Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🌸Ep 1🌸

Tok-tok! Ketukan daun pintu jelas kedengaran.

"Masuk!" arah pemilik pejabat.

"Miss, I'm sorry but ada client nak jumpa Miss sekarang. Urgent! Puan Seri suruh Miss ke bilik meeting." beritahu Mira, pembantu peribadi kepada ketua pegawai eksekutif syarikat The Prestige Group.

"Ish! Tak puas hati apa lagi diorang ni?" Bergema suara pegawai tersebut. Terhinjut bahu Mira mendengarnya.

"Tak ... tahu lah, Miss. Better miss gerak ke sana sekarang," hampir saja tergagap mulut berkata. Tetapi sabar. Soal kerja, harus banyak bersabar.

Aleyah segera membetulkan shawl birunya. Fail yang sedang diteliti ditutup. Blezer gelap di tepi kerusi disarungkan ke tubuh tinggi. Pantas sahaja kakinya melangkah menuju ke arah pintu pejabatnya.

Mira terkocoh-kocoh mengejar pergerakkan majikannya. Sejurus pintu bilik mesyuarat dibuka, dua individu penting terhenti berbincang.

"Al, please have a seat ... we need to talk now." ujar seorang lelaki cina berusia separuh abad. Pelangan penting bagi syarikat ini yang terkenal dengan sikap kerek dan kedekut mata duitan! Aleyah mencebik bibir sambil duduk di kepala meja mesyuarat. Kerusi yang disediakan khas bagi ketua pegawai eksekutif.

"I'm sorry Mr.Chong, but I already discussed about our project in the last meeting. So, what is the problem now? I hate make meeting twice for things that already discussed and agreed!" tegas Aleyah.

"Al ... please behave. He is our client," Bisik Puan Seri Jannah lembut ke telinganya.

"Al, please consider me. Your budget is too high. All our product is good enough. No need to buy from another country. It's too expansive. My product has the same quality, why should we change?" Mr. Chong cuba menyatakan situasinya.

Aleyah mendegus, 'Dah agak!'

"But your product still under restriction! Because of your non-quality product, this project almost banned to this company. The Prestige Group almost lost billions. And you had killed somebody." tegas Aleyah.

Mr. Chong segera mengipas mukanya yang terasa panas membahang. Terkedu mendengar kata-kata gadis itu. Gara-gara sikapnya yamg tamak, ada nyawa yang telah terkorban.

"It's a mistake. I don't know how it happen. Before that, we have no problems, right?" Mr. Chong cuba membela diri.

'No problems kepala hotak! Macam aku tak tahu masalah syarikat kau. Tahu nak ambil untung saja. Bagi projek, sambil lewa je kau gunakan bahan murah yang tak berkualiti. Bila rosak kau salahkan pula The Prestige Group. Tak guna punya manusia!' jerit hati Aleyah.

"Al ... please, reconsider. We have partner for a long time. With the late Puan Seri husband, we have no problems, right?" Mr. Chong cuba memujuk Puan Seri Jannah pula.

"Do not ask her. All of this is my responsibility. When I said no, then means no! You better check up your company. If you do like the last project, then it will be our last partnership! We can hire other contractors who has reliability to achive The Prestige Group quality!" Aleyah masih bertegas. Dia bingkas bangun meninggalkan bilik mesyuarat itu.

Mr. Chong dan Puan Seri Jannah mengeluh di tempat duduk masing-masing.

"I'm sorry Mr. Chong. I think you should go back to your company. Maybe, she's not in stable emotion. But, I think ... I would agree with her ... and my late husband never doubt her talent. That is why she lead this company as good as now," ujar Puan Seri Jannah kepada Mr. Chong.

"But, Puan Seri ... I think you should change your CEO. A woman, can never be a leader!" marah benar balasan Mr. Chong itu. Bunyi dentuman pintu bilik mesyuarat bergema saat lelaki itu melangkah meninggalkan bilil mesyuarat. Puan Seri Jannah memicit-micit pelepisnya.

*

"Al ... tak baik berkasar. Al kan perempuan, berlembutlah sikit." Puan Seri Jannah memujuk anak angkatnya ini.

Aleyah yang sedang menghadap komputer riba, buat tidak peduli. Kerja yang tertangguh sebentar tadi, diteliti semula.

Sejak Aleyah meninggalkan rumah keluarganya, dia bekerja menjadi kuli di Syarikat ini. Dari mula dia bekerja hanya sebagai penyambut tetamu. Banyak yang telah dilaluinya selama tujuh tahun ini sehingga dia berjaya menjadi CEO wanita pertama syarikat besar itu! Orang luar pulak tu. Tiada kaitan langsung dengan Allahyarham Tuan Seri Ahmad Firdaus.

Tujuh tahun. Tujuh tahun ini Aleyah berubah secara drastik. Tiada lagi kelembutan dalam senyumannya. Tiada butir bicara bahasa lembut dan sopan. Kecuali kepada Puan Seri yang menganggapnya sebagai anak. Tapi dia tidak pula mahu berlebih-lebih baik. Orang luar. Saudara kandung pun sanggup tikam belakang depan. Apa lagi orang luar?

"Al tak suka orang tu. Nak kaut untung saja. Kerja sambil lewa. Sepatutnya dari dulu lagi arwah Tuan Seri buang dia." luah Aleyah.

"Al, kan Ummi dah pesan. Jangan asingkan Al dengan kami. Arwah Abi tak suka Al panggil dia 'Tuan Seri' lagi ... Al kan dah jadi anak Abi dengan Ummi ..." Pujuk Puan Seri Jannah.

"Maaf, puan seri ... Al tak nak jadi anak kepada sesiapa. Al ni anak derhaka. Biarlah Al sara hidup Al ni sendiri ..." Balas Aleyah. Pedih saat setiap kali menyatakan diri sendiri 'Anak derhaka'.

"Al ..." Puan Seri Jannah mengusap lembut tangan gadis itu. Ciuman lembut disuakan pada ubun Aleyah. Mengharapkan agar hati keras Aleyah akan terubat nanti. Sebagai seorang wanita, pasti Aleyah telah melalui banyak perkara hingga membuatkan dirinya jadi seperti ini.

Sedikit sebanyak, Puan Seri jannah cuba hendak menyelami hati gadis itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro