Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 6

"Mah ... eya na? Aba ... windu ngan eya ..." terketar-ketar suara Mansor bertanyakan hal anak sulungnya. Rindu sungguh dia ingin menatap mata bunar anak sulungnya itu.

"Kenapa abang balik-balik tanya pasal perempuan jalang tu? Kita tak ada anak macam tu. Dia dah lama lari, ikut lelaki mana entah. Sekali pun dia tak fikir pasal kita lagi. Buat apa nak tanya?" tinggi nada suara Imah kepada bekas suaminya yang sedang sakit lumpuh. Setiap kali mendengar nama Aleyah, hatinya jadi panas membara!

"Abang dah lupa ke? Dia punca kita bercerai berai dulu. Sebab dia yang pergi serang majlis pernikahan abang dengan bini muda abang, lepas tu awak balik marah-marah dan tinggalkan saya. Abang tak ingat? Saya cukup benci dengan dia." kata Imah lagi. Suapan bubur ke mulut Mansor ditolak kasar. Mujur saja sudu besi itu tidak tertelan oleh Mansor!

"Pi Eya kan nak aba ga ... nak ita, Mah tak ayang eya agi ke ..?" soal Mansor perlahan. Sunguh apalah nasib anak sulungnya itu kini? Tidak dia sangka bekas isterinya ini membuang anak pertama mereka begitu saja.

"Imah dah benci dengan dia! Dia berdosa pada keluarga ni. Imah tak nak terima dia lagi. Abang jangan cakap atau tanya pasal dia lagi. Kalau tak ... saya tak bagi abang makan selama dua hari," ugutan Imah membuatkan Mansor terdiam. Tidak mampu lagi untuk dia melawan.

Segala kudratnya yang dahulu telah ditarik. Tinggal dirinya yang terkaku keras mengharap belas dan kasih daripada bekas isteri dan anak-anak yang pernah dia tinggalkan. Besar sungguh dosanya pada Imah, dan anak-anak. Dia bersyukur kerana anak-anaknya masih mahu menerimanya di rumah itu. Walaupun ada kalanya dia terdengar sindiran-sindiran kasar dari Aisyah.

"Ayah tak nak makan? Ayah nak tunggu siapa suapkan? Ayah tunggu anak ayah yang jalang tu balik? Sampai ayah mampos pun dia takkan balik!" Entah kenapa Aisyah mengelar kakaknya seperti itu. Apa yang telah Aleyah lakukan pada mereka semasa ketiadaannya?

Apa yang dia kesalkan lagi ialah, kerana silapnya Aleyah pula yang terbuang dari keluarga. Sungguh buta rasa cinta Imah kepadanya.

***

"Mira!" Berdentum bunyi pintu pejabat.

Aleyah keluar bersama sejambak bunga dan beberapa kotak hadiah berbalut kemas dan cantik di hadapan meja pembantunya.

"Mira! Siapa benarkan benda-benda ni semua masuk dalam ofis saya? Dah berapa kali saya pesan? Kalau saya cakap dengan orang bodoh pun, diorang faham tau tak!" marah Aleyah kepada gadis itu. Dia cukup pantang sekali jika ada sesuatu seperti itu diberikan kepadanya. Untuk apa mengambil hatinya? Sudah semuanya hancur berkecai.

Mira diam tidak berkutik. Dia hanya sempat melihat bunga dan hadiah yang telah selamat masuk ke dalam bakul sampahnya.

"Lain kali, sebelum saya masuk ofis ... pastikan benda macam ni dah masuk tong sampah! Saya tak nak tengok lagi benda tu semua dekat atas meja saya. Kalau saya nampak juga, awak yang kena! Faham tak?" ugut Aleyah. Mira mengangguk laju.

"Maaf miss ..." hanya itu yang mampu terluah dari mulut Mira.

Aleyah lantas berlalu. Bom! Sekali lagi pintu biliknya berdentum. Mira menghembus nafas lega sambil mengurut dada.

"Sabar Mira ... Miss tu baik sebenarnya. Sabar jelah ..." Mira memujuk hatinya sendiri.

***

Amir mundar-mandir di sekitar Kedai Buku Rosel. Mengharap agar hari ini dia bertuah lagi. Sudah beberapa kali dia kesini. Hampir setiap hari. Tujuannya, mencari kelibat Kak Leah!

Dia tahu, Aleyah pasti kembali lagi ke sini. Kerana seingatnya, Aleyah suka membaca.

"Kak Leah ... pleaselah, lalu lah kat sini lagi. Amir nak jumpa Kak Leah ni," Doanya berkali-kali. Dia menoleh-noleh sekitarnya. Mengharapkan agar wajah yang dicari muncul. Namun seperti hari semalam, penantiannya tetap hampa.

'Kak Leah, Amir dan ayah rindukan Kak Leah. Kak baliklah pada keluarga kita ...' Gumam Amir sendirian.

Dari jauh, Aleyah memerhatikan sahaja kelibat lelaki muda itu. Hatinya memanglah rindu untuk berbicara dan bertegur sapa. Tetapi ego. Ego menghalang segalanya! Dia takut menjadi dirinya yang dahulu. Dia takut akan segala lukanya yang sudah tak berdarah lagi. Biarlah dirinya 'mati' dari hidup mereka semua. Kerana Aleyah tidak bersedia lagi untuk 'mati' buat kesekian kalinya.

Derpp-derpp! Bunyi panggilan telefonnya bergetar. Nama 'Puan Seri' tertera pada skrin telefon.

Aleyah mengeluh lepas. Rasanya sudah seharian dia mengabaikan pangilan dari wanita itu. Langsung dia tidak ingin menjawabnya. Aleyah seakan dapat meneka apa yang akan Puan Seri katakan kepadanya.

Derpp-derpp! Sekali lagi panggilan itu berdering.

"Assalamualaikum Puan seri," akhirnya Aleyah menjawab juga panggilan tersebut.

"Wa'alaikumusalam ... Aleyah," Aleyah terkaku seketika mendengar suara garau dari hujung talian.

"Aleyah, please jangan letak phone!" suara itu seolah-olah tahu apa yang dilakukannya. Aleyah mengerutkan dahi.

"Kau nak apa? Aku busy ni." acuh tak acuh saja bunyinya.

"Aleyah janganlah marah pada saya terus ... We're still husband and wife, right? Tak boleh ke suami nak telefon isteri sendiri?" pujuk Fahrin dengan lembut.

"Huh, suami? Sejak bila? Oh, sejak kau gantung aku. Entah suami jenis apalah kau ni? Layak ke jadi suami?" Aleyah terus-terusan memberikan sindirannya.

Fahrin mengurut dada. Nafas dalam ditarik dan dihembus kasar. Pedas sungguh kata-kata Aleyah kepadanya.

"Aleyah tolonglah ... yang dah lepas tu, biarkan lepas. Saya tahu banyak salah dan silap saya pada awak. Saya menyesal. Tapi saya tetap nak minta maaf, saya nak berubah ..."

"Kalau kau telefon sebab nak cakap pasal ni ... aku tak nak dengar!"

"Okay-okay, I'm sorry. Sebenarnya ... malam ni saya nak jemput awak datang makan kat villa. Umi masak sedap-sedap tau ... Aleyah datang, ya?" Fahrin cuba mengajak dengan nada lembut.

"Aku tak ada selera nak makan bila menghadap muka kau. Lagipun hidup kau kan dah bahagia. Ada isteri kedua dan ada anak. Kenapa nak ajak aku? Oh, sebab kau nak tunjuk kebahagiaan kau orang pada aku ke?" Aleyah pantas membuat andaian. Suara bergetar pantas dikawal. Dia tidak mahu Fahrin mengesan bertapa robeknya hati saat ini.

"Aleyah, it's not like what you think. Tolong jangan anggap saya macam tu. Saya ikhlas nak ajak awak berdamai semula." balas Fahrin. Apa yang Aleyah fikirkan langsung tidak kena pada dirinya. Dia juga tidak bahagia lagi.

"Aku sibuk. Aku tak ada masa nak ke villa. Kirim salam pada Puan seri,"

"Aley-- tutt-tutt ..." Fahrin menghembus nafas berat. Memang patut pun Aleyah melayaninya seperti itu. Ya. Dia akui, besar kesalahan yang dia lakukan kepada isterinya itu.

Fahrin mengaru kepala sambil merenungi nombor Aleyah pada skrin telefon. Senyum tipis terukir, sekurang-kurangnya Aleyah sudi berbicara dengannya tadi.

"Fahrin ... Aleyah datang tak?" tanya Puan seri Jannah.

"Tak, umi. Dia kirim salam je. Sibuk katanya ..." hampa sungguh jawapannya.

Puan seri Jannah mengeluh kecil, memang dia sudah jangka. Aleyah pasti akan mengelak. Apatah lagi Fahrin sudah pulang ke Malaysia. Sudah pasti selepas ini Aleyah akan kembali berdegil.

"Fahrin sabar sajalah. Lama-lama nanti mesti hati dia akan lembut juga. Hati perempuan ni, keras-keras kerak nasi saja. Fahrin kena berusaha lebih lagi," ujar Puan seri Jannah. Tetapi, dia sendiri juga sebenarnya tidak pasti. Terlalu lama Aleyah menyimpan pelbagai rasa. Mungkin saja hatinya sudah lama mati dengan cinta dan kasih.

"Entahlah, umi ... Apa yang Fahrin mampu buat, Fahrin cuba sajalah. Tapi Fahrin pun tak tahu untuk yakinkan hati sendiri ... apatah lagi hati sekeras Aleyah," luahnya.

Fahrin menundukan wajah. Buntu dan serabut sungguh perasaannya.

"Fahrin berdoalah ... berdoa pada Allah. Minta Dia bukakan hati Aleyah dan hati Fahrin untuk bersatu dalam ikatan yang dah ada ni. Minta pada Allah, semoga perkahwinan Fahrin tak gagal lagi ... umi yakin, Aleyah jodoh Fahrin yang kuat."

Kata-kata semangat daripada ibunya membuatkan Fahrin tersenyum semula.

"Terima kasih, umi ... sungguh, doa umi sangatlah Fahrin harapkan di saat-saat begini."

"Umi sentiasa doakan untuk anak, menantu dan cucu umi ni. Manalah umi ada sesiapa lagi selain kamu ..." Puan seri Jannah menghadiahkan pelukan hangat kepada satu-satunya anak yang dia ada.

Fahrin terut membalas pelukan itu. Semoga Allah menyatukan semula hatinya dan Aleyah. Itu doanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro