Special Part
"PERGI sekolah elok-elok anak daddy, daddy sayang Mecca. And no matter what I will always be proud of you". Itulah kata-kata yang akan diucapkan oleh Caden setiap kali selepas menghantar Mecca ke tadikanya.
Kata genius, kenapa bersekolah di tadika? Ha, sebabnya ini semua idea dan akal Caden. Dia tak nak Mecca tertekan jika dia menghantar kanak-kanak itu bersekolah di sekolah genius, Permata Pintar. Dia paranoid. Dia takut jika terjadi apa-apa kepada Mecca. Dia takut jika mental health kanak-kanak itu terganggu.
"Mecca sayang daddy, daddy must know that. Jangan buat kerja berat-berat sangat, Mecca tak nak daddy tertekan. Jangan terlalu fikirkan arwah mommy, nanti daddy sedih". Ini pula pesanan yang Mecca ucapan setiap kali dia sudah mahu berangkat ke dalam kelas tadiknya.
Tangan kecil itu mengusap perlahan rambut ayahnya yang sudah siap tersapu dan tersikat bersama gel rambut itu.
"Okay, Mecca. Daddy pergi dulu. Kalau ada apa-apa, suruh cikgu telefon daddy, okay? I love you, Sayf Ayden Mecca". Dia mengakhiri katanya dengan mencium ubun-ubun anak kecil itu.
Hanya Allah sahaja tahu betapa sayangnya dia dengan anaknya yang seorang ini.
His only child. His only treasure.
"Mecca, jom. Kelas dah nak bermula tu". Seorang cikgu ayu bertudung tiba-tiba mendekati pasangan anak-beranak itu untuk menjemput Mecca ke dalam bangunan tadika itu.
Cikgu yang bertag nama 'Hazura' itu kelihatan melemparkan senyuman manis ke arah lelaki beriak wajah dingin itu. Caden Gilbert.
Itu salah satu perubahan yang berlaku dalam hidup lelaki itu. Dia tidak lagi mahu tersenyum semenjak kematian isteri tercintanya, Jasmine Nazia. He will only smile when he is with his child. Or the four idiot friends. Termasuk Hedeon. Ya, empat orang tu termasuk Hedeon.
Oh, info tambahan. Hedeon boleh dikatakan telah mengganti tempat arwah Aidan. Dia di situ juga kerana ingin membantu arwah Aidan untuk menggapai cita-citanya. Menjadi seorang chef. Dia belajar seni kulinari hanya untuk mencuba menunaikan hajat si arwah.
"Cikgu ni kenapa? Jangan senyum dekat daddy Mecca. He hates it".
"Mecca, cikgu cuma senyum aje". Hazura menunduk dan mengusap pipi si kecil membuatkan anak kecil itu menjauhkan sedikit dirinya daripada si guru.
"And I hate physical touch". Just like his father.
Dia menjeling gurunya itu. Amboi Mecca! Garang naw. Lek arhh dikk! Tak rilek arh dia ni. Tachod!
Terus guru itu menjauhkan badannya ke belakang. Mungkin agak gerun melihat tatapan tajam anak beranak itu. Mana taknya, semua tengok dia macam nak terkam aje. Seram!
"Maafkan saya bagi pihak Mecca. But really, he doesn't like physical touch. Don't touch him kalau tak perlu. He can and will throw a tantrum and you won't be able to handle it, I promise". Dia bercakap berdasarkan pengalamannya sendiri.
"Baik, Encik Caden". Takut-takut guru itu menjawab.
🦋
"OKAY, you boleh keluar".
"Baik, Tuan".
Terkedek-kedek private assistant yang bekerja di bawah Caden itu keluar daripada biliknya yang terletak khas di tingkat 55, tingkat paling atas di bangunan hotel itu.
Lelaki itu menghembus nafas lelah. Tali leher yang setia terpaut di lehernya dilonggarkan sedikit. Badannya disandarkan ke kerusi kerja yang empuk yang itu.
Semenjak 5 tahun pemergian arwah Jasmine, Caden sering kali menyibukkan dirinya dengan segala jenis kerja. Kadang tu, sampai tak balik rumah. Kadang tu, terpaksa bawa Mecca sekali ke hotelnya sebab tak nak tinggalkan Mecca seorang diri di rumah.
Mengapa?
Sebab dia nak cuba untuk tidak selalu terbawa emosi mengingatkan Jasmine. Dia tak nak sedih lagi. Dia tahu Jasmine benci jika air mata mengalir keluar daripada sepasang mata hijau cantiknya itu.
Tapi harini...
Harini dia terlalu penat. Mental dan fizikal. Dia sangat merindui wanita yang telah dan akan selamanya dia cintai itu.
Frame gambar yang menunjukkan gambar dia dan Jasmine di majlis pertunangan Melvin dan Alisa itu ditatap sayu dengan mata lelahnya. Serta-merta emosinya terganggu, terguris. Dia sedih.
Air mata bergenang di kedua kelopak matanya seraya tangan mencapai bingkai gambar itu untuk lebih mendekat dengannya.
Wajah Jasmine dia di atas kaca nipis itu diusap perlahan. Tak semena-mena air matanya mengalir. Ya, dia mengaku. Dia lemah jika hatinya dan fikirannya sudah sampai ke tahap merindui Jasmine.
"It has been 5 years since you left me, sweetheart. Anak kita dah besar, sayang. Dia dah jadi budak bijak, dia jadi budak pandai. Dia selalu ingatkan saya supaya jangan sedih-sedih. Dia selalu teringatkan mommy dia. Saya mengaku, dia lebih kuat daripada saya. Saya rindukan awak, Jasmine. Saya harap awak tahu tu. Я так по тебе скучаю (i miss you so much)". Makin lebat pula air matanya.
Bingkai itu dipeluknya. Dia menangis sambil mendakap kemas bingkai gambar itu.
" Ya Allah, aku rindukan dia". Hanya Allah sahaja la tempat dia mengadu rindu kepada isterinya.
🦋
"MECCA, ayah kau menangis lagi". Lee yang sedang mendukung Mecca di pautan lengan sasanya itu membisikkan kata-kata itu ke telinga Mecca tatkala mereka sibuk memerhatikan figura Caden yang sedang menangis daripada sebalik pintu kaca itu.
"Mecca tahu. Mecca dah cakap dekat dia sebelum pergi sekolah tadi". Ekspresi sedih jelas terlukis di wajah polos kanak-kanak kecil itu.
"Cakap apa?".
"Mecca dah cakap dengan dia supaya tak terlalu ingatkan mommy. Nanti dia sedih. Tengok tu, masuk kalini dah 11 kali Mecca tengok dia nangis". Jelas kanak-kanak menunjukkan riak wajah kerisauan.
"Kesian ayah kau kan? Jom pergi pujuk dia".
"Jom!".
Pintu kaca itu diketuk beberapa kali oleh tangan kecil Mecca sebelum mereka berjalan masuk setelah diberi izin oleh tuan punya bilik.
"Daddy, I've told you. Jangan terlalu ingatkan mommy". Mecca yang didukung erat tadi diturunkan ke atas meja kerja Caden. Dia kini berdiri sambil bercekak pinggang di atas meja itu. Serba sedikit membuatkan Caden tersenyum melihat kelucuan anak teruna kecilnya itu.
"I'm not, Mecca".
"Then why were you crying while kissing mommy's picture earlier. Daddy cuba untuk tipu Mecca ke?".
"Hey, daddy minta maaf, okay? Jom makan aiskrim sebagai tanda daddy minta maaf. Nak tak?".
Laju Mecca menggeleng.
Aik? Biasa dia yang paling bersemangat dalam bab-bab makan aiskrim ni. Pelik ni pelik.
"Eh, kenapa?". Caden bertanya, keliru dengan putra kecil bermata sebelah hijau, sebelah grey itu.
"Kau lupa sesuatu tu, Gil". Kini, Lee juga turut bercekak pinggang. Mukanya berkerut. Acah-acah marah tu. Saja nak asah bakat lakonan dia. Mana tahu dapat join DFKL ke, kan? Tak pasal-pasal jadi pelakon terkenal nanti.
"Ha? Aku lupa apa?".
Tiga saat situasi menjadi sunyi sebelum...
"Happy 34th Birthday, Gil!".
Melvin, Alex dan Hedeon tak semena-mena masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah kek dan beberapa lagi snek lain yang diletakkan di atas troli hotel yang ditolak oleh Alex itu.
"Eh?".
"Selamat hari lahir, daddy. Mecca sayang daddy". Tangan kecil itu terus memeluk erat leher ayahnya sambil dia terduduk bercangkung di atas meja kerja kayu itu.
"Kau tak ingat tarikh lahir kau sendiri, Gil?". Tanya Melvin.
"Entah. Penat aku baked kek untuk kau. Ceh!". Ujar Hedeon pula. Tak puas hati ler tu.
"Aku masih pelik sejak bila kau faham dan pandai cakap Bahasa Melayu ni". Lee memandang wajah Hedeon dan menaikkan sebelah daripada keningnya yang lebat itu.
"Erk--- dah la! Gil, cut the cake!". Jerit Hedeon dengan riang sebelum menolak troli lebih dekat dengan Caden yang sudah pun berdiri mendukung Mecca itu.
"Terima kasih, semua. Buat susah-susah je". Caden tersenyum beghuk. Jarang nak tengok dia senyum macam ni tau. Ambil gambar, please!
Kecekak!
Tak payah ditunggu. Dah ada fotografer tak bertanggungjawab yang akan setia dengan kameranya untuk menangkap moment rare seperti ini.
"Kau buat macam tu sekali lagi, aku hempuk kepala kau, Lee". Caden memberi amaran.
"Bukan aku la".
Eh? Dahtu siapa?
"Ayo, wassup guys. It's your boy...". Terdengar suara itu di hujung bilik kerja Caden itu.
"Eh?!!".
The end.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro