Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4 - Sentuh

"Bro! Lama tak nampak"

Penumbuk mereka berlaga. Terbit senyuman di bibir masing-masing. Baru sekarang mereka dapat bertemu selepas majlis perkahwinannya. Lelaki itu terlalu sibuk menguruskan trail kuda yang satu ini. 

Mereka berdua menapak ke kerusi yang disediakan. Sambil ditemani pemandangan indah kawanan kuda di situ.

"Kau sejak kahwin langsung tak nampak muka. Mentang-mentang dah dapat si Safeya tu, senang je lupakan aku kan" Izreal sengaja mengusik.

Siapa je tak kenal Deanna Safeya, perempuan paling hot di kelab malam. Rebutan jejaka malaya. Termasuk dirinya. Kuat jugak penangan Firhad Mifzal ni. Padahal pasangan itu baru saja kenal, tengok-tengok dah kahwin. Dia yang orang tengah ni pulak yang tak kahwin-kahwin lagi sampai sekarang.

Jika dilihat bagaimana layanan Firhad, dia tak pelik. Dia sendiri nampak perubahan pada gadis itu. Dari tak cukup kain, terus bertutup litup. Tapi, dia tahu itu semua muslihat. Tujuan sebenarnya adalah untuk dapatkan Safeya. Yang dia tak tahu punca kenapa lelaki itu berdendam. Tak pula Firhad ceritakan lebih terperinci.

"Kau jugak yang tolong aku dapatkan dia" Firhad meneguk air tin coca-cola. Cuaca panas di situ membuatkan tekaknya kering. Topi putih di kepala ditanggalkan lalu diletak atas meja. Rambut diraup ke belakang.

"Takda hal bro. Pastikan kau jaga dia baik-baik. Kalau tak nak, bagi je aku"

Firhad berubah riak. Dia kenal Izreal. Lelaki itu memang suka bertukar-tukar perempuan. Walaupun dia bencikan Safeya, tak adalah sampai nak serahkan pada kawan sendiri. Gadis itu hanya miliknya seorang.

"Aku gurau je. Jangan lah garang sangat muka tu" Izreal ketawa kecil apabila Firhad menjeling tajam. Kata benci tapi bila cuit sikit tahu pula cemburu.

"So.. apa perancangan kau lepas ni? Tan Sri Haniff dapat cam kau tak?"

Mereka ada agenda yang sama. Jatuhkan Tan Sri Haniff. Kisah Izreal lebih kurang sama dengan Firhad. Dia mahu lelaki itu terima pembalasan. Keluarganya berpecah kerana lelaki itu juga. 

"Setakat ni belum ada berita apa-apa. Orang dia tak datang cari aku. Aku assume yang dia tak kenal aku siapa. Tengok la esok dia muncul ke tak lepas aku lingkupkan syarikat keluarga dia ni" jelas Firhad satu persatu.

"Kau hancurkan je manusia sombong tu. Apa-apapun aku belakang kau"

Firhad angguk. Wajah Izreal dipandang. Lelaki itu sememangnya lahir dari keluarga mewah. Minta apa semua dapat. Dalam kemewahan itu, Izreal turut diuji. Ibunya dikatakan ada hubungan dengan Tan Sri Haniff. Dan dia dibuang tanpa dipedulikan lagi.

Persahabatan mereka terjalin dalam pertemuan tak diduga. Bermula apabila kereta Izreal rosak di tengah jalan. Dan Firhad datang menolong. Kerana keikhlasan dan kepercayaan yang tinggi pada lelaki itu, membuatkan Izreal mengambil lelaki itu sebagai bisnes partner.

"Kau asyik tanya aku, kau tu.. how's your life? Still dengan kerja tu?" Firhad menyoal. 

Kerja yang dimaksudkan ialah tentang aktivitinya setiap malam. Berhibur dan cari ketenangan. Itu cara dia sendiri untuk isi kekosongan jiwa. Dia sunyi.

"Yup.. still. So far okay. Macam ni je lah hidup aku. But, the lady's part aku dah insaf. We getting better, man. Aku pun masih dalam usaha cari jodoh yang sesuai untuk aku. Safeya dah jadi milik kau, tak kan aku nak jadi third person. Tapi, kalau kau bagi apa salahnya, kan?"

Firhad tidak ketawa. Melebih pulak mamat sorang ni. Member tak member. Ada jugak yang makan penumbuk.

"Safeya jangan berani kau sentuh. Dia hak aku sorang. Kau nak, kau cari lain" keras suara itu kedengaran. Wajah itu dipandang tajam.

Meletak tawa Izreal dibuatnya. 

"Kuat sangat cemburu kau ni. Kau kan bencikan dia, tak kan dah jatuh cinta kut. Kau lupa tujuan sebenar kau dapatkan dia?"

"Aku tak lupa dan tak akan pernah lupa" tegas Firhad berkata. Entah mengapa wujud perasaan itu. Tak pasti sama ada itu cemburu atau tidak.

Kening Izreal terangkat sebelah sebelum menggeleng. 

"Jangan risau la, Had. Sasaran aku cuma pada Tan Sri Haniff. Aku tak akan kacau Safeya. Lagipun, banyak lagi perempuan aku boleh pilih" Izreal menyandarkan tubuh pada kerusi. 

Dia nak kacau Safeya? Memang tak lah. Risau kang ada yang mati kena langgar tengah jalan oleh Firhad. Bukan boleh buat main dengan lelaki itu.

"Ikut suka kau la, Real. Asalkan jangan kacau hal aku"

•••••

Mata Safeya tepat pada skrin televisyen. Hanya jasadnya berada di situ, fikirannya melayang. Sejak kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku. Berkenaan dengan syarikat, tentang Firhad.. Argh! Lelaki itu lagi. Otaknya asyik terbayang akan suaminya.

Bermula dari pertemuan awal mereka, saat mereka bahagia, hinggalah hatinya dihancurkan. Semuanya terlayang di depan mata. Kejadian berlaku sangat pantas. Kebahagiaan yang dia rasakan bersama lelaki itu hancur bagaikan debu. 

"Ada rupanya. Ingatkan dah mampus"

Kata-kata sinis yang masuk ke dalam telinga membuatkan Safeya tersedar. Hilang terus lamunan tadi. Baru terfikir, terus muncul. Ilmu apa yang Firhad pakai sampai dia sendiri tak mampu membenci lelaki itu. 

Dia lihat Firhad menuruni tangga. Terus dia menoleh semula. Tak betah untuk melihat gerangan yang telah menghancurkan hatinya. 

"Pergi masakkan untuk aku. Aku lapar" Firhad memberi arahan. 

Safeya menjeling. Sudah la ini rumahnya. Dan sekarang Firhad melayannya seperti hamba. Dasar lelaki tak kenang budi!

"I'm not your maid" balas Safeya berani. Dari hujung mata, Safeya melihat Firhad mengetap bibir. Dia tahu lelaki itu menahan marah.

"Sejak bila kau pandai melawan? Dulu boleh je kau cakap lembut dengan aku"

"Sejak aku kahwin dengan kau" Safeya memulangkan paku buah keras. Ayat yang sama pernah Firhad tutur kepada dia tempoh hari. Rasa hormat pada lelaki itu sudah hilang.

Dia lihat Firhad bagaikan tersentak. Mungkin kerana panggilannya sudah bertukar kasar.

"Like you said. Itu dulu. Perangai kau yang suci sangat tu pun boleh berubah, apatah lagi aku. Aku cuma ikut rentak permainan yang kau cipta. Fair and square" sinis Safeya berkata. 

Safeya bangun. Dia ingin naik ke bilik. Rasa panas hati melihat lelaki itu. Tak semena-mena, ketawa sinis kedengaran. 

"Jadi kau nak kenyangkan aku dengan cara lain?" Tanpa nada Firhad bertanya. 

Perlahan-lahan Firhad menapak mendekati Safeya. Langkah demi langkah sehingga tubuh gadis itu jatuh semula atas sofa. Tangan Firhad menongkat di kiri dan kanan. Menghalang Safeya daripada memboloskan diri.

Dada Safeya berdegup laju. Mata mereka bertentang. Takut kalau Firhad hilang pertimbangan. Dia perempuan, apalah sangat kudratnya mahu melawan seorang lelaki. Apalagi mereka sudah halal. Lagi senang lelaki itu melakukan apa saja.

"Sekali kau sentuh aku, aku report polis" Safeya berlagak berani. Padahal dalam hati mahu meletup jantung dengan sikap Firhad.

Lelaki itu senyum sinis. 

"Kau nak report atas dasar apa? Atas sebab aku jalankan tanggungjawab aku. Kau lupa aku ni suami kau. Orang tak akan percaya semua cakap kau lah"

Wajah kacak Firhad semakin menghampiri. Wajah yang sama membuatkan dia jatuh hati beberapa tahun lalu.

"Lagipun, kau dah biasa layan lelaki kat pub kan? Apalah sangat nak layan nafsu suami kau ni" sambung Firhad lagi. 

"Bagitahu aku, ada ke lelaki yang boleh terima perempuan yang setiap malam terkinja-kinja, peluk lelaki sana sini. Even sejahat-jahat lelaki, dia nak perempuan suci kau tahu"

Tubuh Safeya bergetar hebat. Hinaan demi hinaan menerjah telinga. Nafasnya turun naik. Menahan marah yang menjulang tinggi. Hatinya seperti ditikam lumat. Begitu rendah maruahnya dipijak oleh Firhad ketika ini. 

"Kau jantan tak guna, Firhad!" Jerkah Safeya kuat. Dada bidang itu dipukul berkali-kali tetapi ditangkap oleh tangan kekar milik lelaki itu.

"Jantan tak guna? Kau nak aku jadi jantan tak guna yang selalu layan kau dulu tu? Sekarang pun aku boleh jadi"

Sakit di hati semakin membara. Dia sudah hilang pertimbangan. Tubuh Safeya ditolak jatuh ke sofa.

Sejurus itu, bibirnya mendarat tanpa amaran di bibir Safeya. Leher itu dicengkam kasar. Safeya sedaya upaya melarikan wajah dari ciuman rakus itu. Meronta dia ingin melepaskan diri. Namun, pegangan Firhad semakin erat. Dia tidak mampu berbuat apa-apa selain meronta.

"Firhad.. st–stop"

Safeya mahu menangis. Ternyata dia silap apabila menduga lelaki itu. Tiada siapa suka digelar seperti itu. Ternyata dia sudah benar-benar membangkitkan amarah seorang lelaki.

Seketika kemudian, tautan dilepaskan. Terbit senyum kemenangan di bibir Firhad. 

Air mata sudah pun menitis membasahi pipi. Dia rasa seperti perempuan yang tiada maruah diri. Seperti pelacur murahan!

"Aku boleh buat lebih dari tu. Kau yang minta aku jadi binatang macam ni kan"

"Aku benci kau, Firhad Mifzal!" Ujar Safeya keras. Air mata dibiarkan mengalir. Sungguh jiwanya terasa amat sakit. Hinaan dan sentuhan kasar lelaki itu berbekas di hati. 

"Habis aku punya benci macam mana?  Ini tak setanding dengan apa yang sial tu dah buat! Dia hancurkan hidup aku! Dia musnahkan kebahagiaan aku!" Safeya direnung dengan pandangan penuh dendam. Peristiwa hitam itu terbayang di fikiran.

Safeya terdiam bersama sisa tangisan. Maksudnya, bukan semata-mata kemewahannya, tetapi kerana mahu membalas dendam. Ada kebencian yang di sudut hati lelaki itu. Tapi sebab apa? Sungguh dia buntu. Dia perlukan jawapan.

"Kau dengar sini, Deanna Safeya. Aku akan buat kau terseksa macam yang adik aku rasa. Aku akan balas apa yang dia dah buat pada adik aku. Sampai mati aku tak akan maafkan kau berdua!"

Air mata Safeya jatuh untuk sekian kalinya. Dia tak tahu apa-apa. Kenapa mesti dia yang jadi mangsa lelaki itu? Apa yang sudah berlaku sebelum ini?

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro