Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 53

"Abang, terima kasih sebab terima keluarga saya," Aleyah mengenggam lembut tangan suamiya. Keluarganya telah pulang sejak tadi. Kini hanya tinggal dirinya dan Fahrin sahaja di wad kecemasan itu.

"Abang lagi berterima kasih pada Aleyah. Sebab sudi terima abang balik. Abang minta maaf lagi, sebab abang pun pernah sakiti hati Aleyah dulu. Sepatutnya abanglah jadi pengubat Aleyah dulu, pemberi semangat, tunjang kepercayaan ... tapi abang tambah pula luka di hati sayang. Abang rasa tak bergunalah," tutur Fahrin. Sedikit sebanyak dia telah ketahui kenapa Aleyah terlalu merahsiakan hal peribadi dan keluarganya melalui Amir. Tak sangka, banyak yang telah Aleyah lalui sendirian selama ini. Rasa kesal semakin menyusup ke hatinya.

"Abang pernah dengar tak? Di setiap racun itu, terdapat penawarnya sekali ... Allah pun pernah berfirman, di setiap kesusahan itu, terdapat kesenangan. Aleyah percaya, semuanya akan ada hikmah. Selama ni saya tunggu saja masa yang sesuai, sebab saya tak kuat. Saya tunggu abang, dan bertahan pada umi. Tapi saya tetap akan redha andai jodoh kita tak panjang lagi." Aleyah terhenti menelan liur seketika. Walaupun perit, itulah yang pernah dia rasai.

"Sayang, kenapa cakap macam tu. Selamanya Aleyah tetap akan jadi isteri abang. Abang mengaku sebab abang salah pilih dulu. Abang duakan Aleyah. I'm such a fool that I hurt strong woman like you. And I'll never be that fool again. I promise. No, I swear!" Fahrin segera memeluk erat tubuh Aleyah. Kucupuan tulus diberikan pada ubun Aleyah.

"Tapi kalau nanti kita terpisah lagi, kita kena redha. Semuanya dah ditakdirkan. Aleyah cukup bersyukur sebab abang dah layan saya dengan baik akhir-akhir ni. Saya tak menyesal cintakan abang. I love you so much. Much more than I can loved." kata Aleyah lagi.

Fahrin sedikit tergamam. Dahinya berkerut.

"Ke-kenapa Aleyah cakap macam tu?"

"Cakap apa? I love you? Well I do love you so much," balas Aleyah sambil tersenyum manis kepadanya.

"No, I love you even more. Abang tak akan lepaskan Aleyah lagi. Not from me or for another man." Fahrin kembali merangkul erat tubuh Aleyah. Entah kenapa hatinya rasa tidak senang mendengar ucapan Aleyah yang tadi. Sedaya upaya dia sembunyikan perasaan itu. Semoga tiada apa-apa yang buruk akan terjadi diantara mereka berdua, doa Fahrin.

"Erm ... dahlah. Kuat sangat ni," Aleyah perlahan-lahan menepuk belakang Fahrin. Hampir sesak nafasnya dengan pelukan itu.

Fahrin terpaksa melepas pelukan.

"Promise me, Aleyah tak akan ke mana-mana, jauh dari abang." Fahrin menghulurkan jari kelingkingnya. Gaya macam kanak-kanak pula.

"Insya-Allah," Aleyah menyambut juga jari kelingking itu dengan jarinya.

"No, say yes please ..." rengek Fahrin dengan manja.

"Eh, samalah." balas Aleyah sambil tergelak kecil.

"Tak sama. Janji cepat! Berjanji mesti ditepati." arah Fahrin lagi.

"A promised made to be broken. Tak pernah dengar ke?" usik Aleyah.

Fahrin berdecit.

"Sayang ni, I'm serious now."

"Okay, alright. I promise with all my heart, body and soul. Puas hati?" Aleyah mengangkat tangan kanannya menghadap Fahrin.

Fahrin kembali tersenyum.

"I love you." satu kucupan lembut diberikan pada pipi kanan Aleyah.

***


"Abang, tak sabar rasanya nak tunggu Aleyah balik sini. Saya nak kemaskan bilik bawah tu. Khas untuk Aleyah dan suami dia." ucap Imah di ruang tamu rumahnya.

"Suka hati awaklah. Tapi Ayda, Azura dan Airin nak tidur mana?" tanya Mansor. Rumah ini nampaknya terhad bagi mereka kini. Semua anak mereka sudah besar.

"Diorang masuklah bilik Aisyah," cadang Imah.

Aisyah yang kebetulan lalu daripada dapur terdengar namanya disebut.

"Siapa nak masuk bilik Aisyah?" soalnya bersama kerutan di dahi.

"Adik-adiklah. Bilik diorang, Ibu nak kemas untuk Kak Leah bila dia balik sini nanti. Dia dah ada suami. Tak kan diorang tak ada bilik pula?" jawab Imah.

"No! I don't care siapa yang nak datang sini. But no. Bilik Aisyah tak boleh masuk. Itu kawasan Aisyah," Kata Aisyah dengan tegas.

"Aisyah, tolak ansurlah. Kak Leah dah lama tak balik sini. Bagilah dia keselesaan bila dia balik sini nanti." kali ini Mansor pun memujuk anak gadisnya ini.

Aisyah mendengus.

"Tak. Aisyah tak mahu. Kalau ibu dengan ayah nak layan diorang baik-baik, ibu tumpangkanlah dalam bilik ibu tu! Tak pun bilik Amir dengan Azam kan ada." Aisyah masih berkeras tidak mahu biliknya dicerobohi. Jika ada sesiapa yang termasuk biliknya, alamatnya rahsia kehamilannya akan ketahuan! Ini tidak boleh jadi! Getus hatinya.

"Aisyah," Imah memanggil semula Aisyah yang berlalu pergi melintasinya dan Mansor di ruang tamu. Kenapalah Aisyah berkeras hati seperti itu? Sedangkan Aleyah yang lama dia buang pun telah memaafkannya.

"Sabarlah. Kita tolak ansurlah pada dia. Mungkin dia tak selesa nak berkongsi bilik." Mansor memujuk isterinya.

"Kenapalah susah sangat Aisyah nak faham kita? Bukan saya minta apa pun. Diakan masih bujang, tak salahkan kongsi bilik," keluh Imah sambil memandang Mansor.

"Adalah tu, kalau dia tak selesa nak buat macam mana. Lagipun bilik dia tak besar. Manalah muat kalau tiga anak dara kita tu masuk juga. Sebab tulah dia tak nak kot." pujuk Mansor lagi.

Imah mengeleng kepala. Ada benarnya juga kata suaminya itu. Mungkin dia terpaksa akur kerana bilik Aisyah adalah bilik yang paling kecil diantara bilik yang lain.

Aisyah mundar mandir di biliknya. Dia kalau boleh, sedaya upaya nak elakan dari berkongsi bilik dengan sesiapa. Mana tidaknya kalau ada antara adik-adiknya yang tahu rahsia dia macam mana? Mamposlah dia kena halau. Tak pun kena bunuh.

'Urgh! Tak guna betullah si Afzhan tu. Berani dia tak nak bertanggungjawab. Habis tu, aku nak buat apa? Nak gugurkan tak berani. Silap-silap nyawa aku pun melayang kalau cuba buat pengguguran di klinik swasta. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Buntu!' Getus hatinya.

'Kak Leah nak balik sini? Dengan suami dia? Oh my god. Her husband is so hot and handsome. Macam manalah dia boleh jumpa lelaki macam tu?' Fikirnya lagi. Teringat lagi dia saat pertama kali berjumpa dengan Fahrin. Memang dia agak tertarik dengan lelaki itu. Tetapi oleh kerana mereka terjumpa hanya apabila terserempak sahaja dia tiada peluang nak mengoda lelaki itu lebih dekat. Satu senyuman sinis tiba-tiba tergaris di bibirnya. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

'Well, I'll welcome her with warmth homecoming. It is not a bad idea,' bisik hatinya.

- 994 -
Edited
6 January 2019
19:52


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro