4- Jalan Kaki
MATA Jasmine tidak lekang daripada melihat sesusuk tubuh yang berdiri sambil menyandarkan badannya di pintu bilik itu. Sambil kepalanya dirawat oleh doktor cantik yang dikenali sebagai Anggun Elicha itu.
"Luka you,I dah jahit. You kena banyak berehat tau". Dia menggosok-gosok kepala Jasmine yang disarungkan semula dengan tudung itu.
DAHTU APA FUNGSI MAMAT TU DEKAT SITU?! UNTUK TENGOK AURAT JASMINE JE KE?!
"I keluar dulu, ya?". Anggun mengalihkan matanya ke arah Caden sebaik sahaja dia berkata begitu kepada Jasmine. Caden sekadar mengangguk, memberinya izin untuk keluar.
Dia kemudian perlahan-lahan mendekati Jasmine yang terbaring agak lemah di katil bilik itu. Duduknya dia di birai katil bercadar pastel purple itu.
"You nak apa? Kenapa culik I? Apa salah I?". Tak menangis tapi cukup takut dengan tatapan mata helang daripada lelaki itu. Dan kerana tatapan mata itu juga lah dia seakan tersedar sesuatu buat kesekian kalinya. Tapi apa ya? Kepalanya terlalu sakit untuk mengingati semuanya?
" Kuat ke Lee pukul kau tadi?". Tangan Caden cuba untuk menyentuh bahagian luka di dahi kiri Jasmine tetapi cepat-cepat tangannya ditepis oleh wanita itu.
"Jangan sentuh I la!". Dia cuba untuk menahan amarahnya. Sesuka hati nenek dia aje nak sentuh orang!
"Aku tanya kau satu soalan je, kuat ke Lee pukul kau tadi? And I won't ask the same question for the third times, Nazia". Matanya masih lagi tajam menikam mata Jasmine. Kecut perut juga la wanita itu. Mana tak takutnya kalau diri ditenung oleh lelaki half Russian itu seperti hendak dijadikan makan tengahari sahaja.
Sudahnya, Jasmine anggukkan sahaja kepalanya. Kuat la tu sampai berdarah bagai.
"Sekarang you pula kena jawab soalan I".
Keningnya diangkat sebelah. Dahinya berkerut 999. Tertanya-tanya apakah soalan yang perempuan berusia 27 tahun ini nak tanya.
"Kenapa you culik I?".
"Not to be racist but Malaysian always fast forgotten what they have said even it was just yesterday. Kau tak ingat apa yang kau cakap dekat aku malam dua hari lepas?". Cakap apa pula ni? Jasmine mana pernah jumpa mamat kutub utara ni kan? Kan?
"Apa yang you merepek ni? I tak pernah jumpa you okay? Stop being delusional".
"I am not being delusional, Nazia". Sejurus itu, dia memetik jarinya beberapa kali untuk mengundang Alex masuk ke dalam bilik itu.
"Ini gambarnya". Sekeping gambar dihulurkan oleh Alex untuk diperlihatkan kepada Jasmine.
Gambar itu jelas-jelas menunjukkan tangkapan CCTV di mana dia terjatuh di dalam pelukan Caden. Lututnya yang lemah akibat terkena serangan panik setelah berdepan Dr. Kasyaf membuatkan dia hampir terjelopok ke lantai tapi sempat ditahan oleh tangan kekar milik Caden.
Riak wajah Jasmine jelas terkejut. Sekarang dia sudah mulai ingat di mana dia pernah menemui lelaki ini! Memori-memori memalukan mula menerobos pelusuk minda. Ha sudah! Macam mana ni?
"You nak kahwin dengan I tak?".
Kata-kata itu seumpama petir yang menyambar otak dan mindanya. Habis rasa macam nak terkeluar semua ilmu kedoktoran yang pernah dituntut di India lebih kurang 2 tahun lepas.
"Dah ingat?". Caden masih dengan riak tenangnya.
Jasmine hanya sekadar mengangguk, mencuba untuk mengawal air muka. Kalau dalam hati ni, dia rasa nak pergi selam je muka dia dalam air longkang kat luar tu.
Entah daripada mana datangnya keberanian nak cakap macam tu semalam. Nak kata dia mabuk, dia Islam. Tak mungkin dia minum minuman terkutuk itu.
"Now what?". Takut-takut Jasmine membuka mulut setelah beberapa minit mereka berdiam diri.
"Melvin tengah cari bakal isteri. Kau kahwin dengan dia. Aku tak nak". Selamba sahaja dia kenakan Melvin. Mesti kes malas nak layan perempuan gatal ni. Eh, Jasmine gatal ke?
Caden bangun daripada duduknya dan berura-ura mahu pergi. Malas nak berlama-lama di situ. Dah beberapa jam dia tatap wajah Jasmine yang sedang tertidur tadi semata-mata mahu menunggu dia sedar untuk melalui perbualan yang tak sampai 10 minit tu.
"You! I nak balik. Siapa nak hantar I?".
"Jalan kaki". Dan hilang lah Caden daripada pandangannya.
'Dahtu, macam mana aku nak balik ni?'. Omelnya di dalam hati.
🦋
SUDAHNYA memang betul-betul dia berjalan kaki daripada rumah agam itu. Dengan kepalanya yang masih berdenyut. Tambah pula heels yang dah macam nak tercabut dia punya tapak.
Akhir kalam, dia cabut dan lempar sahaja kasut tumit tinggi yang sudah rosak tapaknya itu ke tepi longkang yang ada di bahu jalan raya itu. Nasib baik la tiada kereta yang lalu-lalang. Kalau tak, mesti mereka akan cakap yang neurosurgeon ni dah gila.
Gila selepas kena culik dengan orang entah daripada mana entah! Balik pula jalan kaki! Ada ke patut.
Tak habis-habis mulut Jasmine merungut dek kerana kepalanya yang terkena panas yang terik itu. Tak sanggup! Dah la kepala tengah sakit. Sampai hati buat kita macam ni.
"Babah, datang lah ambil Ling ling". Ling ling?
Ya, itu nama panggilan yang diberikan oleh ayahnya yang merupakan seorang peguam ternama, En. Nazman. Semenjak daripada dia kecil. Lagi dia dipanggil sebegitu rupa.
Kenapa?
Sebab kata arwah uminya, semasa melahirkan Jasmine, matanya bersinar-sinar. Bling bling gitu! Sebab tu la semua ahli keluarga terdekat panggil dia Ling Ling.
Cakap pasal ahli keluarga...
Jasmine Nazia hidup dengan seorang ayah iaitu yang namanya En. Naztadi bersama seorang abang yang namanya Nazrien. Abang dia pula bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel 5 bintang.
Umi?
Yang lain?
Arwah umi Jasmine yang bernama Jaslinda telah disahkan meninggal 2 tahun lepas. Ya, betul-betul selepas dia habis belajar di India. Sebab apa? Kata orang terkena penyakit misteri. Entah lah.
Dan Jasmine mempunyai seorang adik kembar bernama Jasmina Nazira. Arwah Jasmina ditemui tergantung di dalam biliknya. Orang kata dia bun*h diri. Kenapa? Tak tahu.
Banyak persoalan dalam hidup Jasmine sebenarnya memandangkan dia banyak menghabiskan masanya di luar negara. Iaitu, India dan... Rusia. Ya, Rusia. Sebelum mengambil jurusan kedoktoran di India, dia terlebih dahulu ke Rusia. Namun entah kenapa, babah nya suruh dia tukar universiti pula.
Kan dah kata, banyak persoalan sebenarnya yang membelenggu hidup Jasmine ini. Namun, dia biarkan sahaja soalan-soalan itu sepi tanpa jawapan. Biarlah, nanti terjawab juga tu.
"Babah...". Akhirnya Jasmine duduk bersimpuh di samping jalan itu. Mengenang nasib menjadi seorang Jasmine Nazia.
PONG! PONG!
Tak jadi dia menangis apabila terdengar hon kereta yang cukup membingitkan telinga itu.
'Siapa pula tu?'. Matanya dikecilkan untuk memfokuskan pandangan terhadap sebuah Mustang yang diberhentikan di sampingnya.
Tingkap gelap gelita itu diturunkan dan muncul lah seorang Adam Lee sebegai hero pada hari itu.
"Naik la. Boss suruh tumpangkan". Senada sahaja suaranya. Macam tak ikhlas pun ada.
"Tapi boss you suruh I jalan kaki".
"Naik jela. Nanti masak peha kau duduk atas jalan tar panas tu". Menyampah betul kedengaran suara Lee itu. Mesti dia kena bebel 18 karung sebelum datang ke sini, tu.
"Ye, kejap I nak cari kasut I".
"Tak payah la! Nanti aku berhenti kedai kasut, kau beli la 800 pasang pun kalau kau nak. Sekarang ni, kau naik sebelum aku tinggal kau". Cepat naik angin betul Lee ni.
"Sabar la!".
"Naik aku kata. Eh, geram betul la aku dengan kau ni". Sikit lagi, confirm 100% yang Lee akan meletop.
"Okay, okay. Jangan lah marah!".
🦋
Kesian Jasmine, balik jalan kaki :(
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro