Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌻 Ep 2 🌻

"Kak Leah!"

Aleyah semakin melajukan langkah kakinya! 'Tak dengar. No!'

"Kak Leah tunggulah. Achik ni! Kak Leah dah lupakan kitorang ke?" Amir, adik lelakinya yang ketiga. Mana mungkin dia lupa saudara kandungnya. Namun ego! Ego membuatkan Aleyah enggan menoleh. Terus saja dia meloloskan diri ke dalam kenderaannya dan memandu keluar daripada kawasan itu. Niat di hati hendak mendapatkan novel terkini daripada kedai buku terus mati.

*

"Kak Leah ... tolonglah balik, kami rindu Kak Leah." Amir meluahkan rasa hati. Namun gadis di hadapannya langsung tidak menoleh. Malah semakin laju berjalan dan segera berlalu meninggalkan kawasan itu.

Tak mungkin dia salah orang. Walaupun gadis itu sedikit bergaya dan mengenakan solekan, namun dia masih kenal raut wajah kakak sulungnya itu!

"Abang panggil siapa tadi?" Soal adik bungsunya, Airin.

Airin yang baru keluar dari kedai buku hairan melihat abangnya yang terjerit-jerit memanggil seseorang.

"Tak adalah ... Abang salah orang kot. Jomlah balik. Mesti ibu tengah tunggu kita," Amir memimpin Airin. Airin kini sudah 15 tahun. Kak Aisyah, 27, Amir, 26, Ayda, 24, Azam pula 20 tahun, manakala adik kedua bungsu, Azura-17 tahun. Bakal menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia tahun ini.

'Rindunya dengan Kak Leah. Kenapa dia langsung tak toleh tadi? Aku pasti itu Kak Leah' Getus hati Amir.

"Apasal korang lambat ni?" Soal Aisyah yang berpeluk tubuh di hadapan pintu rumah mereka.

Amir mengeluh lepas. 'Kalau tak kerana Kak Aisyah, pasti Kak Leah sedang bersama ketika ini,' bisik hatinya.

"Tepilah ... orang nak masuk." Amir sengaja menolak tubuh Aisyah.

"Eh, kurang ajar ya, kau? Kau fikir kau abang? Eh! Aku lagi tua dari kau lah. Sedar diri sikit." cebik Aisyah.

"Ada aku cakap apa-apa? Kenapa kau terasa?" Amir sengaja melawan. Membulat mata Aisyah mendengarnya.

"Ibu, tengok Amir ni. Dah pandai melawan." Aisyah mengadu pula pada ibunya.

Amir memandang sayu dua figura itu. Keluhan berat pula dilepaskan.

Ibunya kini menjadi jururawat sukarela kepada 'bekas suami' yang pernah meninggalkan mereka.
'Ayahnya? Ya ayahnya, Mansor! Tiga tahun lalu, ayahnya dihantar pulang oleh isteri mudanya. Dah tua karat sakit stroke dan berkerusi roda baru nak pulangkan!' getus Amir di dalam hati.

'Kenapa ayah yang pernah membuang mereka semua boleh dimaafkan? Sedangkan Kak Leah pula dibuang kerana fitnah? Sungguh tak adil. Kejam.'

Namun kata itu disimpan saja di dalam hati. Takut dihalau pula jika terkeluar dari mulutnya. Takut jadi seperti Kak Leah. Yang sudah dianggap 'tak pernah wujud' dalam keluarga mereka.

"Amir, kau jangan macam-macam tau! Kak Aisyah tu kakak kamu, Amir kena hormat dia." tegur Ibu. Tidak lagi dirinya dipanggil 'Achik', kerana itu adalah panggilan yang dibuat oleh Kak Leah kepadanya.

"Yelah ... Amir minta maaf pada tuan puteri. Ni, Amir dah belikan ubat untuk ayah," plastik kecil berwarna putih susu dihulurkan.

"Mana baki duit?" pinta Ibunya.

"Baki? Mana ada baki, ibu. Duit yang ibu bagi pun tak cukup tadi. Amir yang tambah sepuluh ringgit." balas Amir.

"Apasal kau beli ubat yang mahal? Kan tak cukup duit ..." sampuk Aisyah.

"Dah tu? Korang nak ayah sampai bila macam ni? Amir kenalah bagi ubat mahal sikit ... supaya ayah boleh cepat sembuh. Tak laratlah nak angkat-angkat dia ke bilik air lah, ke bilik tidurlah. Penat, tau tak?" /luah Amir. Jujur, badan ayahnya walaupun sudah susut sedikit, namun masih berat bagi kudratnya yang tak seberapa itu.

"Amir cakap apa ni? Ini ayah kandung Amir tau. Jangan nak kurang ajar. Ibu tak nak buang anak lagi!" Amaran ibu buat Amir kecut perut! Buang anak. Itu apa yang terjadi pada Kak Leah tujuh tahun lalu.

'Kenapalah aku ni pengecut?' keluh Amir lagi.

***

"Miss, today you have appointment with Mr. Malik ... 11 o'clock ... at SkyDine SH Hotel," Mira memberitahu jadual Aleyah seperti biasa, namun riak Aleyah tidak berubah. Seperti sedang termenung jauh.

"Miss? Miss Al ... are you here?" Soal Mira sambil melambai-lambai tangan di hadapan Aleyah.

"I'm so sorry ... what did you said?" 'Damn it! Kenapa aku nak fikir pasal diorang?' gerutu Aleyah.

"Apointment with Mr. Malik, at SkyDine SH Hotel ... jam 11 ni," ulang Mira.

Aleyah mengangguk kemudian menoleh jam tangannya. 09:50. "Awal lagi ni. Nantilah gerak." ujarnya.

Kerja di atas meja segera disambung semula.

***

"Yelah ... Ummi rindu sangat-sangat anak Ummi yang jauh ni. Bila nak balik ni?" soal Puan Seri Jannah. Senyum di bibir tidak lekang saat menerima panggilan daripada anak tunggalnya.

"Next week? Alah ... baliklah this week, dah lama sangat dah dekat Spain tu. Tak ridukan orang sini ke? Tak rindukan ummi?"

Puan Seri Jannah ralit tersenyum mendengar suara anaknya walaupun  hanya melalui panggilan telefon.

"Yelah tu ... Baik-baik kat sana. Wa'alaikumusalam," Talian telefon ditamatkan.

Puan Seri Jannah masih tersenyum sendiri. Tak lama lagi anak tunggalnya akan balik ke Malaysia. Tak tahan rasa hatinya menanggung rindu. Telefon dicapai semula. Kali ini nombor telefon Aleyah didail.

"Assalamualaikum Al ... Al dah makan?"

"Wa'alaikumusalam ... belum Puan Seri. Al ada meeting jam 11 nanti. Sambil tu Al makanlah kot." Balas Aleyah berbasa basi.

"Ooh ... jangan kuat kerja sangat. Time makan, kena makan! Baru sihat tau." nasihat Puan Seri Jannah.

"Yelah, Puan Seri. Insya Allah. Al akan jaga kesihatan. Puan Seri tak payah risau pasal Al ... Puan Seri tu yang kena jaga kesihatan ... takut nanti anak Puan Seri balik, dia cakap Al tak pandai jaga ummi dia pula," ujar Aleyah.

"Ai? Macam tau-tau je yang anak ummi tu nak balik? Dia ada telefon Al ke?" usik Puan Seri Jannah. Senyum di bibir semakin kembang.

"Eh? Tak adalah ... Al cakap saja. Dia kalau balik pun, mana nak bagitahu Al. Al ni bukan siapa-siapa ... Al just a worker... CEO sementara. Sampai masanya, Al akan kembalikan jawatan ni kepada anak Puan Seri." jelas Aleyah.

"Al, janganlah cakap macam tu ... sedih Ummi dengar. Al kan dah jadi anak Ummi, tak sukalah kalau Al cakap macam ni," luah Puan Seri Jannah.

'Susah sangat ke nak buka pintu hati Aleyah ni?' desisnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro