Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prolog √


WANITA itu mengusap dada. Dua anak lelakinya yang sedang beradu mulut itu bertukar menjadi pergaduhan pula. Aksi tumbuk-menumbuk memecah kesunyian malam itu. Ruang tamu rumah habis berselerak dengan tingkah mereka berdua.

"Sudah! Sudah la tu Amar, Aqief! Sudah, mommy cakap!"

Larangan Elina tidak didengari kedua anak muda yang sedang galak bertumbuk itu. Amar mengetap rahang yang sakit, manakala Aqief meringis menahan rasa pedih di hujung matanya.

"Sudah, sudah Amar!" bentak Elina kuat setelah Amar bertindak menendang perut Aqief pula.

"Itu tak seberapa dengan rasa sakit yang kau bagi pada aku, Qief! Apa hak kau nak buat Nara macam tu? Kau fikir kau tu siapa, hah?" Merah padam wajah Amar menahan amarah yang membuak. Sekilas wajah pelik ibunya ditatap.

"Apa dah jadi ni? Apa yang berlaku?" Kening Elina hampir bertaut. Pening dia dengan kerenah dua anak lelakinya itu. Mereka berdua tidak pernah mahu berdamai. Ada saja yang tidak kena.

"Tanyalah anak mommy yang kurang ajar ni. Apa yang dah dia buat." Hilang sudah kesabaran Amar.

"Apa salahnya? Aku pun suka juga. Kongsi la sikit." Aqief menambah rasa sakit hati Amar. Rasa mendidih darah Amar saat itu.

"Kurang ajar kau, Qief!" Satu tendangan mengena peha Aqief. Lelaki itu mengerang kesakitan.

"Cukup la tu Amar. Lunyai adik kamu tu nanti," larang Elina.

"Adik ke macam ni? Kacau hak privasi orang. Tak tahu malu. Kau ingat Qief, satu hari kebenaran akan terbongkar juga. Aku pasti Nara akan kenal siapa Addin dalam hidup dia yang sebenarnya."

"Kecoh arr kau ni Am... aku bukan buat apa-apa pun." Aqief menyapu sisa darah di tepi bibirnya.

"Lagi kau berani nak menafikan ya? Setan kau, Qief! Aku nak kau kembalikan semua barang-barang aku, Qief. Kembalikan!"

Dush!

Satu tumbukan mengena pipi kiri Aqief. Amar semakin menggila. Belum cukup kemarahannya lagi, pipi kanan Aqief pula menjadi mangsa. Memang lunyai adiknya itu dikerjakannya jika tidak dihalang.

"Sudah! Cukup, Am! Berhenti mommy cakap." Elina menghampiri kedua anaknya itu.

"Dia dah gila, mommy! Mana mahunya dia berhenti." Aqief berusaha menuba racun. Amar semakin marah.

"Ah! Setan kau, Qief! Aku tak
boleh sabar dah dengan kau ni. Kalau sampai aku kehilangan Nara, kau yang aku tuntut. Kau ingat tu Qief," sambung Amar lagi dengan mengepal penumbuknya kuat.

"Siapa Nara ni? Boleh bagitahu mommy tak apa yang terjadi?" Elina semakin tidak mengerti.

Amar mengabaikan pertanyaan ibunya. Nafasnya turun naik dengan laju.

"Berhenti menipu Nara. Berhenti sebelum aku bunuh kau, Qief." Amar mulai mengugut.

"Amar, Aqief!"

"Mommy biarkan dia. Jangan rawat dia. Am tak bunuh dia pun dah cukup baik. Kalau ikutkan hati Am ni, teruk dia mommy Am kerjakan. Biar dia tahu. Jangan sesuka hati nak kacau hak orang."

Elina yang tidak memahami maksud Amar menggeleng kepala. Dia tidak dapat memujuk anak lelakinya itu untuk berterus terang padanya.

"Bangun, Aqief. Apa kamu dah buat pada abang kamu ni hah?"

"Tak ada apa mommy! Ini hal orang muda je, mommy. Nanti Qief settlekan." Aqief bangun seraya bergerak mahu menuju ke biliknya namun tangan Amar pantas menarik lengannya.

Amar mencengkam kolar baju Aqief seraya menatapnya tajam.
"Aku akan pantau kau mulai hari ni. Kau boleh tersenyum sekarang sebab tipu Nara. Takpe... kau bahagia atas usaha aku. Aku pasti bila tembelang kau pecah, Nara bukan saja akan benci tengok muka kau, malah dengar nama kau pun dia takkan sanggup!" Cengkaman dilepaskan dengan senyum sinis.

Aqief di hadapan mengetap gigi penuh geram. Betapa sakit hatinya. Dengan pantas dia menolak dada Amar hingga abangnya itu terdorong ke belakang. Sayangnya di belakang ada Elina yang datang untuk meleraikan.

Tubuh kekar Amar terlanggar Elina hingga wanita itu terlentang ke belakang dengan kepala yang terkena bucu meja.

"Arrgh! Amar, Aqief!"

"Mommy! Apa kau dah buat ni Qief? Kau ni bodoh ke apa? Mommy!" jerit Amar panik.

Aqief yang terkejut berdiri mematung melihat kepala Elina yang berdarah. Sedetik kemudian dia melangkah kaki meninggalkan Amar yang sudah memangku Elina.

"Qief!" laungan Amar tidak diendahkan Aqief. "Mommy! Bertahan mommy, Am bawa mommy ke hospital sekarang."

Elina digendong dan dibawa ke dalam kereta sedangkan dalam hati Amar menyumpah Aqief kerana sekali lagi telah melakukan kesilapan melukakan ibunya pula.

Berminat blh pm ya 0126816031

arenayidin
27 September 2023

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro