Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 3 - Pejabat

Pintu ditolak kasar dari luar. Betul telahannya, di situ lelaki itu berada. Setelah berhari-hari bersikap dingin tanpa sebab. Jadi, hari ini dia mahukan jawapan.

Semua mata yang berada di dalam bilik itu terarah padanya. Terhenti sekejap apa yang sedang mereka bincangkan. Firhad angkat muka. Melawan pandangan Safeya yang nampak tegang.

"Firhad.. saya nak cakap dengan awak sekejap" tegas suara Safeya kedengaran. Seakan memberi isyarat supaya semua keluar dari bilik itu. 

Dia bos di situ, jadi dia berhak untuk memberi arahan kepada sesiapa saja. Termasuk Firhad Mifzal!

Kini hanya tinggal mereka berdua. Pintu ditutup rapat. Risau kalau ada yang mendengar dari luar. Bukannya dia tak tahu tahap penyibuk pekerjanya bagaimana.

"Apa masalah awak, Firhad? Kita baru kahwin tau. Dan awak terus buat perangai macam ni" 

Sudah seminggu usia perkahwinan mereka. Tetapi, lelaki itu semakin banyak berubah. Perkahwinan itu digantung tak bertali oleh lelaki yang bergelar suami. Lelaki itu sering pulang lewat malam dan keluar awal pagi. Entah di mana lelaki itu tidur, dia sendiri tak sedar. Sampaikan dalam tempoh itu, mereka langsung tidak bersua muka.

"Kalau saya ada salah, kita boleh bincang. Ini bukan Firhad yang saya kenal. You're totally different" Safeya meluah rasa lagi. 

Tiada lagi Firhad yang ceria dan bermulut manis. Yang tinggal hanyalah wajah beku tanpa perasaan.

"I'm still the same person. Kau yang tak kenal siapa aku" Firhad membalas. Pandangannya dingin. Langsung tiada senyuman seperti sebelum ini. Dia lihat wajah Safeya tergamam.

"Aku kau? Sejak bila--" 

"Sejak kau sah jadi milik aku, Deanna Safeya" Bicara Safeya dipintas laju.

Tiada lagi saya awak seperti sebelum ini. Perkataan cinta yang sering dia ucapkan hanya tinggal kebencian. Dendam itu semakin membara dalam diri setelah gadis itu sah menjadi miliknya.

"Saya tak faham. Saya betul-betul tak faham. Apa maksud awak? Mana kata-kata cinta awak yang selalu awak ucapkan? Awak janji nak jaga saya sebelum ni" gadis itu sedikit membentak.

Bukan ini yang dia mahukan. Dia inginkan kebahagiaan. Dia hanya mahu dicintai dan dilindungi oleh seorang lelaki bergelar suami. Tetapi, Firhad tidak seperti yang dia harapkan.

Firhad Mifzal bangun lalu menapak ke arah isterinya. Dia menunduk menyamai ketinggian gadis itu.

"It's all lies, darling" Suara itu mendatar. 

"Tak sangka aku boleh ubah perempuan jalang jadi manusia paling innocent. How great I am!" Firhad melepaskan tawa. Sinis sekali.

Safeya terpana mendengar ayat pedas itu. Jalang? Menggigil tangan Safeya menahan amarah. Kata-kata itu terasa menusuk ke jantung. Menoreh hingga berdarah.

Dia fikir lelaki itu tidak akan mengungkit tentang kisah silamnya. Rupanya itu pembohongan semata-mata.

"Kenapa? Terkejut sebab aku bukan lagi Firhad yang soft spoken with all green flags?"

"Aku ingatkan susah sangat nak dapatkan kau, rupanya senang je. Kacang!" Sambung Firhad lagi. Sengaja membakar bara yang sudah marak dalam hati itu.

"You just pretend to love me in this 2 years?" Suara itu bergetar. Menahan sebak dan marah yang semakin membuak-buak dalam satu masa. 

Selama 2 tahun mereka dibuai asmara. Saling mencintai antara satu sama lain. Tempoh yang banyak mengajarnya erti cinta yang sebenar. Dan sekarang semudah itu saja Firhad hancurkan. 

"Well, it's not a useless thing actually. I got everything. It's quite fun to play with you" 

"Awak pura pura cintakan saya untuk dapatkan semua ni?" Rasa marah tadi bertukar jadi sebak. Tak sangka semurah itu cintanya pada lelaki itu. Hatinya seperti dipijak-pijak dan dibaling hingga hancur.

"Yes. Tapi, itu bukan tujuan utama aku" ujarnya tanpa perasaan. 

"What do you want from me? Awak ingat saya ni apa? Patung? Yang tak ada hati, tak ada perasaan!" Kuat Safeya menempik. Hilang rasa hormat pada lelaki itu.

"Sabar sayang. Bawa bertenang. Kita kat pejabat kan?" Bicara lembut itu seperti sebelum ini. Alunan yang mampu mencairkan hatinya. Tetapi, sekarang tidak lagi. Suara itu kedengaran jelek di telinga.

"No! I need to know now!" 

Tengkingan itu membuatkan Firhad mencengkam tangan Safeya kuat. Renungan lelaki itu dibalas dengan berani. Dia tidak mahu menjadi lemah. Dia bukan perempuan seperti itu.

"Jangan jerit, I hate it" suaranya keras memberi amaran.

Tangan Safeya ditarik kuat sebelum tubuh itu terhumban ke arahnya. Gadis itu meronta kuat minta dilepaskan.

"Sabar, sayang. The game has not started yet. One day, you will know.. the reason why I'm here. Standing in front of you" Firhad berbisik di sebalik tudung yang dipakai. 

Tangan kecil itu menolak tubuh Firhad ke belakang dengan kasar. Ikutkan hati memang nak ditampar-tampar mulut itu. 

"Gila! Awak memang dah gila, Firhad Mifzal"

Sejurus itu, Safeya terus berlalu keluar dengan hempasan pintu yang kuat. Lagi lama dia dalam bilik itu, lagi derita jiwanya. Hatinya benar-benar sakit. Hinaan Firhad tadi masih terlayar di fikiran.

•••••

Kertas diselak lagi. Satu persatu sebelum beralih ke fail yang lain. Sengaja dia menyibukkan diri. Tidak mahu memikirkan tentang lelaki yang sah bergelar suami.

Namun begitu, fikirannya tetap terbayangkan wajah itu. Kenapa dia baru tahu sikap Firhad? Kenapa selama ini dia tak perasan?. Manakan tidak, kelakuannya sangat sempurna,  tiada cacat cela. Pijak semut pun tak mati. Dia yang berhati keras ini pun boleh terjatuh hati. Bayangkan betapa mulianya lelaki bernama Firhad Mifzal.

Bunyi ketukan membuatkan lamunannya terbang serta merta. Pintu dikuak dari luar. Muncul Inara selaku setiausaha di situ. Tak pernah-pernah gadis itu muncul kecuali kalau ada benda penting berkenaan dengan syarikat.

"Puan Safeya, ada orang nak jumpa di bilik meeting" kata Inara. Dia hanya menjalankan tugas. Yang dia pasti, sekejap lagi gunung berapi itu akan meletup.

"Siapa dia tu nak arah-arah saya macam ni. Saya tak kira. Suruh dia datang jumpa saya" Safeya mula bengang. Suka hati betul nak mengarah orang.

"Tapi.. Tuan Firhad cakap ada berita penting yang Puan Safeya kena tahu"

Tuan Firhad? Sejak bila gelaran lelaki itu berubah. Dia mula berasa tak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang besar akan terjadi. 

Tanpa menunggu lama, Safeya terus melangkah ke bilik mesyuarat. Di situ Firhad sudah menunggu bersama sebuah dokumen di tangan. Terbit senyuman sinis di bibirnya tatkala Safeya tiba di ruangan itu.

Firhad Mifzal bangun dari duduk. Tanpa segan silu, dia melingkari pinggang Safeya. 

"Don't touch me!" Safeya menepis kasar. Firhad di hadapannya dijeling tajam.

"Kita perlu tunjuk kita ni pasangan paling bahagia kat semua orang. Kau kan bangga sangat dapat lelaki macam aku,  lelaki yang cintai kau sepenuh jiwa dan raga" Firhad tayang senyum mengejek. Langsung tiada raut serba salah. 

"Tapi sekarang dia dah bertukar jadi manusia yang tak ada hati. Isn't it?" Safeya menyindir keras. Namun, disambut dengan tawa kuat Firhad. 

"Wow! Tak sangka kau bijak rupanya" tangannya menepuk kuat. Suka dia melihat wajah kemerahan Safeya menahan marah.

"Sayangnya.. kau tak sebijak aku, Deanna Safeya" Firhad berkata bangga.

Dokumen yang berada di tangan, dia lempar ke atas meja. Membiarkan Safeya melihat sendiri apa yang berjaya dia dapatkan dari gadis itu. Jelas gadis itu terkejut. Mungkin tidak menyangka dia boleh bertindak sejauh ini.

"Apa awak buat ni?! Awak tukar saham syarikat atas nama awak?" Soal Safeya tak percaya. Terasa segenap tubuhnya kaku. Tangan bergetar hebat. Menahan kenyataan yang baru dia terima tadi. 

"Opss.. bukan tukar. Tapi, aku beli. Kau lupa apa janji kau sebelum kita kahwin.  Jadi, inilah hasilnya" Firhad mengingatkan kembali janji mereka dulu. Bodohnya dia kerana percayakan lelaki itu.

"No.. saya tak kan benarkan!" Safeya membentakNo kuat. 

"Dah terlambat Safeya. Agreement ni kau dah tandatangan" Dengan lagak yang penuh angkuh, Firhad menjawab sebelum menghentikan kata-kata buat seketika.

"Aku tak tahu macam mana nak cakap terima kasih kat kau. Banyak sangat hadiah kahwin yang kau bagi kat aku" kata-kata Firhad kedengaran lagi. Safeya tidak mampu menghalang lagi. Kerana cinta, dia hilang segalanya!

"Kau dah tak ada apa-apa, Safeya. Semua milik kau dah jadi hak aku. Termasuk hati dan jiwa kau sendiri!"

Safeya jatuh terduduk. Saat ini dia rasakan seperti batu menghempap diri. Satu persatu ujian menimpa tanpa dia sedar. Dan semuanya disebabkan oleh lelaki itu.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro