ENAM
"ZARA.."
"Ya mak?"
"Tinggalkan pinggan mangkuk tu. Pergi depan, ada orang nak jumpa."
"Siapa?"
"Cucu Nek Wan kamulah. Siapa lagi."
Jawapan mak terus buat aku boleh mengagak siapa.
"Abang Zaff nak apa?"
"Katanya minta Zara teman dia keluar beli barang. Pergilah."
Tercengang sekejap bila mak berkata begitu.
"Eh? Mak izinkan Zara keluar dengan dia ke?"
"Dia tak faham lagi jalan kat sini. Maklumlah dah lama tinggal kat overseas tu. Sebab tulah dia minta izin dengan mak nak ajak Zara tunjukkan jalan."
"Tak kan dia tak ada kawan nak ajak temankan? Yelah, mesti kawan-kawan dia suka bila dapat tahu dia dah balik sinikan. Macam pelik aje Abang Zaff ni tau."
"Tak ada yang peliknya. Dia pindah duduk overseas dulu waktu Pak Long kamu sibuk uruskan perniagaan hartanah dengan kawan dia. Lepas tu tahu-tahu dia terus melekat tinggal sana tak balik sini. Dahlah, pergilah jumpa dia. Karang lama pula dia menunggu."
"Hm..yelah. Zara jumpa dia kejap. Pinggan ni nanti Zara sambung cuci ya."
Beberapa tapak aku melangkah mahu meninggalkan ruang dapur, tiba-tiba mak bersuara semula.
"Jangan balik lambat sangat. Sebelum asar mesti dah sampai rumah."
Makin berkerut dahi aku dibuatnya. Eh mak ni? Baru nak pergi. Aku belum pun bagi kata putus sama ada nak ikut atau tidak. Senang betul bagi izin.
*****
DIRUANG tamu aku sudah terhidu bau asap rokok. Tak lain tak bukan tentunya datang dari lelaki itu. Melihat aku sudah mendekat, cepat-cepat Zaff jentik baki rokoknya ke luar tingkap.
"Hah! Buang sampah kat rumah Zara."
"Alah, puntung rokok aje."
"Tak kiralah puntung rokok ke apa, kebersihan tu melambangkan identiti seseorang. Abang tak rasa jadi seorang pengotor ke?"
"Yelah, yelah. Abang ambil balik."
Bila Zaff kembali mengutip puntung rokok kepunyaannya tadi, perlahan aku tergelak sendiri. Rasakan. Sengaja nak cari pasal. Jangan ingat bila duduk overseas sana balik sini boleh buat sesuka hati buang sampah merata-rata."
"Bisa betul ayat dia. Terasa abang."
Aku tahan senyum.
"Ada apa nak jumpa Zara ni?"Sengaja aku keraskan nada suara menduga menunggu jawapannya.
"Janganlah tanya. Zara mesti dah tahu apa yang mak cakap tadikan."
"Abang tak ada orang lain ke nak ajak. Zara malaslah nak keluar. Lagipun tengah sibuk tolong mak berkemas."
Zaff senyap. Matanya merenung aku tak berkelip.
"Apa?"
"Kalau ya pun janganlah garang sangat. Abang cuma nak ajak Zara keluar je."
"Maaf ya abang, Zara tak boleh keluar. Sibuk, ada kerja nak buat."
"Hm...mak tak ada pula cakap dengan abang Zara sibuk. Tu yang abang minta izin ajak Zara keluar. Maaflah kalau abang datang tak kena waktu. Habis tu Zara tak dapatlah temankan abang?"
"Ajak Zara keluar ni nak tengok wayang ke?"
"Suka tengok wayang ya? Abang tak minat masalahnya. Wayang belum start abang dah lelap. Lagipun sejuklah dalam bilik wayang tu. Abang tak tahan. Nanti mesti nak cari selimut."
"Jangan nak bohong. Kat Sdney tu lagi sejuk. Boleh je abang tahan."
"Tulah Zara tak tahu. Dalam panggung kalau sejuk kena guna alat bantuan kecemasan. Tambah kat dalam tu gelap, lagi senang dapat virus. Itu yang abang tak nak."
Ada senyum miang yang terpamer di wajah itu. Jelas sekali aku faham cara senyum itu.
"Virus penyakit gatallah tu. Macamlah Zara tak faham."
"Abang gurau jelah."
"Hm...Dah tu, abang nak pergi mana?"
"Saja nak jalan-jalan cari barang.
Tak adalah penting sangat. Sekadar nak cuci mata je lebihnya."
"Kalau tak penting kita keluar lain kali jelah. Zara nak tolong mak ni. Kesian mak tak ada orang nak bantu dia berkemas."
"Yelah. Betul juga cakap Zara tu. Salah abanglah sebab tak tanya Zara free ke tidak semalam. Kalau macam tu abang balik dululah. Lain kali kita keluar ya."
"Zaff..."
Elok saja lelaki itu bangkit, suara ayah membuatkan kami memandang serentak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro