Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 26

"Amir barang dah sampai ni, jom angkat!" laung seorang pekerja stor di tempat Amir bekerja.

Amir yang sedang berehat seketika segera berlari ke arah pekerja yang memangilnya tadi.

"Barang apa ni? Fragile ke?" soalnya.

"Tak kot, macam plasticware je,"

"Nak angkat ke mana?"

"Bawa kat seksyen plastik kot,"

"Okay, jomlah angkat."

Perlahan-lahan Amir dan seorang lagi pekerja stor mengangkat kotak-kotak tersebut. Tiba giliran kotak yang paling besar, Amir berhati-hati memungah. Namun entah di mana silapnya, kotak besar itu terlepas daripada tangan serta merta menghempas kaki kanannya.

Gedebuk.

"Aduh!" jerit Amir.

"Amir, ya Allah! Kau tak apa-apa ke ni? Ya Allah," rakan sekerja yang bersamanya berasa cemas akan kejadian itu. Dia pantas mendekati Amir yang sudah terduduk kesakitan.

"Amir, kita pergi hospital." ucap pekerja itu.

Amir sekadar mengangguk. Badannya diangkat bersama beberapa pekerja lain.

*

"Ya Allah, Amir," Imah yang mendapat berita tentang kemalangan Amir segera ke hospital bersama Aisyah.

"Ibu," lemah longlai Amir memandang wajah ibunya yang mengalirkan air mata.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni, Mir?" soal Imah.

Aisyah di sisinya mencebik sinis.

"Banyak dosa, itulah jadi macam ni." sengaja dia mengeluarkan kata-kata itu.

"Diamlah ..." malas Amir hendak mengambil peduli kata-kata Aisyah itu.

"Maaf puan, cik, kami nak periksa pesakit sebentar." ujar seorang doktor muda.

Imah dan Aisyah berdiri di bahagian tepi katil wad Amir.

Amir membiarkan perilaku doktor lelaki itu ke atas kakinya yang berbalut simen khas.

"Cuba gerakkan ibu jari ni. Kemudian, gerakkan pula pergelangan kaki, kanan ke kiri," arah doktor tersebut.

Amir cuba mengarahkan otaknya untuk mengerakkan ibu jari kaki kanannya. Malangnya jari itu kaku. Sekali lagi Amir mencuba. Sama, masih kaku! Berkali-kali Amir menghantar impulse ke otak dan sarafnya. Namun hampa. Kakinya terkaku.

"Yaaahhh!" Amir berusaha sekuat hati. Walau apapun yang terjadi dia perlu mengerahkan segala tenanganya.

Imah mendapatkan Amir dan cuba menenangkan perasaan anak lelakinya itu.

"Amir, sabar nak." pujuk Imah.

"Ibu, kenapa tak boleh ni ibu? Kenapa kaki Amir ni, ibu? Berat sangatlah. Kenapa ni? Doktor, kenapa dengan kaki saya ni? Kenapa?" Amir membentak sambil cuba mengerakkan kakinya.

"Sabar, nampaknya kaki kanan encik ni dah ada yang tergangu urat sarafnya. Mungkin kerana terseliuh kemudian terhentakkan beban yang berat. Kami dah lakukan beberapa x-ray, memang bahagian pergelangan kaki kanan encik ada yang retak. Buat masa ni encik kena banyak berehat untuk pulihkan semula retak tulang kaki tu." terang doktor itu panjang lebar.

"Macam mana Amir nak kerja ni ibu? Ayah macam mana? Sekarang Amir pun dah jadi cacat ke?" luluh hatinya mengenangkan dirinya sendiri.

Imah memeluk erat anak lelakinya ini. Sayu hatinya. Amir adalah harapan mereka. Kini Amir juga ditimpa kemalangan.

"Sabar Amir, sabar." pujuk Imah.

***

"Amir!" Aleyah terkejut dan bangun membuka matanya. Suasana biliknya yang kosong diperhati lama. Dadanya tiba-tiba berombak kencang.

'Ya Allah, mimpi apakah ini?' bisik hatinya.

Aleyah menyapu peluh di dahi. Panas bergegar terasa tubuhnya. Kedua tangannya kemudian ditadahkan ke atas.

"Ya Allah, kau lindungilah keluarga ku, kedua ibu bapa ku, adik-adikku, suamiku dan seluruh keluarganya. Amiin ya Allah ..." doa Aleyah. Nafas lega dihela selesai bertawakal kepada Ilahi.

Dia kemudian bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai keluar dari bilik air, telefonnya kedengaran berbunyi. Senyum di bibir terukir saat terlihat nama yang terpampang pada skrin telefon tersebut.

"Assalamualaikum," sapanya.

"Walaikumusalam, Aleyah dah tidur ke ni?" suara Fahrin dari hujung talian kedengaran.

"Kalau dah tidur, tak kan bercakap kot sekarang ni?" balas Aleyah. Logiklah sikit.

"Pandai eh nak kenakan kita?" terdengar ketawa kecil lelaki itu. Aleyah turut tertawa.

"Awak nak apa ni?" tanya Aleyah pula.

"Tak ada. Saja je nak call. Tak boleh ke nak call isteri sendiri?"

Aleyah mengetap bibir. Dia tersedar semula mengenai hubungan mereka, dan mengapa dia tidak tinggal bersama lelaki itu. Segala perasaan negatifnya segera dibungkus semula.

"Kan dah malam ... awak tak berehat ke? Aiden dengan Puan Seri dah tidur ke?"

"Hmm ... diorang dah tidur dah," suara itu kedengaran sedikit menjauh. Panggilan menjadi sunyi seketika.

"Kenapa ni?" tanya Aleyah semula. Hairan akan kebisuan Fahrin dalam beberapa minit.

"Nothing, I just miss you so much tonight ..." jawab Fahrin.

"Hah? Tapi tiap-tiap hari kan kita jumpa," Aleyah semakin tidak faham akan sikap lelaki itu.

"Aleyah tak faham atau buat-buat tak faham?" tanya Fahrin pula.

Aleyah mengeluhkan nafasnya.

"Saya tak faham. Really, I don't understand at all. Tiap hari kan kita jumpa. Lagipun sekarang ni awaklah staff yang paling kerap saya jumpa. Tak kan nak rindu lagi kot," kata Aleyah.

"Itu sebagai pekerja ... as a couple, husband and wife, kita tak pernah jumpa ..."

"Tapi sama saja kan? Saya jumpa awak ... awak jumpa saya ... tak ada bezalah." ucap Aleyah lagi.

"Hurm ... tak apalah, okay good nite. Assalamualaikum," talian dimatikan sebelum sempat Aleyah membalas salam itu.

"Dah kenapa pulak ni?" gumam Aleyah. Dia berdecit sendiri memikirkan sikap Fahrin sebentar tadi.

*

Fahrin memandang sepi skrin telefon miliknya.

"Ish ... call lah balik. Tak nak pujuk ke?" getusnya sendiri. Menyesal pula dia mematikan talian sebentar tadi. Keluhan berat dihembus lepas.

'Aleyah ni pun satu hal. Tak faham ke? Dah kita merajuk ni tak nak call balik? Tak nak pujuk?' gerutunya.

Beberapa minit terus berlalu dengan hampa. Aleyah tidak mungkin menghubunginya semula.

"Hai-lah hati, nasib kaulah dapat isteri jenis beku macam ni ... sikit pun dia tak faham perasaan kau." kata Fahrin sendirian. Dia kemudian membawa langkah kaki menuju ke biliknya. Malam yang larut terus berlalu. Fahrin terlena menunggu panggilan dari sang isteri untuk memujuk hatinya.

tQvm.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro