Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ep 18

"Sorry tau, aku nak naik ofis kejap ... kau tunggu kat sini," kata Fahrin lantas meningalkan Syed Hafizi yang sedang berada di dalam keretanya.

Syed Hafizi sekadar mengangguk. Laju saja kelibat Fahrin menghilang daripada kawasan parkir itu. Dia menoleh ke arah parking kosong di sebelahnya. Beberapa minit kemudian parking itu terisi dengan sebuah kereta mewah. Kelihatan seorang wanita sedang membetulkan tudung dan solekannya dari dalam kereta.

Lagak wanita itu diperhatikan lama. Yang pasti, wanita itu tidak perasaan akan pemerhatiannya di sebalik cermin kereta tinted gelap ini. Wanita itu kemudian keluar dari kenderaannya dan membetulkan suitnya.

'Kereta besar, pakai full suit. Mesti pegawai besar kat ofis Fahrin ni.' desis Syed Hafizi.

Tiba-tiba, wanita itu menoleh pula ke arah cermin tingkap kereta Fahrin sambil tersenyum memerhatikan pantulan dirinya.

Syed Hafizi terpegun di tempatnya. Senyuman itu mebuatkan hatinya serta merta berdetak tidak tentu arah.

Milik siapakah gadis ini?
Wajah lembut bagaikan sutera,
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya,
Adakahkan terdaya?

Milik siapakah hati ini?
Bagai berkurun lama kesepian,
Ingin aku mencurahkan kasih,
Kepada yang sudi,
Adakah ia sudi?

Lama telah ku impikan,
Gadis sepertinya,
Mengisi taman hati,
Dengan cahaya kasih suci,
Siapakah gadis yang ku idam?

Syed Hafizi tersenyum mengenangkan senyuman gadis itu. Sesaat sahaja lagu klasik dendangan Allahyarham Sudirman bermain di mindanya.

***

"Mira, Miss Al ada?" tanya Fahrin.

"Tak ada. Dia ada meeting di luar tadi," balas Mira.

Fahrin melepas keluh.

"Encik Fahrin ada nak urgent apa-apa ke?" tanya Mira pula.

"No, tak apalah." Fahrin malas hendak menitipkan pesan. Kalau boleh dia hendak bercakap sendiri dengan Aleyah.

Fahrin berpaling ingin berlalu, tiba-tiba dia hampir saja bertembung dengan Aleyah yang masuk dengan langkah kaki yang laju.

"Ops!"

"Ish, apa ni? Tak ada mata ke?" marah Aleyah.

"Sorry ... tak sengaja," ucap Fahrin. Kedua tangannya diangkat ke atas.

Aleyah berlalu dengan pantas. Sempat juga dia menjelingkan matanya ke arah Fahrin. Jantungnya berdegup kencang. Jika dia tidak sempat berhenti, pasti mereka berdua akan terpeluk di hadapan Mira, pembantunya.

Fahrin menjongketkan bahu. Entah kenapa, dia rasakan Aleyah menyalahkan dirinya tadi.

"Erm ... Encik Fahrin nak jumpa Miss Al kan, tadi?" tanya Mira. Dia menahan tawa, hampir sahaja dia terlihat aksi drama swasta sebentar tadi.

"Yes, thank you," Fahrin segera membuka pintu bilik pejabat Aleyah.

"Apa kau nak?" tanya Aleyah menutup gugupnya.

"Saya nak half day hari ni. Nak temankan Aiden. Umi ada ceramah kat masjid," beritahu Fahrin.

"Oh ... okay." pendek saja balasan Aleyah. Dia lantas duduk menghadap komputer di atas meja kerja.

"Aleyah dah makan? I mean ubat," tanya Fahrin. Dia ingin pastikan kesihatan Aleyah kembali pulih sepenuhnya.

Aleyah mencerlung mata tajamnya ke arah Fahrin.

"Pssst ... I don't like that looks." kata Fahrin.

"Tak nampak ke aku dah sihat ni? Ke kau nak aku sakit lagi? So, kau boleh angkat aku sana sini?" ujar Aleyah. Sengaja dia ingin menyindir suaminya sendiri.

Fahrin mengerutkan dahinya. Bibir digetap. Dia cukup terasa akan sikap Aleyah.

"Kenapa Aleyah cakap macam tu?" Fahrin bertanya. Dia semakin terkilan dengan sikap tak menentu Aleyah.

"Aku tak suka orang lain nampak kau angkat aku hari tu. Aku tak nak ada gossip liar atau skandal. Kau yang nak rahsiakan perkahwinan ni dulu. Jadi aku harap kau boleh kembalikan pravasi aku dan rahsiakan status kita ni. Bukannya sengaja nak tunjukan simpati kau pula." terang Aleyah. Hatinya jadi marah kepada Fahrin apabila ramai pekerja di situ nampak dirinya diangkat oleh lelaki itu. Pelbagai kata-kata andaian daripada perkerja didengarinya.

"Encik Fahrin bukan dah ada anak ke? So, kenapa dia prihatin dengan Miss Al? Isteri dia tak marah ke?"

"Takkan lah Miss Al tu nak dengan orang yang dah kahwin pula? Peliknya taste dia,"

"Patutlah selama ni dia tak nak kalau orang bagi bunga ... rupanya Miss Al sukakan suami orang,"

"Kesian isteri encik Fahrin kalau dia nampak!"

... dan banyak lagi. Aleyah mengeluh sendiri. Bertapa semakin sakit hatinya mendengar semua itu.

Fahrin mendengus perlahan. Semakin dipujuk, semakin keras pula hati Aleyah.

"Aleyah, kenapa ni? Salah ke saya nak berbaik semula dengan Aleyah? Saya sedia nak bagitahu semua orang yang kita ni---"

"Stop your words! Dah, aku tak nak dengar.  Aku sibuk. Kalau lepas ni kau nak balik awal ke, tak datang ke ... itu kau tak perlu minta izin atau bagitahu aku. Syarikat ni, bukan milik aku ... aku cuma pekerja saja. Sampai masa nanti, aku akan pulangkan hak milik ni pada kau ... dan pada masa tu, aku  harap kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi," pintas Aleyah.

Fahrin mendengus menahan marah. Dia tidak faham kenapa Aleyah masih mahu berpisah dengannya. Sedaya upaya dia cuba berbaik semula dengan Aleyah tetapi mengapa perpisahan juga yang dipinta?

Fahrin lantas berlalu keluar daripada bilik Aleyah. Dia tidak betah hatinya disakiti oleh isterinya itu.

"Encik Fah--" Mira agak tekejut melihat wajah bengis Fahrin yang keluar dengan tergesa-gesa. Niatnya bertanyakan hal akaun terbantut.

Mira kemudian menoleh ke arah pintu pejabat Aleyah. 'Semalam main angkat-angkat. Hari ni macam gaduh besar pula. Apa sebenarnya hubungan diorang ni?' gumam Mira.

"Tak payah fikirlah. Nanti kena marah pula ..." ujarnya sendirian. Dia sememangnya faham akan sikap tak menentu majikannya itu. Sudah terbiasa.

"Mira, mana fail saya yang lain?" tanya Aleyah yang muncul dari arah pintu.

"Ya-ya? Fail?" akibat terkejut disergah, Mira tergugup.

"Yelah fail ... awak dengar saya minta biskut ke?" perli Aleyah.

"Erm, sorry miss ... kejap lagi saya hantarkan," nyata gadis itu.

Aleyah mendengus dan menjulingkan mata ke atas.

"Cepat sikit buat kerja tu," sempat lagi dia mengingatkan.


***

"Kenapa kau ni? Keluar muka merah ... macam udang terbakar pulak," tanya Syed Hafizi. Niat hendak bertanyakan hal gadis tadi serta merta hilang apabila wajah Fahrin bengis balik ke arahnya.

Fahrin mendengus. Hatinya sakit mengenangkan sikap Aleyah. Setiap perkataan yang terkeluar dari mulut isterinya itu merangsang egonya.

'Kau je nak jaga ego kau? Habis aku ni? Nak tunduk pula pada ego kau tu?' marahnya dalam hati.

"Fahrin? Oi, Fahrin?" Syed Hafizi memangil sekali lagi selepas tiada respond dari sahabatnya itu.

"I'm okay!" balas Fahrin pendek. Keluhan berat dihembus lepas.

"Kalau okay, tak payahlah muka ketat. Nanti cepat berkedut jadi tua ... saham pun jatuh," usik Syed Hafizi. Sengaja dia menghiburkan hati sahabat karibnya.

"Aku okay lah ..." Fahrin mengendurkan nadanya bersama senyuman.

"Peliklah kau ni. Macam orang tengah marah isteri pula," nyata Syed Hafizi.

Fahrin mengerling ke arah Syed Hafizi. Terkilan dengan ayat lelaki itu. Tidak dia sangka Syed Hafizi mampu meneka perasaannya saat ini. Jelas sekali dia memang sedang marah kepada Aleyah, isteri pertama yang tidak diceritakan kepada sahabat baiknya sendiri. Fahrin menarik nafas berat, semakin sukar dia memujuk Aleyah dengan rahsia yang masih kemas tersimpan.

"Jauh lagi ke nak jumpa Aiden ni?" tanya Syed Hafizi. Tidak sabar rasanya bertemu dengan anak berusia tiga tahun itu.

"Ha? Tak ... tak jauh lagi ni. Sabarlah," balas Fahrin. Perasaan gugup segera disembunyikan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro