Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41- Way To Love

JASMINE melangkahkan kakinya ke arah dapur yang dipenuhi bau-bau cat itu. Selain ingin melihat proses mereka berlima bersama-sama mengecat rumah, dia juga ingin melakukan sesuatu. Just wait and see.

"Eh, Jasmine? Selamat pagi". Aidan menyapa Jasmine dengan penuh ceria. Saja nak menambahkan lagi keriangan di pagi Sabtu itu.

"Nazia? Buat apa dekat sini?". Caden yang langsung tidak berbaju dan hanya memakai seluar tiga suku itu datang menghampiri isterinya.

"Saya nak tengok awak la. By the way, hot la awak kalau tak pakai baju. Apa kata awak tak payah pakai baju selalu?". Permintaan pertama si ibu mengandung semenjak dia mengandung.

"Amboi, boleh pula eh macam tu, Jasmine?". Alex yang sedang mengecat dinding di bahagian kabinet dapur itu menyapa perbualan antara suami isteri itu.

"Yela, nanti boleh lah hari-hari saya tengok-". Tak habis lagi dia bicara, terus Caden membuat isyarat untuk dia menutup mulut. Makin lama, makin merapu pula isterinya ini. Malu lah dia depan keempat-empat anak buahnya nanti.

"Tengok apa?". Lee menunggu untuk ayat tadi disambung.

"Hehe, takde apa-apa la".

"Kau buat apa kat sini? Bahaya la bau cat ni". Caden mulai menunjukkan riak wajah risaunya. Mana taknya, Jasmine ni tengah pregnant, bau cat yang memenuhi dapur ni pula agak kuat. Takut juga dia kalau terjadi apa-apa.

"Ya, saya tahu la. Saya datang sini sebab nak bagitahu semua orang yang...".

Sebaik sahaja ayat Jasmine itu sengaja digantungkan, semua orang mulai memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Berus-berus dan roller cat diletakkan ke tepi buat seketika.

"Bagitahu apa, Jasmine?". Soal Aidan. Yang ini, kalau bab-bab bergosip, memang laju. Hakikatnya, ini bukan gosip pun. Malahan, sebuah berita baik.

"Hm.... You're all gonna be uncles!". Ujar Jasmine dengan penuh ceria. Mengharapkan sambutan yang sama ceria dengannya. Tapi...

... Semua yang ada di situ kelihatan mengeluh dan terus mengerutkan dahi mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Reaksi mereka 100% berlainan dengan reaksi suaminya.

"Kenapa? Ini berita menyedihkan ke bagi korang?". Terus riak wajahnya berubah. Dia sangka, mereka akan turut tumpang gembira.

"Gil, we've talked about this. Это опасно для нее (it is dangerous for her)". Melvin membuka mulut buat pertama kalinya pada pagi itu. Bukannya dia tak suka akan berita yang baru disampaikan oleh Jasmine tadi, namun mereka semua sedia maklum bahawa ianya akan lebih mengancam keselamatan Jasmine dan...

" И малыш (and the baby)". Sambung Melvin lagi mewakili semua orang. Dia tahu, semua yang ada di situ juga berperasaan risau sepertinya.

"Тогда что я могу сделать? Она так рада этому. И я тоже (lepastu, aku nak buat apa? dia terlalu gembira dengan hal ni. begitu juga dengan aku)". Balas Caden.

Jasmine yang berada di tengah, terkelip-kelip mendengar perbualan yang sengaja dibualkan dalam Bahasa Rusia itu. Takut topik itu mampu memberikan kerisauan hebat kepada si ibu mengandung.

"I know. But please, take a really good care of her and you can ask all of us, to take care of her too". Melvin menepuk-nepuk bahu kanan Caden. Ha, yang ini, boleh Jasmine faham. Tapi dia agak keliru dengan apa yang diperkatakan oleh Melvin. Namun, dibiarkan sahaja berlalu.

"Hello there. Uncle Melvin Hanchester is here. Nice to meet you, buddy". Dengan jarak yang sesuai, dia menundukkan sedikit kepalanya agar searas dengan perut kempis Jasmine itu untuk menyapa 'yang ada di dalam'. Lalu dia tersenyum manis.

Tipu la kalau dia cakap yang dia tak teruja, rakannya sudah mahu menjadi ayah. Tapi dia tetap merisaui dua perkara. Satu, perkara yang dibincangkan tadi. Dua, dia risau akan ibunya di Rusia yang akan menyuruhnya untuk lebih cepat kahwin jika tahu yang isteri 'kembarnya' ini sudah mengandung.

Apabila sudah melihat Melvin menyapa bayi sebegitu, yang lain pun turut mulai mendekati.

"Assalamualaikum anak buah uncle, nama uncle, Uncle Aidan. Uncle pandai masak tau. Nanti kalau dah keluar, bagitahu je nak makan apa. Uncle akan masak". Giliran Aidan pula.

"Yow, buddy! You're gonna be my favourite person ever. Cepat-cepat sikit keluar. By the way, nama aku Adam Lee. Panggil aku, Lan Todak". Ada-ada saja Lee ni nak bergurau. Budak tu belum keluar lagi, dah diajar untuk membuat lawak. Apatah lagi bila dah keluar nanti.

"Hello, si kecil. Saya, Uncle Alex. Kita akan jadi sahabat selamanya". Dan yang terakhir, Alex.

"Sanggup ke kau tinggalkan Lee?". Aidan mengangkat-angkat keningnya.

"Eleh, Lee je pun. Lagipun, aku dah ada kawan baru sekarang kan?". Ternyata, Lee sudah dilupakan. Ini la orang kata, kalau dah jumpa orang baru, terus yang lama dilupakan. Kesian Lee.

Sapaan mereka kepada baby tadi, terus membuat Jasmine mengukir senyuman yang paling indah di wajahnya. Ternyata, mereka juga seteruja itu. Sama seperti dia dan suaminya. Perasaan keliru tadi, ditolakkan ke tepi. Tak mahu dia memikirkannya lagi, dia hanya ingin bergembira buat masa sekarang.

🦋

"NAK tidur dah?". Caden menyapa isterinya yang sudah masuk ke dalam comforter tebal itu dan bersiap sedia untuk tidur.

Malam itu merupakan malam yang ekstra sejuk dek kerana hujan yang agak lebat melimpahi bumi di luar. Tambah pula aircond yang tetap dipasang di dalam bilik itu.

Caden ni tak sejuk ke?

"Mmh-hmm. Meh la sini. Saya takut la". Padahal jarak yang memisahkan mereka, tak sampai satu meter pun.

"Takut apa?".

"Kilat. Guruh. Semua tu. Cepat la, datang sini". Dia membuka kedua tangannya untuk menerima pelukan hangat daripada sang lelaki yang sedang membuang jam tangan di meja solek, tak jauh daripada katil itu.

"Wait a second".

Dia menurun rambutnya ke bawah dengan tangannya sambil melihat ke dalam cermin. Biasalah, gaya rambut lelaki ketika sudah mahu melangkah ke alam mimpi.

Lalu, dia mulai melangkah ke katil dan masuk ke dalam pelukan kecil isterinya itu. Sentuhan fizikal ini lah yang didambakan setiap hari. Sentuhan yang mampu mengembalikan tenaganya yang sudah menghilang.

"Kau penat ke harini?".

"Saya yang patut tanya awak benda tu. Awak penat ke harini? Tadi, saya tengok hampir separuh daripada dapur tu awak cat". Kepalanya didongakkan sedikit untuk memandang wajah bersih suaminya.

"Penat la juga. But, it's alright". Senyum nipis ditayangkan.

"Maaf. Saya yang beria nak tukar warna dapur tu".

"Hey, takpela. Lagipun, bukannya aku cat sorang-sorang tadi. Diorang ada. No need to apologise, you did nothing wrong, sweetheart". Tangannya naik mengusap pipi Jasmine.

Tak lama selepas itu, tangan itu diambil oleh Jasmine. Dia membelek-belek jari jemari yang ada seumpama mencari sesuatu membuatkan Caden sedikit keliru dengan tindakannya.

"Cari apa, Nazia?".

"Ini".

Tattoo tulisan berangkai yang ada di sisi jari suaminya itu, diusap-usap perlahan. Jujur, dia sangat tertarik dengan tatu itu. Nampak cantik dan elegan sekali.

"Kau nak suruh aku buang?". Soal Caden.

"Tak la. Saya suka tengok tatu ni. Awak dapat sebelum awak peluk Islam kan?".

Caden mengangguk.

"If you want me to get rid of it, then I will do it".

"Kan sakit. Kesian awak nanti".

'Oh God, her doe eyes are so beautiful'. Kata Caden sendiri. Sungguh dia tertarik akan sepasang mata coklat milik Jasmine itu.

"Kalau kau tiba-tiba tak suka dengan tatu ni dan kau nak suruh aku buang, then just tell me. I will do it, okay?". Kali ketiga, Caden menawarkan 'tawaran' ini kepada Jasmine.

He's willing to do anything for her.

Jasmine mengangguk dalam kantuknya.

"Goodnight, sweetheart".

"Selamat malam, Sayf. Saya cintakan awak". Ucapnya di dalam keadaan separuh tidur itu.

Sebuah ciuman lembut dilepaskan ke dahi Jasmine. Itu ialah caranya untuk memberitahu bawaha dia sangat mencintai wanita itu tanpa perlu berkata apa-apa.

🦋

Sedap betul puding laici tadi, yum yum 😋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro