Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40- New Heartbeat

"SAYA tak suka warna dinding dalam rumah ni. Saya nak tukar warna. Sekurang-kurangnya dinding dapur tu. Apasal dengan dapur-dapur sekali warna hitam? Nak orang yang tengah makan tu mati tercekik ke? Nak macam tu?". Ha kan dah tak pasal-pasal kena bebel dengan Jasmine tu. Aip aip sabar, jangan cakap dia mengada. Nanti tahu la kenapa dia cakap macam ni.

Lee, Aidan dan Melvin tercengang mendengar komen Jasmine yang macam ada kurang logiknya itu. Ada ke orang mati tercekik masa makan sebab warna dinding dapur?

" Apa pulak? 2 bulan lepas kau duduk okay je. Takde pula orang yang mati tercekik setakat ni". Lee membantah.

Sedar tak sedar, dah 2 bulan lebih Jasmine Nazia bergelar isteri kepada Caden Gilbert.

Sebulan terakhir ini, keempat-empat orang anak buahnya itu sudah disuruh tinggal di rumah sendiri oleh Caden. Alasannya kerana dia kesiankan isterinya, dalam rumah sendiri pun kena tutup aurat dengan sempurna.

Tapi ada sebab tambahan untuk Melvin. Lelaki itu dengan rela hati tinggal di rumahnya kerana sejak kebelakangan ini, Alisa agak kerap datang ke Malaysia. Dek kerana, perkembangan karya fesyennya yang semakin meningkat semenjak malam itu. Ya, malam fashion event itu. Jadi, dia terpaksa tinggal di rumah Melvin BERSAMA Melvin.

Lambat lagi lelaki tu nak suruh Alisa tinggal di hotel selepas apa yang jadi pada malam itu. Eh? Risau ke tu, Melvin?

"Past is past, okay? Yang penting, sekarang ni. Saya nak tukar warna dinding dapur tu jadi hijau dan coklat. Baru lah aestathic macam dapur rumah Dakota Johnson". Jasmine bercekak pinggang sambil berbangga diri.

Dia sebenarnya dah lama ingin memiliki dapur secantik dapur milik pelakon Hollywood terkenal itu. Cantik sangat! Rasa tenang je bila tengok.

"Mana boleh macam tu. Aya". Alex menepuk dahi sendiri. Penat dia nak melayan isteri rakan baiknya ini. Banyak ragam betul.

Sebenarnya, dah sejam mereka bergaduh pasal hiasan dalaman rumah ni. Sejam juga lah Jasmine ditinggal suaminya bersama ketiga-tiga orang ini kerana lelaki itu sedang 'bermesyuarat' rahsia dengan Melvin di black room.

"Apa pula tak boleh? Cakap dengan saya sekarang?".

"Black is our family's colour. Symbolises elegance and power. We haven't change it since 3 years ago. What makes you think that you can easily change it?". Lee turut bercekak pinggang. Haih, dengan perempuan pun nak bergaduh ke? Dah, dah la tu Lee. Mengalah je la.

Tapi memang benar, ada kisah di sebalik warna hitam itu. Kisah yang sedih. Grief and funeral.

" Lee dah la tu. Dengan perempuan pun nak gaduh ke?". Ha Lee, contohi la Aidan ni. Pandai dia. Lelaki macam ni la sesuai untuk dijadikan calon suami.

"Ah, tak kira! Dinding dapur tu akan tetap jadi warna hitam". Matanya melawan panahan mata Jasmine. Kedua-duanya macam nak tembus je dinding tu, main tenung mata masing-masing.

"Says who?". Terus tatapan mata mereka semua berpaling ke arah tangga rumah itu yang sedang dituruni oleh Caden dan Melvin.

"Come on, Gil. We never change it". Lee masih cuba untuk memujuk semua orang di situ untuk tidak menukar warna dinding dapur itu.

Warna dinding dapur pun boleh jadi isu ke? Ingat ke British je suka buat isu kasut dengan orang beragama Buddha di Tanah Melayu pada dahulu kala. Sejarah tingkatan 4.

"If she asked you to change it, then change it". Caden menghampiri isterinya.

"Kau nak warna apa?". Dia bertanya kepada Jasmine yang masih lawan tikam mata dengan Lee itu.

"Dia nak warna green and brown. Just like Dakota Johnson's kitchen. Aestathic katanya". Aidan membantu Jasmine untuk menjawab. Tangannya sibuk menekan-nekan butang yang ada pada konsol permainan Nintendo itu.

Sementara Melvin pula hanya duduk di kerusi khasnya sambil membelek-belek sesuatu pada skrin iPadnya.

"Lee, kau survey cat yang terbaik".

"Tapi Gil-".

"No buts, Adam Lee. You do this simplest job ever and I will give you the newest brand of your lab coat". Caden membisikkan ayat terakhirnya ke telinga Lee.

"Calvin Klein lab coat yang ada satu je dekat dunia tu?".

Caden hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum sinis.

"Okay, cun! Sekarang juga aku pergi cari cat tu". Dan terus dia berlari naik ke lab nya untuk survey warna yang sesuai dengan dengan cita rasa Jasmine. Kena rasuah dulu lah ni kiranya ni? Ish, ish, ish.

"Uish, mata duitan betul Lee tu". Alex menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum duduk di sofa ruang tamu dan menekan punat untuk menghidupkan skrin televisyen sebesar alam itu.

"Happy now?". Soal Caden kepada Jasmine.

"Terima kasih. Oleh kerana itu, saya ada hadiah untuk awak". Jasmine karang ayat dah macam ayat ulasan Bahasa Melayu. Mesti A+ Bahasa Melayu time SPM dulu ni.

"Hadiah?".

"Mhm-hmm". Dia tersengih bahagia.

"No need, sweetheart".

"Serius la 'no need'? Jangan menyesal". Sudah hilang sengih bahagia Jasmine tadi.

"Mana hadiahnya?". Cepat sahaja Caden menadah kedua tangannya ke udara apabila terperasan riak wajah Jasmine yang sudah berubah itu.

"Kita masuk bilik kuning tu dulu eh? Malu lah saya nak cakap dekat sini".

Caden mengangguk.

🦋

PATUNG beruang bewarna kuning yang ada di tangannya ditilik-tilik oleh Caden. Ini ke hadiahnya? Biasa aje. Macam takde apa pun yang perlu disesalkan.

"Teddy bear?".

"Press the button on her stomach". Jasmine menunjukkan butang kecil yang ada di bahagian perut patung beruang itu. Lebih tepat lagi di bawah reben biru yang dipakai.

"Butang ni? Tekan?".

"Yup. Tekan la". Gesa Jasmine. Dia sudah tidak sabar mahu melihat reaksi suaminya.

Perlahan-lahan tangan Caden menekan butang kecil bewarna merah itu. Takut juga dia, mana tahu terkeluar hilaian kak suir. Tak ke terlompat dia nanti. Nampak je cool, hakikatnya dia paling benci akan hantu.

"I love you, daddy!". Patung beruang itu mengeluarkan suara.
Membuatkan Caden cukup keliru.

"Ha?". Sungguh dia tak faham dengan situasi sekarang. Lembap betul dia sekarang kan? Dulu cepat aje kalau nak faham sesuatu tu.

"Congrats, Sayf Maleeq. You're going to be a father".

Patung yang ada di tangan di letakkan ke atas katil. Terus dia tarik isterinya ke dalam pelukan, badan wanita itu dipeluk selesa. Sempat dia melakukan sujud syukur buat seketika sebelum menyambung memeluk isterinya itu.

"Ya Allah, terima kasih, Nazia". Mulutnya tak habis-habis mengucapkan kata syukur dan berterima kasih terhadap isterinya itu.

"Thank you so much, sweetheart". Pelukan dilepaskan dan bibirnya didaratkan di atas dahi mulus wanita itu.

"Спасибо большое, я люблю тебя, дорогая (terima kasih sangat-sangat, aku cintakan kau sweetheart)". Mata hijaunya setia merenung mata coklat milik isterinya itu.

Tidak dapat dia ungkapkan lagi betapa bersyukurnya dia dengan anugerah Tuhan yang satu ini.

" Sama-sama, Sayf. Saya masih tak percaya yang saya akan jadi ibu orang. I still don't believe theres human living in my womb". Jasmine menggosok-gosok perut kempisnya.

Caden menundukkan sedikit badannya dan menekap telinganya di perut Jasmine.

"Hello there. Daddy's here. I love you". Senyuman yang hampir sampai ke telinga tak lekang daripada bibirnya.

"Untuk baby je ke 'I love you' tu? Untuk saya takde ke?". Soal Jasmine hanya sekadar untuk bergurau.

Tapi hakikatnya, dia tahu. Dia tahu yang Caden mencintainya. Seperti kata lelaki itu, dia ialah orang yang dingin. Dia tak pandai dalam berkata-kata. Tapi apabila dia bersama Jasmine, dia akan lakukan apa sahaja untuk membuktikan yang dunianya masih berputar hanya kerana wanita itu.

"Esok".

See? Even the coldest person in the world, is in love. Is happy to share a new heartbeat with his sweetheart, his everything.

He is. He is in love with his sweetheart.

🦋

Yeayy, Jasmine preggy!
Suka tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro