Ep 61
"Leah, betul ke semua ni?" Imah meminta kepastian. Dia seakan tidak percaya akan apa yang didengarinya tadi. Akhirnya, Aleyah dan Fahrin berterus terang tentang hubungan awal perkahwinan mereka.
'Jadi, memang benarlah selama ini Fahrin pernah melukai hati Aleyah? Digantung tak bertali selama tiga tahun? Astagfirullah al azim. Kenapalah nasib Aleyah sekejam ini?' getus Imah. Kesalan di hati makin menggunung.
Dia lantas membawa Aleyah ke ruang dapur rumahnya. Dia ingin berbicara lebih dalam, dari hati ke hati kepada Aleyah. Fahrin dan suaminya dibiarkan masih berbicara di ruang tamu.
"Ibu, benda dah terjadi. Leah dah redhakan," ulas Aleyah. Malas lagi mahu memanjangkan cerita. Dia tahu bukan mudah bagi Fahrin untuk membuka hal aib itu.
"Jadi betullah juga, dia ada isteri lain sebelum ni? Ada anak?" tanya Imah lagi.
Aleyah tergamam. Rasanya mereka belum lagi buka hal yang itu. Tetapi dari mana pula ibunya boleh tahu?
"Erm? Ma-mana ibu tahu pasal tu?" tanya Aleyah kembali.
Imah sudah mengeluarkan keluhan lepas. Rasa sakit hati dan kecewa mula bertandang. Dia semakin pasti.
"Ada seorang perempuan datang dengan anak dia semalam. Katanya, dia bekas isteri Fahrin. Anak kecil mereka nama Aiden. Aleyah kenal mereka?"
Aleyah mengeluh lepas. Mengapa begitu cepat khabar angin buruk mendatang daripada khabar yang baik?
"Lepas tu Aisyah ... dia kata," Imah memandang jeda wajah Aleyah yang berkerut dahi menantikan ayat yang bakal terkeluar dari bibirnya.
"Dia kata apa?" Aleyah ingin tahu walaupun sudah berasa curiga.
"Ibu tak tahu kat mana silapnya? Tapi ibu tak nak melatah dan terus menghukum. Ibu tak nak tersilap lagi ... tapi," Imah terhenti bicara lagi.
Aleyah diam. Masih lagi menanti butir bicara ibunya.
"Kalau betullah Fahrin pernah tersasar dulu, ibu takut nak cakap ... tapi Aisyah pun penting. Sama juga anak ibu macam Aleyah,"
"Ibu nak cakap apa ni? Aleyah tak faham?" Aleyah jadi tidak sabar. Dadanya turun naik menanti kata selanjutnya.
"Aisyah, dia terlanjur ... mengandung. Katanya ... dia pernah terlanjur dengan Fahrin," akhirnya Imah luahkan juga apa yang terbuku di hati.
Dada Aleyah berdegup kencang. Pipinya membahang hangat. Apa yang didengar itu seakan gunung berapi hendak meletus.
'Apa sudah jadi ni? Kenapa Aisyah? Kenapa?'
"I-ibu percaya?" tanya Aleyah. Terdapat getar dalam nadanya.
"Ibu kalau boleh tak nak percaya! Tapi Fahrin dah mengaku yang dia pernah abaikan Leah dulu, kan? Selama dia abaikan Leah dulu apa yang dia telah buat?" Imah mula mencurigai menantunya pula.
"I-ibu nak percaya lagi ke fitnah Aisyah tu? Kenapa ibu ni? Aleyah ingat ibu dah berubah! Aleyah rasa kecewa. Ya, memang dia pernah tinggalkan Aleyah dulu. Dan Aleyah mungkin tak tahu apa yang dia telah buat! Tapi? Apa yang buat Aleyah lebih kecewa sekarang ni ialah, ibu cuba percaya kata-kata dusta anak ibu tu, dan nak lukakan lagi hati Aleyah ni?" keras nada Aleyah. Air mata cuba ditahan. Hanya seketika ini sajakah peluang dia kembali kepada keluarganya?
Imah terkedu. Betul ke apa dia nak buat ni? Aleyah dan Aisyah sama penting. Dia mahu keduanya bahagia.
"Tapi Aisyah mengandungkan anak dia? Kita nak buat apa?" tanya Imah tidak keruan.
"Kalau pasal Aisyah, senang saja ibu nak bela dia, kan? Aleyah ni? Apa yang ibu cuba nak buat? Pisahkan Aleyah dengan Fahrin, kemudian satukan dengan Aisyah? Apa ibu ni? Selama ni kebahagiaan Aisyah sajalah ibu fikir?" nada Aleyah naik berang!
Fahrin dan Mansor terkesima mendengar suara Aleyah yang meninggi di ruang dapur. Mereka bergegas menuju ke sana. Takut sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi! Maklumlah, apa yang ada di dapur itu?
"Ibu bukan nak kecewakan Aleyah. Ibu pun tersepit sekarang ni. Ibu takut maruah keluarga kita tercemar. Aleyah faham tak maksud ibu ni?" balas Imah. Nadanya juga sama meninggi.
"Hah? Maruah? Maruah? Ibu memang tak terfikir langsung perasaan Aleyah, kan? Menyesal rasanya balik sini! Tak apalah ... ibu selamatkanlah maruah anak kesayang ibu tu. Padanlah dengan muka dia. Menjalang tak tentu fasal!" kutuk Aleyah. Dia sudah naik berang dengan sikap Aisyah. Kali ini, dia tidak mahu beralah lagi.
Pang!
Aleyah terpana. Sekali lagi dia terkena tamparan itu! Tangan Imah bergetar hebat. Tindakan drastiknya di luar kawalan!
"Astagfirullah al azim!" Mansor segera menarik tangan Imah ke belakang.
Fahrin segera memeluk belakang Aleyah.
"Sampai hati ibu, kan? Tak pernah sekali pun ibu anggap Leah ni anak ibu? Ibu lebih percayakan Aisyah. Sebelum ni pun sama. Ibu lebih percayakan dusta dia tu." nada Aleyah bergetar. Sedaya upaya dia menahan tangis. Air matanya bukan untuk orang yang tidak pernah menghargai dirinya!
"A-aleyah, I-ibu minta maaf. Ibu tak sengaja!" Imah tersedar akan ketelanjurannya. Namun apakan daya, segalanya sudah terlambat.
"Kita balik!" Aleyah pantas berpaling membawa Fahrin keluar dari rumah keluarganya. Sakit hatinya! Semudah itu ibunya mematahkan kepercayaannya lagi?
"Ya Allah, apa yang dah saya buat ni, abang?" sayu Imah bersama sesalan.
"Sabarlah, abang dah pesan. Jangan terburu-buru. Ini semua fitnah. Kenapa Imah nak termakan lagi?" nada suara Mansor juga kesal. Menyesal dia membiarkan anak dan isterinya itu berbincang berdua sahaja tadi.
*
"Berhentikan kerata ni!" jerit Aleyah.
Fahrin yang terkejut akan jeritan itu segera memberhentikan kenderaan di tepi jalan.
"Sayang, what's wrong?" soalnya lembut.
"Tell me, bila lagi kau kenal dengan Aisyah?" tanya Aleyah dengan nada dan panggilan yang serta merta berubah kasar.
"Abang cuma terserempak beberapa kali saja. Kenal pun di farmasi masa belikan Aleyah ubat dulu," walaupun nada Aleyah kasar. Sedaya upaya dia cuba bertenang menjawabnya.
"Kau pernah tidur dengan dia?" tanya Aleyah lagi.
"Hah? Apa sayang cakap ni? Abang belum gila lagilah!" Fahrin terpana.
"Sufyna? Betul ke kau terlanjur dulu dengan dia sebelum kahwin? Sebab dia dah mengandung, kau sengaja tinggalkan aku." duga Aleyah.
Fahrin terpempan. Soalan itu umpama batu berat yang sedang menanti untuk dijatuhkan pecah. Jika berderai, pastilah hubungan mereka juga akan jadi seperti itu.
"It was in the past. Abang mengaku, tapi--"
"Apa masalah kau ni? Aku jadi isteri, kau gantung tak bertali! Lepas tu kau buat zina dengan perempuan tu. Lepas tu kahwin lagi satu. Balik sini dah bercerai. Konon nak mulakan hidup baru, tapi sama jugak menyakitkan hati! Semua orang dekat sekeliling aku ni gila gamaknya? Hahah! Ke aku ni memang tak layak nak bahagia, kan?" meletus amarah Aleyah bersama air mata yang sedari tadi ditahan.
Fahrin mengeluh lepas. Seat belt di pinggangnya dilepaskan, kemudian dia menghadapkan tubuhnya kepada Aleyah.
"Abang minta maaf ... Abang mengaku, yang abang ni jahat. Tapi itu dulu, abang dah berubah. Dah lama abang tinggalkan semua tu. Aleyah percayalah," pujuk Fahrin. Tangan Aleyah cuba diraihnya namun cepat sahaja ditepis semula.
"Heh, berubah? Kalau kau betul-betul berubah, kau sepatutnya bertangungjawab pada anak yang Aisyah kandung tu!"
"Aleyah, sumpah abang tak pernah terlanjur dengan dia! Untuk apa abang bertangungjawab kalau itu bukan abang? Aleyah percayalah ... abang dah lama berubah. Aleyah janganlah emosi sangat," pujuk Fahrin lagi.
"Emosi? Entahlah. Aku tak tahu nak percaya atau tak! Aku tak kenal pun kau siapa, mana tahu semua tu betul?" dengus Aleyah.
Fahrin menarik nafas dalam. Semakin sukar untuk dia cuba memujuk jika Aleyah masih berkeras.
"Abang minta maaf kalau abang punca Aleyah bertengkar dengan ibu tadi. But please believe in me, abang tak pernah nak duakan Aleyah lagi. Cukuplah dulu-"
"Diamlah, aku tak nak dengar!" pintas Aleyah sambil berpeluk tubuh menghadapkan wajah ke sisi jalan. Kemarahan di dalam hati semakin meluap-luap. Air mata yang mengalir ditepis kasar. Sungguh sebal rasa hatinya kala itu. Sukar untuk dia mempercayai segalanya.
Fahrin sekadar menurut. Dia kembali memandu menuju ke Villa. Suasana di dalam kereta hanya ditemani penghawa dingin yang semakin mendinginkan hati. Apa gunanya berbicara andai api kemarahan menghalang kata sepakat?
🙏 Bersambung.. 🙇
***
1224
***
Edited,
8January 2019
08:00
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro