DUA
MEMANDANGKAN kebun pisang ayah sekarang banyak mengeluarkan hasil, minum petang mak meminta aku bancuhkan tepung membuat cekodok pisang. Siap saja, terus aku hidang panas-panas atas meja.
"Zara..."
"Ye mak."
"Buatkan air lebih sikit. Zaff ada sekali ni."
Aku intai sedikit dari sebalik pintu. Alahai, ada juga encik abang janggut ni datang rupanya. Ingatkan tak muncul tadi.
Awal tadi aku dengar mak berbual diluar. Ingatkan berbual dengan jiran sebelah rumah kami. Rupanya lelaki itu dan Nek Wan sekali.
"Ada apa dia datang mak. Nak minta beli pisang ke?"
"A'ah. Tapi mak bagi aje. Katanya nak buat kuih. Si Zaff tu sibuk nak Nek Wan kau buatkan."
"Kalau macam tu makan jelah cekodok ni. Zara dah siap masakkan. Kalau nak air kena
tunggulah. Air panas baru jerang."
"Guna air dalam tarmos tu. Mak dah salin siap-siap tadi."
Mak macam boleh agak je siapa yang nak datang petang-petang begini. Siap stanby air panas dalam tarmos lagi.
"Baik. Dah siap nanti Zara hantar." Patuh ku membalas arahan mak.
Sekali lagi aku mengintai disebalik pintu melihat masing-masing duduk bersantai dipangkin luar rumah. Entah apalah yang sempat dibualkan agaknya. Cerita pasal cari jodoh ke? Ish, kesitu pula yang aku fikir. Aku tahan ketawa melayan hati bercakap sendiri.
"ABANG minum kopi tak?"
Pertanyaan aku terus membuat Zaff tersenyum.
"Kesukaan abang tu. Zara buat ya?"
"Siapa lagi kalau bukan tangan ni. Mak kan dah keluar tadi. Tapi kan bang, kopi ni kopi cap tupai. Abang minum ke?"
"Cap tupai pun cap tupailah. Janji kopi. Manis tak?"
"Dah letak gula mestilah manis. Abang ni macam tak biasa minum kopi pula."
"Manalah tahu terlupa pula. Yelah, orang tukan dah lama tak jumpa abang. Kot-kot dia ada gementar lagi ke tengok muka macho abang ni."
"Ee...perasannya abang ni. Ni mesti fikir Zara tak reti buat airkan."
Ayat menduga ku buat bibir itu tersenyum luas. Saja nak mengusik aku. Biasalah, waktu zaman kami kecil-kecil dulu kami jarang bertegur. Lepas setahun dia satu sekolah dengan aku, tiba-tiba Pak Long bawa dia pindah ke Sdney. Zaman remaja kami waktu itu. Sampailah dah besar begini barulah berjumpa semula. Jadi aku tak boleh nak agak Zaff ni jenis orangnya macam mana. Mungkin dah besar nilah peluang kami kenal semula.
Kurang tiga langkah aku berlalu dari pangkin, lelaki itu tersedak tiba-tiba. Laju aku menoleh. Dengan rasa terkejut aku kembali mendekat disebelahnya.
"Ni mesti minum tak baca bismillahkan?"
"Adoi, Zara kalau nak seksa naluri abang pun janganlah sampai macam ni. Depan mata abanglah benda ni."
Seluar 'kecik' berwarna hitam tinggi diangkat ke hujung telunjuk. Sungguh aku tak mampu kawal rasa terkejut. Dengan sepantas kilat aku menarik objek tersebut dari tangannya dan sorok ke belakang badan. Zara...apa nak jadi ni? Kau dah malukan diri sendirilah.
"Sorry abang, tak sengaja nak tayang. Maklah ni, tadi Zara tengah angkat kain dia minta buatkan air untuk abang pula. Tu yang terbawa sekali."
"Nasib baik warna hitam bukan merah. Kalau tidak hilang biji mata abang."
"Ish, abang ni. Saja nak malukan Zarakan."
"Tak payah malu. Bukannya abang nak bagitahu sesiapa pun. Kita berdua je kat sini. Nek Wan dengan mak Zara kat sana tu. Lain kali jangan buat lagi tahu. Manalah tahu abang terbawa balik ke, jadi koleksi nanti."
"Mengadalah abang ni. Dahlah, Zara nak kemas bilik. Abang minum kopi tu sampai habis."
"Alah, temanlah abang minum sekali. Kemas bilik tu nanti-nantilah. Kejap lagi abang nak balik dah."
Keramahan Zaff buat aku bertambah segan. Malu tadi pun tak hilang lagi. Lambat-lambat aku melabuhkan duduk. Berjarak dari tempatnya duduk.
"Zara sekarang buat apa? Dah habis belajarkan?"
"Lama dah abang. Sekarang ni Zara buat kerja part time tolong kawan dekat kafe."
"Tak ada kerja tetap?"
"Masih menunggu lagi. Tahu jelah sekarang ni susah nak dapat kerja tetap walaupun ada kelulusan tinggi. Merata dah cari. Ada juga kawan Zara yang tak berkerja.Katanya gaji tak sesuai dengan kelulusan. Abang sekarang buat apa?"
"Lepak rumah jelah. Menembamkan badan. Makan tidur makan tidur. Tu jelah kerja abang sekarang."
"Aii..belajar bertahun-tahun kat Sdney balik Malaysia makan tidur makan tidur je. Bertuahnya Pak Long dapat anak rajin macam ni ya."
Tergelak besar Zaff mendengar perlian dari aku.
"Abang cuti sebulanlah. Percaya aje.."
"Manalah tahu betul pula."
"Tak ada maknanya abang dapat nak makan tidur makan tidur aje. Papa abang kalau dah bising, seminggu dia melarat. Tak larat telinga abang nak dengar. Balik ni pun ada sebab lain juga."
"Hm...Zara macam dah boleh agak apa sebabnya tu."
"Yelah tu. Ada pilihan objektif ke dalam kepala tu pandai teka-teka pula."
"Biasalah, drama kat tv tu selalu je keluar cerita-cerita bila anak dah habis belajar kat luar Negara, balik Malaysia mesti sebab kena kahwinkan. Tak pun dah kahwin kat sana bawa balik isteri kat sini. Dah biasa sangat."
"Amboi, banyak tengok tv ni. Nampak sangat terpengaruh dengan drama."
"Dah tu kalau salah, cuba bagitahu sebab lain kenapa abang balik sini? Mustahillah sebab nak jaga Nek Wan sebulan je."
Bibir itu sekali mengukir senyum.
"Disebabkan Zara berminat nak tahu, terpaksalah abang kongsi. Tapi kalau abang cakap Zara jangan gelak pula."
"Tak tahu lagi nak gelak kenapa. Abang ni."
"Yelah, senyum Zara tu ada maknakan. Kalau abang cakap je mesti Zara gelak."
"Tak. Cakaplah cepat Zara nak tahu."
Zaff jeling aku sekilas.
"Satu, sebab abang nak melawat kubur arwah atok. Rindu abang tak pernah hilang sejak dia meninggal. Bertahun tak balik sini, abang masih terasa yang atok masih ada lagi sekarang."
Aku terdiam seketika. Air muka Zaff ku perhatikan sedikit berubah apabila mulut itu sendiri yang menyebut nama Tok Chik.
"Sebab lain?"
"Ada seseorang kat sini yang menunggu abang."
"Siapa."
"Adalah."
"Ni mesti buah hati dialah tu."
Zaff tersenyum mendengar ayat tekaanku.
Bermakna lelaki ni hatinya sudah berpunyalah.
"Tak sangka, laku juga musang berjanggut cap Sdney ni ya. Siapalah perempuan yang bertuah tu?"
Mengekek Zaff tergelak.
"Kutuk abang ya. Musang berjanggut cap Sdney katanya kita. Tak baik tahu. Abang ni asli lagi cap Malaysia."
"Yelah tu. Apa-apa pun tahniahlah untuk orang tu."
"Nak tahniah kenapa? Abang belum dapat calon lagilah. Kecualilah Zara setuju nak jadi calon isteri abang. Banggalah sikit tak ada orang nak kutuk abang lagi lepas ni."
"Menyampah dengar ayat abang tu. Bertahun-tahun duduk dekat Sdney tu tak kanlah tak ada pasang girl friend."
"Girl friend tu banyak Zara. Tapi yang betul-betul special belum dapat. Zara jelah jadi special untuk abang."
"Tak naklah. Nanti kalau girl friend abang yang banyak-banyak tu dengar, mesti dia serang Zara. Zara bukan setakat nak lelaki yang single and available aje, tapi biar pandai masak. Nanti bila Zara mengidam nak makan sesuatu, comfirm suami Zara boleh masak."
"Abang pandai masak."
"Masak air jelah." Terlebih dulu aku meneka.
"Apa pun boleh wahai Cik Zara."
"Yelah tu. Mula-mula semua pun kata boleh. Lepas tu bila suruh buat, apa pun tak jadi. Tak apalah abang. Zara tak nak. Abang cari orang lain jelah. Dah, Zara nak masuk dalam berkemas. Abang duduklah sini sorang-sorang."
"Eh, sabarlah. Belum puas abang nak berborak dengan Zara tahu. Mehlah temankan abang minum."
"Tak nak. Mak dah pesan jangan berkawan dengan lelaki banyak girl friend macam abang. Nanti jadi penyakit."
"Baguslah dapat penyakit. Senang abang tolong sembuhkan. Meh duduk sini abang dodoi."
"Wek. Tak nak." Sempat aku mengejek sebelum berlalu laju menapak sehingga ke depan pintu.
"Kalau macam tu kita kahwin jelah. Abang buang semua girl friend yang banyak-banyak tu."
"Tak nak..."
Aku sembunyi disebalik dinding.
"Tak baik tolak. Abang ikhlas tahu."
Tersungging senyum ku sendiri. Tangan segera menekup mulut sendiri jangan terlepas bunyi ketawa yang ditahan.
Mendengar tapak kaki berjalan datang mendekat ke arah pintu, cepat-cepat aku berlalu masuk ke bilik.
"Abang tahu Zara dengar. Jangan lupa ya fikir-fikirkan apa yang abang cakap tadi. Abang balik dulu."
Dari langsir tingkap aku memerhatikan Zaff. Aman musang berjanggut cap Sdney tu dah balik.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro