Ep 60
"Apa maksud Syah ni?" tanya Imah. Nada bergetar, cuba menenangkan hati yang benar-benar terkejut.
Mansor yang mendengarnya turut mengurut dada.
"Astagfirullah al-azim,"
"Syah sebenarnya dah lama kenal dengan dia. Lepas tu, kitorang jumpa beberapa kali. Lepas tu secara tak sengaja, kitorang terlanjur. Aisyah minta ampun sangat-sangat pada Ibu dengan Ayah. Memang Syah salah. Tapi Syah takut sekarang ni? Ni anak dia jugak, kan? Syah takut nak cakap macam mana," kata Aisyah. Air matanya menitis lebat sambil dia duduk berlutut.
"Aunty, betul tu. Saya ni sebagai bekas isteri dia memang dah lama simpan perangai dia tu. Kami berkahwin dulu pun sebab terlanjur jugak, ini anak kami berdua, umur dia nak masuk empat tahun. Tak sangka pulak, yang kakak Aisyah ni sebenarnya isteri dia jugak. Saya tak sangka mereka adik beradik." ujar Sufyna dengan nada kesal.
"Astagfirullah al azim ... apa yang Aisyah dah buat ni?" marah Imah, wajah anaknya dipandang kemudian wajah anak kecil yang dibawa oleh seorang wanita ini juga dipandang silih berganti.
Dia tidak mahu percaya akan apa yang dikata oleh wanita muda ini. Akan tetapi wanita itu cukup bersedia dengan pelbagai dokumen identiti bagi mengesahkan ceritanya. MyKid anak kecil itu dibaca sekali lagi. Muhammad Aiden Bin Fahrin Nazmin.
Wajah Aisyah juga direnung lama. Bagaimana pula Aisyah boleh mengenali suami Aleyah? Memang Fahrin ada mengakui sebelum ini yang dia mengenali Aisyah, tetapi tak kan sampai jadi begini?
"Dah berapa lama Aisyah kenal dengan Fahrin? Dia tak bagitahu ke dia ada isteri pada Aisyah? Kenapa tak selidik? Aisyah sedar tak dia tu siapa pada keluarga kita? Dia suami Kak Leah, abang ipar Aisyah. Haram bagi dia memperisterikan dua saudara perempuan." marah Imah. Liur pahit ditelan masuk.
"Syah tak tahu. Dia tak pernah bagi tahu! Lepas kitorang dah terlanjur tu, lama kami tak contact. Tiba-tiba dia datang sini dengan Kak Leah. Macam mana Aisyah pun tak terkejut?" jawab Aisyah.
"Aunty, seriously, sebab dia playboy sangatlah kami bercerai dulu. Dia tak nak komitmen bila dah anak. Sebab tulah mungkin mereka berdua tak ada anak lagi. Saya pun kesal sebab kenalkan Aisyah pada dia dulu. Tak sangka hubungan ni jadi rumit sampai macam ni." kata Sufyna menambah cerita. Dia menarik bahu Aisyah dan melentokan kepala gadis itu ke bahunya. Cuba dipujukkan.
Aisyah menangis teresak-esak. Dalam hati?
"Kamu pasti ke itu anak Fahrin? Ayah tak percayalah! Entah-entah Aisyah saja nak buat fitnah lagi tak? Ayah yakin Fahrin tu baik! Tak mungkin dia menyakiti hati Kak Leah kamu, mustahil!" marah Mansor. Dia cukup curiga kepada Aisyah. Entah kenapalah anak keduanya ini berperangai seperti ini?
"Sampai hati ayah tak percayakan Aisyah? Inilah yang buat Aisyah rasa nak gugurkan saja anak ni! Aisyah nak matilah. Aisyah tak tahan lagi. Dia boleh aje rasa bahagia dengan Kak Leah. Tapi Aisyah? Anak ni? Aisyah nak mati sajalah." Aisyah meroyankan dirinya. Perut kempisnya ditumbuk-tumbuk.
"Aunty, percayalah cakap saya. Saya pernah hidup dengan lelaki tu. Kalau Aunty nak anak aunty tu bahagia, aunty janganlah bagi mereka terus bersama! Ni, anak dalam Aisyah ni siapa nak tanggungjawab?" ujar Sufyna cuba meyakinkan sekali lagi.
Imah dan Mansor berpandangan! Imah cuba meleraikan perbuatan Aisyah yang memukul dirinya sendiri itu.
"Aisyah, berhenti ibu cakap! Jangan Aisyah nak hukum pula anak tak berdosa. Yang salahnya ialah Aisyah dan dia! Ibu masih tak percaya hal ni. Tapi kita bincangkan bila Kak Leah datang sini nanti dengan Fahrin," putus Imah.
Aisyah yang sudah terkulai lemah menangguk. Dalam diam, dia dan Sufyna mengukir senyum sinis.
***
"Imah percaya ke kata-kata Aisyah tu?" tanya Mansor selepas wanita yang bersama anaknya telah pamit. Aisyah pula menguncikan diri di dalam bilik.
Imah mengeluh lepas. Dahinya makin berkerut. Dadanya juga masih berdebar.
"Entahlah bang, Imah tak nak lukakan hati Aleyah lagi. Imah tak nak buat keputusan tanpa usul periksa lagi. Tapi Imah takut, kalau betullah Aleyah pernah ditinggalkan begitu saja selama 3 tahun lalu, Imah rasa cukup kecewa pada suami dia." luah Imah. Pelipisnya dipicit-picit.
"Aisyah pun satu hal! Apa kesalahan Imah selama didik dia? Kenapa dia buat kita macam ni?" sambungnya lagi.
"Abang cukup tak percayakan dia. Entahlah, masa abang sakit dulu pun abang tengok perangai dia dah lain. Abang tak nak cakap pada Imah dulu. Abang tak layak, sebab abang tak besarkan mereka dengan sempurna," kata Mansor pula.
"Imah tak tahulah bang. Selama ni saya betul-betul ambil berat pasal dia. Dia yang paling rapat pada saya selama ni. Tapi tak sangka pula, saya tetap terlepas pandang perangai Aisyah sampai dia mengandung! Ya, Allah, malunya saya!" Imah mengeluh lepas.
"Habis tu, Imah nak buat apa? Abang tak nak kita lukai lagi hati Aleyah. Masa nilah kita kena lindungi dia." ujar Mansor.
"Apa-apa pun. Kita kena tanya Aleyah dan Fahrin jugak. Kita dengar dulu penjelasan mereka berdua. Selama kita mendengarnya, abang harap Imah tak buat keputusan yang silap lagi. Pasal kandungan Aisyah tu, abang tak rasa itu anak Fahrin. Imah tak nampak ke dia cuba berbohong tadi?" Sambung Mansor lagi.
"Bekas isteri dia tu pulak? Macam mana?"
"Abang percayakan Fahrin. Ini semua fitnah. Jangan kita termakan lagi! Abang tak nak Imah menyesal lagi lukakan hati Aleyah." pujuk Mansor.
"Yelah, saya akan cuba buat keputusan yang terbaik, Insyaallah. Tapi saya tetap rasa kecewa ... kalau betullah Aleyah pernah ditinggalkan dulu, dan masa tu pun saya buang dia, apalah nasib dia selama itu? Imah tak sanggup nak bayangkan," air mata Imah menitis setitik dua. Sebak rasa hatinya.
Dia tersepit kini. Aleyah, Aisyah dua-dua pun anak kandungnya. Tapi punyai perangai dan sikap yang berbeza! Kalau Aleyah air, Aisyah api. Tapi dia tidak pernah merasa perkara itu akan jadi serius sampai macam ni! Kesal, marah dan sesal dirinya saat ini.
"Sabarlah, abang yakin Aleyah kuat. Kita doakan yang terbaik untuk dia ya," pujuk Mansor kepada isterinya itu.
Imah sekadar mengangguk sambil membalas pelukan dari Mansor itu.
...
😠 Besambung... 😬
***
963
***
Terima kasih atas 20K++ pembaca dan 2K++ votes.
Currently,
Secebis Hati yang Terluka
#12 in Romance.
20:05 (6/10/2017)
***
Edited,
7 January 2019
16:46
#6 in General Fiction
#1 in Featured
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro