55- Breaking His Own Rule
CADEN terjun ke katil itu hanya untuk memeluk Jasmine yang kelihatan sedang termenung itu. Tangan wanita itu kelihatan memintal-mintal hujung tali hoodie hitam milik suaminya yang sekali lagi dia 'curi' daripada bilik baju yang berjarak tidak jauh daripada bilik mereka berdua.
"Hello, sayang. How's your day? How were the babies doing? What did you do while Im gone today?". Dia menghampiri Jasmine lalu wajahnya didekatkan dengan perut boyot itu.
"Suam betul kawasan ni". Kedua tangannya memeluk pinggang Jasmine. Matanya tertutup. Selesa betul ya, Caden?
Apabila menanti jawapan yang tak muncul juga, dia angkat sedikit mukanya untuk menatap wajah Jasmine yang kelihatan seperti sudah tidak beriak itu. Dia mengeluh kecil kerana dia faham akan apa yang sedang berlegar di kepala wanita itu.
"Hey, kenapa ni? Aku ada buat salah ke?". Pelukan semakin dieratkan dalam keadaan yang selesa. Kepala didongakkan sambil dagunya direhatkan di atas perut itu.
Namun, Jasmine tetap sahaja diam.
"Sayang... Bidadari ku... Cinta... Cantik... Sweetheart... Jangan lah macam ni. Cakap la dengan aku ni. Aku rindu kau la. Seharian keluar dengan Melvin. Rindu sangat ni...". Ha, ambil kau. Habis terkeluar segala jenis nama panggilan yang boleh difikirkan. Betul-betul manja ya Caden ni?
" Saya nak jumpa Nisha. Dia ada lagi dekat bilik bawah tanah tu kan?". Pintanya tiba-tiba, membuatkan Caden membaiki posisi kedudukannya dengan duduk tegak di samping Jasmine. Wajah isterinya itu ditatap, menginginkan kepastian.
"Tak payah la. Busuk la kat bawah tu".
"Siapa yang busuk?". Aik, apa punya soalan tu? Macam lari daripada topik utama je tu.
"Bilik tu-".
"Kenapa awak ni? Awak nak cakap saya busuk ke? Awak nak cakap saya busuk kan? Awak tak suka bau saya kan? Nah, ambil lah balik hoodie awak ni!". Ha, ni sah lari topik betul ni. Kenapa boleh tiba-tiba masuk isu bau badan ni.
Sampai berlapis-lapis dahi Caden dibuatnya, cuba untuk mencerna segala apa yang baru diperkatakan oleh mulut Jasmine.
" Ha?".
" Ni, ambil ni!". Wanita itu membuang hoodie yang dipakai lalu dilemparkan ke muka Caden. Terpinga-pinga dibuatnya dek kerana perangai si isteri yang tiba-tiba sahaja berubah. Mukanya penuh cemberut merenung tajam Caden.
Dengan berpeluk tubuhnya, mulut muncungnya dan tak lupa juga perut boyot yang cukup comel itu. Bila tengok balik semua tu, terus Caden ketawa.
Sekarang dia faham kenapa Jasmine tiba-tiba sahaja berubah angin.
"Comel nya wife aku ni merajuk". Digomol-gomolnya muka Jasmine. Pipi wanita itu dicium berkali-kali. Betapa geramnya dia dengan isteri nya yang kelihatan terlebih comel ni di saat merajuk ni. Lagi-lagi dengan kedua tocang kuda yang menjadi style rambutnya. Dengan reben yang diikat di kedua-dua tocang tersebut.
Sejak kebelakangan ni, dia suka mengenakan gaya rambut itu. Katanya, Alisa yang ajar.
"Tepi la. Kalau nak tahu, saya pun tak suka bau badan awak".
"Really? Kenapa? Tell me why?".
"Entah. Saya tak suka bau badan awak macam mana awak tak suka bau badan saya. Saya tahu la, saya busuk. Tak perlu lah awak cakap macam tu. Saya terasa tahu... tak...". Muka cemberut tadi diganti dengan muka sayunya.
"Lah, sejak bila aku cakap kau busuk? Tadi tu, aku cakap bilik tu yang busuk. Kenapa kau ni? Sekejap marah, sekejap merajuk, sekarang? Nak nangis pula?".
"WAAAA! Awak tak suka erk perangai saya ni? Takpe la, saya bagitahu babah esok". Tak semena-mena dia menangis kuat. Terkejut sekali Caden dibuatnya.
"Hey, Ya Allah. Bukan itu la maksud aku". Tangan kasarnya mengalihkan kedua tangan Jasmine yang sedang menekup muka itu.
"Dahtu apa?".
"First thing first, kau tak busuk dan aku suka bau badan kau. Berapa kali lagi aku nak cakap, hm? Kedua, aku tanya aje tadi. Aku minta maaf kalau soalan tu sakitkan hati kau. Maaf kan aku?". Dia merenung Jasmine yang tiba-tiba sahaja berdiam diri itu.
"Babies, please ask mommy to forgive daddy. Daddy tak sengaja nak lukakan hati mommy. Daddy tanya je, tak tahu pula mommy ambil hati. Suruh la mommy maafkan daddy". Siapa sangka, ketua mafia Rusia ini boleh jadi semanja ini dengan isteri mengandungnya kan?
"Mommy maafkan daddy, okay?". Caden merenung lembut wajah isterinya.
Perlahan-lahan Jasmine mengangguk. Dia sendiri tak sangka yang dia akan jadi semanja ini harini.
"Спасибо (terima kasih)".
🦋
PAM!
Bergema bilik itu mendengar tamparan hebat yang diberikan oleh Jasmine itu untuk Nisha itu.
Ya, setelah mengumpul kekuatan jiwanya, dia akhirnya berani untuk bertantang mata dengan kawan baiknya yang sanggup buat kerja-kerja kotor hanya kerana dengki itu.
"Jasmine apa kau buat ni? Jangan cakap, kau percaya kan segala kata-kata suami kau ni. Dia ni orang jahat tau, Min. Kerja dia pun kerja ha-".
Tak sempat Nisha menghabiskan kata-katanya, Jasmine terlebih dahulu menarik rambut gadis itu sehingga kepalanya tersentak ke belakang.
" Jangan sesekali kau cuba untuk burukkan nama suami aku. Kau ingat, kau mulia sangat ke Tasneem!?". Jasmine menengking perempuan tak sedar diri itu.
While Caden, just standing behing her, enjoying the show.
"Kau tikam belakang kawan baik kau sendiri semata-mata kerana Kasyaf yang belum tentu nak kan kau tu!". Rambut Nisha disenjah sebelum dilepaskan kasar. Betapa geramnya Jasmine dengan perempuan itu.
Thats why people, don't cross an innocent person's limit. You will regret it later.
" Bila kau tahu ni? Daripada lelaki tak guna ni ke kau tahu?". Nisha ketawa sinis sambil mulutnya dijuihkan ke arah Caden yang sedang bersandar di dinding itu.
Jasmine segera melangkah menghampiri Caden dan merampas kasar pistol putih yang dipegang oleh lelaki itu.
Hampir tersedak air liur Caden apabila melihat hujung pistol itu ditekap keras ke atas dahi Nisha. Saat ini dia tahu bahawa Jasmine sudah betul-betul hilang kesabarannya. Bila-bila masa pun tembakan boleh dilepaskan.
Telan air liur pasir juga la Nisha berada dalam keadaan tegang itu. Bila-bila masa sahaja nyawanya akan melayang.
Namun sempat lagi dia menyindir Jasmine,
"Tembak la, Jasmine. Aku tak takut sikit pun. Ni aku nak tanya, anak yang kau kandungkan ni, betul ke anak lelaki tu?". Soalan terakhir itu ditanya sengaja untuk menaikkan lagi amarah Jasmine. Mulutnya dijuihkan lagi ke arah Caden.
Pistol putih semakin ditekan keras ke dahi Nisha.
" Aku tak sangka yang kau akan buat aku macam ni, Nisha".
"Ke ni anak lelaki lain? Kau kan perempuan jalang! Kasyaf pun kau nak, lelaki ni pun kau nak! Oh dan, lelaki kat rumah ni kan banyak. Kau dah tidur dengan semua kan? Puas tak?".
Dengan kata-katanya itu, bukan sahaja amarah Jasmine yang meningkat naik, amarah Caden turut bangkit.
Dia yang tadi bersandar tenang di dinding belakang, terus datang menghampiri Nisha. Dagu perempuan itu dicengkam kasar. Sampai mahu tergerak sahaja kedudukan rahangnya. Matanya menikam tajam mata hitam Nisha.
"Aku ada nama, Tasneem. My name is Caden Gilbert. So stop calling me, 'lelaki tu'. And I want it to be the last word you will say while taking your last breath. DON'T. YOU. EVER. TALKING SHIT ABOUT MY WIFE, AGAIN!".
Pistol di tangan Jasmine dirampas kembali dan dia menghentak kepala Nisha menggunakan objek putih itu. Tersembur-sembur darah terkeluar daripada luka yang agak besar di kepala perempuan itu.
For the first time in his life, he hit a woman. Breaking his own rule.
"Kau ingat sikit Tasneem, kalau perempuan yang kau kata jalang ni takde kat sini, aku takkan biarkan kau hidup. Within a second I will kill you, a backstabber motherf*cker using the most torturing way to ever exist. Jangan cabar aku, perempuan".
Terus Nisha tak mampu lagi berkata-kata. Dengan Jasmine, dia berani lagi. Kalau dengan Caden, memang dia tak berani nak menjawab dah.
"Sekali lagi aku dengar benda-benda bodoh tu keluar daripada mulut kau. Вы умрете (you will die). I don't care if she allows me or not. Я убью тебя (i will kill you).Ты умрешь (you are going to die)".
Selesai berkata-kata, dia mencapai telefon pintar yang setia di dalam poketnya itu untuk menelefon seseorang.
" Пытайте ее (torture her)". Sepatah sahaja dia berkata, terus gagang diletak.
Tangannya kemudian mencapai tangan Jasmine.
" Come on, I will take you to Mc Donald. Nanti Melvin sampai". Dia tersenyum manis ke arah isterinya.
Berkerut dahi Jasmine melihat perubahan drastik suaminya itu.
Within a second, the devil turned back into an angel.
"Jom! Saya nak Big Mac dengan fries!". Ujar Jasmine penuh teruja. Nisha yang sedang cuba untuk memegang tangannya, merayu itu dibuat do-no sahaja.
"Jasmine... Maafkan aku. Keluarkan aku daripada neraka ni".
"Jom, Sayf. Saya nak makan banyak-banyak".
"Boleh, boleh. Nak beli satu kedai pun takpe".
Mereka berdua kemudiannya berjalan menjauhi Nisha.
"Jasmine!!!". Dan Nisha di situ terus merayu dan mengalirkan air mata. Peluang untuk dia meloloskan diri, tak sampai pun 0.1%. Mampus lah kau kat situ!
🦋
Hello, hello peeps!
Berita baik!
Saya dah siap tulis cerita nii uwuwuwu.
Maknanya, dah ada ending.
Stay tuned tau!
Hope korang suka la ending dia tu hueheueheu ><
Cuma, epilog je belum tulis lagi hehe.
Happy reading!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro