64- Bad Thing Happened
"HMM, nak pergi mana?". Soal Jasmine tatkala merasakan yang ruangan katil di sebelahnya bergerak-gerak. Sudah pasti lah itu disebabkan oleh Caden yang baru sahaja bangun daripada pembaringannya. Dan hal itu membuatkan Jasmine tak jadi nak tidur.
"Kenapa bangun ni, Nazia?". Dia membaringkan semula setengah badannya di samping Jasmine sambil mengusap 'anak koala' yang sedang kemas memeluk lengannya itu.
"Awak nak pergi mana?".
"Aku ada kerja sikit. Kau tidur lah dulu. Lepas maghrib nanti, aku balik". Dia gosok lagi kepala isterinya. Dia berharap agar Jasmine tertidur lagi dan tidak bertanya lebih. Kerana dia sendiri tidak tahu macam mana harus dia jawab soalan-soalan yang bakal keluar daripada mulut wanita itu nanti.
"Kerja apa?". Ha, kan aku dah kata.
"Meeting. With some people for a new branch of our hotel". Dia memberi tahu kenyataannya. Entah Jasmine faham ataupun tidak, dia katakan sahaja. Asalkan tak menipu.
"Meeting? At this hour?". Mata kuyu itu mencari-cari jam dinding di dalam bilik itu.
Ternyata, jam baru sahaja menunjukkan angka 5:30 petang.
Sepatutnya, meeting itu dilakukan pada awal pagi tadi. Tetapi, Caden menegaskan yang dia tidak boleh meninggalkan isterinya sendiri pada pagi tadi dek kerana Hedeon yang masih belum pulang daripada Sepanyol atas urusan kerja.
"Kenapa? Kau tak percaya? Nak ikut?".
"Tak nak, lebih baik saya tidur. Ikut awak, buat penat aje".
"Tahu pun. Kau tunggu kejap je tau, nanti aku balik". Caden mencium lembut dahi Jasmine yang dilitupi dengan beberapa helaian rambut itu.
"Balik cepat tau". Jasmine memeluk selesa, sekali, badan kekar itu. Sempat dia rasakan hembusan nafas hangat Caden di bahunya.
Caden angguk beberapa kali dan terus bangun daripada katil itu untuk bersiap-siap. Tinggal lagi lebih kurang 30 minit sebelum client yang telah membuat appointment akan muncul di tempat perjumpaan yang telah dirancang.
"Hedeon will come over, later. Have a great evening, sweetheart". Dia tersenyum manis ke arah Jasmine sebelum betul-betul masuk ke pintu kecil di dalam bilik itu yang mengarah kepada sebuah bilik air.
"Sayf! How's the matter with Belle?". Dia berteriak takut-takut suaminya yang ada di dalam bilik air itu tidak mendengar suaranya.
"What?!". Ha kan dah kata, dia tak dengar.
"Macam mana dengan Belle?".
"Hanchester family currently are having discussion with hers. We will wait and see. Tapi yang paling pasti, Melvin isn't going to marry her". Caden berkata-kata sambil air hujan mencurah-curah membasahi badan dan rambutnya.
"Oh, okay! Itu je nak tanya. Saya tidur dulu!".
"Tidur la! Nanti aku balik, aku belikan kau makanan".
"Alright! Love you!".
"Love you too!".
Dalam bilik air pun sempat lagi nak ber-'i love you' bagai ya? Unik betul pasangan ini. Takpe la, janji diorang bahagia dan tak ganggu hidup orang kan?
So, this is love?
How cool...
🦋
TEPAT pada jam 9 malam, dia membuka semula matanya apabila terdengar ketukan di pintu biliknya. Terdengar juga suara Hedeon yang memanggil Jasmine untuk turun makan malam.
Lama juga dia tidur ya?
Tadi lepas je Caden pergi, terus dia terlelap. Then, dia bangun lagi untuk mandi dan solat maghrib. Lepastu, dia sambung tidur dan sekarang ni baru bangun. Tu pun sebab ada orang ketuk pintu. Kalau tak, memang tak la nak bangun.
"Princess, do you wanna have dinner now?". Tanya Hedeon di sebalik pintu besar itu.
"I am not hungry. Is Caden home?".
"Not yet. Do you want to meet him in the office?". Lama betul Caden keluar. Banyak sangat kut kerjanya.
"Can I?".
"Of course but you have to have dinner first".
"Okay! Wait, I'll get ready".
Terus dia melompat kecil daripada katil untuk bersiap-siap. Melompat ganas-ganas sangat, tak boleh lah. Nanti kang, terberanak kat situ baru tahu.
"Alright, my lady".
Kadang-kadang Hedeon ini manis juga orangnya kan? Perangainya tak lain dan tak bukan persis seperti arwah Aidan. Tetapi, Hedeon sedikit lebih matang dan sweet berbanding Aidan yang lebih kepada kebudak-budakkan (in a cute way) dan kurang sweet sedikit.
Jasmine mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk bersiap-siap. Dia hanya memakai sehelai gaun ibu mengandung bewarna merah jambu, bercorak bungaan lili cantik. Dipadankan pula dengan cotton shawl bewarna putih.
Sungguh menawan!
Menyerlah sungguh seri ibu mengandung di setiap penjuru wajah manis milik Jasmine itu.
Wanita itu melangkah ke arah pintu sebelum membuka kuncinya dan menguak pintu itu sedikit besar. Muat-muat untuk dirinya keluar.
"You are looking gorgeous, Lady Jasmine".
"Thank you and you too. Where are you going by the way? With the suit and so on. Dating, I suppose?". Jasmine bertanya sambil keningnya diangkat-angkat. Saja nak sakat Hedeon.
Yela, dah lelaki itu tiba-tiba kelihatan lebih segak daripada biasanya. Macam nak keluar pergi date pula.
"Kind of. Hehe...". Hedeon menggaru-garu kepalanya. Agak malu dengan kenyataan yang baru sahaja keluar daripada mulutnya itu.
Dia sememangnya akan menemui seseorang selepas sahaja menghantar Jasmine ke Velkovace's Hotel Management Office.
"Uuu, tell me about it later eh?". Dia menyiku-nyiku udara. Nak siku tangan Hedeon betul-betul, haram pula.
"I will. Now, come on. You must have your dinner before going to meet your beloved husband, princess". Kalau dengan Jasmine pun, Hedeon dah manis macam ni. Apatah lagi dengan wanita bertuah itu. Sungguh dia bertuah kerana berjaya mendapatkan seorang Hedeon Helge.
🦋
DIA berdiri sendiri di dalam lif itu sambil menunggu ia untuk berhenti di tingkat 23, di mana terletaknya office yang kini telah diuruskan sepenuhnya oleh cucu pertama keluarga Velkovace itu. Siapa lagi kalau bukan, Caden Velkov Gilbert?
Ting!
Bunyi lif itu membuatkan senyuman Jasmine melebar. Tak sabar rasanya nak peluk si suami.
3 saat kemudian, pintu lif dibuka dan seperti nak terhenti di situ juga degup jantungnya tatkala melihat figura tinggi itu sudah berdiri tegak di hadapannya.
Terus dia melangkah keluar daripada lif itu.
"Macam mana-".
"I was told by Hedeon that you're coming here for me. Tu pun Hedeon bagi tahu last minute. Why can't you tell me first so I can be home earlier? Tahu tak bahaya kau keluar macam ni". Tak pasal-pasal dah kena bebel.
"Sorry la. Saya ingat nak surprise kan awak je. Jangan lah marah".
"Im not angry, Nazia. Im just worried. Tolong jangan buat macam ni lagi, hm?". Terus dia tarik badan isterinya ke dalam pelukan.
"Sorry...". Kata maaf dituturkan lagi. Kalini, lebih sayu.
Niat ingin memberi kejutan kepada suami sendiri tidak menjadi. Kena bebel ada lah!
"Hm. Kau dah makan?".
"Dah. Hedeon paksa". Jasmine mencebik.
Memang dia kena paksa pun tadi. Selagi tak habis makan malam tadi, selagi tu Hedeon tak nak drive kan Jasmine ke sini. Ale-ale, dia juga yang harus menghabiskan makanan wanita 'gedik' itu.
"Good. Now, can you wait for me here for a little while? Im gonna grab my things there". Caden melepaskan pelukannya dan jari dihalakan ke arah sebuah bilik berpintu kaca.
"Okay!".
"Goodgirl".
Caden mengusap dahi wanita itu buat terakhir kalinya sebelum melangkah pergi.
Jasmine pula terkelip-kelip menunggunya di hadapan lif itu.
Kelip punya kelip, dia seakan menangkap sebuah bayangan di sebalik dinding di hujung lobi ruangan itu. Apa hantu ke tu?
Dia dah mula seram sejuk.
Bertambah seram lagi apabila ternyata ada orang rupanya yang berselindung di sebalik banyangan itu. Seorang lelaki berbaju hitam semuanya dan berkaca mata hitam.
Sempat dia kerling ke arah tangan lelaki itu.
'Pisau?'. Fikirnya.
Baru sahaja dia berpusing untuk meloloskan diri ke dalam bilik kerja Caden, mulutnya terlebih dahulu ditekup dengan sehelai kain oleh seorang lagi lelaki yang ada bersembunyi di belakangnya.
Sempat dia meronta-ronta seketika sebelum pandangannya mulai menggelap.
🦋
Surprise!
BAHAHAHAHA!
Semoga readers berbahagia <333
Sebenarnya mood saya kurang baik sikit harini.
Nak dengar cerita sedih singkat saya tak?
Tadi crush saya jadi imam solat Isyak AND HE RECITED MY FAVOURITE SURAH WHICH IS SURAH AL-QALAM. The worse part is, I CANTTTT PRAYYY HUWAAAA 😭😭😭
Itulah sebabnya saya tetiba tkde mood ni :(
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro