Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

ALTERNATE ENDING

TW: THIS PART WILL BE LONGER THAN THE OTHERS KERANA DIA AKAN MENCERITAKAN TIMELINE DI MANA SEBELUM MECCA BERUMUR 6 TAHUN DAN SELEPAS MECCA BERUMUR 6 TAHUN. ENJOY!

BEFORE

CADEN merenung tubuh tidak bermaya isteri tercintanya, Jasmine. Jasmine sudah berada di sebuah hospital di ibu negara setelah dibawa pulang oleh suaminya daripada Rusia ke Malaysia untuk dirawat dengan lebih baik dan rapi. Jantung Caden hampir luruh apabila mendengar bahawa keadaan isterinya yang menjadi begitu kritikal setelah prosess pembedahan untuk menyelamatkan salah seorang daripada anak kembarnya beberapa hari lepas. Mujur sahaja Allah tidak menarik nyawa wanita kesayangan Caden Gilbert itu. Akan tetapi, masuk saja hari ini, sudah seminggu Jasmine tidak sedarkan diri.

"Wake up, sweetheart. Aku rindu kau". Bicara Caden sendiri seraya dia meletakkan kepalanya di sisi katil pesakit itu. Lebih tepat lagi di samping tangan pucat Jasmine yang digenggam erat oleh si jejaka. Kepala Caden masih berbalut dek kerana kesan luka akibat dipukul dengan sangat teruk seminggu yang lepas. Air matanya tidak berhenti mengalir. Mulutnya tidak berhenti berdoa kepada Yang Maha Esa agar Dia dapat kembalikan Jasmine Nazia kepadanya dengan keadaan seperti dahulu kala.

"Gil, sudah lah. Jom kita pergi makan dulu", Melvin yang sedari tadi menemani Caden di dalam bilik itu mulai bersuara. Dia sebenarnya merisaukan kawan baiknya yang sejak daripada semalam tidak menjamah makanan ini.

Caden menggeleng. Perlahan. Kepalanya masih tidak diangkat. Dia betul-betul tidak lagi mahu meninggalkan isterinya sendiri. Dia takut perkara yang sama berulang sekali lagi.

"Nanti kau sakit, Gil. Bila kau sakit, kau cengkung. Bila kau cengkung, badan kau dah tak cun. Bila badan kau dah tak cun, nanti Jasmine dah tak suka kau macam mana?". Ini pula Lee yang terpaling handal dalam membuat early conclusion. Jangan tanya aku daripada mana dia muncul. Sebab aku pun tak tahu.

"Lee...". Melvin menyeru perlahan nama Lee; sebagai tanda amaran untuk tidak bergurau bodoh di kala orang sedang bersedih ni.

Lee lalu membuat gaya seperti dia sedang menzipkan mulutnya. Menandakan yang dia tidak lagi akan membuka mulutnya buat seketika. Nak suruh dia diam lama-lama? Memang tak la. Nama pun Adam Raiyan Lee. Mulut mana pernah nak diam.

"Jom, Gil. Aku yakin nanti bila kau balik, kau akan dapat berita baik". Melvin tersenyum penuh makna. Entah apa yang dia sedang sorokkan daripada Caden ini. Lelaki yang kelihatan cukup serabai itu terus mengangkat mukanya untuk memandang Melvin membuatkan 'seseorang itu' terus memejamkan matanya kembali.

"Promise?". Seperti kanak-kanak polos sahaja Caden bertanya.

"обещать (promise)". Melvin sekali lagii tersenyum manis. Haih, untung betul Alisa dapat tengok si beku yang jarang senyum ni, senyum hari-hari. Okay, ini sangat rawak ya?

Caden mengangguk sekali sebelum bangun daripada duduknya.

"Kita pergi check keadaan anak kau sekejap. Lepastu kita turun ke kafe dekat bawah ni. Semua dah tunggu kau kat sana". Jelas Melvin. Memang semua yang lain kecuali Melvin dan Lee sudah berada di kafe hospital ini untuk makan bersama Caden dan berkongsi sedikit sebanyak info tentang keadaan masing-masing. Mereka sangat ingin mengetahui keadaan Caden dan Jasmine.

"Jasmine? Siapa nak tengok dia?". Caden risau nak mampus sekarang ni.

"Itulah fungsi Lee dekat sini".

"Yup dan ada lagi few bodyguards yang akan jaga dekat luar. Kau jangan risau, Gil". Giliran Lee pula dalam menyakinkan Caden untuk pergi turun makan.

"Hm, okay". Caden akhirnya akur dan terus mengikuti Melvin keluar daripada bilik itu.

Keluar sahaja Caden dan Melvin daripada bilik itu, terus 'seseorang itu' membuka kembali matanya lalu tersenyum segaris ke arah Lee membuatkan Lee tersenyum kembali seraya menaikkan ibu jari tangan kanannya.

CADEN masuk ke dalam wad itu untuk mengambil dompetnya tanpa pengetahuan Melvin dan yang lain. Bila dia masuk je ke dalam bilik itu, dia terlihat katil tempat isterinya terbaring lima minit yang lepas, kosong. Caden yang sudah sedia ada risau itu semakin risau apabila bayangan bidadari dunianya itu tiada buat dipandang mata.

"Sweetheart?". Panggil Caden perlahan. Sesungguhnya dia sedang cuba untuk bertenang pada saat ini walaupun jantungnya sudah terasa mahu pecah.

"Nazia?". Dia panggil sekali lagi apabila panggilan pertama tadi tidak bersahut.

Masih tiada sahutan atau balasan.

Beberapa saat kemudian, baru lah dia mendengar bunyi-bunyian yang datang daripada bilik air yang terletak di dalam wad itu. Caden pun apa lagi, memang berlari lah dia kerana dalam fikirannya berharap bahawa itu ialah Jasmine; berkat kuasa Allah dia sudah sedar daripada tidur panjangnya.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam bilik air itu dan Caden seakan tidak boleh mempercayai pancaindera penglihatannya apabila dia melihat di situ, berdirinya sesosok figura yang masih kelihatan agak lemah yang bergelar Jasmine Nazia itu sedang membasuh mukanya. Tangan lemah itu kelihatan bertongkat pada sisi singki bilik air itu. Barangkali masih kurang kuat.

Caden tidak dapat menahan dirinya daripada terus tersenyum lebar. Air mata bahagianya ditahan terlebih dahulu.

Dengan derap langkah yang bergetar, Caden berjalan semakin hampir dengan si isteri lalu terus memeluk pinggang Jasmine daripada belakang membuatkan segala perbuatan wanita itu terhenti. Dia juga turut sama terkejut.

"Hi, sweetheart...". Panggil Caden dengan suara manis dan lembutnya.

Diam. Tanpa ada suara sahutan.

"Sampai hati kau tak bagitahu aku yang kau dah sedar kan?". Kepala Caden dilentokkan ke bahagian belakang Jasmine dan di saat itu lah air mata bahagianya yang sejak daripada tadi ditahan itu mengalir membasahi gaun hospital nipis yang dipakai oleh isterinya itu.

"Sayf". Ah... Ini suara yang dirinduinya. Suara yang membuatkan dia tertunggu-tunggu dalam kerisauan buat seminggu lamanya. Sungguh dia rindu dan sekarang, rindunya seakan sudah terubat.

'Terima kasih, Ya Allah...'. Bicara Caden dengan hatinya sendiri, memanjatkan rasa syukurnya kepada Ilahi.

"Aku rindu kau, Nazia. Setiap hari aku risaukan kau. Setiap hari aku tunggu kau. Setiap hari aku doa dekat Dia, aku berharap Dia sedarkan isteri aku". 'Dia' yang dimaksudkan oleh Caden ialah Allah S.W.T.

"Aku minta maaf maaf... Sebab aku, kau jadi macam ni. Sebab aku, one of our children couldn't be saved...". Bicara Caden lagi.

"Sayf ". Jasmine akhirnya berpaling menghadap si suami dan terus memeluk kemas figura itu. Yup, di dalam bilik air itu. Air matanya turut mengalir. Jelas lah bahawa, bukan Caden sahaja yang merindui separuh belahan jiwanya itu malahan Jasmine juga sama. They were missing each other so much.

They were made for each other.

"Kau selamat Nazia, kau selamat. Kau sedar. You came back to me...". Rambut panjang mengurai Jasmine diusap perlahan oleh Caden.

"I never left you...".

AFTER (6 YEARS LATER)

"HAPPY 34th Birthday, Gil!".

Melvin, Alex dan Hedeon tak semena-mena masuk ke dalam bilik itu dengan sebuah kek dan beberapa lagi snek lain yang diletakkan di atas troli hotel yang ditolak oleh Alex itu. Terkejut Caden dibuatnya. Jasmine yang sedang mendukung Mecca yang kini sudah berusia enam tahun itu tersenyum sehingga ke telinga.

Sejujurnya, dia yang rancang semua kejutan ini.

"Eh?".

"Selamat hari lahir, daddy. Mecca sayang daddy". Tangan kecil itu terus memeluk erat leher ayahnya sambil dirinya didukung oleh ibunya itu.

"Selamat hari lahir, Sayf". Kali ini, giliran Jasmine mengucapkkan ucapan hari lahir itu kepada suami tercintanya.

"Kau tak ingat tarikh lahir kau sendiri, Gil?". Tanya Melvin.

"Entah. Penat aku baked kek untuk kau. Ceh!". Ujar Hedeon pula. Tak puas hati ler tu.

"Aku masih pelik sejak bila kau faham dan pandai cakap Bahasa Melayu ni". Lee memandang wajah Hedeon dan menaikkan sebelah daripada keningnya yang lebat itu.

"Erk--- dah la! Gil, cut the cake!". Jerit Hedeon dengan riang sebelum menolak troli lebih dekat dengan Caden, Jasmine dan anak mereka; Mecca. Haih keluarga bahagia. Aku ni bila lah lagi. Penat la asyik tulis cerita romance tapi tetap single. Eh-- maaf, termasuk luahan hati sendiri pula.

Back to the story!

"Terima kasih, semua. Buat susah-susah je". Caden tersenyum beghuk. Jarang nak tengok dia senyum macam ni tau. Ambil gambar, please!

Kecekak!

Tak payah ditunggu. Dah ada fotografer tak bertanggungjawab yang akan setia dengan kameranya untuk menangkap moment rare seperti ini.

"Kau buat macam tu sekali lagi, aku hempuk kepala kau, Lee". Caden memberi amaran.

"Bukan aku la".

Eh? Dahtu siapa?

"Ayo, wassup guys. It's your boy...". Terdengar suara itu di hujung bilik kerja Caden itu.

"Eh?!! AIDAN?!!!!". Semua orang yang ada di dalam ruang kerja Caden itu terkejut beruk. Lee sampaikan pengsan ke lantai. Alex yang sudah semestinya takut akan hantu itu, terus berlari menyorok di sebalik meja kerja Caden.

"Surprise!". Ucap Aidan dengan muka selambanya sambil memandang ke arah semua orang yang ada di situ tapi sampai sahaja retina matanya menyapa wajah seseorang, terus dia terkejut nak mampus dan terus memeluk kemas baju Melvin yang masih terpatung dengan kemunculannya yang seakan baru sahaja bangkit daripada kubur itu.

"Weyy itu...".

" Kau jangan nak buat-buat terkejut sangat. Kau dengan isteri aku sama je. Dua-dua dengan ajaibnya hidup balik". Kata-kata tenang Caden ( dia sebenarnya tengah acah cool ni, nanti baru dia nak soal siasat budak ni) itu membuatkan Aidan tersengih kerang busuk lalu melepaskan pelukannya daripada badan Melvin.

"Hehehe...".

"Apa kau gelak-gelak? Dah berapa lama dah kau hidup balik ni sebenarnya?". Tanya Hedeon; si 'kembarnya'.

"Eh, my twin! Sejak bila pandai cakap Bahasa Melayu ni?". Aidan cuba untuk bergurau tetapi suasana dingin di dalam bilik itu jelas tidak mengalu-alukan guraunnya, mereka semua nak dengar penjelasan.

Jasmine dengan muka berkerutnya, Mecca yang tak pernah kenal manusia yang menginspirasikan namanya itu terjongket keningnya, Caden berpeluk tubuh, Melvin masih terdiam seakan masih tidak boleh percaya dengan situasi yang sedang berlaku di hadapannya ini, Lee yang masih pengsan dan Alex yang sedang menelefon Cinta untuk memaklumkan kepada gadis itu tentang hal ini. Siapa Cinta kepada Alex? Ada lah...

"Haih jangan lah serius sangat... Nanti aku cerita lah. Korang tak suka ke aku dah balik ni?". Haih, sejak bila Aidan pandai nak merajuk ni? Entah ikut siapa entah.

Semua terdiam buat seketika sebelum Caden berjalan perlahan-lahan menghampiri Aidan lalu badan pemuda itu dipeluk olehnya.

"Welcome back, Aidan. Terima kasih untuk segalanya". Bahagian belakang badan Aidan ditepuk-tepuk oleh Caden.

"Mommy, siapa tu? Muka dia sama macam Uncle Hedeon lah". Soal Mecca kepada Jasmine.

" Sebelum mommy jawab, mommy nak tanya awak dulu. Boleh?".

Mecca hanya mengangguk. Pendiam sebiji macam bapak dia.

"Nama panjang Mecca apa?".

"Sayf Ayden Mecca bin Sayf Muhammad Maleeq". Jawab Mecca dengan penuh kenyakinan.

"Ha, nama Ayden tu datang daripada nama uncle tu. Nama dia Aidan Hakimi. Uncle Aidan pernah jadi bodyguard mommy 6 years ago. Dulu masa mengandungkan Mecca dan arwah kembar Mecca tu, dia lah yang selalu teman and jaga mommy. Itupun daddy yang suruh". Terang Jasmine sambal memperbetulkan sedikit rambut anak terunanya itu.

"Oh...".

"Dia dah banyak berkorban untuk mommy, daddy and Mecca. So, I want you to be nice to him, okay?". Pesan Jasmine kepada Mecca.

"Okay, mommy".

SEBUAH tasik di ibu negara itu menjadi pilihan Jasmine untuk dijadikan tempat dia sekeluarga berkelah pada hari ini. Bukan Jasmine, Caden dan Mecca sahaja yang ada. Budak empat ekor beserta pasangan suami isteri Melvin dan Alisa itu juga ada Bersama mereka.

Aidan dan Hedeon sedang duduk sedikit jauh daripada yang lain kerana Hedeon mahu bercerita tentang apa yang dia lakukan untuk Aidan sepanjang ketiadaan lelaki itu. Salah satunya adalah dengan menceburkan dirinya dalam bidang kulinari hanya untuk menggapai cita-cita 'terrakhir' Aidan untuk menjadi seorang cef. Now that Aidan is alive, Hedeon boleh lah tukar kursusnya semula ke bahagian kek dan pastri. Kerja senang kerana Hedeon menuntut pelajaran di kolej swasta. Tak banyak songeh sangat.

Alex dan Lee sedang duduk memancing dekat tepi tasik tu. Entah ada ke tidak ikannya. Alex sudah daripada tadi tak berhenti mengeluh, hampir sahaja membuatkan Lee mengetuk kepalanya tapi dia cuba untuk bersabar kerana dia sudah berubah ke arah jalan yang benar. Kalau dulu dia pernah ketuk kepala Alex lapan kali sehari, sekarang dia berazam nak ketuk tujuh kali je sehari.

Macam tiada beza kan?

"Mana ikan ni, Lee?". Soal Alex buat kali keseribu membuatkan Lee mendengus kasar.

" Eh kau ni karang--". Baru sahaja tangannya diangkat ke udara untuk menghempuk kepala Alex, ada suara yang sudah menegur terlebih dahulu.

"Adam Raiyan Lee". Suara diktator milik Caden.

Terus tangannya diturunkan kembali seraya dia tersenyum cuuuukupppp manis ke arah Alex.

"Kejap tau Alex buchuk buchuk. Nanti ikan sampai. Kalau tak sampai jugak, akan aku belikan satu pasar ikan untuk kau nanti". Ucap Lee dengan nada yang sangat sarkastik.

"EEEE GELI LAH KAU CAKAP MACAM TUUU!!!". Lantas Alex menepis tangan Lee yang tengah mencuba-cuba untuk menyentuh pahanya.

"Geli apa? KAU INGAT AKU GAY KE WOI?!!!". Tempik Lee kuat sehinggakan beberapa orang di tasik itu berpaling ke arah mereka berdua dan berbisik-bisik.

"TAK CAKAP PUN! Kenapa? Kau songsang betul ke?". Soal Alex seraya tersenyum senget.

"Kau tunggu eh...". Lee yang sudah kegeraman itu mencampakkan jorannya ke tepi lalu dengan tergesa-gesa mengeluarkan telefon pintarnya yang tadinya ada di dalam poket seluar cargonya itu. Butang on telefon itu ditekan memaparkan lockscreen telefon Lee yang berlatar belakangkan gambar seorang wanita yang memakai uniform lengkap seorang jururawat sedang tersenyum manis.

"Siapa tu, Lee?". Tunjuk kat orang lain, orang lain pula yang datang tengok sekali. 'Orang lain' itu ialah Melvin dan Alisa yang baru sahaja duduk berdekatan dengan Alex dan Lee itu. Si tukang bertanya ialah Melvin.

"Dah ada someone special ke, Lee?". Giliran Alisa pula mengusik membuatkan wajah Lee semakin memerah. Jarang dia malu macam ni.

Memorinya bertemu buat pertama kali bersama si jururawat miliknya itu pada enam tahun lepas tiba-tiba kembali menerjah minda.

Flashback...

"Encik, boleh tolong diam sikit tak? Banyak bayi sedang tidur tu. Kalau rasa mulut tu tak boleh nak tutup, boleh berambus". Seorang jururawat muda bertudung tiba-tiba sahaja mendekati Lee dan menyemburnya, pedas.

"Kau ni siapa nak sound-sound aku? Ingat hospital ni bapak kau punya ke?".

"Haah, memang bapak saya punya. Kenalkan, nama saya Cik Intan Az Zahra bin Tan Sri Zahid. Tan Sri Zahid, pemilik hospital ini". Dia mengangkat tinggi-tinggi ID pekerjanya ke hadapan muka Lee.

"Kau--".

"Lee, nak gaduh, gaduh dekat luar". Pesan Melvin.

"Entah, dah la gaduh dengan perempuan. Nurse pula tu". Alex cuba menahan tawa.

"Diam ah kau!".

Dan beberapa hari selepas itu, Lee bertemu lagi dengan Intan.

Mula-mula mereka ni macam kucing dengan anjing. Asal berjumpa je, mesti bergaduh. Tapi lama-kelamaan, mereka mulai berteman. Sampailah suatu hari tu, Lee yang tak pernah-pernah jatuh cinta itu tiba-tiba sahaja meluahkan perasaannya kepada Intan.

Masuk sahaja tahun ini, sudah setahun mereka menjalinkan hubungan istimewa.

Dan...

Lee sebenarnya lupa nak bagitahu yang lain...

End flashback...

"Hehe, sorry dho korang. Aku lupa nak bagitahu". Lee akhirnya mengakui silapnya itu.

"Ini Intan Az Zahra. Girlfriend aku". Sumpah merah habis wajah Lee pada saat ini. Rasa macam nak selam aje muka ni dalam tasik kat depan tu.

Semua yang ada berdekatan situ memang terkejut lah dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Lee itu. Lee yang panas baran ini ada teman wanita??? Macam mustahil je kan?

Little did they know...

Adam Raiyan Lee that has to be known as a panas baran guy is actually the biggest baby whenever he's around his girlfriend.

"APA??!!! LEE ADA MAKWE???". Aidan dan Hedeon yang tadinya duduk jauh sedikit daripada yang lain turut berlari anak ke arah tempat mereka berkumpul. Sumpah dengan wajah dan cara berlari, cara bercakap yang sama, sumpah Aidan dan Hedeon kelihatan seperti kembar. Padahal mereka tiada pertalian darah sedikitpun.

Sementara Caden dan Jasmine hanya duduk di atas sehamparan tikar berkelah tidak jauh daripada mereka semua, menemani Mecca yang sedang sibuk membaca buku. His daily 15 minutes reading time. Tak pernah budak tu lupakan.

"Nazia". Panggil Caden lembut.

"Hm?".

"Aku nak cakap sesuatu, boleh?". Soal lelaki itu.

"Cakap lah, Sayf". Jasmine membalas pertanyaan itu dengan pakej senyuman manisnya.

Caden menghela nafas panjang sebelum mulai bersuara lagi.

"Kau ingat tak yang kau pernah tanya aku enam tahun lepas... kau cakap, tiada langsung perbezaan antara kau dengan arwah kembar kau. Antara Jasmine Nur Nazia dan Jasmina Nur Nazira... dan kau tanya aku kenapa aku tetap pilih kau over her kan? Kau ingat tak?".

"Ingat. Lepastu awak cakap awak tak tahu. Kenapa awak tanya, Sayf?". Berkerut-kerut dahi Jasmine. Dia tak marah topik ini dibuka, dia hanya ingin tahu.

"Aku dah ada jawapan sebetulnya. Kau nak dengar tak?".

Jasmine mengangguk laju.

"Sebab kau adalah kau. Tiada yang sama macam kau. Not even the late Jasmina. Kau cinta pertama aku. Everything about you is just so special. Saat kita berjumpa lagi waktu dalam kapal terbang tu, walaupun masatu kau tak ingat langsung tentang aku, tapi aku yakin...aku yakin yang kau ialah pilihan aku yang tepat. Kau ada aura tersendiri yang sampai boleh melekat dalam ingatan aku walaupun dah beberapa tahun kita tak berjumpa masatu. Kau berbeza bagi aku. Apa yang ada dekat kau, tiada dekat arwah Jasmina. Kau miliki separuh daripada hati aku. Arwah Jasmina tiada benda tu. Jadi, ini jawapan untuk soalan yang kau tanya dekat aku enam tahun lepas". Panjang lebar Caden meluahkan isi hatinya.

"Terima kasih sebab awak dah bagi separuh daripada hati awak dekat saya, Sayf. Saya hargai pemberian awak sangat-sangat. Jawapan awak buat saya sedar yang saya perlu redha dengan takdir hidup kita. Awak pilih saya kerana takdir Allah. Jasmina pergi kerana takdir Allah. Saya sedar, saya perlu redha dengan semua tu. Terima kasih, Sayf". Pinggang suaminya itu dipeluk kejap. Jasmine bersyukur dengan kurniaan Allah yang satu ini.

"Hati kau?".

"Huh?". Jasmine keliru dengan soalan Caden.

"Hati kau macam mana? Separuh daripadanya ada dekat aku tak?". Soal Caden seraya tersenyum manis.

"Dulu ada. Tapi sekarang kena kongsi dengan banyak manusia kecil". Jasmine menjawab semacam acuh tak acuh.

"Siapa? Kenapa banyak? Bukan manusia kecil kita ada satu je ke?". Caden mengerling ke arah Mecca yang sudah terlena bersama bukunya itu. Kepala kecil itu terlentok elok di atas peha Caden.

"Dulu ada satu je. Sekarang dah nak masuk tiga".

"Huh....? Aku tak faham lah, sweetheart". Haih, lembab betul Sayf Maleeq ni. Macam mana lah dia boleh digelar young millionaire Malaysia kalau lembab macam ni. Oops, maaf. Terkutuk.

"Nah". Jasmine mengeluarkan sekeping foto daripada poket blausnya itu lalu dihulurkan kepada si suami.

Terpaku sekejap Caden dibuatnya.

"If you are wondering, yes, we are gonna get a pair of twin again hihi". Jasmine tersenyum manis.

"Terima kasih, Nazia. Terima kasih, Allah".

Sempat lah Caden menangis satu round sebelum akhirnya dia memeluk kemas badan si isteri.

"Terima kasih, Nazia. I promise you, this time I will take a very good care of both of them". Itu janjinya.

"Sama-sama, Sayf Maleeq".

"я тебя люблю (I love you), Jasmine Nazia. Always...".

Jasmine mengusap perlahan bahagian belakang badan Caden sebelum membalas,

"SAYF MALEEQ will always be the owner of my other half of heart".

THE END OF THE ALTERNATE ENDING

Hello sayang-sayangku!

Bagi sesiapa yang merindui Jasmine dan Caden, nukilan ini saya khaskan buat kalian semua. Saya juga ingin berterima kasih untuk kesemua 1000+ followers saya.

Also, come to think about it...

Kalau kembar Mecca boleh diselamatkan (a.k.a hidup), her name would be Sayf Erin Malicca :(

Sayf Erin Malicca binti Sayf Muhammad Maleeq :(((

Terima kasih, sayang-sayangku! Moga kita berjumpa lagi di buku yang akan datang. Assalamualaikum...

(p/s: alternate ending ini saya tulis bersempena dengan followers saya mencecah yang keseribu sebenarnya hihi)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro