hafizi segera meleraikan tangan Fahrin daripada terus mencengkam leher gadis itu.
"Syah, Apa yang Aisyah dah buat ni? Kenapa buat hidup Kak Leah sengsara? Apa salah dia?" marah Mansor. Rasanya dia juga ingin bagi pelempang, tetapi masih bersimpati mengenangkan kandungan anaknya itu.
Imah terkedu. Terasa kesalahan Aisyah juga adalah kesalahannya. Sampai hati dia menuduh Fahrin merosakan anak gadisnya itu. Dan sampai hati juga dia menampar pipi Aleyah semalam. Memang benar, dia termakan kata fitnah Aisyah lagi.
Pang, pang!
Imah berkali-kali menampar pipi mulus Aisyah. Dia sudah tidak peduli akan anak-anaknya yang lain melihat kejadian itu. Kesal kerana dahulu tidak pernah naik tangan kepada Aisyah sehingga perangainya menjadi-jadi.
"Ibu, Sabar ibu. Jangan macam ni! Malu, ibu ... malu," pujuk Ayda. Dia dan Azura cuba menahan tangan Imah.
"Sampai hati Aisyah buat ibu percaya pada fitnah tu! Aisyah dah gila ke? Kenapa Aisyah nak buat ibu bencikan Kak Leah? Kenapa Aisyah nak pisahkan lagi dia daripada ibu? Kenapa?" bentak Imah bersama tangis.
"S-syah min-ta ampun! Syah tak sengaja. Syah tak sengaja. Tolong jangan buang Syah ... Syah takut! I-ibu Syah takut," Aisyah menyusun sepuluh jari minta pengampunan pada semua ahli keluarganya.
Fahrin sekali lagi menumbuk tanggannya pada dinding simen. Dia tidak peduli akan darah yang sudah mengalir pada belakang tangannya itu. Semakin sakit pula hatinya melihat drama air mata Aisyah itu.
"Sabar Fahrin. Kita doa banyak-banyak," pujuk Syed Hafizi. Dia juga tidak menyangka akan melihat kejadian ini. Sunggup pilu rasa hatinya. Sanggup mereka semua mensia-siakan hati Aleyah Nurhani.
Imah terduduk di lantai. Nafasnya diatur cepat. Air mata mengalir deras. Ya Allah dia sudah tersilap selama ini! Dia sudah tersilap memberi kasih! Aisyah yang selama ini ditatang lebih bagai minyak penuh itu sanggup berkelakuan sebegini?
Mansor memeluk erat bahu Imah. Serasa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dia sudah cuba memujuk Imah agar tidak percaya kata-kata Aisyah. Namun entah kenapa Imah hanya bertindak mengikut perasaannya sahaja! Masihkah dia berdendam akan dirinya dan menyebabkan Aleyah menjadi mangsa melepas kemarahan itu?
Amir meraup wajahnya. Terbayang-bayang wajah Aleyah yang tersenyum lemah memandangnya. Kata-kata Aleyah di dalam ambulans tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.
" A-mir ... te-ri-ma ka-sih se-bab se-la-ma ni per-ca-ya-kan pa-da Kak Le-ah."
Amir menangis di bawah tapak tangannya.
Azam, Ayda, Azura dan Airin hanya berdiam. Mereka cuba berdoa dalam hati semoga Kak Leah selamat. Namun sekiranya aturan Allah lebih baik, maka mereka semua harus redha.
Aisyah menangis tersedu sedan di hujung tempat mereka berada. Bahunya berhinjut bersama tangis yang tidak tentu rentak. Pipi dan lehernya menahan sakit yang perit. Seluruh ahli keluarga dan Fahrin menyalahkan dirinya. Ya, memang dia yang bersalah! Apa lagi tadi, terbukti dia sendiri telah menolak tubuh Aleyah hingga menyebabkan kemalangan itu. Dia sendiri terkejut. Dia tidak menyangka kenderaan itu laju sahaja merempuh tubuh Aleyah.
* * * 1150 * * *
Thank you. Comment. Vote.
Update Jap!
Terima Kasih kepada follower dan pembaca karya Romance dari SilauunPurii
Current Rank in Romance.
(8hb October 2017)
#2 - Suami Jenis Homo?!
#8 - Secebis Hati yang Terluka
* * *
Edited,
8 January 2019
11:38
* * *
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro