Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TIGA


"AWAL nenek bangun? Belum subuh lagi."

"Nenek memang selalu bangun awal. Lepas solat tahajud boleh terus sediakan sarapan. Kamu dah solat?"

"Baru nak solat. Ingat lepas ni Zaff nak keluar beli sarapan kita berdua. Nenek nak makan apa?"

"Tak payahlah beli. Hari ni nenek nak masak special. Nenek dah niat nak hantar nasi lemak ke rumah Salmah tu. Minggu lepas anak dia tolong nenek belikan barang dapur kat Mydin. Jadi nenek nak bagilah dia hadiah."

"Zara ya, nek?"

"A'ah. Dia memang selalu tolong nenek belikan barang dapur. Kadang tu nenek nak bayar dia tak nak ambil pun. Segan pula nenek. Itu yang nenek nak hantarkan dia nasi lemak ni nanti. Kamu tolong hantar boleh?"

"Bagus juga tu, nek. Bab hantar tak ada masalah pun. Zaff pun dah lama tak makan nasi lemak sejak balik Malaysia ni. Asyik-asyik makan fast food aje. Naik muak dah. Ada apa-apa barang nak beli ke? Lepas solat nanti boleh Zaff pergi kedai terus."

"Tak payah. Semua dah ada. Kamu pergi solat dulu. Lepas tu nanti tolong nenek kat dapur ya."

"Oraitt!"

Kelmarin lepas beli barang aku lupa satu benda nak bagi pada Nek Wan. Tapi bila mak suruh hantar nasi lemak pagi ni ke rumah itu, barulah aku teringat semula.

Wahh! Ada singa depan rumah Nek Wanlah. Dengan reaksi teruja aku mendekat. Berkilat pula tu. Ni mesti Abang Zaff punya. Anak orang senang. Setakat Peugeot 508 dah biasa pada dia. Tapi pada aku, nampak mewah.

Waktu macam ni mesti pak cik tu tak bangun lagi. Maklumlah, tinggal kampung cuaca pagi sejuk. Tak sama macam bandar. Waktu begini memang sedap tarik selimut lagi.

"Assalammualaikum..."

Kali ketiga aku memberi salam, barulah ada suara menyahut. Itu pun kedengaran di hujung-hujung saja.

"Alahai, buah hati abang dah sampai rupanya."

"Eh? Macam tak percaya je abang dah bangun. Ingatkan tidur lagi."

"Tengok kakilah. Selamat pagi Cik Zara."

"Selamat pagi Encik Zaff. Jangan ambil hati ya. Zara bergurau je. Nek Wan mana? Mak Zara ada kirim nasi lemak ni."

"Nasi lemak? Alahai...abang baru je nak masakkan nasi lemak untuk Zara. Dah siap abang ingat nak hantar kat rumah boleh kita makan sama."

"Abang nak masak nasi lemak?" Terus kau tekup mulut menahan rasa nak tergelak.

"Yelah. Apa ? Ingat abang tak tahu masak?"

"Err...tak payah masaklah. Ni nasi lemaknya dah siap pun. Tinggal nak makan je."

"Mehlah masuk kita makan sekali. Abang tak bolehlah kalau terima nasi lemak aje tapi penemannya tak ada."

"Ish, mengada abang ni. Zara kirim untuk Nek Wan."

"Tak kisahlah untuk siapa. Tapi kalau dah sampai ke rumah ni bermakna abang punya jugalah tu."

"Nek Wan tidur lagi ke?"

"Tak...masuklah."

"Nek..Zara datang hantar nasi lemak ni." Cukup bersahaja Zaff menjerit.

Aku pula yang berasa segan datang rumah itu awal-awal pagi.

"Hah? Nasi lemak?"

"Ha'ah. Tak sempat kita nak masak dia dah hantar dulu."

"Ya Allah, awalnya kamu masak nasi lemak Zara. Nenek baru cadang nak bagi kamu makan nasi lemak buatan nenek hari ni. Dah dia menghantar pula untuk kita."

"Tulah, nek. Apa kita nak buat dengan budak ni? Terbatal rancangan kita nek. Kena bagi hukuman ni."

"Ish, abang ni orang hantar nasi lemak dia nak hukum orang pula."

"Dah-dah, rezeki depan mata jangan ditolak. Lain kali nanti kita pula buat hantar ke rumah dia. Nenek ni bukan apa, segan kamu selalu aje belanja nenek belikan barang dapur. Bila nenek bagi kamu duit, kamu tolak. Nenek risau kalau duit belanja kamu tak cukup."

"Tak adalah nek. Duit Zara cukup. Ada lebih Zara belikanlah apa barang yang nenek nak tu. Bukannya banyk pun."

"Kamu dengar tu Zaff. Nenek geram aje dengan dia ni. Suka belanja nenek beli itu ini. Malu nenek tahu." Bahuku dipaut kuat. Tepi dahiku sempat pula dicium berkali-kali.

Sehingga aku jadi malu bila mata Zaff merenung aku tak berkelip. Bibir itu mengukir senyum manis sama. Cepat-cepat aku mengalih pandang.

"Kalau malu apa kata kita makan nasi lemak yang mak masak ni. Sedap ni nek."

"Elok juga mak Zara yang masak tu. Kalau Zara yang masak, buncitlah perut lepas makan ni."

"Kenapa pula buncit."

"Sedap sangat."

"Belum rasa mana tahu. Kan nenek?"

"Orang macam ni dia dapat pandang muka kamu pun dia boleh kata sedap. Apa lagi kalau dah masuk dalam perut."

"Amboi nenek sempat lagi nak kenakan cucu sendiri. Duduklah, Zaff buatkan air ya. Zara nak air apa?"

"Teh tarik satu."

"Amboi, ingat abang ni kedai mamak ke?"

"Tadi tanya. Buat jelah."

Sempat lagi aku mencebik lelaki itu. Sengaja mahu mengusiknya pula.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro