Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

42- Twin Ultrasound

"BETUL ke awak nak ikut? Nampak macam gugup je". Jasmine mengangkat sebelah keningnya. Was-was pula dia dengan sikap suaminya ini. Ketar-ketir semacam aje. Padahal, nak pergi scan baby je.

"Gugup la juga. Ni kan first time aku nak ikut kau pergi scan baby. First time in my life. Siapa je tak gugup?". Soalnya sambil berdehem dua kali. Tali leher yang tergantung di lehernya dibaiki beberapa kali.

Sebenarnya, Caden ini baru sahaja pulang daripada urusan Keluarga Velkovace ni Rusia. Ya, dia tinggalkan Jasmine sendiri di rumah agam sebesar istana itu dengan mengupah 20 pengawal peribadi terlatih yang diimport sendiri daripada Keluarga Velkovace di Rusia untuk berjaga di sekeliling kawasan rumah itu.

Over kan dia?

Yela, dah dia ajak Jasmine, Jasmine tak nak ikut sebab katanya nanti alahan mengandung dia makin teruk kalau kena naik kapal terbang atau jet peribadi milik keluarga suaminya itu.

Baru aje Caden yang beri cadangan supaya Jasmine tinggal di rumah babahnya, Jasmine memberi tahu yang babahnya dan Nazrien sudah selamat terbang ke Mekah untuk menjalankan ibadah umrah.

Maka, dengan berat hati seorang suami yang sangat merisaui isterinya, akhirnya dia terpaksa meninggalkan Jasmine seorang diri di rumah itu.

Seminggu berurusan di Rusia, seminggu tu juga la hari-hari dia telefon Jasmine. Dalam sehari pula, nak dekat 3 kali dia telefon. Betapa dia sangat-sangat merisaui akan keselamatan wanita itu.

Nasib baik la lepas seminggu, akhirnya dia pulang ke rumah dengan perasaan lega apabila melihat Jasmine yang tertidur pulas di atas sofa sambil tangannya memegang sekeping bar coklat berjenama Milka.

Dia lalu mengejutkan Jasmine yang tertidur untuk mengingatkannya tentang temujanji yang harus dilakukan di hospital itu. Temujanji untuk memeriksa jantina bayi yang sudah berusia 4 1/2 bulan itu.

"Excited ke?".

"Of course. Tak sabar nak tengok, anak daddy ni baby girl or baby boy. Kalau perempuan, mesti kena cantik dan bijak macam mommy. Kalau lelaki, mesti handsome dan berkarisma macam daddy". Sempat lagi dia memuji diri sendiri. Jarang-jarang la boleh tengok Caden puji diri sendiri ni. Lain sangat personalitinya jika berada di hadapannya yang lain. Kini, keempat-empat orang itu sudah tinggal di rumah masing-masing, boleh lah dia manja-manja lebih sikit dengan Jasmine.

"Angkat bakul sendiri eh?". Jasmine senyum senget.

"Mesti lah. Aku kan akan jadi ayah yang terpaling baik sekali dalam dunia".

"Sayf, saya tahu lah Bahasa Malaysia bukan bahasa pertama awak. Ni saya nak ajar, kalau dah guna 'Ter' dekat depan, tak payah dah guna 'Sekali' tu". Dia menepuk-nepuk bahu suaminya lalu melangkah pergi ke kereta Mercedes yang sudah siap terparkir di halaman hadapan rumah itu. Gaya bercakapnya sudah macam bercakap dengan teman rapat pula.

Sejak dia mengandung ni, banyak yang berubah. Pertama sekali, diri dia sendiri la. Dah makin aktif daripada dulu. Melompat sini-sana macam arnab. Gembira semacam je setiap hari. Kalau gelak tu, satu kejiranan boleh dengar.

Kerja dia?

Dah masuk 4 bulan lebih sejak lesen doktor dia digantung, masih tiada apa-apa berita daripada pihak hospital. Kata Chief Rizal haritu, mereka nak gantung selama 2 bulan sahaja. Ni dah 4 bulan lebih. Sedikit sebanyak, hal ini merisaukannya. Jadi, emosi akan berubah-ubah secara drastik pada setiap hari. Siang, happy go lucky. Malam, terus monyok.

Dan Caden...

Tiada lagi Caden yang dingin dan tidak beremosi. Dia kini lebih kepada seorang jejaka yang... well, tetap juga agak kurang bercakap tapi lebih manis. Kata-kata dan perbuatannya. Sering kali juga dia diajak oleh Jasmine untuk pergi menjenguk babah dan Nazrien. Dia ikutkan sahaja walaupun masih juga agak, AGAK LA, janggal dengan keluarga itu.

He always wanted a family. Then, Allah gave him a family. One beautiful wife with a baby that soon to be born. Allhamdulillah.

🦋

"KENAPA saya nampak macam ada dua je? Ke saya salah tengok?". Jasmine yang sedang memegang tangan Caden yang berdiri di sebelah katil tempatnya berbaring itu, sedikit keliru dengan imej yang terbentuk di skrin hitam itu.

"Kau kan rabun. Asal tak pakai cermin mata?". Caden gelak nervous. Kalau Jasmine keliru dengan imej itu, dia lagi lah keliru.

"Eh, tak. Tuan dan Puan tak salah tengok. Look, there are two fetuses there". Jari doktor wanita itu dihalakan ke arah skrin hitam yang menunjukkan imej yang agak kurang jelas itu.

"Maksud Dr.?". Jasmine bertanya lagi.

"Tahniah, Tuan dan Puan bakal menyambut kelahiran sepasang kembar seiras berlainan jantina. Satu perempuan, satu lelaki". Doktor itu tersenyum lebar. Begitu juga dengan Caden dan Jasmine yang sedari tadi keliru itu.

Jadi, itu lah makna disebalik dua imej fetus tadi? Untungnya!

Tak semena-mena, air mata Jasmine bergenang.

Of course, she will has some happy tears. They will be having a pair of twin.

"Ya Allah, betul ke ni Dr.?". Tanya Caden.

"Ya, betul. Tapi, boleh saya tanya sesuatu?". Doktor itu bertanya dengan sopan sekali.

Caden dan Jasmine mengangguk sekali.

"Tuan dan Puan ada sejarah kembar ke? Samaada Tuan atau Puan ada kembar atau ahli keluarga yang lain. Sebab, kejadian ini biasanya dikaitkan dengan genetik ibu atau ayah kepada anak-anak itu sendiri".

Caden dan Jasmine berpandangan antara satu sama lain. Tangan Caden naik mengusap lembut kepala Jasmine. Lalu dia membuka mulut,

"I had a twin. My wife also had a twin". Fakta baru! Mereka berdua ternyata mempunyai kembar.

"Had?".

"Arwah kembar isteri saya perempuan, meninggal 2 tahun lepas. Mendiang kembar saya juga perempuan, meninggal 3 tahun lepas. So yes, we both had a twin each".

Jasmine terus mendongakkan sedikit kepala untuk melihat wajah suaminya. Jelas, dia kelihatan seperti terkejut sekali dengan pernyataan yang baru sahaja keluar daripada mulut Caden itu.

Ini juga merupakan fakta baru bagi Jasmine. Dia tak pernah tahu pun yang Caden mempunyai kembar. Perempuan pula tu. Sama dengannya.

"Oh patut la. Genetik kuat datang daripada sebelah bapa, ya? Apa-apa pun, tahniah saya ucapkan. Nanti saya boleh bagi tarikh untuk hari check up yang lain pula". Doktor itu sekali lagi tersenyum sebelum berjalan pergi ke arah mejanya untuk menyiapkan jadual appointments yang seterusnya.

Caden yang kekal berdiri di situ, membantu Jasmine untuk bangun daripada pembaringannya.

"Mendiang?". Soalan pertama yang Jasmine tanya untuk melunaskan hutang kekeliruannya.

Caden mengeluh kecil sebelum dia mulai membuka mulut lagi,

"Chatarina Grave Gilbert. Dia adik kembar aku. Mendiang meninggal waktu dalam perjalanan nak ke Malaysia dengan mendiang ibu dan ayah aku". Dia membuka cerita.

"Salah ke kalau saya tanya kenapa?".

"No, its not sweetheart. I will tell you story later. Bukan sekarang tau". Dia mengulas senyuman paling manis untuk Jasmine. Risau, takut isterinya itu menganggap yang dia tak mahu berkongsi tentang keluarganya sedangkan mereka sudah sah bergelar suami isteri. Segala kisah patut dikongsi bersama antara satu sama lain.

"Mhm-hmm, okay!". Senyuman manis dibalas dengan senyuman yang lagi manis daripada si isteri. Lawan, lawan, lawan!

🦋

Posting this earlier than usual bcuz im happy!

Tadi kan, i bercakap dengan crush i uwuwuwu
(. ///.)

EHEHEHEHE HAPPY GILER <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro