Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 34

Aleyah mengemaskan pakaiannya ke dalam bagasi. Berat hati pula rasanya hendak balik ke KL esok pagi. Rasanya baru semalam mereka tiba ke kampung mak tok ini, tetapi sebenarnya sudah tiga hari mereka di sini.

"Aleyah tak payahlah kemaskan pakaian Aiden tu. Nak tinggalkan sini je. Mana tahu nanti kami ke sini lagi," ujar Fahrin.

Aleyah menyusun semula pakaian Aiden yang dilipatnya kemas dalam bagasi Aiden ke dalam almari bilik itu. Sedar tak sedar, Aleyah mula selesa sebilik dengan Fahrin di kampung mak tok ini. Dari mana datangnya keselesaan itu, Aleyah juga tidak tahu.

"Kenapa senyap je dari tadi? Tak nak balik KL ke?" Fahrin menduga lagi.

"Eh, tak lah ... tak sabar rasanya nak balik KL. Rindu sangat dah office tu." balas Aleyah. Apa yang ada di hati, langsung tak sama seperti yang dikatakan di mulut!

"Hurm ... lepas ni Aleyah dah tak tidur sebelah saya dengan Aiden lagi ..." Fahrin duduk di sisi Aleyah sambil memeluk pinggang Aleyah.

"Ish, tepilah ... saya ada banyak benda nak kemas ni," Aleyah merasa tidak selesa akan sentuhan Fahrin di sisinya.

"Aleyah tak nak pindah masuk ke Villa ke? Duduklah dengan kami. Mana seronok tinggal sorang-sorang ni," pujuk Fahrin. Pinggang Aleyah dilepaskan setelah mendengar beberapa kali Aleyah mendecit. Mungkin hari ini bukan masa yang sesuai untuknya bermanja.

"Tak nak lah. Saya tak nak menyusahkan sesiapa."

"Menyusahkan? Kenapa cakap macam tu? Itu bukan menyusahkan, tapi tanggungjawab," bidas Fahrin.

"Tanggungjawab? Huh? Kelakar pula saya dengar," entah kenapa lancang sahaja mulut Aleyah mengherdik Fahrin ketika itu.

"Dah lupa ke dengan status 'gantung tak bertali' tu? Saya rasa tak ada apa-apa yang perlu awak pertanggungjawabkan ke atas saya ..." sambungnya lagi.

Fahrin mendengus kasar! Ternyata Aleyah masih marah kepada dirinya. Ya, itu memang salah dia suatu ketika dahulu! Sudah berapa kali dia meminta maaf dan ingin menjernihkan keadaan. Tetapi kenapa Aleyah seakan sengaja menguji kesabaran dengan keegoannya? Baru sahaja dia merasakan kebahagiaan ketika bersama di kampung ini, tiba-tiba Aleyah bertukar angin semula.

"Aleyah betul-betul tak boleh maafkan kesilapan saya ke? Aleyah betul-betul tak nak buka hati Aleyah lagi?" tanya Fahrin. Nadanya sedikit keras.

"Entahlah ... saya tak bersedia, mungkin lebih baik untuk kita terus bawa haluan masing-masing," balas Aleyah tanpa menoleh ke arah wajah Fahrin, tersedar akan ketelanjuran bicaranya. Yang pasti, Fahrin sudah kecewa mendengar ayatnya itu.

"Suka hati Aleyah lah! Lepas ni saya janji tak akan ganggu Aleyah lagi." kata Fahrin lantas meninggalkan bilik.

Sebaik sahaja pintu bilik di buka ...

"Siapa yang di gantung tak bertali, Fahrin?" tanya mak tok! Wajah tuanya kelihatan benar-benar kecewa. Baru sahaja dia hendak memangil cucu dan menantunya, dia tidak sengaja terdengar perbualan pasangan suami isteri itu.

"Err ... mak ... tok," Fahrin terkaku mendengar pertanyaan itu. Tidak dia sangka secepat ini mak tok bakal mengetahui segalanya.

Aleyah juga lantas berdiri ke muka pintu bilik. Wajah mak tok merenungnya tajam!

"Apa yang Fahrin dan Aleyah cakap tadi? Aleyah tak tinggal serumah dengan Fahrin? Gantung tak bertali? Kau berdua nak bercerai ke ni?" tinggi nada suara mak tok bertanyakan soalan itu.

Puan Seri Jannah yang baru selesai solat magrib bergegas menuju ke hadapan bilik Fahrin dan Aleyah. 'Tolonglah mak tak boleh tahu hal tu!' bisik hatinya.

"Jannah! Apa yang jadi pada anak menantu kau ni? Kenapa sampai macam ni sekali hubungan diorang? Habis Aiden macam mana kalau diorang bercerai berai?" bertubi-tubi pertanyaan mak tok kepada Puan Seri Jannah.

"Kenapa kau semua diam?" marah mak tok.

"Mak, sabarlah ... kita duduk kat ruang tamu. Bincang elok-elok," pujuk Puan Seri Jannah.

"Aleyah tinggal kat mana? Sorang-sorang. Habis tu suami Aleyah, Aiden? Siapa yang nak jaga anak Aleyah? Sanggup seorang ibu tinggalkan anak dia. Nak jadi isteri atau ibu derhaka ke kamu ni?" marah mak tok lagi.

Aleyah terdiam dan terkaku. Tidak sampai hati mulutnya ingin menyatakan hal sebenar. Walaupun pedih, semua itu ditelannya pahit. Air mata yang bertakung, ditahan daripada mengalir keluar.

"Mak tok, sebenarnya ... Aiden tu bukan anak Aleyah," beritahu Fahrin.

Mak tok memandang wajah Fahrin dengan tajam! Puan Seri Jannah menepuk dahi sendiri.

"Apa?"

"Fahrin minta maaf, mak tok. Aleyah tak salah. Fahrin yang salah. Mak tok janganlah tuduh Aleyah apa-apa," ujar Fahrin.

"Apa yang kamu dah buat kalau Aleyah tak salah?" tanya mak tok.

"Fahrin yang ... gantung Aleyah ... lepas tu kahwin dengan orang lain ... lepas Aiden dah lahir, kami bercerai," jelas Fahrin perlahan-lahan.

Hampir tergugur jantung mak tok mendengarnya. Lututnya jadi lemah untuk berdiri. Tetapi,

Pang! Satu tamparan kuat mengenai pipi Fahrin.

Fahrin terpana. Aleyah juga turut terkejut. Tidak dia sangka mak tok melepaskan tangan ke arah suaminya.

"Mak!"

"Astagfirullah al aziim ... betul ke ni, Jannah? Kenapa aku tak tahu!" marah mak tok kepada anaknya pula.

"Mak, sabarlah. Bukan Jannah tak nak cerita, tapi masalah ni melibatkan hati dan perasaan ... Jannah terpaksa rahsiakan daripada Mak," jawab Puan Seri Jannah sambil mengusap lembut bahu ibunya.

Aleyah masih diam membisu. Perasaan serba salah menyerbu dirinya. Kerana mulutnya yang lancang menyindir Fahrin, mak tok terdengar perbualan mereka tadi! Menyesal pula rasanya. Kalaulah dia mengatakan sesuatu yang benar-benar ada di dalam hatinya kala itu, pasti mak tok tidak kecewa sebegini.

"Mak tok ... Aleyah minta maaf," ujar Aleyah perlahan. Tangan wanita tua itu cuba disalami.

"Kenapa Fahrin buat Aleyah macam ni? Aleyah ... Aleyah tak nak masa depan ke hubungan kamu ni? Nak bercerai juga?" tanya wanita tua itu. Air matanya mengalir setitik dua.

"Fahrin minta maaf," ucap Fahrin lemah.

Aleyah bertunduk, tidak sanggup dia hendak berbohong atau memberi harapan palsu kepada wanita itu.

Mak tok mencapai kedua tangan Fahrin dan Aleyah. Di genggamnya bersama. Kemudian anak mata mereka diperhatikan silih berganti.

"Mak tok mohon, kamu berdua berbaiklah semula. Tak salah, kan?

Fahrin, mak tok kecewa yang kamu pernah bercerai. Mak tok tak kisah siapa pilihan hati kamu ... tapi bila dah jadi suami isteri, kamu bertanggungjawab mempertahankan rumah tangga! Kali ni mak tok nak kamu jaga perkahwinan yang ini. Mak tok tak benarkan kamu melafaz cerai lagi! Mak tok pasti, Aleyah yang terbaik untuk kamu dan anak kamu.

Dan untuk Aleyah, walaupun Fahrin dah buat salah besar pada Aleyah ... sebagai isteri, baik buruk Fahrin, Aleyah kena terima. Maafkan kesilapan suami tu pahala. Banyakan bersabar. Jangan melulu meminta cerai! Allah tak suka!" panjang lebar nasihat mak tok kepada pasangan suami isteri itu.

Aleyah dan Fahrin berpandangan.

Hatinya masih berdolak dalik. Tetapi kalau Fahrin juga benar-benar mencintai dirinya, pasti mereka akan dapat melalui segala masalah sukar di alam rumah tangga. Adakah cinta Fahrin miliknya? Atau kepada bekas isterinya iaitu ibu kandung Aiden?

😕 Bersambung ... 😐


Thanks for reading...
Please do vote ⭐ or comment 💬 on my shabby works. ✌😊
Appriciate it so much! 😘💕

3rd updates for edited version tonight.
This is the last for today.

See ya in next part, next, next, next, next day soon.
26 Nov 2018 // 22:26

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro