Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

44- The Love Pendant

"KORANG nak pergi mana? Muka serius macam nak makan orang je". Sempat lagi Jasmine sindir mereka berlima di hujung katanya apabila melihat mereka menuruni tangga dengan wajah yang...

... agak menggerunkan. Ya, semua berwajah sebegitu. Termasuk lah Aidan yang jarang-jarang sekali menakutkan itu. Yang lain, tak usah dikata la. Memang semua gayanya macam nak pergi berperang dah muka tu.

Soalan Jasmine tadi membuatkan kelima-lima daripada mereka memberhentikan langkah kaki di anak tangga yang paling bawah. Seketika kemudian, mereka berjalan lagi.

Empat daripada mereka keluar daripada rumah, manakala Caden datang menghampiri Jasmine.

Tangannya diangkat untuk menyamai paras pipi Jasmine lalu kedua-dua daripadanya memegang pipi mulus itu. Mata Caden yang beriak sedih, bimbang dan amarah yang bercampur gaul itu menatap wajah isterinya.

"Listen to me, sweetheart. I need you to stay here. Aidan will be outside, taking care of you. Please, please, jangan keluar rumah. Aku tak nak hilang kau, Nazia". Sudah tentu la, kata-kata ini membuatkan Jasmine berada dalam kekeliruan yang hebat.

"Apa maksud awak ni? Kenapa cakap macam tu? Awak nak pergi mana, Sayf?". Tanya Jasmine bertubi-tubi. Wajah yang agak ceria tadi, sudah turut bertukar menunjukkan riak kerisauan, jelas terpampang.

"And please trust me. Trust us. Jangan percayakan orang lain selain kami berlima. Can you do that for me, sweetheart?".

Mendapatkan anggukan daripada si isteri, kepala Jasmine ditarik mendekat lalu dia melabuhkan bibirnya lama di dahi wanita itu.

"Я тебя люблю (i love you)". Ujar lelaki itu sekali sebelum meluru keluar daripada rumah. Pintu dihempas rapat meninggalkan Jasmine yang masih clueless di atas sofa itu bersama plastik kerepek kentang berjenama Mister Potato di tangannya.

Untuk menghilangkan kerisauannya, dia mencapai alat kawalan jauh televisyen lalu menekan butang on. Maka tersiar la rancangan kegemarannya. Kerepek disuakan ke mulut sambil mata fokus kepada skrin televisyen itu. Sesekali dia mengusap perutnya untuk mengurangkan debaran di hati.

Bukannya dia sudah lupa akan pekerjaan suaminya yang tersangatlah bahaya itu. Cuma, kalau boleh dia tak nak ingat. Kalau dia ingat, macam sekarang ni, hatinya tak tenang. Dia tak suka perasaan bimbang ini. Dia benci!

🦋

"KAU bagitahu ke dia, kita nak pergi mana Gil?". Tanya Melvin. Dia juga merisaukan wanita itu. Bahkan, semua orang sedang merisaukan wanita yang sedang ditinggal sendiri di rumah dengan Aidan yang berjaga di luar itu.

Caden hanya sekadar menggeleng. Dia betul-betul berada dalam mod serius. Amarahnya sedikit lagi mahu meletup.

Sejak daripada dia menemui nota di dalam bilik kerjanya yang tertulis,

The old warehouse.
2100.
Or I will take that pretty little wife of yours.
-D.K

Semua orang tahu yang nota itu datang daripada dan ditulis oleh Darren King. Tapi, tiada siapa tahu macam mana nota itu boleh berada tepat di atas meja kerja milik Caden. Siapa yang masukkan?

Apabila CCTV rumah itu diperiksa, hanya kelihatan sebuah figura yang memakai semua pakaian bewarna hitam dan wajahnya ditutupi dengan sehelai kain hitam. Membuatkan tiada siapa dapat mengecam siapakah figura itu. Lelaki atau perempuan? Macam mana dia masuk? No one knows.

Perkara itu sudah semestinya dirahsiakan daripada Jasmine. Caden tak nak isterinya yang sedang mengandung itu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Dia tak nak Jasmine stres.

"Kau tak takut ke kalau dia ke rumah kau nanti?". Soal Alex.

"I have Aidan outside of the house and few more guards. Dia nak kan aku, Alex. Kalau aku sendiri tak pergi, dia akan ambil Jasmine. Im so scared of losing her". Riak wajah Caden semakin tegang. Dia sangat takut kehilangan wanita itu, dalam masa yang sama, dia tak nak Darren pergi ke rumahnya. His secret will be revealed by him. Dia tak nak Jasmine tahu rahsia dia. Rahsia yang mampu membuatkan Jasmine membencinya buat selama-lamanya.

Jadi, dia tiada pilihan selain meninggalkan Aidan di rumah untuk mengawasi Jasmine. In case Darren will come to tell her the secret.

Ya, itu antara ancaman yang Darren keluarkan daripada mulutnya sendiri beberapa hari lepas. Ketika mereka berdua bertemu lagi di hospital sewaktu ingin melakukan baby check-up appointment.

"Kita hampir sampai. Peta menunjukkan warehouse tu berada dalam jarak lebih kurang 500 meter lagi". Lee yang duduk di tempat penumpang di samping Melvin yang sedang memandu itu bersuara sambil matanya fokus kepada skrin tablet yang dipegang. Sangat yakin yang dia menerima arahan daripada Aidan yang berada di rumah.

That boy was multitasking. Taking care of his boss' queen and searching for the warehouse location.

"There it is". Suara Caden berbunyi. Matanya tajam memandang sebuah gudang usang yang terletak di kawasan berhutang yang agak sunyi itu.

"Vin will stay on the hill with his sniper. Lee will be staying with Vin. Wait for my instructions, both of you. Alex, you and your sword, come with me. You have to be my bodyguard today". Caden mulai membahagikan tugas. Dan tugas-tugas itu harus diikuti tanpa sebarang bantahan yang bakal kedengaran.

"Lepas je habis semua ni, you can stop being in the Velkovace. I won't ask you to stay anymore". Kata Caden lagi. Kalini, dengan riak yang agak sedih.

"Kau?". Tanya Melvin.

"Without this position, this family, I won't be able to protect her. Hence, I will stay".

"Gil, kau dah janji kan dengan Aidan". Alex berkata. Bukannya mereka tak tahu perbincangan Caden dan Aidan pada tempoh hari. Mereka semua kan bertelinga lintah. Semua boleh dengar. Semua perkara boleh diketahui.

"Promises are meant to be broken. I have no other way".

"Tapi kau sendiri pun tahu kan Gil. Yang ancaman terhadap dia akan berhenti selepas tiadanya Kings. We should've just kill Kings and get out of this and live happily". Ini merupakan kali pertama ada orang yang berani membantah dan mempersoalkan tindakan Caden. Dan orang itu ialah Lee dan Alex. Melvin yang memandu hanya berdiam diri.

Because he knew what did Caden mean by his words.

"Dah sampai". Dua patah perkataan itu keluar daripada mulut Melvin tatkala kereta diberhentikan lebih jauh sedikit daripada ruang hadapan gudang usang itu.

"Turun. Get in your position, wait for my instructions. Goodluck".

Kereta itu dituruni dahulu oleh Melvin dan Lee.

Rantai berloket yang tersarung di leher lelaki itu, sempat dilihat olehnya seketika.

Flashback

"What is this?".

"Rantai".

"Lelaki mana boleh pakai rantai".

"Saya tak suruh awak pakai. Saya nak suruh awak simpan. Cuba buka loket tu, tengok kat dalam tu ada apa". Jasmine mengarahkan suaminya untuk membuka loket yang berbentuk hati yang agak kecil itu.

Loket itu kemudiannya perlahan-lahan dibuka. Di sebelah kiri hati itu tertampal gambar perkahwinan mereka berdua di pejabat agama beberapa bulan lepas. Jelas kelihatan muka garang Caden itu. Manakala Jasmine tersenyum manis di dalam gambar itu. Itu merupakan satu-satunya gambar mereka bersama.

Di sebelah kanan pula tertampal gambar kecil, ultrasound yang menunjukkan imej dua fetus itu.

"Awak simpan loket ni. Mana tahu, awak akan senyum lebih sikit ke kalau tengok loket ni. Kan? Sebab gambar-gambar dalam ni, adalah orang yang sentiasa ada dalam hati saya dan awak".

"And where should I put this kalau aku tak pakai?". Caden bertanya.

"Anywhere. In your closet, would be cool. Atau mana-mana tempat yang awak rasa istimewa". Jasmine tersenyum lebar.

End Flashback

"Gil, jom turun. Nanti mamat tu bising pula". Suara Alex mengejutkan Caden daripada lamunannya. That 'mamat' referred to Darren King himself.

Caden menutup loket hati lalu dimasukkan semula ke dalam bajunya.

🦋

I kasi suspen y'all sikit. Cuba teka lepas ni jadi apa?

Clue: Hilangnya dia.

Komen jawapan anda di ruangan komen! 👇🏻
Siapa betul, author bgithu nama crush hueheueue

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro