Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 57

"Huh, cakap pasal past, kau dua-dua pun bukannya baik sangat pun. Well, before I came into his life, he was much more aggresive and hot and what should I call it? Playboy? He even slept with other girls and me before we got married." kata Sufyna dengan nada bangga. Apa yang nak dibanggakan?

Aleyah terdiam seketika. Wajah Sufyna dan Afzhan dipandang silih berganti. Mulut orang ini senang saja nak tokok tambah cerita mengarut.

" Nak buat skrip drama, ke? Macamlah aku nak percaya," balas  Aleyah. Bodohlah kalau dia percaya terus.

Sufyna ketawa mengekek. 

" I  know you would said like that. Okay, Cuba you fikirlah, sebab apa dia nak tinggalkan kau dulu lepas korang kahwin? As soon as you  nikah, dia nak balik Spain, kan? Then tiba-tiba Tuan Seri pula passed away, dia postpone lah. Tapi lepas tu? Dia balik Spain jugak. Sebab apa? Well I got pregnant at that time. And we're rushing over to get married." terang Sufyna lagi. 

Aleyah memandang dalam-dalam anak mata Sufyna ini. Sukar untuk dia percaya. Mana mungkin ada orang yang suka-suka membuka pekung di dada.

"Nak lebih bukti lagi? Just count on Aiden ages. 4 months after we got married, I gave birth to my son. Tengoklah sendiri sijil nikah ni and MyKid Aiden. You kan perempuan juga, I bet you know how to count that!" Sufyna menghulurkan satu sampul berwarna coklat kepada Aleyah.

"I still don't believe this. You boleh saja cipta dokumen ni, kan?" Aleyah masih tidak mahu percaya. Tetapi hatinya sudah jadi ragu-ragu. Mana tidaknya, dia sendiri pun belum kenal siapa Fahrin di masa lalu.

"Terpulanglah, nak percaya atau tak. But, thats all I can said. Lain-lain, you tanyalah husband you yang you fikir suci tu!" provok Sufyna dengan nada yang masih berlagak. 

Sebelum kedua mereka berlalu, sempat juga Afzhan berbisik hampir dekat ke tudung Aleyah.

" Oh ya, adik kau pun sama jalang macam kau dulu. Dia dah gugurkan ke?" bisik Afzhan. 

Mata Aleyah seakan terbeliak. 'Apa yang cuba disampaikan Afzhan ni? Gugurkan?'

Belum sempat dia ingin bertanya lagi, kedua manusia itu terus berlalu meninggalkannya termanggu bersama troli barangnya.

***

"Kenapa sayang diam saja ni?" tanya Fahrin. Sesekali memandu, fokusnya terarah kepada Aleyah yang sejak dari tadi berdiam diri.

Memanglah selalunya Aleyah jarang berbual. Tapi kebisuan Aleyah kali ini macam agak lain dari biasa. Wajahnya dihalakan ke sebelah tingkap. Langsung tidak menoleh padanya.

Aleyah membuang pandang di luar tingkap kereta. Sambil kenderaan ini bergerak menuju ke rumah keluarganya. Fikirannya berkerja keras. Bukan hal yang dikata oleh Sufyna yang difikirkannya, tetapi hal adiknya. 'Siapa pula yang dimaksudkan Afzhan tadi? Apa yang nak digugurkan? Ada diantara adiknya yang hamil ke? Nauzubillah. Tapi siapa? Aisyah? Ayda? Tak kan Azura dengan Airin yang masih sekolah pulak?'

Fahrin menarik tanggan kanan Aleyah sambil digenggam erat. Mujur kali ini Aleyah memberi respon. Terus sahaja kepalanya ditolehkan kepada dirinya.

"Kenapa ni? Any problems?" tanya Fahrin berlembut.

"No, tak ada. It's not a serius concern." balas Aleyah.

"Then why? Dari tadi abang bercakap, Aleyah tak pandang abang pun?" nada Fahrin seakan nak merajuk.

"Erm, bila kita nak bawa Aiden jumpa family saya? Nak juga kenalkan dia pada family saya. Walaupun bukan anak sendiri," Aleyah menukar topik.

Fahrin mengeluh seketika. Sudah agak jarang Aiden tidur bersama mereka, nenek sebelah mama kandungnya selalu sahaja membawa Aiden melancong ke sana-sini. Macam tak nak lepas pun ada juga gaya bekas mertuanya itu.

"Bila kita dah sedia ceritakan segalanya pada family Aleyah lah. Aleyah pun masih tak nak bagitahu apa-apa kan pasal awal perkahwinan kita dulu pada ibu dengan ayah?" ujar Fahrin.

"Saya tak nak diorang sangka buruk pada abang. Sebab tu saya tak nak cerita lagi. Lagipun perkara dah lepas." kata Aleyah sambil memandang wajah suaminya yang sedang memandu. 

Fahrin tersenyum.

"Terima kasih, sayang. I love you even more now that you said like that." Balas Fahrin sambil membawa tangan kanan Aleyah lalu dikucupnya lembut.

Aleyah memandang lama wajah Fahrin. Dia rasa bahagia. Apa yang dikata oleh Sufyna tadi hanya terselit sedikit sahaja di hatinya. Terus dia buang jauh-jauh perasaan curiga itu. Lebih baik abaikan sahaja. Tak ada maknanya kalau nak percaya. Perkara mencurigai ini akan menghalang kebahagiaannya sahaja. Desis hati Aleyah. Dia tersenyum.

***

"Ish! Apa ni?" Aisyah merengus kasar apabila tangannya ditarik masuk ke biliknya oleh Aleyah.

"Syah, Kak Leah nak tanya, boleh?" Aleyah bertanya dengan nada biasa. Cuba bertenang.

"Kau nak tanya apa?" sebaliknya, Aisyah sengaja berkasar.

"Syah kenal tak lelaki yang nama Afzhan? Anak kepada majikan Kak Leah yang dulu?" tanya Aleyah. Dia teringat dahulu, yang Aisyah pernah menjenguknya pada masa yang tidak tepat ke tempat kerjanya yang dahulu.

Sewaktu Aisyah datang menjenguknya, Aleyah sedang memapah ayah kepada Afzhan, Datuk Azhar untuk bangun daripada terseliuh kaki. Ah, lelaki tua tu pun kurang ajar, sempat lagi ambil kesempatan memegang dan merangkul pinggangnya. Menyesal Aleyah menolong lelaki tua itu. Tak pasal-pasal fitnah tersebar hingga dia sendiri yang terluka.

Aisyah jadi kaget seketika. Dipandangnya lama wajah Aleyah.

"Ke-kenapa nak tahu?"

"Syah kenal dia tak?" Suara Aleyah meninggi. Dia sudah dapat mengagak yang pastinya adik yang dimaksudkan oleh Afzhan ini ialah Aisyah!

"Kalau Syah kenal dia kenapa? Kenapa? Kau jealous? Sebab dulu kau pun ada hati pada dia kan?" herdik Aisyah, nada mereka sudah sama. Nasib baik biliknya yang berada di belakang kedap bunyi.

"Syah, cakap betul-betul pada Kak Leah! Syah, you're not pregnant, kan?" tanya Aleyah dengan nada terketar-ketar.

"Hah? Apa yang kau cakap ni? Well of course not! Gila ke?" Jawab Aisyah. Peluh di dahinya semakin menitis. Debaran di dada berkecamuk kencang. Dia tidak pasti bagaimana Aleyah boleh tahu, apa yang pasti, dia perlu cepat-cepat mengelak!

"Then, ini apa?" Aleyah menayangkan alat pengesan kehamilan kepada Aisyah. Selangkah sahaja dia masuk ke bilik Aisyah tadi, terus matanya tertangkap alat itu di atas meja solek Aisyah.

Aisyah terkejut besar! Mukanya sudah kelihatan pucat. 'Damn it! Macam mana aku boleh lupa nak buang benda alah tu?' Gerutunya.

"Jadi betullah? What goes round, come around. Betullah, kan? Dulu Aisyah pandai-pandai fitnah Kak Leah. And now? You get what you wish for, and for the bonus, it is comes for yourself!" kata Aleyah dengan nada dikeraskan. Perhitungan kepada Aisyah harus dijelaskan segera, kerana, air dicincang tak akan putus.

Aisyah semakin terpana. Lututnya terasa lemah. Terkena masuk ke jantung hati kata-kata dari Aleyah itu. Betullah, karma. Setiap perbuatan baik akan dibalas baik. Namun bila berbuat jahat?

"S-syah tak tahu. Itu bukan Syah punya. Keluar, keluar!" Aisyah menjerit. Tubuh Aleyah ditolak keluar dari biliknya. Pintu segera dikuncikan.

Aleyah mengeluh kasar. 

'Subhanallah. Apa yang Aisyah dah buat ni? Sakit hatinya mengenangkan perangai Aisyah yang tidak dijangka itu.'

.

😱 Bersambung.. 😱

1086

Edited,

7 January 2019

11:35


Promo corner 😉
Hantu Sakat Sweet Talker
By: captain_d_joy
Tercuit dengan cerita remaja ni. 😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro