Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 62

Fahrin mundar mandir di hadapan pintu bilik tamu. Sejak pulang tadi, langsung sahaja Aleyah mengasingkan dan menguncikan diri di bilik itu. Jam menunjukan waktu 11:45 malam. Dia sudah risau kerana sejak tadi Aleyah tidak keluar makan malam.

"Aleyah ... sayang dah tidur ke? Tak nak makan dulu?" Fahrin mengetuk lembut pintu bilik itu namun tiada respon. Dia garu kepala. Telefon di tangannya cuba mendail nombor Aleyah, namun tiada bunyi dan sahutan kedengaran.

Dia kemudian mengeluh serta berlalu dari situ menuju ke biliknya.

Aleyah diam membisu. Bukan dia tidak dengar suara Fahrin tadi. Dia sengaja malas hendak keluar makan. Kenyang. Kenyang makan hati sendiri. Bantal di dada dipeluk erat.

'Sampai hati ibu percayakan dusta Aisyah? Dan sampai hati Aisyah berdusta lagi? Fahrin pula? Hurm entahlah,' Sedikit demi sedikit hatinya mulai kecewa kembali.

Sukar untuk dia percaya kata-kata Sufyna tempoh hari. Tetapi tadi? Fahrin benar-benar mengaku. Aleyah buntu dengan masalah yang timbul ini. Bukan dia tidak menerima Fahrin kembali, tetapi dia jadi runsing. Dengan masalah baru yang terpancul oleh fitnah Aisyah, terus sahaja perasaannya kepada Fahrin terkena tempias. Dia goyah!

"Ya Allah, bukan main kasar lagi aku bercakap pada dia tadi? Ibu pula? Hah, sampai hati dia naikan tangan semula pada aku! Demi Aisyah. Tak guna betul," gerutunya.

Aleyah memerhati siling di atas kepalanya. Satu perasaan tidak enak menyelinap masuk ke dalam hatinya. Esok pagi dia harus segera bertemu muka dengan Aisyah. Ya! Masalah ini memang Aisyah pencetusnya.

***

"Damn it! Kau senang-lenang lah lepas kau buat diorang bermasalah. Habis aku ni?" Afzhan mendengus kasar. Rokok yang masih separuh bersisa dihumban ke lantai lantas dipijak-pijak.

Sufyna tersenyum sinis.

"Kau tak happy ke rancangan aku nak berjaya ni? Come on-lah. Be happy for me, please." kata Sufyna. Minuman keras di gelasnya diteguk habis.

"Nak happy kepala hotak kau! Habis tu lepas ni? Aku kena kahwin pulak dengan pompuan tu. Tak guna betul arh," kutuk Afzhan.

Sebelum ini, mereka telah membuat perjanjian berani mati kepada Aisyah. Jika rancangannya memporak perandakan Fahrin berjaya, Afzhan akan bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas kandungan Aisyah. Entah kenapa, mudah sahaja rancangan itu berjaya! Yang mati akal sekarang ini ialah Afzhan. Dia tidak bersedia lagi akan sebarang ikatan. Memanglah dulu dia tergila-gilakan Aisyah. Tapi bukan kerana hati, tetapi kerana nafsunya.

"The baby is yours. Kau tanggunglah! Aku dah bayar kau berjuta sampai company kau bangun sikit-sikit." balas Sufyna sinis.

"Gila ke apa? Aku belum sedia nak kahwinlah! Look at me, I'm still young. Buat apa aku nak bertanggungjawab pada dia. Dia juga yang serahkan segalanya pada aku dulu. Dia rela." rengus Afzhan lagi.

"Rilekslah! I'm not serious though I said you should marry her. Senang je kalau kau tak nak,"

"What do you mean? Apa lagi rancangan kau?"

"Well, what we need for a marry occasion? The groom and the bride. Unless one of them is gone," bisik Sufyna ke telinga Afzhan.

Afzhan tersenyum meleret. Bijak juga perempuan ni. Desis hatinya.

***


Aisyah pantas melajukan langkah kakinya. Tidak betah dia ingin bertemu muka. Meluat, benci!

"Aisyah!"

Aleyah yang bertanyakan Amir di mana tempat kerja Aisyah segera menuju ke sana. Pagi-pagi lagi dia telah keluar mencari Aisyah. Nampaknya perhitungan dengan Aisyah masih belum selesai. Hari ini dia mahu Aisyah berterus terang.

"I said stop! Kau tak dengar ke? Dah pekak bodoh ke?" marah Aleyah.

Aisyah yang mendengar ayat terakhir itu rasa tercabar.

"Apa kau cakap aku?"

"Hah, tahu pun nak berhenti. Ingatkan dah pekak tadi," perli Aleyah.

"Apa masalah kau ni hah? Buat apa nak cari aku? Aku ada hutang? Berapa banyak?" tanya Aisyah lantang.

"Hutang kau, hutang fitnah! Kenapa kau tak berubah lagi ni, hah? Aku ingat kau dah insaf. Apa masalah kau nak tuduh Fahrin yang buat kau mengandung? Kau nak apa sebenarnya?" Berdas-das ungkapan kata Aleyah dalam satu nafas.

Aisyah tersenyum sinis.

"Kau nak tahu apa aku nak? Well, aku tak nak kau bahagia daripada aku, senang je." tutur Aisyah tanpa rasa bersalah.

Pang! Laju tangan Aleyah menampar pipi mulus Aisyah.

Aisyah terpana. Terasa pijar pipinya.

"Selama ni aku diamkan saja perangai kau ni. Memang kau nak saja kenakan aku dulu, kan? Kau yang buat fitnah tu dengan ibu. Kau buat aku kena halau. Sekarang ni, kau nak porak perandakan pula rumah tangga aku. Kau ni? entahlah! Aku tak tahu pula aku ada adik kandung sebusuk hati macam kau ni." marah Aleyah lagi.

Dia sudah tidak peduli akan mata yang memandang mereka di sekitar kawasan parkir itu.

"Kurang ajarlah kau ni. Berani kau tampar aku." Berdegup kencang dada Aisyah.

"Aku kalau tak berperikemanusiaan, dah lama aku tonyoh kau ni. Tapi aku tak bodoh macam kau. Suka-suka menfitnah sesama darah daging sendiri. Kau tak nak taubat ke? Kau nak ajar anak kau nanti jadi macam kau? Kau tahu tak, hukum menfitnah tu lagi kejam daripada membunuh?"

Aisyah jadi makin berang. Tak fasal-fasal dia dimalukan di tempat awam ini. Mukanya merah menahan malu besar.

"Kau beramboslah! Aku tak nak bercakap dengan kau." Aisyah berpaling laju. Cepat-cepat dia meninggalkan Aleyah di situ.

Aleyah segera mengejar semula. Nasib baik dia memakai seluar slack senang saja kakinya mengejar Aisyah yang memakai skirt pendek paras lutut itu.

"I'm not done yet!"

Aleyah menarik bahu kanan Aisyah. Serta merta Aisyah menepis tangan itu, dan menolak tubuh Aleyah.

"Ish,"

Aleyah yang tidak dapat mengimbangi badannya terjatuh pada ...

Vroom!

Terasa badannya melayang di atas sebuah automotif yang bergerak pantas! Bahunya terhentak pada cermin hadapan kenderaan itu. Aleyah berguling. Kemudian dalam sekelip mata badannya terjatuh ke atas jalan raya nan keras. Terasa ada cecair hangat yang mengalir pekat dari kepalanya. Pandangannya semakin berbalam-balam,

"Arghhh!"

***

Fahrin menoleh ke dalam bilik tamu. Pintu bilik itu terbuka. Dia lantas menjengukan kepala mencari kelibat isterinya.

"Aleyah?" panggilannya tidak bersahut. Dia masuk lebih dalam. Pintu bilik air juga terbuka tanda tiada penghuni.

"Mana dia ni? Kat dapur pun tak ada,"

Fahrin melangkah perlahan menuju  ke ruang tamu. Tanpa sengaja, kakinya terpijak sesuatu yang tajam.

"Ouch!" Fahrin mengangkat tapak kakinya. Mainan Aiden yang tertinggal bersepah menyebabkan luka sedikit pada tapak kakinya.

"Ish, Aiden ni nak kena denda ni bila dia balik sini nanti," keluhnya lagi.

***

"Kak Leah!"

Aisyah menekup kepala. Tidak sanggup untuk melihat kejadian pantas itu. Darah pekat yang mengalir semakin mengerunkan dirinya.

"Tak ... tak!"

.
.
.
1034
Edited,
8 January 2019
09:48
.
.
.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro