Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

66- The War Has Begun

KREK...

Setelah beberapa puluh minit menunggu di luar kediaman usang itu, pintu besar yang betul-betul berada di hadapannya akhirnya dibuka. Dengan serta-merta, dia mengangkat tinggi pistol yang dipegang ke udara. Menyamai paras dahi Darren King.

"Wo, wo. Chill. Kau nak Jasmine selamat ke tak ni?". Bercakap besar ya? Padahal lututnya juga ketar-ketir melihat segerombolan manusia yang masing-masing berdiri bersama senapang mereka di udara di tepi beberapa buah Range Rovers hitam itu.

"Don't talk too much, King. Give me back my wife. Jangan sentuh dia". Pistol yang dipegang, ditekap kasar ke dahi Darren sehingga figura lelaki itu terdorong ke belakang sedikit.

"Kalau aku sentuh dia?". Dia seolah mencabar kesabaran Caden.

"Тогда я больше не позволю тебе дышать (then, i won't let you breath anymore)".

"Come on, Gil. You know, I don't really understand Russian". Sempat lagi lelaki tak guna itu mentertawai situasi itu. Tak ke bodoh namanya tu? Takde apa yang lawak pun, nak ketawa. Gila ke? Lupa makan ubat? Kesian...

"Jangan banyak cakap la, Darren. Give him back, his wife". Melvin yang setia berdiri di sisi Caden itu mulai menyampah dengan lelaki bernama Darren King itu.

"Kau nak Jasmine?". Soal Darren. Sebelah kening Caden naik, seolah mempersoalkan logika soalan itu.

"Then, make Jasmina Nazira alive again. Make my princess alive again. Make her come back by my side. Kalau kau tak bunuh dia dulu, dia masih ada dengan aku sekarang. Kami akan hidup bahagia".

Ya, itu dia. Kerana dendam. Hanya kerana dendam, habis putus semua persahabatan.

Persahabatan? Ya. Darren Lucius King merupakan salah satu teman rapat kepada Caden Velkov Gilbert. Sejak daripada mereka berada di bangku sekolah rendah lagi.

Meskipun, keluarga Velkovace dan keluarga Kings kedua-duanya musuh dalam dunia perniagaan, namun mereka tetap kukuh mempertahankan persahabatan mereka. Walaupun mengambil masa yang lama, hal ini juga dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga.

They had been friends for more than 2 decades. But then, love and revenge destroy everything.

Darren mengenali Jasmina Nazira melalui Caden. Mereka bertiga berkawan. Tetapi, hubungan Darren dan Jasmina, tak la serapat seperti hubungan Jasmina dan Caden.

Setakat ni, faham?

Days went by, and he fell for his own friend. Jasmina Nazira.
Yes, it was a very complicated love story.

Darren jatuh cinta akan Jasmina Nazira.
Tetapi, Jasmina cintakan teman rapatnya sendiri iaitu Caden. Dia langsung tak pernah menyedari perasaan Darren terhadap dirinya. Dia hanya fokus kepada Caden sahaja.

Caden pula tak mampu untuk mencintai Jasmina kerana dia telah menaruh hati kepada kakak kembarnya iaitu Jasmine Nazia.

In the end, they broke the friendship. Just because love and revenge. How sad.

"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Darren? Jasmina dah lama mati!". Lee memekikkan ayat terakhirnya itu dengan kuat sekali. Dia hanya ingin mengembalikan Darren ke dunia nyata. Lelaki itu harus terima hakikat yang Jasmina sudah tidak ada lagi di dunia ini. Dia harus redha dengan semua ini.

" Atau, Caden. Kau melutut di kaki aku. Minta maaf atas semua kesalahan kau. Minta maaf kerana disebabkan kau, dia bunuh diri. Melutut sekarang sebelum aku bunuh isteri kau dengan kau-kau sekali!". Pistol hitam diangkat menyamai paras kepala Caden.

Kini, kedua-duanya mengacukan pistol ke dahi masing-masing.

Darren and Caden who once a pair of bestfriends were now holding guns to each other's heads just because of their love ones. Love, changed everything.

"Tolong lepaskan Jasmine, Lu. Dia tak salah. Aku akui, aku yang salah. Aku punca segalanya. Tapi, bukan dia. Tolong lepaskan dia". Dia menggunakan middle name lelaki itu yang sering dia digunakan sewaktu mereka berteman rapat dahulu.

"Ya, betul tu. Kau yang bersalah. Kau bunuh dia". Air mata lekaki Darren jatuh. Ternyata, dia sangat mencintai arwah Jasmina.

His tears fell in front of his own enemy just because of her. Jasmina Nazira, his precious girl.

"Then, let her go, Lu. I will do anything for you".

"Anything?".

"Yes".

"Gil, apa kau tengah buat ni? This is not in our plan". Melvin mulai berang. Di rumah bincang lain, di sini bincang lain. Mana dia tak panas hati?

"Ask your men to go back home. Only you can come and save your wife. Kalau tak, takkan ada lagi peluang ni". Pistol yang diacukan ke dahi Caden tadi, diturunkan. Dia berkata perlahan.

Tanpa berbasa basi lagi, jari telunjuk kanan Caden menekan butang di earpiece nya.

"Покидать (leave)".

Lee, Melvin, Alex dan Hedeon yang ada di sisi kanan dan kiri Caden cukup tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya. Sungguh, ini tidak ada di dalam rancangan mereka.

"Gil, kau gila ke?! Kau sendiri tahu yang dia boleh tipu kau kan?". Buat pertama kalinya, Alex meninggikan suaranya kepada Caden.

"I said, leave. Jangan datang ke sini lagi, biar aku yang selesaikan semuanya. Sendiri".

"Tapi, Gil-". Lee masih cuba untuk membantah tetapi dipotong oleh Melvin.

"Copy, boss". Because he knew, they would never be able to convince Caden Velkov Gilbert. His words are commands.

🦋

"TASK  kau mudah sahaja, Caden. Kalau kau nak isteri kesayangan kau tu selamat, jangan melawan. Kau duduk je diam-diam, okay?". Darren menertawakan Caden serupa seperti suara tawa seorang psiko.

Akhirnya, dia berjaya membuatkan ketua Velkovace itu melutut di hadapannya. Dia puas dengan semua itu.

Langkah seterusnya adalah...

DUSH!
DUSH!
DUSH!

Kepala, perut, bahagian belakang badan Caden tanpa henti dipukul dengan sebatang kayu yang dihayunkan oleh salah seorang anak buah Darren. Terus membuak-buak darah terkeluar daripada kesan-kesan luka dan mulutnya.

Apabila dia cuba untuk melawan, Darren bersuara,

"No, no Caden. Kau nak isteri kau selamat ke tak? Kalau tak nak, silakan, get your gun. Blow my head". Darren berkata dengan penuh sinis sambil dia menghulurkan sepucuk pistol ke hadapan wajah Caden.

Sepasang mata hijau yang hampir sahaja dimasuki darah yang keluar daripada bahagian atas kepalanya itu, memandang tajam wajah Darren.

"Jangan sentuh dia".

"Aww, what a great husband and daddy to be. Congrats by the way".

Cukup terkejut Caden apabila mendengar ayat-ayat itu diperkatakan oleh Darren. Macam mana dia tahu? Dia ada pasang mata-mata ke? Ke memang ada musuh dalam selimut di rumah itu?

Takkan lah... Mereka semua setia dengan Caden.

"Jangan--".

DUSH!

Perut lelaki itu disepak pula oleh anak buah Darren yang dipanggil Bob itu. Mereka berdua tergelak sinis melihat keadaan Caden yang sudah hampir nazak itu melutut dan merayu agar isterinya dilepaskan. Ya, dia hanya kisahkan isterinya sahaja. Bukan diri dia sendiri, bukan orang lain.

Hanya Jasmine. Jasmine Nur Nazia.

DUSH!
DUSH!

Kalini, kakinya pula dihentak agak kuat dengan kayu yang masih setia di tangan Bob itu. Caden hanya mampu melutut tanpa boleh untuk melawan. Demi keselamatan Jasmine.

He would risk his whole life for his sweetheart.
He would die for his sweetheart.
He would sacrifice himself for his sweetheart.

Darren dan Bob masih dengan gelak tawa kejamnya.

"Lu, bagi aku--, aku tengok dia. Aku nak te--tengok Jasmine". Tersekat-sekat suaranya, cuba untuk meminta belas kasihan Darren.

"Hm, okay. Bob, pergi heret dia datang sini. Biar dia tengok laki dia ni".

"No--no, jangan berkasar dengan dia. Dia pregnant, Lu".

"Ah suka hati aku la!". Dia tertawa lagi.

"Lu, don't. Jangan berkasar dengan dia. Aku akan buat apa sahaja untuk kau".

"Apa sahaja?".

Caden mengangguk.

🦋

Another update sebab cerita ni dah nak habis.

Kalau ada apa-apa yang tak faham atau mengelirukan, boleh tanya dekat ruangan komen okay?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro