Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 21

Mira terkedu melihat wajah Fahrin yang baru keluar daripada bilik pejabat Aleyah. Tudung yang tersarung digaru. Macam-macam pula reaksi lelaki itu selepas bertemu majikan mereka.

"Sebelum ni marah, hari ni senyum sampai ke telinga pula?" Dia sekadar geleng kepala sahaja. Mungkin juga ada sesuatu diantara mereka berdua yang dia tidak ketahui.

***

Aleyah menahan rasa debar di dalam dada. Tidak mungkin semudah itu dia menerima Fahrin kembali. Jantungnya masih lagi berdegup kencang kerana perbuatan lelaki itu tadi. Perlahan-lahan air mata tumpah dari tubir mata. Segaris senyuman terukir di bibir. Aleyah menarik nafas dalam-dalam.

***

Afzhan mundar-mandir di bilik pejabatnya. Masuk hari ini, entah berapa kali Ahlong menghubunginya. Hutang syarikatnya semakin meningkat. Dia tiada bayaran kepada Ahlong itu!

"Lu kalau tak ada duit mau bayar, kasilah lu punya kidney tu! Kita boleh jual harga juta-juta ma~" ugutan daripada pihak Ahlong menakutkan dirinya.

"Tak boleh jadi ni! Aku kena jumpa juga dengan CEO pompuan tu! Aku kena juga minta claim tu!" katanya. Tangannya pantas mencari kunci kereta miliknya. Sampai sahaja ke destinasi, Afzhan pantas bertanyakan penyambut tetamu syarikat itu.

"I want to meet your CEO, please?"

"Encik ada appointment ke? Dari syarikat mana?" tanya gadis penyambut tetamu itu.

"Tak ada! I'm from AzAf Contractor. Bagitahu je macam tu." balas Afzhan.

Gadis tersebut mengangguk lantas menekat punat telefon di atas mejanya. Afzhan sekadar memerhati, mungkin sedang menghubungi majikan mereka. Dia mencebikan bibir,

'Tau pun kecut,' getusnya. Terasa senang hatinya memikirkan bau-bauan duit yang bakal masuk ke poketnya sebentar lagi.

"Maaf encik, Miss tak ada sekarang ni. Dia ada meeting di luar," beritahu gadis itu. Serta merta membuatkan senyuman Afzhan mati.

"Hah? Tak ada? Ke dia saja je tak nak jumpa aku?" Azhan jadi berang semula.

"Ma-maaf encik ... tapi, memang Miss tak ada. Encik buatlah appointment dulu baru senang nak buat urusan." ujar gadis itu, cuba berlembut.

"Cis, tak guna betul! Kau cakap dengan CEO korang tu, jangan nak kurang ajar mainkan duit! Dia ingat kaya dia boleh bawa mati ke? Biadap sungguh! Pekerja pun sama je." sengaja Afzhan mengeluarkan kata-kata kesatnya.

"Kurang ajar? Biadap? Do you mean it, to me?" Aleyah yang baru sampai, terdengar ucapan hina lelaki di hadapannya ini.

Gadis penyambut tetamu itu sudah terkebil-kebil melihat kelibat majikannya.

Lelaki itu menoleh setelah mendengar suara di belakangnya. Masing-masing terkejut sesama sendiri.

"You!" Aleyah mencerlung matanya ke wajah lelaki di hadapannya itu.

"Hah? Kau? Aku tak ada cakap pasal kau pun!" Afzhan mencebik.

"Aku nak jumpa CEO syarikat ni ... kau jangan sibuk perasan pulak!" sambungnya lagi.

Aleyah membetulkan tegaknya. Kedua tangan disilangkan di bawah dada.

"I am the CEO ... so, what is your problems?  Duit? Projek tergendala? Dah nak bankrup ke?" tanya Aleyah.

Panas telinga Afzhan mendengar kata-kata gadis itu. Terasa dirinya sedang dihina.

"Tak mungkin kau ni CEO diorang! Tak puas jadi perampas dulu, kau nak jadi penipu pula?" balas Afzhan lagi.

"You can ask her. Let see who's wrong," Aleyah membiarkan Afzhan tahu sendiri statusnya di syarikat tersebut.

"Encik, tolong bertenang, encik kena hormat CEO kami ..." ujar gadis penyambut tetamu tadi.

Afzhan mengeleng dan tidak percaya. Mana mungkin gadis miskin yang pernah dia hina jadi sebegini kaya? Azhan mengelengkan kepalanya.

"See?" Aleyah mengangkat kening  sengaja ingin berlagak.

"Ah!" Afzhan mendengus kasar. Dia cukup malu dengan keadaan dirinya yang kini tidak setanding dengan gadis yang pernag dia hina dulu. Langkah kaki pantas dibawa keluar daripada bangunan tersebut. Niat dan tujuan asal telah dilupakan selepas menerima penghinaan daripada gadis tersebut.

Aleyah mengeluh lega selepas kelibat lelaki itu menghilang. Berdebar juga perasaannya melihat lelaki yang pernah menghinanya habis-habisan dahulu. Dia takut, sekiranya kisah silamnya berulang kembali. Mujurlah kali ini situasi mereka telah berubah. Tetapi apa yang telah berlaku tidak juga dapat dipulihkan atau dipadam daripada ingatan.

"Lain kali kalau orang macam tu datang lagi, panggil security terus." pesannya kepada gadis penyambut tetamu itu.

"Baik, Miss." gadis itu sekadar mengangguk.

***

"Sayang, you pergi mana ni? Lama I tunggu you ... kata nak belanja I hari ni ..." Soalan Aisyah dibiarkan tidak berjawab. Matanya menjeling ke arah gadis itu.

"Kenapa jeling ni? Any problems?" tanya Aisyah dengan nada manjanya.

Afzhan mengempaskan tubuhnya ke atas kerusi. Satu keluhan kasar dihembus lepas.

"You ... you tahu tak mana dah kakak you yang jalang tu?" tanya Afzhan dengan tidak puas hati.

Aisyah mengerutkan dahinya.

"What? I don't care where she was ... kenapa tanya dengan tiba-tiba ni?"

"Sebab dialah I tak dapat duit claim lagi. Tak guna betul, dah jadi kaya terus lupa diri!" Afzhan menghentak meja dengan kuat.

Aisyah sudah terkejut dan ketakutan melihat tingkah lelaki itu.

"Apa you cakap ni? I tak faham lah ... kenapa pula sebab dia? Dia mana ada duit banyak pun. Semua simpanan dia dah bagi pada ibu dulu," beritahu Aisyah.

"You tahu tak? Sebab rancangan you dulu dia dah jadi apa sekarang? Hah?" Afzhan tanpa sedar mencengkam leher Aisyah.

"Af-zhan! Let ... me ... go!" Aisyah meronta-ronta. Tangannya cuba memukul tangan sasa Afzhan yang mengeras dilehernya.

"Apa yang you rancang, semua tak jadilah. Dia dah senang lenang dari kita!" Afzhan menjadi semakin marah dan tidak sedar dengan perlakuannya sendiri.

Aisyah mencubit-cubit lengan lelaki itu. Akhirnya, Afzhan melepaskan tangannya.

Afzhan, meraup rambutnya ke belakang. Nafasnya berdetak tidak menentu.

"Uhuk-uhuk! You dah gila ke? You nak masuk penjara? Nak bunuh I?" marah Aisyah. Nafasnya dicari-cari semula.

"I'm sorry ... I tak sengaja, sayang ... muka you, buat I ingat perempuan tadi. I tak sengaja ... sorry yer sayang," Afzhan membantu Aisyah agar duduk di atas sofa pejabatnya. Tangannya merangkul pinggang gadis itu.

"Apa you ni? You ingat I ni sama ke dengan perempuan tu? I benci bila you buat I macam ni!" Aisyah masih marahkan Afzhan.

"Sorry sayang ... I tak sengaja. I hilang kawalan. I stress!"

"Apa yang buat you stress ni?" betak Aisyah.

"Perempuan tu ... dia dah jadi CEO kepada syarikat yang I follow up untuk macam-macam projek. Dia tak luluskan claim I. Sebab tu I marah." Luah Afzhan.

"What? CEO? Mustahillah!" Aisyah tidak mahu percaya.

"I pun tak percaya. Tapi, pekerja kat sana semua tunduk hormat pada dia! Dia siap malukan I lagi depan pekerja dia. Kurang ajar betul!" Afzhan mengengam penumbuknya.

"Ye ke?" Aisyah mula menunjukkan minat mendengar berita itu.

"Betulah. Sebab tu I marah betul tadi. Dasar perempuan tak sedar dirilah dia tu. Dia lupa ke diri dia yang miskin tu dulu?" Kutuk Afzhan lagi.

Aisyah mula tersenyum sinis.

"Kat mana syarikat dia?" soal Aisyah. Dia tersenyum memikirkan apa yang boleh dia lakukan terhadap perempuan yang paling dibencinya itu.

-sorry lambat update edited version. Please enjoy reading. Thank you so much.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro