Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

EMPAT

"ZARA.."

"Ya mak?"

"Tinggalkan pinggan mangkuk tu. Pergi depan, ada orang nak jumpa."

"Siapa?"

"Cucu Nek Wan kamulah. Siapa lagi."

Jawapan mak terus buat aku boleh mengagak siapa.

"Abang Zaff nak apa?"

"Katanya minta Zara teman dia keluar beli barang. Pergilah."

Tercengang sekejap bila mak berkata begitu.

"Eh? Mak izinkan Zara keluar dengan dia ke?"

"Dia tak faham lagi jalan kat sini. Maklumlah dah lama tinggal kat overseas tu. Sebab tulah dia minta izin dengan mak nak ajak Zara tunjukkan jalan."

"Tak kan dia tak ada kawan nak ajak temankan? Yelah, mesti kawan-kawan dia suka bila dapat tahu dia dah balik sinikan. Macam pelik aje Abang Zaff ni tau."

"Tak ada yang peliknya. Dia pindah duduk overseas dulu waktu Pak Long kamu sibuk uruskan perniagaan hartanah dengan kawan dia. Lepas tu tahu-tahu dia terus melekat tinggal sana tak balik sini. Dahlah, pergilah jumpa dia. Karang lama pula dia menunggu."

"Hm..yelah. Zara jumpa dia kejap. Pinggan ni nanti Zara sambung cuci ya."

Beberapa tapak aku melangkah mahu meninggalkan ruang dapur, tiba-tiba mak bersuara semula.

"Jangan balik lambat sangat. Sebelum asar mesti dah sampai rumah."

Makin berkerut dahi aku dibuatnya. Eh mak ni? Baru nak pergi. Aku belum pun bagi kata putus sama ada nak ikut atau tidak. Senang betul bagi izin.

                                                                                                  *****

DIRUANG tamu aku sudah terhidu bau asap rokok. Tak lain tak bukan tentunya datang dari lelaki itu. Melihat aku sudah mendekat, cepat-cepat Zaff jentik baki rokoknya ke luar tingkap.

"Hah! Buang sampah kat rumah Zara."

"Alah, puntung rokok aje."

"Tak kiralah puntung rokok ke apa, kebersihan tu melambangkan identiti seseorang. Abang tak rasa jadi seorang pengotor ke?"

"Yelah, yelah. Abang ambil balik."

Bila Zaff kembali mengutip puntung rokok kepunyaannya tadi, perlahan aku tergelak sendiri. Rasakan. Sengaja nak cari pasal. Jangan ingat bila duduk overseas sana balik sini boleh buat sesuka hati buang sampah merata-rata."

"Bisa betul ayat dia. Terasa abang."

Aku tahan senyum.

"Ada apa nak jumpa Zara ni?"Sengaja aku keraskan nada suara menduga menunggu jawapannya.

"Janganlah tanya. Zara mesti dah tahu apa yang mak cakap tadikan."

"Abang tak ada orang lain ke nak ajak. Zara malaslah nak keluar. Lagipun tengah sibuk tolong mak berkemas."

Zaff senyap. Matanya merenung aku tak berkelip.

"Apa?"

"Kalau ya pun janganlah garang sangat. Abang cuma nak ajak Zara keluar je."

"Maaf ya abang, Zara tak boleh keluar. Sibuk, ada kerja nak buat."

"Hm...mak tak ada pula cakap dengan abang Zara sibuk. Tu yang abang minta izin ajak Zara keluar. Maaflah kalau abang datang tak kena waktu. Habis tu Zara tak dapatlah temankan abang?"

"Ajak Zara keluar ni nak tengok wayang ke?"

"Suka tengok wayang ya? Abang tak minat masalahnya. Wayang belum start abang dah lelap. Lagipun sejuklah dalam bilik wayang tu. Abang tak tahan. Nanti mesti nak cari selimut."

"Jangan nak bohong. Kat Sdney tu lagi sejuk. Boleh je abang tahan."

"Tulah Zara tak tahu. Dalam panggung kalau sejuk kena guna alat bantuan kecemasan. Tambah kat dalam tu gelap, lagi senang dapat virus. Itu yang abang tak nak."

Ada senyum miang yang terpamer di wajah itu. Jelas sekali aku faham cara senyum itu.

"Virus penyakit gatallah tu. Macamlah Zara tak faham."

"Abang gurau jelah."

"Hm...Dah tu, abang nak pergi mana?"

"Saja nak jalan-jalan cari barang.

Tak adalah penting sangat. Sekadar nak cuci mata je lebihnya."

"Kalau tak penting kita keluar lain kali jelah. Zara nak tolong mak ni. Kesian mak tak ada orang nak bantu dia berkemas."

"Yelah. Betul juga cakap Zara tu. Salah abanglah sebab tak tanya Zara free ke tidak semalam. Kalau macam tu abang balik dululah. Lain kali kita keluar ya."

"Zaff..."

Elok saja lelaki itu bangkit, suara ayah membuatkan kami memandang serentak.

                                                                                        *****

DARI dalam kereta lagi aku senyap tak tahu nak berbual apa. Sebab utamanya aku segan bila pertama kali diberi izin oleh mak dan ayah keluar dengan Zaff. Jarang ada orang tua yang very sporting macam mak ayah aku ni. Besar sungguh kepercayaan yang diberi oleh dia orang sebagai orang tua. Mungkin sebab aku seorang anak yang menurut kata dan jarang ambil peluang untuk keluar tanpa sebab.

Sepanjang aku kenal Zaff, inilah permulaan kami mula rapat. Waktu zaman kecil dulu memang langsung tak pernah bertegur siapa. Lebih dengan hal sendiri. Bila dah besar, tiba-tiba boleh jadi rapat begini. Padahal aku langsung tak kenal hati budinya macam mana.

"Kenapa diam aje dari tadi. Tak ada apa-apa ke nak berbual dengan abang?"

"Zara tak tahu nak cakap apa. Abang pun tahukan kita sebelum ni tak rapat. Macam tak ada topik yang kita nak bualkan."

"Tak rapat boleh rapat-rapatkan. Nek Wan dengan Tok Chik Zara tu sepupu. Walaupun kita ni saudara jauh, orang kata boleh nikah tahu."

Aku menoleh Zaff. Eh? Itu pula yang dikatakan.

"Sempat aje abang ni cakap pasal kahwin. Dah teringin sangatlah tu?"

"Usia macam abang ni memang patut dah kahwin pun. Tapi tulah, belum jumpa yang sesuai. Zara bila lagi? Orang perempuan tak elok kahwin lewat-lewat. Nanti jadi andartu."

Kali ni dahi aku berkerut mendengar kata-katanya. Ayat perli macam nak tuju pada aku je.

"Zara muda lagi. Banyak masa nak fikir. Mak dengan ayah masih perlukan bantuan Zara untuk bantu Zarin belajar. Tahun depan tahun akhir. Lepas tu nanti barulah Zara boleh fikirkan masa depan Zara pula."

"Orang manis macam Zara ni mesti ramai lelaki sukakan? Abang tengoklah, lenggok Zara berjalan aje dah buat orang terpikat. Inikan pula bila dapat tengok Zara senyum."

"Lain macam je ayat tu? Selama kat sini abang selalu skodeng Zara berjalanlah ya?"

"Dah ayah kata Zara belum berpunya, peluanglah kat abangkan. Nak pilih bakal isteri ni kena selidik juga dengan bakal pak mentuanya."

"Ish, tak malunya..." Spontan aku balas.

Tapi lelaki ini bersahaja melepaskan ketawanya.

"Zara ada teman lelaki?"

Terdiam sekejap aku dengan soalannya. Ada-ada saja yang dia nak tahu pasal aku.

"Ada."

Dengan yakin aku menjawab. Tak nak Zaff fikir yang aku ni tak ada yang minat. Nanti mesti jadi bahan ejekan. Sebab utamanya aku ingat lagi bila dia kata dia tak ada teman wanita. Hm..boleh percaya ke?

"Dia sama belajar dengan Zara dulu. Tapi sekarang ni kita orang dah jarang jumpa, sebab tak tahu dia kerja mana sekarang lepas dia berhenti kat kafe tu."

"Pernah dia cakap nak melamar Zara sebelum ni?"

Pula! Ada je akal nak tanya aku soalan yang berkaitan macam tu. Macam dia boleh agak yang aku ni sebenarnya memang cuba sembunyikan sesuatu.

"Belum lagi. Mungkin dia ambil masa sikit kot."

Dengan muka polos jujur saja aku memberi jawapan.

"Kot? Maksudnya apa tu?"

"Zara tak bincang apa-apa pun dengan dia. Kami dah jarang berhubung."

"Kalaulah ada seseorang yang sukakan Zara waktu sekarang ni, Zara terima tak?"

"Entahlah. Susah nak jawab soalan abang tu. Sebab Zara masih belum terfikir untuk kahwin lagi."

"Kahwin lagi? Zara dah pernah kahwin ke sebelum ni?"

"Eh, mana ada. Kahwin lagi tu maksud Zara, kahwinlah. Belum terfikir nak kahwin. Buang perkataan lagi tu."

"Oo..."

"Kenapa abang tanya macam-macam ni? Seramlah Zara."

"Sajalah. Abang tak naklah nanti teman lelaki Zara nampak kita keluar berdua macam ni dia fikir yang bukan-bukan. Nanti jadi salah faham, susah."

"Tak payah risau abang. Dia bukan jenis orang yang suka serang tanpa bukti. Kalau dia cemburu biar jelah. Kan cemburu tu tanda sayang."

"Ye ke? Yang abang tahu cemburu tu tanda nak minta putus."

"Ish, tak baik doa macam tu. Jangan-jangan abang tu kot."

"Abang kalau perempuan minta putus rugilah dia. Bukan senang tahu nak cari musang berjanggut cap Sdney macam abang ni."

Terburai gelak aku kesudahannya. Tiba-tiba ajeboleh pinjam ayat mengejek aku.

"Kelakarlah abang ni. Jomlah kita pergi cari makan. Lapar perut Zara."


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro