Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 52

Aleyah menyeka lembut air mata yang mengalir. Nafas dalam ditarik dan dihembus lepas.

"Amir, kak Leah dah lama maafkan diorang. Cuma Kak Leah takut je kalau perkara tu terjadi lagi," kata Aleyah perlahan.

"Alhamdulillah, Amir tahu Kak Leah tak akan berdendam pada diorang. Amir tahu hati Kak Leah." ucap Amir. Syukurlah. Segaris senyuman manis terukir di bibirnya.

"Kejap lagi Amir bawa diorang masuk ya? Kak Leah nak kenalkan diorang pada seseorang ..." ucap Aleyah sambil tersenyum dalam tangisnya.

Amir mengangguk. Terus saja dia keluar dari situ.

Hati Aleyah kini terasa lega. Lega selega-leganya. Puas sudah dia menyimpan rasa duka. Walaupun semuanya berlaku tanpa disangka, dia ingin memulihkan semula hubungan yang telah sekian lama retak.  Beberapa minit kemudian muncul pula wajah Fahrin.

"Aleyah! Sayang tak apa-apa ke ni? Kenapa pengsan? Anything happen?" tanya Fahrin bertubi-tubi. Jelas benar riak risau di wajahnya. Tangan isterinya digengam tak lepas.

"Hurm, saya pengsan masuk hospital baru dapat dengar suara abang. Dari semalam je abang diam," rajuk Aleyah.

Fahrin garu kepala. Tiada salah apa yang dikata Aleyah itu. Entahlah, rajuknya juga tidak bertempat. Cemburu kepada sahabat tetapi Aleyah pula menjadi mangsa.

"Abang minta maaf. Semalam abang tak ada mood."

"Kenapa?" Aleyah ingin tahu.

"Abang ... abang gaduh dengan Fizi," akhirnya terluah juga apa yang ada di hati.

Aleyah mengerutkan dahi.

"Kenapa? Abang ada dengar ke Syed lamar saya dekat ofis tu?"

Fahrin mengangguk sekali. Aleyah mengeluh lemah.

"Abang ni, Syed tak salah tau tak. Saya tak ada terima pun lamaran tu. Kan saya ni isteri abang. Kenapa sampai macam tu? Abang dengan dia kan kawan baik," nyata Aleyah.

"Abang tahu. Abang salah. Tapi abang tak ada buat apa-apa dekat dia. Dia je yang tumbuk muka hensem abang ni. Abang minta maaf sebab rahsiakan perkhawinan kita ni. Lepas ni abang janji kita tak payah rahsia lagi, ya? Kita buat majlis nak? Lepas umi balik dari haji." cadang Fahrin. Digenggamnya tangan isterinya itu sambil dielus lembut.

Aleyah tersenyum dan mengangguk.

"Boleh, tapi sebelum tu, saya nak kenalkan abang pada keluarga saya,"

"Aleyah ada family lagi? Mana?"

"Kejap nanti diorang datang. Aleyah nak maafkan diorang macam Aleyah maafkan abang. Aleyah sedar, semua orang akan buat silap. Tapi tak baik kan kalau kita tak maafkan diorang?"

Fahrin lantas memeluk tubuh isterinya itu. Sungguh murni hatinya. Perlahan-lahan belakang Aleyah diusapkan.

"Abang bangga sebab Aleyah cakap macam tu. Abang jadi malu sebab pernah lukai hati Aleyah dulu. Abang minta maaf, ya?" ucap Fahrin.

"Iya. Saya dah maafkan. Dahlah, ini sesi untuk family saya lagi. Abang dengar dengan tenang je nanti, ya? Saya nak abang jadi penguat semangat saya. Bolehkan?" pinta Aleyah sambil membalas pelukan itu.

"Anything for you. I'll be your pillar,"

"Oh? Lupa nak cakap lagi, family saya tak kaya macam family abang. Harap abang taklah kecewa nanti ya,"

"Ish, kenapa cakap macam tu? Kaya ke tak itu bukan ukuranlah. Family abang, family Aleyah juga. So, family Aleyah pun family abang jugak. Abang terima." balas Fahrin.

.

"Ibu, ayah ... jomlah masuk. Kak Leah tunggu kita," panggil Amir dengan segera.

Imah dan Mansor berpandangan. Senyuman mulai meleret di bibir tua mereka.

"Betul ke Amir? Kak Leah dah maafkan ibu, ke?" tanya Imah seakan tidak percaya.

"Iya Ibu, jomlah kita ke wad Kak Leah. Dia dah tunggu tu," Amir pantas menarik tangan ibunya.

"Alhamdulillah," Imah mengesat air matanya. Dia bergegas mengikuti langkah Amir. Sampai sahaja di katil Aleyah, terus sahaja dia menerpa dan memeluk badan Aleyah.

"Aleyah! Ibu minta ampun sangat-sangat. Ibu minta maaf sebab buang Aleyah dulu. Ibu buat salah besar. Maafkan ibu, ya?" ucap Imah sambil memeluk kemas tubuh anak gadisnya itu.

Fahrin memerhati sahaja dua wanita yang berpelukan itu. Hatinya agak tertanya-tanya. Namun dipendamkan saja. Tunggulah masa yang sesuai untuk bertanya kelak. Dua lelaki yang turut masuk ke wad Aleyah memandangnya dari atas ke bawah.

"Aleyah dah lama maafkan ibu dengan ayah. Aleyah pun minta maaf sebab pagi tadi Aleyah bercakap kasar pada ibu," balas Aleyah.

Imah menekup lembut pipi mulus Aleyah. Air mata anak gadisnya dikesat lembut. Rindu benar dia ingin menatap wajah anaknya ini.

"Aleyah tak salah. Ibu yang salah. Aleyah balik pada keluarga kita, ya? Adik-adik semua rindu pada Aleyah." ucap Imah.

"Boleh ... tapi Aleyah tak balik seorang," Aleyah membalas sambil memandang wajah ibunya dan Fahrin silih berganti.

Imah turut mengikut pandangan mata Aleyah.

"Suami Aleyah," beritahu Aleyah.

Imah, Mansor dan Amir jadi kaget dengan kenyataan itu. Anak mata mereka tajam memandang Fahrin.

Gulp! Fahrin menelan liur berkali-kali. 'Apa? Diorang tak terima aku ke?'

"Siapa?" Imah mengerutkan dahi.

"Aleyah minta maaf sebab dah kahwin senyap je. Tapi dah nak masuk empat tahun kami nikah," terang Aleyah.

Mansor pelahan-lahan mendekati Fahrin. Kedua bahu Fahrin dipegang kejap.

Fahrin semakin gugup.

"A-asalamualaikum, pak cik," tangan kanan dihulurkan namun tidak bersambut. Fahrin semakin janggal di tempatnya.

Mansor tersenyum. Dia lantas memeluk tubuh lelaki itu.

Fahrin terdorong ke hadapan. Dia memandang Aleyah yang tersengih kepadanya. Meminta bantuan.

"Terima kasih sebab jaga anak Pak cik selama ini. Terima kasih sangat-sangat!" ucap Mansor sambil menepuk perlahan belakang Fahrin.

Fahrin jadi serba salah mendengar ucapan tulus itu. Dia turut membalas pelukan itu.

'Kalaulah diorang tahu apa aku dah buat pada Aleyah dulu. Dapat ke diorang terima aku semudah ini?' getus hatinya.

"Saya Amir, selamat berkenalan ... abang ipar," Amir dengan mesra menghulurkan salam.

Fahrin tersenyum dan membalas huluran tangan itu.

"Fahrin,"

Imah mengusap lembut tangan Aleyah. Pipi anak gadisnya juga diusap perlahan.

"Ibu tak nak cakap apa-apa pasal itu. Kalau itulah pilihan Aleyah, kami terima. Ibu tak layak nak tolak apa-apa. Ibu cuma harap dan doakan yang Aleyah sentiasa bahagia." kata Imah penuh tulus.

Aleyah tersenyum bahagia.

"Terima kasih, sebab sudi terima Leah semula." balas Aleyah.

"Tak, ibu yang patut cakap macam tu. Terima kasih pada Leah, sebab dah maafkan ibu dengan ayah," balas Imah semula.

"Kak Leah dah kahwin empat tahun? Habis tu? Amir dah ada anak buah ke? Amir dah jadi pak cik?" satu soalan padu terkeluar dari mulut adik Aleyah itu.

Fahrin dan Aleyah berpandangan.

Imah dan Mansor menantikan jawapan. Manalah tahu jika ada berita gembira lagi.

"Tak ada rezeki lagilah," Perlahan-lahan Aleyah menjawabnya.

Fahrin juga sedikit hampa. Ingatkan pengsan ada makna. Mungkin mereka belum lagi dikurniakan rezeki untuk mempunyai cahaya mata bersama. Apapun, dia sudah cukup bersyukur kerana Aleyah sudah menerima dia semula.

"Tak apa, Leah masih muda lagi. Ibu dengan ayah tak nak paksa apa-apa. Cukup Leah dah kembali dan maafkan kami semua," ucap Imah.

Mansor turut mengangguk.

"Betul tu. Ayah cuma harap kebahagian untuk anak-anak," ucapnya.


Aleyah tersenyum lega. Bersyukur dengan apa yang dimiliki. Mungkin kali ini rezekinya adalah untuk kembali kepada keluarga.

*
*
*
*

1097
Edited 6 Jan 2019
11:22

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro