51- Kian Terungkap
"Assalamualaikum! Yow, yow wassup! It's your boy, Aidan! Harini, aku kena bersiap cepat sebab nak teman bini Caden pergi shopping. Kinda excited sebab aku dah lama tak keluar shopping, biasanya Lee je pergi. Aku kena tinggal sorang-sorang dengan rumah, hm... Eh, aku cau dulu!".
" Yow, it's your boy, Aidan Hakimi! Wassup guys! Harini aku kena pergi ambil bini Caden pulang daripada kerja dia. Boleh pergi melawat hospital uwu~ Cau lu!".
" Yow guys... Harini aku kena marah dengan semua. Sebab aku TER-tembak pintu bilik tukar baju dekat mall tadi. Ala... Aku bukan sengaja pun kan? Okay la, cau dulu. Bini Caden nak suruh aku masak laksa penang tu".
"Wassup guys! It's your boy, Aidan Hakimi! Harini aku ada lukis something sebab terlalu bosan. Semua dah keluar rumah, tinggal aku sorang-sorang, tak aci! Ni la lukisannya".
"Guys, aku nak pergi dah ni. Lepas rakam ni, aku letak cip ni dekat belakang frame tu tau. Aku harap, diorang jumpa la. Kalau aku tak balik, aku nak sangat diorang jumpa rakaman ni. Aku nak diorang tahu yang aku bersyukur sangat kenal diorang. Aku sayang korang! Cau lu, ada musuh yang perlu dibasmi".
Itu rakaman terakhir yang dijumpai di dalam cip kecil rahsia yang rupa-rupanya menyimpan seribu satu vlog harian yang dirakam sendiri oleh Aidan.
Skrin komputer dibiarkan terbuka. Ketiga-tiga daripada mereka terlihat mengalirkan air mata.
"Video terakhir tu. Dia macam dah tahu yang dia akan pergi". Kata Lee. Air mata yang lebat mengalir, dibiarkan sahaja. Langsung tak kisah kedua temannya itu memerhati.
"Aidan, you are such a f*cking stupid boy! Kenapa kau pergi awal sangat!? Kau dah janji dengan aku, kau nak kita sama-sama bunuh Darren, kan?!". Alex menghempaskan tangannya agak kuat ke atas meja berona hitam di dalam black room itu.
Melvin juga turut menitiskan air mata. Namun, seakan tidak terlihat sahaja dek kerana amarah yang menguasai pelusuk jiwanya dengan lebih kuat.
" Hello, it's you boy, Aidan. To proceed, please enter the password".
Tengah-tengah mereka bersedih, muncul satu ikon kartun mirip Aidan betul-betul di atas skrin laptop milik Alex itu. Ikon comel itu yang menuturkan dialog itu membuatkan semua manusia di situ agak terkejut.
"Password? Untuk apa?". Pandangan Melvin yang sedari tadi fokus sahaja pada laptop itu beralih ke arah kedua-dua manusia yang ada di belakangnya.
"Tu".
"Tu".
Kedua-dua daripada mereka menghalakan jari ke arah skrin laptop yang kini memaparkan ikon kartun Aidan tadi yang memegang sebuah ikon fail kuning yang di atasnya ada tertulis:
Top Secret
Enter the password: |...
"Top secret? Korang tahu apa-apa ke pasal ni?". Melvin menyoal Alex dan Lee lagi. Mana lah tahu kan, kalau-kalau diorang tahu rahsia apa yang terkandung di dalam fail yang memerlukan kata kunci untuk membukanya ini.
"Kalau kau tak tahu, kitorang lagi lah tak tahu". Balas Lee. Air matanya dilap menggunakan bahagian belakang tapak tangannya.
"Dahtu nak buka ke tak ni?".
"Buka la". Alex cuba untuk menyakinkan Melvin. Dia ingin sekali tahu top secret apa yang Aidan cuba sembunyikan daripada mereka semua.
"Kan ada password tu, bodoh!".
Tak pasal-pasal kepala Alex diketuk oleh tangan Lee. Ha, tu lah suruh buat benda yang mustahil lagi. Kan dah kena. Sakit tak? Mesti sakit kan? Kan? Kan?
"Woi! Suka hati je ketuk kepala aku. Aku cakap dekat mak aku eh?". Ugut Alex sambil tangannya menggosok-gosok kepala sendiri.
"Dah la tu. Sekarang ni, nak buka ke tak?". Melvin dah mulai mahu hilang sabar menyaksikan pergaduhan kecil mereka berdua.
"Buka, Vin. Buka. Biar aku hack fail ni".
Sempat si Alex 'mematah-matahkan' jarinya sebelum laptop ditarik untuk lebih mendekat dengannya.
Jari jemarinya mulai menari-nari di atas papan kekunci laptop itu. Teruja betul riak wajahnya kelihatan. Seronok ye dapat korek rahsia orang?
🦋
"DUDUK. Biar aku yang sanggul rambut kau".
Jasmine hanya menuruti sahaja arahan si suami.
Mereka sebenarnya sedang bersiap untuk ke kubur Aidan di kampung arwah. Masuk je kalini, dah berkali-kali mereka sanggup berulang-alik untuk melawati tanah perkuburan itu. Oleh kerana, kejadian tempoh hari yang membuatkan ibu kepada arwah tidak membenarkan mereka untuk menjejakkan kaki mendekati kubur si arwah.
"Kalau sakit, bagitahu". Ucapnya lembut sebelum mulai menyikat rambit ikal panjang mengurai milik Jasmine.
"Kau dah okay?". Sambil dia sikat, sambil mulutnya bertanyakan akan keadaaan emosi isterinya itu. Sungguh dia bimbang. Takut kejadian-kejadian dan kebenaran-kebenaran yang baru sahaja terungkap ini akan membuatkan Jasmine tertekan.
Jasmine hanya sekadar mengangguk. Mengiakan sahaja segala kata si suami.
"Aku sebenarnya nak minta maaf tentang rahsia-rahsia tu. Aku tak bermaksud nak sorokkan daripada kau".
"Tahu. Saya tahu kenapa awak sorokkan semua tu. Terima kasih sebab jelaskan pagi tadi".
"Hm". Itu sahaja yang dibalas oleh lelaki itu. Tidak ada kata yang mampu diterbitkan lagi.
"Dah siap". Kata Caden selepas beberapa saat bermain dengan rambut Jasmine. Rambut lembut itu membuatkan dia tak mahu melepaskannya langsung. Segala-gala milik Jasmine, dia tak nak hilang. Termasuk figura itu sendiri.
"Terima kasih, Caden. Tolong ambilkan tudung saya atas tak telekung tu, boleh?".
Jasmine ingin meminta tolong tapi pelik pula dia sewaktu melihat suaminya masih berdiri di tempat yang sama 10 saat lamanya. Seolah-olah tidak dapat mendengar kata-katanya.
"Kenapa...". Caden membuka mulut lagi.
"Huh?".
"Kenapa kau tak panggil aku 'Sayf' dah? Kau masih marahkan aku ke?". Polos. Polos sekali bunyi soalan-soalan yang baru sahaja ditanyai oleh Caden itu. Ton suara nya sahaja sudah menyerupai kanak-kanak 5 tahun.
"Takdela. Mana mungkin saya nak marah awak lama-lama. Saya cuma masih keliru. Hm? Boleh tolong saya ambilkan tudung tu?".
🦋
"APEBENDE ni Vin? Benda semua ni? Banyak sangat detail ni. Mana dia dapatkan semua ni". Tanya Alex. Matanya membulat memandang skrin laptop yang masih bercahaya itu.
Di atas skrin itu dipenuhi dengan maklumat-maklumat tentang Kings dan Darren King yang selama ini telah bersusah payah ingin dicari oleh Alex.
"Macam mana--?". Lee masih lagi ternganga daripada tadi. Tak sangka pula dia yang Aidan pernah buat semua ini.
That boy was literally holding a time bomb in his hand.
Aidan yang selama ini dilihat sebagai kanak-kanak polos oleh mereka ternyata menyimpan seribu satu rahsia tentang Kings. Rahsia yang disimpan di dalam sebuah fail rahsia yang dikompail di dalam cip kecil dan cip tersebut disimpan di bahagian belakang frame gambarnya.
"He even knew that Dr. Anggun is working with Kings?!". Ha, ini merupakan fakta yang betul-betul mengejutkan bagi mereka.
Dr. Anggun yang selama ini bekerja sebagai doktor peribadi mereka ternyata musuh dalam selimut? Sungguh payah untuk dipercayai tetapi ini lah kenyataannya.
" And what is this...?". Melvin meletakkan jarinya ke atas skrin laptop itu di sebuah bahagian kecil yang terpaparnya ikon video player (🎞️).
"Tekan la". Bicara Lee sambil dia menggigit-gigit hujung kukunya. Rasa takut pun ada.
Mouse dihalakan ke arah ikon itu lalu ditekan.
Klikk!
"Hello, Jabatan Agama Islam?".
Huh? Apakah semua ini?
🦋
Ha, another rahsia yang akan terungkap.
Nantikan...
By the way, sorry publish lambat heueueu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro