Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 12 - Amaran

Kereta Audi R8 itu membelok masuk ke pekarangan rumah. Enjin dimatikan dan dia melangkah menuju ke pintu rumah. Kemeja yang tidak dibutangkan dan lengan dilipat paras siku menyerlahkan lagi aura pada figura itu.

"Firhad!"

Dia menoleh. Wajah seseorang yang amat dikenali berada di hadapannya kini. Mata saling bertentang. Masing-masing dengan pandangan dendam yang tak berpenghujung.

Tepat sekali apa yang dikatakan Izreal. Tan Sri Haniff datang mencari Safeya di rumah mereka.

"Interesting" bisik Firhad perlahan. Cukup untuk didengari oleh telinganya saja.

"Tan Sri Haniff- opss silap.." Firhad sengaja menutup mulut sendiri. Berpura-pura tersasul.

"Papa buat apa kat sini? Jemputlah masuk dulu" sambungnya lagi. Sengaja dia menyebut panggilan itu. Mahu membakar hati yang sedang membara.

"Tak payah panggil aku dengan gelaran tu. Kau tak layak!" Wajah tua itu merah menahan marah. Ada kesan lebam-lebam di situ. Mungkin kerana baru lepas bergaduh. Ataupun lepas dipukul kerana hutang.

Firhad berdecit. Dah macam gitu rupa, nak sombong lagi.

"Sorry, papa. Saya kan dah jadi menantu papa. Takkan tak boleh nak panggil papa"

Perkataan papa itu ditekan kuat. Melihat jelingan tajam itu membuatkan Firhad senyum sinis.

"Okaylah. Kalau kau tak suka.. aku pun jijik nak gelarkan orang tua macam kau dengan panggilan tu. Kau nak apa datang sini?"

Dia memandang Tan Sri Haniff atas bawah. Pakaian yang kotor dan selipar tersarung pada tubuh itu. Tak pernah dia melihat lelaki itu selekeh seperti ini. Kalau tidak, kemeja dan suit sentiasa menjadi kebanggaannya. Berjalan megah dengan kasut hitam berkilat. Jauh sekali penampilan lelaki di hadapannya ini.

"Aku nak jumpa Safeya. Bukan kau. Mana dia? Panggil dia datang sini"

"Untuk apa? Sebab kekayaan kau dah hilang? Dah miskin? Or maybe sebab kau dah jatuh terus ke bumi?" Firhad menyindir tajam. Mesti Tan Sri Haniff fikir dia tak tahu semua itu. Padahal dia lah dalang sebenar.

"Kau diam! Aku nak jumpa anak aku!" Tan Sri Haniff membentak kasar. Perempuan itu satu-satunya harapan untuk dia peroleh wang. Harapkan kawan? Semua dah hilang sejak dia jatuh miskin.

"Dia isteri aku. Aku tak izinkan dia jumpa lelaki bangsat macam kau" kata Firhad tanpa rasa bersalah. Dia memandang Tan Sri Hanif tajam.

"Tak guna!"

"Apa? Salah ke yang aku cakap ni? Kau jijik. Lagi jijik dari binatang! Kau tahu sebab apa? Sebab kau syaitan yang tak layak untuk jadi seorang bapa, even seorang manusia sekalipun"

"Kurang ajar!" Tan Sri Haniff mula naik angin. Dia meluru ke arah Firhad yang masih tegak berdiri. Ingin dicekik lelaki itu sampai mati.

"Aku kenal siapa kau, Tan Sri Haniff. Luaran kau nampak macam lelaki budiman, itu ini. Sifat sebenar kau tu bersembunyi di sebalik pangkat yang kau ada. Tan Sri.. kononnya hebat sangatlah. Berpengaruh. Kalau belakang? Kau lagi hina dari binatang. Dasar syaitan!"

"Kau siapa nak cakap aku macam tu, hah? Kau tak kenal aku lagi. Aku boleh buat apa saja sampai kau tersungkur" kata Tan Sri Hanif dengan nada sombong. Masih tak sedar dia sudah tidak punya apa-apa lagi.

"Buatlah. Aku cabar kau! Buat!" Firhad menengking kuat. Makin membuak-buak api dendamnya melihat wajah yang berada tidak jauh dia hadapan.

"Kau hanya boleh bercakap je sekarang ni, Tan Sri. Kau dah tak ada kuasa. Pengaruh kau dah tak ada" balas Firhad bernada mengejek.

Kolar baju Firhad dicekak kasar. Namun, lelaki itu beriak selamba. Kembali membalas pandangannya tanpa riak bersalah. Langsung tiada perasaan pada raut wajah itu.

"Jadi, kau la dalang semua ni? Kau memang sengaja nak jatuhkan aku kan? Kau ingat dengan rampas semua hak aku, kau boleh menang? Berangan je lah kau dalam mimpi"

Tangan tua itu menolak Firhad ke belakang. Lelaki itu ingat dia sudah menang. Jangan harap! Dia akan rampas semula hartanya itu.

Firhad ketawa sinis. Keras betul hati Tan Sri Haniff ni. Masih lagi dengan sifat sombong dan takbur dengan harta sebelum ini. Tangan sengaja menyapu kemeja di tubuh. Seakan jijik dengan tangan kotor itu.

"Tak cukup lagi. Berbanding dengan apa yang kau dah buat dulu. Aku akan berjuang untuk dapatkan pembelaan. Walau nyawa jadi taruhan"

"Keadilan apa kau cakap ni?" Tan Sri Haniff mula pelik. Ini kali kedua mereka bertemu selepas majlis akad nikah beberapa bulan lalu. Keadilan apa pula yang ingin Firhad perjuangkan sedangkan mereka saling tidak mengenali sebelum ini.

"Keadilan untuk seseorang yang kau dah hancurkan hidup dia!" Seraya itu, tumbukan kuat dilayangkan pada pipi kanan Tan Sri Haniff, membuatkan tubuh tua itu jatuh ke tanah.

"Kurang ajar! Tak guna kau! Jangan ingat kau dah menang Firhad" Tan Sri Haniff menyentuh tempat yang terasa sengal. Mencerlung dia memandang lelaki itu.

Firhad ketawa sinis. Dia merapati Tan Sri Haniff yang terduduk atas tanah.

"Aku kenal kau dah lama, Tan Sri Haniff. Dah lama aku tunggu kau jatuh macam ni. Kalau ikutkan dendam aku, dah lama aku bunuh kau. Orang kau ramai kan? Mana pergi diorang? Mana perginya orang yang kau upah untuk musnahkan keluarga aku dulu? Mana kereta yang kau guna untuk rogol budak perempuan yang tak bersalah dulu tu? Mana! Hakikatnya, kau dah tak ada apa-apa lagi, Tan Sri" kata Firhad perlahan.

"Otak aku ni, masih ingat setiap perkataan yang keluar dari mulut kau. Kau pusing cerita macam-macam. Sebab kau yakin orang sekeliling akan percayakan kau, berbanding orang miskin macam aku ni" sambung Firhad lagi. Riak Tan Sri Haniff jelas berubah.

"A-apa kau mengarut ni? Bukan aku yang buat! Itu fitnah!" Tan Sri Haniff seakan gelabah. Kejadian itu dah lama. Macam mana lelaki asing itu boleh tahu tentang itu?

"Fitnah? Aku tak bodoh lah! Kau pijak maruah keluarga aku! Kau buat kitorang macam binatang. Itu kau cakap fitnah? Atau kau nak aku ingatkan kau balik pasal kes tu?" Firhad angkat sebelah kening.

"Aku tak tahu la kau ni manusia jenis apa. Even binatang yang tak ada akal tu pun tak sanggup nak buat macam kau buat ni. Lepas kau buat benda terkutuk tu, kau pukul dia, kau buang, kau campak dia dalam sungai. Kau tahu dia masih hidup waktu tu tapi kau sengaja nak bagi dia lemas. Mana hati dan perasaan kau, hah? Tak cukup dengan tu, kau hapus bukti, kau sodok orang-orang tu dengan duit supaya kes ni ditutup. Sampaikan sekarang dia tak dapat pembelaan" kata Firhad.

Satu persatu kebenaran terungkai. Tiada lagi rahsia yang disimpan. Dia mahu Tan Sri Haniff tahu siapa dia sebenarnya.

Tan Sri Haniff terpana. Terbutang mata dia memandang Firhad. Jantung terasa terhenti sekejap.

"Terkejut? Terkejut sebab aku tahu semua ni?" Bibirnya senyum sinis sekejap sebelum kembali menatap tajam wajah Tan Sri Haniff.

"Aku abang dia. Abang kandung budak yang kau rogol dan kau buang dalam sungai. Dan aku orang sama yang kau pukul separuh nyawa dulu. Sebab apa.. sebab aku cuba nak dapatkan pembelaan untuk adik aku ni"

Mata Tan Sri Haniff terbeliak memandang Firhad. Bibirnya yang sudah lebam itu bergetar sedikit. Mungkin terkejut dengan kenyataan yang baru dia dengar tadi.

"But now, the kifarah is coming back to you. I got everything I want..." bisik Firhad keras.

"Papa!"

Tiba-tiba terdengar jeritan Safeya dari jauh. Firhad menoleh sebentar. Isterinya itu sedang menapak ke arah mereka.

"Everything.. including her" sambung Firhad. Sekali lagi tumbukan hinggap di tempat yang sama. Tersungkur lelaki tua itu dengan bibir berdarah.

"Kau buat apa pada papa?!" Bentak Safeya marah. Firhad menjuling mata ke atas sambil berpeluk tubuh. Tak terkesan dengan kemarahan si isteri.

Dari jauh tadi Safeya melihat Firhad memukul ayahnya. Tak sangka begitu sikap Firhad yang sebenar. Langsung tiada hormat pada orang tua. Terutama pada bapa mertua sendiri.

Safeya mendekati Tan Sri Haniff. Dia membelek wajah itu penuh risau. Wajah lebam dan hujung bibir yang pecah itu dipandang dengan rasa hiba. Mengapa keadaannya sangat teruk? Jangan cakap yang Firhad telah berjaya jatuhkan mereka sekeluarga.

"Papa okey ke? Jom Safeya bawa ke hospital"

Namun begitu, tangannya ditepis kasar. Tan Sri Haniff memaling muka ke arah lain.

"Jangan sentuh aku!"

"Tapi.. luka papa ni dah teruk" Safeya cuba memujuk. Jauh di sudut hati, dia sedikit terasa. Entah mengapa hatinya mudah terusik sejak kebelakangan ini. Walaupun dia tahu memang begitu sikap Tan Sri Haniff terhadapnya.

Firhad menarik tangan Safeya. Memaksa gadis itu supaya bangun. Erat cengkaman pada pergelangan tangan itu.

"Sekali lagi kau datang sini, aku tak teragak-agak nak bunuh kau. Dan satu lagi, aku tak akan biarkan kau terlepas macam tu je. Better kau cari lubang cacing yang muat untuk kau bersembunyi. Bukan setakat polis, musuh-musuh kau pun tengah jejak kau. Kau dah tak ada apa-apa" Firhad memberi amaran.

Tan Sri Haniff sudah tahu kebenarannya. Dan dia tak perlu risau tentang itu. Kerana dia tahu lelaki itu sudah tiada kuasa. Sudah tiada daya untuk melawan.

"Dan kau Safeya. Aku haramkan kau jumpa dengan orang tua ni lagi. Kalau aku tahu, siap kau aku kerjakan"

"Tak nak. Aku nak bawa papa ke hospital. Dia tengah cedera tu" Safeya cuba membantah. Wajah bengis Firhad dipandang.

"Sekarang ni kau masuk" kata Firhad tegas. Geram dengan sikap Safeya yang suka melawan.

Safeya menggeleng. Cengkaman Firhad cuba dirungkaikan.

"Aku cakap masuk!" Firhad menengking kuat sebelum menarik tubuh kecil itu menuju ke pintu rumah. Safeya meronta kecil. Tak lepas mata memandang ke arah susuk tubuh tua yang masih terpaku di situ. Mata mereka bersatu. Seperti ada ucapan yang tak terungkap dari hati masing-masing.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro