Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 22

"Aiden ... datang dengan siapa ni?" Fahrin bertanyakan anaknya yang tiba-tiba muncul tengah hari itu di pejabatnya. Mujur pekerja lain sudah keluar makan. Jika tidak, pasti ada yang mula membuka mulut-mulut bawang.

"Datang dengan akulah. Makcik ummi ada krusus di Masjid. So, kitorang keluarlah ... boringlah duduk rumah," Syed Hafizi menjawabkan soalan itu.

"Haih, kau ni ... call lah, kalau nak datang. Ni tiba-tiba je ... nasib pekerja lain dah keluar ... kalau tak, kena komplenlah aku." balas Fahrin.

"Tak bersyukurnya orang tua ni ... kalau aku culik anak dia baru padan muka." komen Syed Hafizi dengan selamba.

Fahrin tertawa dan bergeleng kepala.

"Yelah, terima kasih tolong jagakan Aiden ni. Siap bawa pergi sini lagi. Thanks bro."

Syed Hafizi mengangguk tersenyum.

"Nak jumpa mama," ujar si anak kecil.

"Hah? Ni aku nak tanya ni ... mama mana si Aiden nak jumpa ni? Dari dalam kereta mama? Mama? Kau dah ada pengganti ke apa? Tak kan bekas bini kau ada kat sini kot," kata Syed Hafizi.

Fahrin terkedu. Dia berdehem halus. Tak sanggup rasanya hendak membuka pekung di dada.

"Erm, adalah ... anak angkat umi dia panggil mama," balas Fahrin.

"Ye ke? Dah tu mana dia?" Syed Hafizi menyoal lagi. Teringin dia untuk berkenalan dengan anak angkat Puan Seri Jannah itu.

"Erm, kau tunggu sini kejap
... aku pergi hantar Aiden." Fahrin lantas mengangkat anaknya menuju ke bilik Aleyah.

"Hurm yelah,"

***

Aleyah melipat kemas telekungnya dan dimasukan ke dalam beg. Ruang surau kecil di pejabat itu direnung lama. Fikirannya hendak dikosongkan seketika.

Tetapi, patutkah dia terima kembali Fahrin? Bersungguhkah lelaki itu? Tidakkah hatinya akan terluka lagi nanti? Kata-kata lelaki itu pagi tadi masih terngiang-ngiang di ingatannya.

"See? Then I'll never give up to get you back!" ucap Fahrin.

"Aleyah ... just this one chance. Okay, last chance!" Fahrin mengangkat tangan kanannya.

Aleyah masih diam. Kedua tangannya digenggam lembut kemudian dikucup sayang. Memanglah hatinya sudah terasa cair akan pujukan itu, tapi Aleyah masih takut. Takut luka lama tak sembuh, luka baru muncul pula.

"Aleyah ..." Fahrin memeluk pula dirinya. Tangannya mengusap lembut tudung Aleyah.

"Janganlah Aleyah diam je. Bagilah respond ... marah ke macam biasa, kutuk saya ke ... I want to know what's on your mind, on your heart ... kalau Aleyah tak nak, geleng je. Kalau nak, angguk ke, boleh?" pujuk Fahrin setelah pelukan dilepaskan. Mata bundar Aleyah dipandang tepat.

Perlahan-lahan Aleyah menganguk sekali. Fahrin tersenyum.

"Betul ke?" soalnya lagi.

"Ta-pi ... sa-ya nak masa ..." lambat-lambat Aleyah bersuara.

"I'll give you all my time. Aleyah boleh ambil masa banyak mana pun. Tapi ... janganlah lama sangat. I'll miss you forever ... nanti kalau saya dah tua, tak ada yang nak lagi," Fahrin mengenyit pula mata kanannya.

Aleyah tanpa sedar tersenyum panjang. Terasa lucu pula mendengar ayat terakhir lelaki itu.

"Dahlah ... keluar, pergi buat kerja," ucapnya ramah.

"Yes, my lady ..." Fahrin mencubit lembut hidung Aleyah lantas keluar dengan senyum panjang.

"Haih lah Aleyah ... kau dah jatuh cinta balik pada dia ..." Aleyah bersuara sendirian di surau itu. Aleyah lantas mengangkat punggung menuju ke bilik pejabatnya.

Ruang pejabat dilalui, kosong. Waktu tengah hari, kebanyakan pekerja keluar makan atau balik ke rumah.

"Macam mana nak ambil air ni?" satu suara di ruang pantri menghentikan langkah Aleyah.

"Zam-zam ala kazam! Abracadabra. Ting-ding-ting-ding, mesin air serbaguna ..."

Aleyah tersenyum mengeleng kepala. Pastinya mesin air automatik itu rosak lagi. Sudah berkali-kali pekerjanya memberitahu hal itu, namun pekerja yang bertangungjawab ke atas mesin itu tidak dapat membaikinya dengan baik. Pengedar mesin itu juga tidak pernah datang semula apabila dihubungi.

"Rosaklah tu. Tak payahlah guna lagi." tegur Aleyah.

Syed Hafizi yang sedang membelek-belek mesin air automatik itu terkejut.

"Rosak ke? Laa, kenapa masih on? Ingatkan nak minum tadi ... haus ni," ujar Syed Hafizi.

"Dah lama kan rosak? Siapa yang on?" Aleyah mengerutkan dahi.

"Tak tahulah ..." Syed Hafizi garu kepala. 'Alamak, terserempak pula dengan pekerja diorang, mesti kena aim penceroboh ni,' bisik hati Syed Hafizi.

"Tak apalah, kat ofis saya ada mineral. Kalau awak nak, ikut saya kejap." ujar Aleyah.

'Aik?'

Aleyah lantas berjalan di hadapan.

Manakala Syed Hafizi mengekori langkahnya.

'Erm, gadis ni bukan ke ...'

Pintu bilik yang tertera papan plat nama itu dipandang lama.

Chief Executive Officer.
Ms. Aleyah Nurhani Binti Mansor.

'CEO? Oh my,' Syed Hafizi terkaku melihat taraf gadis itu.

"Mama," Aiden terpancul dari dalam lamtas memeluk Aleyah.

"Ai? Aiden? Bila datang ni?" soal Aleyah.

"Aleyah dari mana? Lama kami tunggu ..." tanya Fahrin.

Syed Hafizi di belakang isterinya dipandang sekilas.

"Surau," Aleyah mengambil stok botol mineralnya di dalam kotak dan dihulurkan kepada lelaki tadi.

"Thanks," ucap Syed Hafizi sambil tersenyum.

"Oh ni ke mama Aiden tu? Anak angkat makcik umi?" soalnya lagi.

Aleyah berpandangan dengan Fahrin. Tidak tahu pula apa hubungan dua lelaki itu.

"Yeah ... erm, Aleyah ni kawan baik saya Syed Hafizi. Ni Aleyah," Fahrin memperkenalkan mereka dengan perasaan kekok.

"Cantik la nama awak tu, Aleyah Nurhani. Macam orangnya juga," puji Syed Hafizi.

Entah kenapa Fahrin tiba-tiba rasa cemburu pula akan pujian itu.

"Oh ... thanks. Saya ingat awak pekerja kat sini tadi ..." balas Aleyah pula.

"Aleyah dah makan? Jom kita keluar," ajak Fahrin.

"Ha, jomlah ... aku dengan Aiden pun tak makan lagi ni." sampuk Syed Hafizi bersama senyuman nakalnya.

"Erm ..." Aleyah memandang satu persatu tiga orang manusia di hadapannya.

"Mama, Aiden lapar ..." remgek si anak kecil.

"Okay," mahu tidak mahu, terpaksa dia turut mengalah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro